Você está na página 1de 7

Faizal A Majid merupakan penulis jurnal ini.

Tajuk jurnal ialah School Based Assessment Schools : The Concerns of the English Teachers. Jurnal ini ditulis oleh penuntut Universiti Teknologi MARA. Kajian ini bertujuan mengkaji kebimbangan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).

Penulis telah menjalankan kajian ini bagi meninjau kefahaman guru dalam melaksanakan PBS. Aspek aspek yang dikaji ialah kesediaan guru dan murid, kefahaman tentang PBS oleh guru, murid dan ibu bapa, kesediaan guru untuk menyelami PBS, kesuntukan masa dalam menerima dan melaksanakan PBS dan juga mengenai latihan yang diperlukan oleh guru.

Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk set soal selidik. Responden dikehendaki membuat satu pilihan yang sesuai bagi setiap pernyataan yang dikemukakan berdasarkan skala likert pemeringkatan. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai empat puluh responden yang terdiri daripada guru guru sekolah menengah yang mempunyai pengalama mengajar Bahasa Inggeris dari 5 hingga 21 tahun. Analisa data pula adalah menggunakan perisian Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) bagi mendapatkan jumlah item korrelasi dan pekali alpa.

Dapatan kajian menunjukkan kini ramai guru sudah peka mengenai PBS tetapi masih lagi samar samar tentang peranan mereka dalam melaksanakan PBS secara efektif. Ini menunjukkan latihan adalah amat perlu bagi menyelesaikan masalah ini. Evidens menunjukkan guru guru masih kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PBS walaupun garis panduan dan objektif disediakan oleh pihak kementerian. Latihan hands on, bengkel dan perbincangan terbuka harus diadakan bagi mengatasi cabaran dan isu pelaksanaan taksiran. Maklumbalas dari guru dan murid ahrus diambil kira oleh pihak kementerian untuk membuat perubahan dan modifikasi dalam pentaksiran yang sedia ada.

Masalah yang dihadapi oleh para guru ialah pengurusan masa. Selain itu, kerjasama diantara guru guru dan murid juga merupakan salah satu masalah yang dikenalpasti dalam kajian. Murid murid haruslah tahu peranan mereka dalam PBS. Guru guru haruslah menemui satu jalan penyelarasan dalam melaksanakan PBS ttapi itu adalah amat tipis dikalangan guru
1

guru. Salah satu punca utama bagi masalah ini ialah kekangan masa yang dihadapi oleh para guru. Oleh itu latihan pengurusan masa harus diberi kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Ramai guru yang berpendapat bahawa pentaksiran di bawah PBS harus disemak semula dan membuat pengubahsuaian. Mereka juga berpendapatan kajian terperinci harus dijalankan.

Sistem pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) ialah satu sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang dikenali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah. Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) pula merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara berterusan, boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikkan pembelajaran murid dan lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid. Guru juga dapat mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Evidens yang dikumpulkan oleh guru harus mempunyai ciri-ciri seperti sah, autentik, kecukupan, semasa dan tekal. Sah bermaksud evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan atau pencapaian standard yang telah ditetapkan. Autentik pula bermaksud murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. Manakala kecukupan pula merujuk kepada evidens yang dikumpul adakah mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid. Semasa pula bermaksud evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa dan tekal bermaksud evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Contoh aktiviti pentaksiran adalah seperti ujian, kuiz, lembaran, kerja rumah, latihan, soal jawab, perbincangan, syarahan, drama, dialog, permainan, demonstrasi, lawatan kerja, penyiasatan dan aktiviti kumpulan. Ciri ciri pentaksiran sekolah adalah holistik, sepadu, seimbang, fleksibel dan merujuk kepada standard prestasi disamping merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian menunjukkan ramai guru yang menghadapi masalah dalam membina instrumen terutamanya bagi band 4, 5 dan 6. Di band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib @ melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik. Di band 5 pula, murid harus melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut prosedur @ secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Di band 6 pula, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Maklumat ini haruslah disebarkan kepada semua guru. Cara yang sangat sesuai adalah melalui mengendalikan bengkel seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji.

Pemantau Dalaman yang terdiri dari guru harus dilantik oleh Jawatankuasa PBS di peringkat sekolah. Manakala Pemantau Luaran pula terdiri dari pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah. Pemantau Dalaman dan Pemantau Luaran ini haruslah memastikan bahawa PBS dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan @ pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi setiap mata pelajaran .

Ini juga harus dimoderasikan, Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan harus dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin
3

kualiti. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan dan pemantauan.

