Você está na página 1de 7

PENGENALAN ORANG INDO-ARYA Pada tahun 2000 S.

M, kawasan-kawasan di antara Asia Tengah dengan Poland diduduki oleh orang Arya. Mereka menternak binatang seperti kuda dan menjalankan aktiviti pertanian. Mereka juga memakan daging lembu,minum arak serta berniaga kulit lembu untuk dijadikan alat pertukaran. Antara tahun 2000-1500 S.M, mereka telah berpindah dari kawasan tersebut kerana kekurangan rumput bagi ternakan mereka dan tekanan populasi. Mereka telah berpindah ke kawasan barat,timur dan selatan dan menakluki,berkahwin,menyebar budaya mereka serta menyerap kebudayaan tempatan. Bukti orang Arya telah tinggal di Iran sebelum memasuki India dilihat daripada bahasa Sanskrit yang rapat hubungannya dengan bahasa Iran terutama bahasa Parsi lama dan bahasa Avesta. Sebelum aktiviti reformisme agama oleh Zarathustra terdapat persamaan nama dewa-dewa seperti Ahura(Varuna dalam bahasa Sanskrit) ,Mithra (Mitra) ,Yema (Yama) dan Haoma (Soma). Peradaban di Lembah Indus menjadi lemah disebabkan serangan oleh orang Arya dan kerap dilanda banjir. Serangan orang Arya selama beberapa abad telah menyebabkan wujudnya pertembungan kebudayaan yang mewujudkan satu bentuk kebudayaan baharu yang dikenali budaya Indo-Arya. Keruntuhan perdaban Indus telah menyebabkan orang Arya mula mengembangkan peradaban baharu. Mereka tinggal di kawasan perkampungan kecil dan tetap. Orang tempatan Dasyu atau Dasa diterima orang Arya sebagai hamba dan tinggal di kawasan terpencil jauh daripada pengaruh Arya. Mereka berperang antara satu sama lain atau dengan orang Dasa. Peradaban Indo-Arya berkembang menjadi peradaban Hindu meliputi kawasan Indus, Punjabi, sempadan Afganistan, Sungai Saraswati, Yamuna,Ganges dan telah meliputi seluruh India Utara sebelum abad 6 S.M Antara puak yang memasuki India adalah kumpulan yang berbakat mencipta syair dewa dewi untuk diucapkan sewaktu upacara pengorbanan. Bahasa yang digunakan orang Indo-Arya ialah bahasa Sanskrit dan daripada bahasa ini muncul bahasa-bahasa seperti Hindu,Benggali,Punjabi dan lain-lain.

Zaman Veda terbahagi kepada dua zaman iaitu Zaman Veda Awal pada abad 1500-1000 S.M dan Zaman Veda Lewat pada abad 1000-1500 S.M di mana kebudayaan orang Arya lebih maju dan mengembangkan kultus pengorbanan. Sumber-sumber bagi mengkaji masyarakat Indo-Arya termasuklah Veda-veda ( terutama Rig Veda ), Brahmana dan Upanishad, epikepik Mahabharata dan Ramayana serta teks undang-undang seperti Dharmasastra dan Arthasastra. CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT Peradaban Lembah Indus ( Mohenjo-Daro dan Harappa ) Lembah Indus merangkumi kawasan penemuan-penemuan arkeologi di MohenjoDaro di daerah Larkana, Sindh dan Harappa di daerah Montgomery, Punjab. Penemuan arkeologi membuktikan sekitar 3000 S.M, masyarakat Lembah Indus sudah mencapai suatu tamadun yang tinggi, iaitu lebih kurang sama dengan zaman serta pencapaian tamaduntamadun purba seperti Mesir,Assyria dan Babylonia. Peradaban Lembah Indus menunjukkan ciri-ciri yang bukan sahaja menandakan pencapaian budaya pemikiran yang tinggi tetapi juga ciri-ciri peradaban yang maju. Antara pembinaan yang menunjukkan pencapaian yang baik adalah sistem perancangan,pengaliran,pembinaan longkang-longkang yang selari dengan jalan raya.Longkang tertutup telah dibina di tengah-tengah jalan raya utama. Ia merupakan suatu kecekapan perancangan yang maju serta penggunaan tanah yang ekonomi. Dalam struktur bandar yang unik adalah binaan kolam permandian The Great Bath yang dikelilingi serambi. Ini telah menunjukkan kemajuan telah dicapai pada 5000 tahun dahulu lagi. Selain itu, ditemukan juga benteng-benteng pengawal setinggi 13 meter. Kemajuan dari segi pertanian juga telah ditemui iaitu gudang menyimpan bijirin yang besar. Ini menunjukkan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian secara meluas.

