Você está na página 1de 8

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (Company No.

731530-M)

PELAN PERLINDUNGAN BERKELOMPOK TAKAFUL BAGI SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN/PEMBIAYAAN (SPP)

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 731530-M) (Pengendali Takaful)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Pelan Perlindungan Berkelompok Takaful Bagi Skim Pinjaman Pendidikan/Pembiayaan (SPP)
PTPTN ("Peserta") dengan ini menyertai Pelan Perlindungan Berkelompok Takaful Bagi Skim Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan (SPP) yang diuruskan oleh Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful dengan ini bersetuju untuk memberikan perlindungan Takaful demi manfaat Peserta menurut peruntukan Sijil Induk. Pengendali Takaful akan menguruskan Dana Risiko Keluarga untuk menyediakan perlindungan Takaful untuk tujuan ini.

-1

Bahagian A Manfaat Kematian

1.

Manfaat Kematian

1.1

Manfaat Kematian perlu dibayar dalam satu jumlah sekaligus apabila Peminjam/Penerima Biaya meninggal dunia, selagi Sijil Induk ini terus berkuatkuasa pada masa kematian tersebut. Manfaat Kematian adalah Jumlah Dilindungi bagi Peminjam/Penerima Biaya berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Takaful Berkelompok. Tiada Manfaat Kematian akan dibayar sekiranya Peminjam/Penerima Biaya membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak waras) dalam masa satu (1) tahun dari tarikh permulaan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini. Bayaran Manfaat Kematian akan melepaskan Pengendali Takaful daripada sebarang liabiliti berkenaan berhubung dengan Peminjam/Penerima Biaya berkenaan di bawah Sijil Induk ini. Jika Manfaat Kematian dibayar ataupun kena dibayar, Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh tidak terpakai.

1.2 2.1

2.

Pengecualian

3.

Pelepasan

3.1

-2

Bahagian B Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

1.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

1.1

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh perlu dibayar jika Peminjam/Penerima Biaya mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh dengan syarat Peminjam/Penerima Biaya tersebut mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh secara berterusan selama sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh adalah Jumlah Dilindungi yang berkaitan bagi Peminjam/Penerima Biaya tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Takaful Berkelompok. Dalam Sijil Induk ini, Keilatan Kekal Menyeluruh bermakna keadaan di mana Peminjam/Penerima Biaya: (a) kehilangan anggota menyeluruh dan kekal melalui pemotongan atau kehilangan kegunaan kedua-duanya anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki; atau (b) kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada satu (1) mata dan melalui pemotongan atau kehilangan kegunaan satu (1) anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki; atau (c) kehilangan pendengaran menyeluruh dan kekal pada kedua-dua telinga akibat penyakit atau kemalangan. Bukti-bukti perubatan dalam bentuk ujian audiometri dan ambang bunyi mesti disediakan; atau (d) kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua belah mata; atau (e) kehilangan penggunaan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua tangan atau kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang berterusan untuk sekurangkurangnya seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh trauma atau penyakit; atau (f) mengalami epilepsi seperti yang disahkan oleh pakar neurologi atau pakar kanak-kanak (paediatrician) yang disahkan oleh electroencephalography (EEG) dengan penggunaan penyiasatan lain termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI Magnetic Resonance Imaging) dan Positron Emission Tomography (PET) sebagaimana yang sesuai dan:(i) telah mengalami sekurang-kurangnya enam (6) serangan Tonik-klonik atau sawan Grand Mal yang disebabkan oleh gangguan otak selama seratus lapan puluh (180) hari walaupun telah melalui terapi perubatan yang maksima dan dikawal selia sepanjang tempoh itu; atau

1.2

2.

Definisi Keilatan Kekal Menyeluruh

2.1

(ii) telah menjalani neurosurgery untuk rawatan serangan epilepsi Demam, sawan Absence (Petit Mal), separa sawan; dan apa-apa jenis sawan lain yang tidak digambarkan sebagai sawan Tonik-klonik, tidak akan memenuhi keperluan takrifan ini. Sebelum tuntutan akan dibayar, Peminjam/Penerima Biaya mestilah mengambil ubat anti-epileptik (anti-convulsant) dalam kombinasi yang sesuai untuk sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari di bawah penyeliaan langsung perunding neurologi atau pakar kanak-kanak (paediatrician). Keadaan ini tidak harus dianggap sebagai akibat daripada penyalahgunaan dadah atau bahan atau akibat ubat-ubatan; atau (g) telah hilang upaya di mana Dua (2) pemeriksa perubatan yang dilantik oleh Pengendali Takaful berpendapat bahawa Peminjam/Penerima Biaya telah

