Você está na página 1de 2

KADAR DAN JENIS BANTUAN KWAPM Terdapat dua jenis bantuan di dalam KWAPM iaitu Bantuan Am Persekolahan ( BAP

) dan Bantuan Bulanan. Bantuan Am Persekutuan ( BAP ) meliputi bantuan pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan yuran persekolahan, yuran peperiksaan dan bantuan kes kecemasan manakala bagi Bantun Bulanan ( BB ) pula, bantuan yang diberikan adalah berupa wang saku dan perbelanjaan harian. Bantuan Bulanan ini juga adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. Bagi Bantuan Am Persekolahan untuk murid sekolah rendah adalah sebanyak RM200 bagi seorang murid setahun, , manakala Bantuan Bulanan pula berjumlah RM25 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus miskin dan RM50 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus miskin tegar. Bagi murid sekolah menengah pula, jumlahnya berbeza dengan murid sekolah rendah. Bantuan Am Persekolahan yang diterima oleh murid sekolah menengah adalah sebanyak RM300 bagi seorang murid setahun manakala Bantuan Bulanan pula adalah sebanyak RM30 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus miskin dan RM60 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus miskin tegar. Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada kupayaan dana Tabung KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan KWAPM diperingkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiuasaha KPM.

Você também pode gostar