Você está na página 1de 24

KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR UiTM SARAWAK

OLEH: AHMAD ROZAINI ALI HASAN SHARIFAH ANOM OMAR WAN ARIFFIN WAN YON

OGOS 2009

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh 14 Ogos2009 No. Fail Projek : 600-UiTMKS (CITU 5/1/01) Prof Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Yang Berbahagia Prof., PENYERAHAN LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR UiTM SARAWAK" Dengan hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. Bersama-sama ini disertakan 2 (dua) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk "KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DI KALANGAN PELAJARPELAJAR UiTM SARAWAK" sebagai sebuah projek penyelidikan yang didaftarkan dengan RMI. Sekian, terima kasih.

INI ALI HASAN Projek Penyelidikan

ii

COPYRIGHT @ UiTM

AHLI KUMPULAN PENYELIDIKAN

AHMAD ROZAINI ALI HASAN Ketua Projek

SHARIFAH ANOM OMAR Ahli Projek

[atangan WAN ARIFFIN WAN YON Ahli Projek

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN Kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi atas keizinNya maka kajian ini dapat disempurnakan dengan sempurna. Selawat dan salam atas junjungan Nabi yang merupakan guru bagi umat ini. Terlebih dahulu setinggi ucapan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Jamil Hj Jamali selaku Pengarah Kampus yang telah banyak membantu untuk kami menyelesaikan kajian ini. Ucapan penghargaan kepada semua para pensyarah yang telah mendidik dan menyampaikan ilmu di Universiti Malaya. Buat ayah bonda yang telah melahir dan mendidik ini hanya ke hadrat Ilahi yang berhak membalas segala jasa yang telah dicurahkan. Seterusnya buat seluruh ahli keluarga yang tetap mendokong usaha ini. Segala kasih sayang dan pengorbanan sekalian menjadi inspirasi dalam hidup ini. Ucapan penghargaan buat sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar yang sentiasa membantu di dalam menjalankan kajian ini. Segala pertolongan dan usaha saya doakan semoga Allah membalasnya dengan segala kurniaanNya. Akhirnya, buat semua yang pernah membantu secara langsung atau tidak langsung diucapkan jutaan terima kasih. Sekian Terima Kasih

iv

COPYRIGHT @ UiTM

ISI KANDUNGAN halaman SURAT PENYERAHAN LAPORAN AHLI KUMPULAN PROJEK PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAIJADUAL SENARAIGAMBARAJAH SENARAI LAM PI RAN ABSTRAK BAB I 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Tujuan Kajian Soalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Huraian Istilah 1.6.1 Kemahiran 1.6.2 Membaca Al-Quran 1.6.3 Pelajar-pelajar UiTM Sarawak 1 4 8 8 9 10 10 10 11 11 ii iii iv v vii vii vii x

COPYRIGHT @ UiTM

BAB II 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 BAB III 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 BAB IV 4.0 4.1

TINJAUAN KAJIAN Pendahuluan Kelebihan Membaca Al-Quran Kemahiran Membaca Al-Quran Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Kajian Berkaitan dengan Kemahiran Membaca AlQuran Rumusan KAEDAH PENYELIDIKAN Pendahuluan Populasi dan Sampel Kajian Reka Bentuk Kajian Instrumen Kajian Ujian Rintis Tatacara Pengumpulan Data Kaedah Analisis Data ANALISA DATA PENYELIDIKAN Pendahuluan Latar Belakang Responden Kajian 4.1.1 Taburan responden mengikut kelas 4.1.2 Taburan responden mengikut bangsa 4.1.3 Taburan responden mengikut tempat asal 4.1.4 Peringkat pendidikan ibu bapa responden 4.1.5 Pendapatan keluarga responden Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran 4.2.1 Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran dari Aspek Bacaan 4.2.2 Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran dari Aspek Pengtahuan Tajwid
vi