-3

mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh di mana Peminjam/Penerima Biaya tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya Tiga (3) daripada Aktiviti-aktiviti Kehidupan Harian secara berterusan untuk tempoh tidak kurang dari seratus lapan puluh (180) hari tanpa pertolongan orang lain, penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau bantuan-bantuan atau adaptasi-adaptasi lain. Aktiviti Kehidupan Harian bermakna aktiviti-aktiviti seperti berikut: Pemindahan atau Mobiliti: keupayaan untuk naik atau turun daripada katil atau kerusi tanpa memerlukan pertolongan fizikal daripada orang lain atau keupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan pertolongan fizikal daripada orang lain; Transfer: Getting into and out of a chair without requiring physical assistance Mobility: The ability to move from room to room without requiring any physical assistance Pengawalan Pundi dan Usus: keupayaan untuk mengawal secara sukarela fungsi usus dan pundi bagi menjaga kebersihan diri; Berpakaian: keupayaan untuk memakai dan membuka semua pakaian yang perlu tanpa memerlukan pertolongan orang lain; Mandi atau mencuci: keupayaan untuk membersihkan diri di dalam tab mandi atau di dalam bilik pancuran air (termasuk keluar atau masuk dari dalam tab mandi atau dari dalam bilik pancuran air) atau membersih dengan lain-lain cara; dan Makan: semua geraklaku untuk memasukkan makanan ke dalam badan selepas ia disediakan. (h) telah didiagnoskan dengan skizofrenia yang kronik yang dicirikan oleh Catatonia, tingkah laku yang tidak teratur, tingkah laku paranoid, khayalan dan halusinasi. Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang ahli psikiatri dan memerlukan penggunaan jangka panjang ubat-ubatan anti psikotik atau lainlain ubat khusus untuk kawalan skizofrenia kronik bagi tempoh sekurangkurangnya seratus lapan puluh (180) hari di bawah penyeliaan langsung pakar psikiatri. Peminjam/Penerima Biaya mestilah dimasukkan ke dalam hospital psikiatri bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh hari. Keadaan ini tidak harus dianggap sebagai akibat daripada penyalahgunaan dadah atau bahan atau akibat ubat atau apa-apa keadaan perubatan am. Semua syarat-syarat lain psikiatri seperti psychoses yang teruk, gangguan mood dan gangguan schizoaffective dengan ciri-ciri psikotik dikecualikan; atau (i) telah didiagnoskan dengan SLE yang merujuk kepada pelbagai sistem, gangguan auto-imun (autoimmune disorder) yang dicirikan oleh perkembangan auto-antibodi, yang ditujukan terhadap pelbagai antigen diri (self-antigens). Di dalam konteks Sijil Induk ini, SLE adalah terhad kepada bentuk lupus eritematosus sistemik (systemic lupus Erythematosus), yang melibatkan buah pinggang (Jenis 111 hingga Jenis IV nephritis Lupus, yang disokong oleh renal biopsi). Bentuk-bentuk lain seperti lupus diskoid (discoid lupus) dan bentukbentuk lain dengan penglibatan hematology (hematological) dan bersama secara khususnya dikecualikan:

-4

Klasifikasi Lupus WHO: Kelas 1 Kelas 11 Kelas 111 Kelas 1V Kelas V - perubahan minimum glomerulonephritis - Mesangial glomerulonephritis - Focal Segmental glomerulonephritis - Resapan glomerulonephritis+ - Membranous glomerulonephritis

Diagnosis mestilah disahkan oleh pakar nefrologi atau pakar perubatan yang berkenaan; atau (j) telah kehilangan secara menyeluruh dan tidak boleh pulih keupayaan untuk bercakap bagi tempoh berterusan seratus lapan puluh (180) hari. Bukti-bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit pita suara untuk menyokong ketidakupayaan ini mestilah disediakan oleh seorang pakar Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat ENT). Semua punca-punca berkaitan psikiatri adalah dikecualikan. 2.2 Pengendali Takaful berhak untuk mengkaji semula dan mengesahkan tuntutan mengikut budi bicara Pengendali Takaful.

3.