Semasa penyelarasan dilakukan evidens murid harus dipilih secara rawak mengikut pencapaian dan membanding skor yang diberikan oleh guru kemudian menyelaras pemberian skor. Satu laporan penyelarasan harus disediakan dan menyelaras skor murid jika perlu. Sekolah harus bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik.

Dalam Pentaksiran Psikometrik pula, maklumat yang ditaksir haruslah bersifat akademik dan peribadi untuk membantu pembelajaran murid. Pentaksiran Psikometrik mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan, bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kokurikulam dan proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi anjakan pertama yang dinyatakan dalam teks ucapan Menteri Pelajaran sempena pelancaran Laporan Awal Pelan Perancangan Pendidikan, beliau menyatakan menjelang 2016, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mempunyai 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi. Ia membuktikan sistem peperiksaan masih lagi relevan untuk diguna pakai dalam sistem pendidikan negara.
4

Laporan diskriptif dan formatif dapat dibuat melalui sistem aplikasi SPPBS. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada tahun 1 hinggalah ke tingkatan 5 (lifetime data base). Sedikit kelemahan sistem ini adalah tiada capaian cepat untuk guru memilih nama-nama pelajar tertentu bagi proses menanda kod band. Guru harus menekan rekod selepas dan menunggu lama untuk paparan nama pelajar yang dicari.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan band pelajar yang terlalu banyak ke dalam sistem. Sistem sedia ada pula tidak user friendly dan kerapkali menghadapi masalah dalaman (internal error). Di samping itu, line broadband pula meragam. Setiap penghujung tahun pula sistem menghadapi traffic jam. Bagi sekolah-sekolah yang tiada kemudahan komputer dan internet pula dikatakan sistem akan disediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

Cetakan laporan keseluruhan pencapaian band merupakan satu lagi masalah yang melibatkan kos yang tinggi dan ini membebankan kewangan sekolah. Oleh itu, ada sekolah yang merekabentuk sendiri format slip PBS. Selain itu, SPPBS juga tiada kemudahan login untuk ibu bapa menyemak pencapaian band anak mereka seperti aplikasi SAPS. Masalah-masalah ini harus diatasi dengan kadar segera supaya PBS dikendalikan tanpa sebarang masalah.

Tidak dapat dinafikan bahawa PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid kini dalam PBS dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi. Jurulatih Utama KSSR dan PBS harus bertanggungjawab dalam menyampaikan taklimat dan membantu para guru dalam pelaksanaan KSSR dan PBS, di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Penyelaras PBS sekolah haruslah rajin dari segi mental dan fizikal. Beliau juga haruslah rajin melayari internet dan memperolehi bahan bahan terkini daripada internet. Beliau juga haruslah memantau guru guru KSSR dari semasa ke semasa supaya membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

BIBLIOGRAFI Mohd. Daud Hamzah. (1993). Siri Pendidikan Kurikulum : Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahsa dan Pustaka Rozinah Jamaludin. (2007). Pentaksiran Dalam Pendidik : Penerbit Universiti Sains Malaysia Sulaiman Ngah Ramli. (1997). Pedagogi : Teori dan Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zol Azlan Hamidin. (2000). StrategiPengajaran : Pendekatan Sains, Teknologi, Masyarakat : Prentice Hall Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Baharom Mohamad & Ilyas Hashim. (2010). Gaya Pengajaran & Pembelajaran.: PTS Profesional. Shahbudin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub, Mohd. Zahir Ahmad (2006). Pedagogi : Strategi & Teknik Mengajar Dengan Berkesan : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Azwan NN. (2012, September 24).Kenyataan Akhbar Ucapan. Berita Harian. Cikgu_Shaz,(2012,July 28). Catatan popular, Isu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Retreived November 5, 2012, from file:///C:/Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/isu - isu Kalam Abu Adib (2011, April 1). Kebaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Retreived November 5, 2012 from file:///C:/Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/kebaikan Muhammad Faiz Mahayudin, (2012, October 8). Isu Pendidikan PBS Ganti PMR, Kaji Kewajaran PBS ganti PMR, Retreived November 5, 2012 from file:///C:/Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/isu pendidikan Nazri Samsudin,(2012,May 19). Catatan Seorang Pendidik, Slip Pencapaian pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Retreived November 5, 2012, from file:///C:/Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/rekod Pak Yeop, (2012, October 31). Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Retreived November 5, 2012 from file:///C:/Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/pentaksiran Penilaian Berasaskan Sekolah,(n.d).Retreived November 5, 2012, from file:///C:?Documents and Settings/user/Dekstop/Evaluation Pbs/index

Você também pode gostar