12 12 18 24 33 38 39 39 40 41 42 43 43 44 44 45 45 46 47 48 49 49 50

4.2

COPYRIGHT @ UiTM

4.2.3 Rumusan 4.3 Hubungan Faktor Pendidikan Asas dengan Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran 4.3.1 Pendahuluan 4.3.2 Faktor dorongan ibu bapa mempelajari Al-Quran 4.3.3 Umur mula belajar membaca Al-Quran 4.3.4 Taburan Pelajar Khatam Muqaddam 4.3.5 Taburan Pelajar Khatam Al-Quran 4.3.6 Taburan Keputusan Subjek Pendidikan Islam SPM 4.3.7 Hubungan Antara Faktor Dorongan Ibubapa dengan Kemahiran Membaca Al-Quran 4.4 Permasalahan yang Dihadapi Pelajar dalam Mempelajari Kemahiran Membaca Al-Quran 4.5.1 Pendahuluan 4.5.2 Rumusan 4.5 BAB V 5.1 5.2 5.3 Kesimpulan PENUTUP Pendahuluan Hasil Kajian Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1 Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran 5.3.2 Faktor Dorongan Ibubapa dengan Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran 5.3.3 Permasalahan Pelajar dalam Mempelajari Kemahiran Membaca Al-Quran Kesimpulan Dapatan Kajian Implikasi Dapatan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Rumusan

52 53 53 53 54 55 56 56 57 58 58 60 60 61 61 64 64 65 65 66 67 69 69 70
vii

5.4 5.5 5.6 5.7 BIBILIOGRAFI

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI JADUAL No Jadual 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 SENARAI RAJAH No. Rajah 2.1 4.1 4.2 SENARAI LAMPIRAN Lampiran A Lampiran B Sanad Bacaan Al-Quran Imam AlHafs bin Sulaiman Al Kufi Perbandingan Jumlah Bilangan Jawapan Betul dan Salah Masalah membaca Al-Quran Kalangan Pelajar Borang Soal Selidik dan Borang Ujian Ayat Bacaan
viii

Halaman Taburan responden mengikut kelas Taburan responden mengikut bangsa Tempat asal Pendidikan ibu Pendidikan bapa Pendapat keluarga Penguasaan Tahap Bacaan Pengetahuan Tajwid Dorongan ibubapa Umur mula belajar membaca Khatam Muqaddam Khatam Al-Quran Keputusan Subjek Pendidikan Islam Faktor pendidikan dorongan ibubapa dengan kemahiran membaca 45 45 46 47 47 48 49 50 53 56 56 57 58 59

Halaman 26 52 59 72 80

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK Kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu keperluan asas bagi setiap umat Islam dan tanpa penguasaan ilmu Al-Quran dari aspek bacaan yang baik akan menyebabkan perlaksanaan ibadah Islam yang lain tidak dapat dijalankan secara sempurna. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran membaca AlQuran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 56 orang responden telah di pilih untuk menjalani ujian kemahiran membaca Al-Quran dari aspek ujian bacaan dan ujian pengetahuan ilmu Tajwid. Sampel dipilih secara rawak mudah dari kelas-kelas yang mengikuti kursus Prinsip Asas Islam bagi pelajar-pelajar semester satu. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian bacaan Al-Quran dan soal selidik. Data-data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus. Ujian Crosstab juga dilakukan untuk melihat tahap bacaan pelajar dengan faktor dorongan dan umur mula membaca Al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar berdasarkan peratusan tahap pencapaian bacaan adalah sederhana. Hasil analisis juga menunjukan terdapatnya pengaruh faktor dorongan ibubapa terhadap pencapaian tahap bacaan Al-Quran pelajar. Dapatan juga menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai masalah mengenai ilmu tajwid di samping menghadapi kesukaran untuk menyebut dengan sebutan yang betul dan tepat.