Agama Penemuan yang telah menunjukkan konsep kerohanian masyarakat Lembah Indus ialah sebuah mohor . Gambar pada mohor tersebut terdapat seorang manusia yang bertanduk tiga duduk bersila seolah-olah melakukan yoga.Tiga tanduknya ditafsirkan dengan tiga fungsi utama Tuhan iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan (disertai penjanaan semula kuasa). Penemuan patung wanita pula ditafsirkan sebagai penyembahan kepada Dewi Ibu yang amat popular di India Selatan terutama bagi kalangan masyarakat Tamil. Kolam permandian pula digunakan untuk tujuan keagamaan.

Ekonomi Pertanian dan pertenakan semakin maju di samping menjalankan pelbagai pekerjaan baharu iaitu nelayan,pencuci pakaian,penggunting rambut,penjual daging,tukang batu berlian,penganyam bakul,tukang membuat periuk,penjual tali,pedagang dan peminjam wang. Bagi wanita pula,mereka bekerja sebagai pencelup,penenun,penganyam bakul dan sebagainya. Pendapatan bagi menguruskan pentadbiran diperoleh daripada cukai yang dikenakan seperti cukai tanah(cukai asas),cukai rumah,kedai,air dan cukai jalan kepada pegawai tol. Barangan import dikenakan cukai sebanyak 1/20 daripada harga barang bagi barang keperluan asas dan 1/5 bagi barang lain. Perdagangan sangat meluas dan terdapat pelabuhan penting seperti Bhrgukaccha dan Tamralipti untuk memunggah bijih timah,besi,perak,emas dan tembaga. Hasil hutan,kayu dan gajah juga merupakan harta kerajaan yang sentiasa dijaga untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Masyarakat dan Budaya Indo-Arya Ketika orang Arya memasuki India,sudah wujud pembahagian kelas dalam struktur mereka. Mazmur diperturunkan secara lisan (hafal) seperti Rig Veda yang disusun pada tahun 1500-1000 S.M. Mazmur-mazmur awal dalam Rig Veda menyebut tentang ksatria (bangsawan) dan vis ( golongan biasa ) dalam sistem bercorak aristokratik. Orang Arya tidak sepenuhnya menakluki orang tempatan walaupun terdapat mazmur yang merujuk kepada serangan antara pelbagai puak Arya, namun mereka mempunyai perpaduan untuk menentang orang tempatan. Dasa merupakan saki-baki peradaban Harappa.Mereka berkulit

hitam,berbibir tebal,berbahasa kasar,tidak mengamalkan upacara Vedik dan tidak menyembah dewi-dewi vedik. Lama kelamaan berlaku pembahagian masyarakat berdasarkan warna kulit dan oranag Arya mengasingkan orang Dasa yang menjadi hamba kepada mereka. Pekerjaan yang dilakukan beransur-ansur menjadi faktor utama yang membahagikan masyarakat Indo-Arya. Muncul golongan Brahmin yang bekerja sebagai purohita atau penanda yang menceburkan diri dalam pelajaran serta menyusun kitab-kitab. Ksatria menjadi parajurit dan pemerintah manakala vaisya menjalankan perdagangan dan perniagaan. Ketigatiga golongan ini dikenali sebagai dvija atau mereka yang dilahirkan dua kali iaitu suatu ketika semasa kelahiran fizikal dan satu lagi semasa upacara upanayana atau initiation. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada empat bahagian yang dikenali sebagai sistem varna. Sistem menjadi teguh akibat kehidupan orang Indo-Arya yang teratur dan perhubungan mereka dengan orang tempatan. Dalam masyarakat ini, setiap individu dianggap melalui empat peringkat dalam kehidupan peribadi yang disebut asharama. Pada peringkat pertama ialah brahmacharya keadaan di mana setiap individu dikehendaki memperoleh pengetahuan bersesuaian dengan varnanya seperti seorang Brahmin akan mempelajari veda-veda dan cara menjalankan upacara keagamaan (pengorbanan), seorang kesatria dikehendaki belajar teks-teks