Pengecualian

3.1 Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh tidak akan dibayar berhubung dengan keadaan, kecederaan atau kejadian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau berkaitan dengan: (a) (i) percubaan bunuh diri; (ii) kecederaan disengajakan; atau (iii) penyakit disengajakan; sama ada percubaan / disengajakan semasa wajar atau tidak wajar; sebarang penyertaan dalam mana-mana kegiatan sukan profesional atau hobi berbahaya, seperti tetapi tidak terhad kepada luncur udara, menaiki belon udara, payung terjun, terjun udara, lompat bungee, memburu, mendaki gunung, luncur air, kegiatan bawah air memerlukan peralatan pernafasan atau kegiatan lain yang serupa; sebarang perjalanan dengan kapal terbang, kenderaan atau peralatan udara kecuali sebagai penumpang berbayar di dalam kapal terbang komersil berlesen untuk perkhidmatan pelanggan dengan jadual perjalanan yang tetap melalui jalan yang pasti; sebarang perlumbaan selain daripada menggunakan kaki; sebarang perlanggaran atau usaha melanggar mana-mana undangundang atau menentang daripada ditangkap; sebarang perkhidmatan dalam ketenteraan semasa perang (sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan) berhubung dengan sebarang arahan bagi operasi seperti perang atau operasi untuk memulihkan ketenteraman awam; sebarang rusuhan, kekacauan awam, mogok atau kegiatan pengganas; atau sebarang penyalahgunaan alkohol secara sengaja atau pengambilan dadah selain daripada di bawah arahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

(b)

(c)

(d) (e) (f)

(g) (h)

Walau bagaimanapun, untuk kepentingan perlindungan Takaful menurut Sijil Induk ini, pengecualian di bawah 3.1(c) tidak akan dikenakan kepada Peminjam/Penerima Biaya yang berkhidmat di dalam angkatan tentera, bidang politik dan perkhidmatan perubatan serta atas sebab pangkat dan tanggungjawab

-5

mereka yang memerlukan mereka untuk membuat perjalanan sama ada atau tidak sebagai seorang penumpang yang membayar tambang di dalam suatu kapal terbang komersial atau bukan komersial, membuat perjalanan di dalam suatu penerbangan dijadualkan atau tidak dijadualkan menurut perjalanan yang wujud atau tidak wujud. 4. Pelepasan 4.1 Bayaran Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akan melepaskan Pengendali Takaful daripada sebarang liabiliti lanjutan berhubung dengan Peminjam/Penerima Biaya berkenaan di bawah Sijil Induk ini. Apabila manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh dibayar atau perlu dibayar, Manfaat Kematian dan Khairat Kematian tidak lagi dibayar melainkan dalam keadaan yang mana dipersetujui bersama oleh pihak Pengendali dan Peserta.

-6

Manfaat C Khairat Kematian (Manfaat Pengkebumian) 1.1 Khairat Kematian, seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful Berkelompok, akan dibayar pada kematian Peminjam/Penerima Biaya, disyaratkan Sijil Induk ini masih berkuatkuasa pada masa kematian tersebut. 1.2 Walau bagaimanapun, bagi kes kematian Peminjam/Penerima Biaya akibat membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak waras) dalam masa satu (1) tahun dari tarikh permulaan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini, Khairat Kematian (Manfaat Pengkebumian) akan dibayar kepada Peserta berkenaan Peminjam/Penerima Biaya tersebut. 2. Pelepasan 2.1 Bayaran Khairat Kematian dan jika diguna pakai, Manfaat Kematian (lihat Bahagian A) akan melepaskan Pengendali Takaful daripada sebarang liabiliti tambahan berhubung dengan Peminjam/Penerima Biaya berkenaan di bawah Sijil Induk ini.

1.

Khairat Kematian

Maklumat Perlindungan/Jumlah Dilindungi: Jumlah Dilindungi: Bahagian A Manfaat Kematian: Jumlah penuh pembiayaan atau baki prinsipal (mengikut mana yang berkenaan) yang dihutang oleh Peminjam/Penerima Biaya yang berkaitan kepada Peserta seperti yang diperakui kepada Pengendali Takaful oleh Peserta apabila manfaat ini perlu dibayar.

Bahagian B Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh: Jumlah penuh pembiayaan atau baki prinsipal (mengikut mana yang berkenaan) yang dihutang oleh Peminjam/Penerima Biaya yang berkaitan kepada Peserta seperti yang diperakui kepada Pengendali Takaful oleh Peserta yang melayakkan Peminjam/Penerima Biaya untuk menerima bayaran manfaat ini. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akan dibayar sekiranya Peminjam/Penerima Biaya mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh untuk selama seratus lapan puluh (180) hari.

Bahagian C Khairat Kematian: Jika berlaku Kematian Peminjam/Penerima Biaya, RM1,500 akan dibayar kepada Peserta sebagai Khairat Kematian berkenaan dengan Peminjam/Penerima Biaya yang berkenaan.

-7

Você também pode gostar