ix

COPYRIGHT @ UiTM

BAB I PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Al-Quran merupakan kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai rujukan kepada seluruh umat manusia. Ia menjadi pegangan dan panduan yang tidak terbatas. Oleh itu kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu ilmu yang wajib dimiliki oleh setiap orang-orang Islam. Ini adalah kerana dengan kemahiran membaca Al-Quran ini membolehkan setiap orang Islam memahami serta menterjemahkan ajaran Al-Quran itu di dalam kehidupan seharian mereka. Kehidupan Nabi Muhammad adalah dipandukan dengan pentarbiyahan al-Quran itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Siti A'isyah ketika ditanya kepadanya mengenai akhlak rasul maka dijawab oleh A'isyah akhlak nabi adalah seperti Al-Quran yang beijalan (AlQabbaini 1994). Justeru itu, melalui kemahiran asas iaitu membaca Al-Quran barulah proses pendidikan Islam yang lain dapat diterapkan dengan sempurna. Al-Quran hingga kini kekal dengan bacaan dan penulisan yang diwarisi daripada Nabi Muhammad S.A.W sejak 1400 tahun yang lalu (Hassan Mahmud 1986). Usaha
1
COPYRIGHT @ UiTM

penjagaan Al-Quran ini telah diteruskan oleh para ulama Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Abdullah Ishak 1995 pengajian Al-Quran telah menjadi pengajian utama yang terdapat dalam kurikulum seluruh dunia Islam. Ia tidak pernah berlaku pengubahsuaian lafaz dan maksudnya oleh sesiap sahaja di kalangan manusia dan jin. Keindahan bahasa dan kesusteraannya amat terbukti, apabila tidak ada orang yang boleh menandinginya hingga hari ini. Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Allah di dalam firmanNya dalam surah Al-Hijr ayat 9 : <0oAd X Maksudnya: "Sesungguhnya Kami yang menurunkan Az Zikr (Al-Quran) dan Kami yang memeliharaNya." Sebagai kitab hidayah, al Quran tidak meninggalkan sesuatupun permasalahan hidup manusia. Al Quran mengandungi lebih daripada 6200 ayat dalam 114 surah membicarakan seluruh aspek yang dikehendakki oleh tamadun manusia, termasuklah persoalan akidah, syariah dan akhlak, juga persoalan ekonomi, politik, pendidikan, perundangan, keselamatan dan sebagainya. Kerana itu dikalangan para ulama Islam telah meletakkan pengajian Al-Quran merupakan subjek teras di dalam kurikulum yang dibentuk oleh mereka. Ibnu Khaldun telah menyatakan bahawa mengajar anak-anak mendalami Al-Quran merupakan suatu simbol dan pekerti Islam (Hassan Langgulung 1986).

2
COPYRIGHT @ UiTM

A1 Ghazali telah menjelaskan pengajaran Al-Quran sebagai kurikulum dasar pada peringkat kanak-kanak dengan menggariskan kemahiran-kemahiran seperti berikut a. Belajar mengenal huruf dan membaca. b. Belajar membaca Al-Quran. c. Menulis beberapa ayat setiap hari dan menghafalnya. d. Mempelajari hadis Rasulullah S.A.W. e. Mempelajari kata-kata, ucapan dan cerita-cerita khalifah ar-Rasyidin termasuk cerita-cerita nabi dan cerita-cerita yang berkaitan dengan keagungan Islam (Al-Aroosi, 1990) Justeru itu pengajian Al-Quran adalah merupakan ilmu yang paling utama di dalam kurikulum Pendidikan Islam. Ini telah dinyatakan oleh Osman Bakar, 1991: pengajaran Al-Quran menyaluti hati manusia dengan kepercayaan yang kukuh (terhadap Islam) dan segala rukun iman yang terdapat di dalamnya yang berpunca daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi. Al-Quran menjadi asas pendidikan dan dasar kepada tabiat serta kelakuan yang muncul kemudian. Ia menjadi dasar kepada semua ilmu pengetahuan yang didapati kemudian di dalam penghidupan seseorang." Di negara kita, usaha untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran membaca Al-Quran telah direalisasikan di dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan memasukkan kemahiran membaca dan mentafsir ayat al-Quran ke dalam kurikulumnya (Abdullah Ishak 1985). Ini bersesuaian dengan dasar pendidikan negara yang ingin melahirkan modal insan terbaik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3
COPYRIGHT @ UiTM