Arthasastra (karya tentang pengetahuan yang perlu bagi seorang pemerintah) dan Dharmasastra (karya tentang perbuatan dan sifat yang baik) di samping mempelajari seni mempertahankan diri. Pada peringkat kedua ialah ghastya memulakan kehidupan berumah tangga dan berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat. Apabila mereka sudah tua, mereka akan memasuki peringkat vanaprastha dimana mereka akan meninggalkan rumah dan tinggal di hutan. Bagi seorang petapa, vanaprastha akan sentiasa merenung dan menumpukan perhatian kepada hal kerohanian (Tuhan) serta moksha iaitu soal membebaskan diri daripada kehidupan duniawi. Pada peringkat terakhir,sannyasa mereka akan meninggalkan hutan atau tempat pertapaan ,masuk balik dalam masyarakat, tinggal dalam kalangan orang ramai dan menjadi seorang musafir. Seorang sannysa akan menyebarkan pengetahuan yang diperoleh daripada petapa. Dalam masyarakat Vedik, golongon wanita diberi kedudukan yang

dihormati.Terdapat juga wanita yang menjadi rishi (petapa) dan mencipta mazmur-mazmur serta menjalankan upacara pengorbanan seperti lelaki. Terdapat juga rujukan tentang gadis yang tidak berkahwin dan tinggal bersama bapa dan peroleh bahagian harta mereka. Isteri mengendalikan hal ehwal rumah tangga dan semua ahli keluarga lain menjalankan aktiviti domestik. Ini merupakan kewajipan yang diharapkan oleh seorang isteri di India. Dalam hal pemilihan bakal suami, ibu bapa yang akan membuat keputusan dan mereka menghantar anak gadis berserta dengan perhiasan emas.

Politik Kehidupan berpuak menjadi lemah kerana kemunculan kerajaan kecil yang mempunyai ibu kota tetap dan sistem pentadbiran asas yang maju. Kerajaan dibahagikan kepada wilayah,bahagian,daerah dan kampung yang diperintah oleh seorang raja. Raja pada zaman ini bukanlah seorang yang autokratik kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi, seperti suara rakyat dalam pemilihan raja peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan ke atas kuasa raja semasa pertabalan,kebergantungan raja kepada menteri serta kawalan yang dikenakan oleh dua buah badan atau majlis, iaitu Sabha dan Samiti. Sabha berperanan sebagai parlimen bagi membincangkan perkara umum,bertindak sebagai mahkamah keadilan dan mengambil keputusan secara undi majoriti. Samiti pula lebih besar daripada Sabha dan merupakan Majlis Perhimpunan Rakyat. Raja memerlukan sokongansokongan ini untuk mengalahkan musuhnya serta menentukan keduduknnya. Kedua-dua badan ini bertanggungjawab melantik seseorang raja. Fungsi raja adalah memberi perlindungan kepada rakyatnya meliputi perlindungan serangan dari luar,memelihara peraturan masyarakat dan kehidupan yang wajar mengikut varnashrama. Sesiapa yang melanggar kasta(varna) dilarang bergaul dengan masyarakat. Raja juga bertanggungjawab memelihara sistem keluarga serta melindungi janda dan anakanak yatim piatu. Beliau juga menjaga golongan miskin daripada penindasan golongan kaya. Agama dilindungi dengan memberi bantuan kewangan kepada golongan Brahmin dan kuilkuil. Raja juga harus bersedia menerima aduan rakyat pada bila-bila masa dan menghadirkan diri dalam khalayak ramai. Beliau diharapkan supaya menggalakkan perkembangan kesusasteraan dan kesenian. Ramai kasta atasan yang terdiri daripada mereka yang terpelajar mengisi masa lapang dengan mendengar pembacaan kitab oleh penyair istana. Wilayah ditadbir oleh Gabenor yang biasanya terdiri daripada ahli keluarga diraja yang dikenali sebagai Nagaraka. Lebih seorang mengetuai jabatan supaya individu tidak bertambah

kuasanya dan pegawai-pegawai selalu ditukar. Akhir sekali,kampung dibahagikan kepada 30 unit yang diketuai oleh seorang wakil setiap satu dan menjadi ahli dalam majlis kampung masing-masing.

Você também pode gostar