Você está na página 1de 8

1. Pengenalan masyarakat India di Malaysia.

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.Separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum.Sejarah permulaan masyarakat India di Malaysia adalah bermula dengan mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.Candi di Lembah Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu.Begitu juga tentang teori kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari India.Namun sejarah titik mula pertapakan masyarakat India. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang,sami Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor penolak yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu.Melaka yang pada ketika itu sangat terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta berniaga disitu. Melaka yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jaminan untuk pedagang juga telah memberi keyakinan kepada pedagang India.Mereka membawa barangan seperti ubat ubatan dan candu untuk diniagakan di Melaka serta membawa pulang barangan seperti ubat akar kayu dan bijih timah dari Melaka. Kemasukan India ke Tanah Melayu yang mempunyai sejarah yang panjang ini sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama,ekonomi,dan kebudayaan.

2. Perayaan Masyarakat India Di Malaysia


Negara Malaysia amat terkenal dengan masyarakat berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini telah lama terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Di Malaysia, pelbagai perayaan disambut dalam setahun. Antara perayaan utamanya ialah perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Hari Raya Cina, Deepavali dan sebagainya. Kepelbagaian perayaan ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian budaya, adat dan agama yang dianuti oleh seluruh rakyat di Malaysia. Kepelbagaian itulah yang menjadikan negara Malaysia istimewa di mata dunia. Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Malaysia ialah perayaan Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk dunia. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan ini biasanya disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November. Menurut kepercayaan penganut Hindu, perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai aippasi. Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu ketika perayaan Deepavali adalah menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan kepada penganut agama ini.Masyarakat Hindu berpendapat juga bahawa Deepavali merupakan satu perayaan penting yang perlu mereka sambut dalam setiap tahun. Perayaan Deepavali menandakan permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Lunar. Perayaan Deepavali diharap dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh dunia Perayaan kedua yang di sambut oleh masyarakat India adalah Hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.Tujuan dan objektif sambutan ini sentiasa menjadi tanda tanya kaum-kaum lain. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar. Pada perayaan tersebut, mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana dalam agama merea susu itu dianggap paling suci . Susu ini akan diisi kedalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang.Kemudian belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian

kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan.Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi" akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu,berehat dan diberi minum. Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga dalam kalangan pembayar nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhanmata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Perayaan ini bukan sahaja melibatkan penganut agama Hindu di Malaysia, malah pelancong asing dari seantero dunia. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk berbuat demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan separuh sedar. Amalan ini amat dipandang berat dalam perayaan ini. Sebenarnya, Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada zaman penjajahan Britishseawal 1786 di Pulau Pinang. Perayaan Thaipusam pada zaman dahulu disambut di ladang, kuil-kuil Hindu yang dibina dengan pembiayaan beberapa orang penganut Hindu yang berkemampuan. Oleh hal yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Di Malaysia, antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang ,Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain. Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-Nya.

Perayaan ke tiga adalah perayaan ponggol. Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga.Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah selepas hampir setahun bercucuk tanam. Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal untuk membentuk kolam menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna kum kum bagi menceriakan lagi suasana. Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba baik. Ketika susu melimpah, ungkapan Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi periuk tanah liat berhias yang digunakan untuk memasak susu itu.PONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan. Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para penganut. Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi.Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.Kanni PonggalPonggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti

pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat. 3. Ajaran Dan Kepercayaan Agama Hindu

Dari aspek agama,kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang seperti yang kita sebutkan tadi yang melambangkan anutan masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan sebagainya. Dalam ekonomi pula,kesan penghijrahan komuniti India yang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan Melaka semakin berkembang.Ini kerana,Pedagang India merupakan antara pedagang luar yang pertama sampai ke Tanah Melayu.Oleh itu kita tidak dapat nafikan,perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak ialah kerana usaha masyarakat India yand bermigrasi ke Tanah Melayu. Melihat kesan dari segi kebudayaan pula,perlu diakui bahawa kebanyakan adat yang diamalkan oleh majoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan kebudayaan Hindu.Sebagai contoh,adat bersanding ketika majlis perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan adat memakan manisan pada hari raya.Adat-adat ini ternyata masih diamalkan walaupun selepas proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana dan Mahabrata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh Hindu dalam penulisanya.

).

1)PERAYAAN AJARAN DAN KEPERCAYAAN 1) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5729-warisan-budaya-india.htmlv 2) kebudayaan

kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. x

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Você também pode gostar