Sukatan Pendidikan Islam Tingkatan Lima di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 2003, menyatakan bahawa dalam bidang tilawah antara aspek utama yang ditekankan ialah bacaan, kefahaman, hafazan dan penghayatan terhadap pengajaran dan hikmah ayat-ayat yang dibaca. Ini bertujuan untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar kepada isi kandungan Al Quran itu sendiri. Oleh yang demikian kemahiran membaca Al-Quran terus menjadi teras di dalam Pendidikan Islam negara. 1.1 PENYATAAN MASALAH Kemahiran membaca adalah merupakan satu kemahiran yang asas dan amat ditekan oleh agama Islam. Ini dijelaskan di dalam surah al A'laq ayat 1 hingga 5 :

jJ U

'^sf'J^

Maksudnya : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), la menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, la mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". Oleh itu, tuntutan untuk membaca Al Quran dengan mematuhi sehala peraturannya merupakan suatu yang mesti dan tidak dapat dielakkan, kerana tanpa aturan yang betul, akan menundang kepada makna yang terpesong. Rasulullah juga menggesa umat Islam agar belajar membaca dan memahami AlQuran. Ini kerana Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan Allah untuk manusia
4
COPYRIGHT @ UiTM

sebagai petunjuk, kitab ilmu dan kitab yang kekal hingga akhir zaman. Kitab yang tiada keraguan padanya, sentiasa terpelihara dari sebarang kesilapan dan perubahan. Sabda Rasulullah s.a.w: 4 air, j ^jlfr^jail 1 ^yi Maksudnya: "Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" Sesuai dengan Al-Quran sebagai mukjizat, ia memerlukan kemahiran membaca dengan betul dan tepat. Ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab yang fasih dan mempunyai susunan ayat yang indah serta mempunyai irama yang menarik (Mohd Yusof Ahmad 2003). Oleh itu Al-Quran bukanlah seperti sebuah buku biasa sahaja, ini kerana membaca Al-Quran memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran di dalam memenuhi sifat-sifat huruf, tajwid, waqaf ibtida', cara bacaan dan sebagainya. Penilaian kemahiran membaca Al-Quran diperingkat SPM adalah hanya secara teori sahaja. Aspek amali tidak diuji diperingkat ini. Kemahiran membaca Al-Quran ini hanya dinilai menerusi ujian PAFA yang tidak melibatkan keputusan SPM. Faktor ini telah menyebabkan kurangnya penekanan aspek kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar. Tambahan pula bahagian tilawah hanya menyumbang 20% daripada markah keseluruhan kertas Pendidikan Islam. Mulai tahun 2004 sukatan baru subjek Pendidikan Islam bagi tingkatan 5 telah mula dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah. Terdapat tiga bidang yang dibahagikan kepada komponen-komponen kecil iaitu:
5
COPYRIGHT @ UiTM

a.

b.

c.

Tilawah Al-Quran Bacaan Kefahaman Hafazan Ulum Syariah Aqidah Ibadah Sirah dan Tamadun Islam Adab dan Akhlak Islamiah

Berdasarkan huraian sukatan ini, telah menggariskan beberapa ciri yang perlu ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahagian tilawah oleh guru-guru Pendidikan Islam. Antara ciri-ciri tersebut adalah : Kemahiran lisan Aspek kelancaran bacaan Penguasaan kemahiran fasahah Penguasaaan kemahiran tilawah bertajwid Kemahiran bacaan tadwir dan tartil Kefahaman teks Hafazan teks Amalan atau implikasi Penghayatan Amalan adab-adab berkaitan Al-Quran

Penekanan utama sukatan di dalam bahagian tilawah adalah terhadap kemahiran membaca Al-Quran. Terdapat lima ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan kemahiran membaca Al-Quran. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk melihat

6
COPYRIGHT @ UiTM

tahap kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar-pelajar yang menggunakan sukatan ini. Selain itu, faktor pendidikan asas pelajar yang lemah di dalam kemahiran membaca Al-Quran diperingkat rendah telah menyukarkan pengajaran kemahiran membaca Al-Quran diperingkat ini. Mengikut Maimunah Ismail (1995), terdapatnya hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan asas pelajar dengan kemahiran membaca Al-Quran. Berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di dalam subjek Pendidikan Islam menunjukkan para pelajar telah lulus dalam peperiksaan tersebut. Namun demikian berdasarkan pengalaman pengkaji, kelulusan dalam subjek ini tidak menunjukan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran pelajar berada ditahap yang baik. Ini adalah kerana di dalam silibus Pendidikan Islam SPM juga menekankan aspek Ulum Syariah, akhlak dan tamadun Islam yang turut menyumbang kepada peratus pencapaian subjek Pendidikan Islam. Oleh itu kajian ini perlu dijalankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini di dalam bidang kemahiran membaca Al-Quran. Dengan ini akan dapat mengenalpasti tahap kemahiran membaca dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar. Dapatan kajian ini akan membantu pihak-pihak berkenaan untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.

7
COPYRIGHT @ UiTM

Di samping itu, antara kelemahan utama pelajar menguasai kemahiran membaca Al-Quran adalah disebabkan oleh pengaruh luaran seperti latarbelakang dan pendidikan asas yang lemah, menyebabkan kegagalan pelajar. Justeru kajian ini perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar. Dalam kajian ini, kemahiran membaca Al-Quran menekankan kepada tahap bacaan pelajar dari aspek penggunaaan tajwid, cara bacaan dan kelancaran. Faktor latarbelakang dan pendidikan asas pelajar turut dikaji bagi melihat hubungannya dengan kemahiran membaca Al-Quran. 1.2 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran membaca AlQuran di kalangan pelajar semester satu Universiti Teknologi MARA Sarawak berdasarkan sukatan kurikulum Pendidikan Islam KBSM 2003. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar tersebut. 1.3 SO ALAN KAJIAN Soalan-soalan ini dibentuk adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelatih tersebut. Soalan yang dibentuk seperti berikut:
8
COPYRIGHT @ UiTM

i. ii. iii.

Sejauhmanakah penguasaan kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar dari segi tajwid, makhraj huruf dan kelancaran bacaan? Adakah terdapat hubungan di antara faktor pendidikan asas Al-Quran terhadap penguasaan kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelatih? Adakah permasalahan yang dihadapi pelatih di dalam membaca Al-Quran?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan kemahiran membaca Al-Quran dikalangan pelajar kursus Prinsip-prinsip Asas Islam bagi semua program di Universiti Teknologi MARA, Sarawak. Disamping itu, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca pelajar dari aspek latarbelakang dan pendidikan asas pelajar. Melalui kajian ini akan membantu pihak yang terlibat secara khusus di dalam kelas-kelas kemahiran membaca Al-Quran dan juga bagi pensyarah yang mengajar. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada bahagian Jabatan Kemajuan Islam, UiTM Sarawak untuk menentukan kesesuaian cara pendekatan pengajaran A1 Quran dengan tahap dan kemampuan pelajar. Dapatan kajian akan dapat membantu pihak yang terlibat untuk mengetahui aspek-aspek kelemahan pelajar di dalam membaca Al-Quran. Seterusnya membantu pihak-pihak tersebut untuk melakukan tindakan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
9
COPYRIGHT @ UiTM

Adalah diharapkan hasil kajian akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Al-Quran dan kepada pihak-pihak yang berminat untuk mengkaji bidang ini pada masa akan datang.

1.5 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanyalah terbatas kepada pelajar Universiti Teknologi MARA Sarawak sahaja. Pelajar yang dipilih sebagai sampel terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus Prinsip-prinsip Asas Islam bagi semester satu sahaja. 1.6 HURAIANISTILAH

Kajian ini diperincikan dengan huraian istilah atau definasi operasional supaya jelas skop kajian ini dilakukan. Huraian ini akan memfokuskan kajian dengan lebih tepat dan jelas. 1.6.1 Kemahiran Kemahiran mengikut kamus Collins Cobuild (2001) mentakrifkan satu jenis kerja atau aktiviti yang memerlukan latihan atau pengetahuan yang khas. Manakala mahir berdaasarkan Kamus Dewan edisi ketiga (2002) bermaksud terlatih untuk mengerjakan
10
COPYRIGHT @ UiTM

sesuatu, cekap, lancar dan pandai, dengan erti kata lain ia menunjukkan kepandaian dan kecekapan untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu dalam kajian ini dimaksudkan kemahiran ialah satu aktiviti atau kerja yang memerlukan latihan untuk menghasilkan satu kemahiran, tanpa latihan yang khusus maka ia tidak akan menghasilkan pelajar yang mahir. 1.6.2 Membaca Al-Quran Di dalam kajian ini yang dimaksudkan membaca adalah satu aktiviti membaca ayat-ayat Al-Quran sama ada membaca ayat-ayat dari kitab Al-Quran atau petikan ayat-ayat AlQuran yang ditulis secara berasingan dari Mushaf Al-Quran itu. Bagi kajian ini petikan ayat Al-Quran dari surah Hasyr ayat 21-23 akan dibaca oleh responden sebagai ujian bacaan. 1.6.3 Pelajar UiTM Sarawak Pelajar Universiti Teknologi MARA Sarawak merupakan pelajar-pelajar Islam kemasukan semester satu yang baru lepas menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Mereka di wajibkan untuk mengambil dan lulus matapelajaran Prinsip-prinsip Asas Islam (CTU 101). Antara isi kandungan matapelajaran CTU 101 ialah ulasan ayatayat al Quran terpilih. Mereka dipilih kerana mereka baru sahaja menamatkan pelajarannya mereka di peringkat sekolah menengah yang juga meminta mereka mengambil Pendidikan Islam sebagai salah satu matapelajaran yang terdapat dalam SPM.
11
COPYRIGHT @ UiTM

BAB II

TINJAUAN KAJIAN 2.0 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membentangkan kajian-kajian yang berkaitan dengan kemahiran membaca Al-Quran. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman pembaca mengenai kajian ini. Antara skop yang akan dibincangkan ialah kelebihan membaca AlQuran, kemahiran membaca Al-Quran, kaedah pengajaran Al-Quran, kajian kemahiran membaca Al-Quran di Malaysia, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca Al-Quran dan rumusan tinjauan kajian. 2.1 KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Al-Quran adalah merupakan dokumen untuk manusia yang diturunkan Allah sebagai petunjuk kepada manusia (Fazlur Rahman, 1980). Sesuai dengan kebesaran Al-Quran sebagai wahyu terakhir bagi umat manusia maka membaca Al-Quran mempunyai kelebihan yang besar bagi umat Islam.

12
COPYRIGHT @ UiTM

Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang amat dituntut oleh Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: (jit jail iijitj SJUC. (JjJaal Ertinya : "Sebaik-baik ibadah umatku ialah membaca Al-Quran. (Riwayat Tirmizi) Rasulullah juga telah memberi galakan kepada orang-orang Islam yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan lancar supaya tetap berusaha untuk membaca AlQuran. Dengan usaha ini akan membantu mereka dapat membaca Al-Quran dengan lancar. Sabda Rasulullah s.a.w : jjl^i <1 (jLi <j!c. jA J A S j JXAUJ (ji Jill IJSJ J SjjjII J^ll 6jiJI -0 jijalb jaLJI

Ertinya: "Orang yang membaca Al-Quran lagi mahir, kelak akan mendapat bersama para Rasul yang mulia di dalam syurga dan orang yang membaca tetapi tidak mahir dalam keadaan terpegun-pegun nampak agak berat lidahnya, ia akan mendapat dua pahala." (Riwayat Muslim) Selain itu, Al-Quran juga adalah penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 82 : 4 CSJ Sfi tji J'kii Jujj ^-jj ^ o ^-" &
1

Ertinya: "Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi demikian tiada menambah orang-orang yang zalim melainkan kerugian."
13
COPYRIGHT @ UiTM

Sesuai Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikekalkan oleh Allah untuk manusia maka sesiapa yang membaca dan mengamalkannya akan mendapat kurniaan yang tinggi dari Allah semasa dihari akhirat kelak. Sabda Rasulullah S.A.W : ^Jj SlJl J ^Jjull 4JS LOJ (J/IC. J (jlf j i l l IjS (j* J AJIC. J&I <n JUi ; J15 tJAC. jia LoS jl LijjJl OJJJ ^ (jjiAjill f. Jj-o j^ya
(

ig

jU-0 (jc.

Maksudnya: "Dari Muadz al-Juhaini telah berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.'
1

Orang-orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan sentiasa berada dijalan yang diredhai Allah seperti firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 9 : OyUJ jiJOl jl J&H3 <JpO ^
1 1

jj $

Ertinya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjuk jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang beramal salih bahawa diberi ganjaran yang besar." Berdasarkan ayat di atas, jelas menyatakan orang-orang yang membaca Al-Quran dengan memahami dan menghayati isi kandung akan mendapat petunjuk Al-Quran dan ini diperlihatkan melalui akhlaknya. Jiwanya bersih, tidak ada perasaan takabbur, riak, dan 'ujub, hatinya sejahtera, tidak ada penyakit hasad, tamak, membenci orang beriman
14
COPYRIGHT @ UiTM

dan sebagainya (Mohd Yusof Ahmad, 2004). Ini dinyatakan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
Li

;JjS tLall

Jj AaJl I 'i. .-Ij La I 1 _ 1j l i l l

j) A j\r. jill jail o j^Ijj < j j j S i

<<il JJ^J <Jla

Laj <iil (Jjjjj

J-6,

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. berkata :"Rasuluilah S.A.W te;ah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati yang bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran. Walaupun demikian, terdapat beberapa penentangan dan pemulauan terhadap AlQuran (Burhanuddin, 1985). Penentangan ini dinyatakan oleh Allah dalam surah AlFurqan ayat 30 dan 31: Jy* Ijjlp UlaLr dM'jSj O '^
1 1

j^-l (./jS oi (rfjj I L o l i >iJjjJ

J J ^ j Qi*

Ertinya: "Dan berkatalah Rasul; Ya Tuhanku sesungguhnya kaumku telah memulau (meninggal) Al-Quran ini. Demikianlah Kami jadikan musuh untuk tiap-tiap Nabi iaitu orang jahat, cukuplah Tuhanmu yang menjadikan petunjuk dan penolong (untukmu)." Bagaimanapun penentangan dan pemulauan ini telah berlaku dikalangan umat Islam sendiri. Menurut ibnu Qayyin mentafsirkan ayat 30 surah Al-Furqan menyatakan terdapat 5 keadaan umat Islam yang melakukan penentangan terhadap Al-Quran iaitu : 1. Enggan mendengar pembacaan Al-Quran
15
COPYRIGHT @ UiTM

Você também pode gostar

  • Tugasan
    Tugasan
    Documento5 páginas
    Tugasan
    Puneswaran Umapathy
    Ainda não há avaliações
  • Tugasan HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga Semester September 2019
    Tugasan HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga Semester September 2019
    Documento4 páginas
    Tugasan HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga Semester September 2019
    Pan Mee Yee
    Ainda não há avaliações
  • Komunikasi Keluarga yang Sihat
    Komunikasi Keluarga yang Sihat
    Documento6 páginas
    Komunikasi Keluarga yang Sihat
    LIONG KAM NONG
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento16 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento12 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management 1
    Management 1
    Documento14 páginas
    Management 1
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management 1
    Management 1
    Documento4 páginas
    Management 1
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento6 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • ABPK1203 Cognitive Psychology
    ABPK1203 Cognitive Psychology
    Documento6 páginas
    ABPK1203 Cognitive Psychology
    Mohamad Nazrin Shah Mohd Zulkifli
    0% (1)
  • Management
    Management
    Documento6 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento4 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento22 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento21 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento12 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento6 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento41 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento15 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento24 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento13 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento19 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento43 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento15 páginas
    Management
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Management
    Management
    Documento19 páginas
    Management
    Mardi Umar
    100% (1)
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento19 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento20 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento38 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento25 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento12 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento14 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações
  • Pengurusan
    Pengurusan
    Documento22 páginas
    Pengurusan
    Mardi Umar
    Ainda não há avaliações