Você está na página 1de 87

1.

Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

2.0

Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

3.0

Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat.

3.1

Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna

yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

3.2

Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca.

Contoh lain adalah seperti berikut: Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang

demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

3.3

Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang

tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contoh: Tangkai jering Panjang tangan. Mulut tempayan.

3.3.2 Simpulan Bahasa Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan: Contoh: Abu Nawas. Kaki Kaki bangku bangku. Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan

bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah: Contoh: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras. Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan

menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu. Bagai tikus jatuh ke beras. Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Contoh bidalan: .Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

4.0 ANALISIS PERIBAHASA DALAM CERPEN 4.1 CERPEN KAMPUNG HATI AYAH OLEH : AZRUL ZAILAN BIN AWANG

4.1.1 KESELURUHAN KARYA

Kampung Hati Ayah UMMU HANI ABU HASSAN

Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira masa. Lebuh raya di sisi Pekan Napo sibuk dengan kehadiran tetamu luar yang singgah berehat di Restoran Jo Cendol Pulut. Ini laluan antarabangsa . Napo, Changloon dan Bukit Kayu Hitam merupakan pintu pertama untuk sampai ke Negara Gajah Putih. Ruang ini menjadi medan bagi kami untuk memasarkan buah-buahan kampung kepada pelancong luar. Aku anak jati pekan ini. Ayahku orang kampung Cherok Mokkan bertemu jodoh dengan emak dari kampung Changkat Setul, Changloon. Aku dan tiga adikku dilahirkan di Kampung Baru Pekan Lama Changloon. Aku tidak banyak tahu tentang ayah. Dia petani yang gigih menyimpan wang di Tabung Haji. Selebihnya, aku dan ayah banyak menghabiskan masa bersama di kebun. Ayah membawaku ke hutan Changloon setiap hujung minggu. Di situ, terdapat sebuah pondok yang dibina oleh ayah untuk kami berehat selepas menebas rumput lalang yang tumbuh merimbun. Minggu berikutnya, ayah mengajarku meracun rumput-rumput degil yang melata. Genap dua minggu, cerahlah dusun kami. Kulitku pula makin gelap. Emak membebel kepada ayah. Katanya, anak dara tidak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Hilang serinya. Ayah hanya memandang emak. Mata jernihnya turut menembusi mataku dan adik-adikku. Siapa yang boleh diharapkan lagi? Emak membisu. Hanya ayah dan adik bongsuku daripada spesis Adam di rumah kami. Dan Asyraf ketika itu baru berusia lima tahun. Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu bertani. Emak memandangku dengan panahan simpati. Mak, cek memang minat. Janganlah mak risau sangat. Emak mengangguk. Selepas itu, tiada lagi rungutan yang keluar dari bibirnya. Ayah membawaku ke kedai Sing Tiong yang terletak di Pekan Napo. Anak aku, kata ayah apabila Tauke Tiong bertanya.

Waa...manyak bagus, kecil-kecil sudah mau main itu baja, kata Tauke Tiong. Atah menghabiskan lima ratus ringgit untuk membeli benih jagung. Kita tanam jagung. Aku angguk, kemudian berbisik di telinga ayah. Boleh dak cek beli pokok palma? Palma apa? Semua jenis palma yang tak ada di rumah. Palma Mexico, palma jawa, palma buluh, palma musang, palma merah. Siapa suruh? Mak suruh. Mak hang tu memang pandai, balas ayah. Tauke Tiong tersengih bahagia ketika ayah menambah RM100 lagi untuk membeli pokok-pokok palma. Memang ayah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja jenis tanaman. Usiaku meningkat dua belas tahun. Adik-adik juga makin membesar. Namun, ayah tetap selesa membawaku ke kebun. Emak sekali-sekala datang membantu kami kerana dia juga begitu sibuk menguruskan nurseri bunganya secara kecilkecilan di rumah. Aku cekap menggunakan cangkul dan mesin berbanding memerah otak membuat kira-kira. Pokok jagung kami tumbuh segar kerana taburan baja yang cukup dan bekalan air bukit yang sentiasa mengalir. Ayah bersungguh-sungguh dengan kudratnya. Dia mengetap bibir ketika kereta putihnya berketak-ketak melalui kawasan kebun tembikai dan sayuran milik Ah Choi. Subur dan terjaga setiap masa. Malah hasilnya disalurkan kepada peniaga-peniaga yang datang dari seluruh Malaysia, juga Siam. Inilah sikap orang Cina, komited dengan wawasan berbekalkan modal yang mantap, kataku. Ayah mengangkat kening. Cakap macam orang surat khabar, katanya. Aku tersengih. Aku mendapat 4A 1D dalam UPSR. Keputusan itu meranapkan impianku untuk bersekolah asrama di bandar. Emak, dalam bangganya kerana aku mendapat banyak A berbanding anak-anak jiran kami, turut bersedih. Kenapa Matematik gagal? Mak, cek memang tak pandai Matematik. Alah, ilmu kira-kira tak kan hang tak tau buat. 9

Aku diam. Ayah memujuk emak. Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di kebun, kata ayah. Tulah ayah hang ni. Tak fikir masa depan anak. Budak tu dahla perempuan. Emak mencebik. Aku menjadi serba salah tetapi perasaanku kosong sahaja. Bagiku, di mana-mana pun boleh, asalkan bersekolah menengah seperti budakbudak lain. Aku mengorak langkah ke alam remaja. Aku bertubuh sederhana seperti ayah dan tinggi seperti emak. Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja mencapai usia perawan. Ayah masih mengajakku ke kebun melihat tanaman kami yang bersilih ganti. Ayah tidak berminat lagi untuk menanam jagung, limau bali dan sayuran seperti dahulu. Pokok durian, manggis, rambutan, dokong, langsat, ciku madu, petai dan jering sudah matang untuk berbuah. Tanaman itu anugerah kepada kami sekeluarga. Setahuku, ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika aku masih di dalam perut ibu. Makan sekadarnya, lebih kita jual, kata ayah selalu. Mungkin ayah miskin lalu dia kata begitu, fikirku. Ayah tidak pernah makan gaji. Dia membanting tulang, memerah keringat dan menghambakan diri kepada tanah. Sebab itu ayah menjadi kedekut dengan usahanya. Kenapa ayah tidak upah orang Pattani jaga kebun kita? Tak payah Kenapa? Orang lain tak akan jaga kebun ni macam kita jaga. Mana ayah tau? Pokok getah Pak Long hang habis depa toreh tak kira masa. Pagi, petang, malam. Mampuih habis pokok-pokok tu. Pokok-pokok ni pun macam manusia juga. Silap makan, cepatla mati. Orang lain tu nak kaut untung saja. Ayah terlalu berprasangka, gerutu hatiku. Selain berkebun, ayah turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak empat petak. Kali ini dia mengajak Asyraf membantunya. Aku mula beralih perhatian kepada emak. Pokok bunga yang dikumpulnya sejak dahulu memenuhi kawasan rumah kami.

10

Mak nak buka kedai pokok. Ayah hang asyik dok perli mak perabih duit beli pokok bunga, tak dak hasil, kata mak. Tapi setakat pokok bunga tak cukup mak. Cek tengok nurseri Kak Siti ada jual pasu, baja dan benih pokok buah. Kalau kita pun jual macam tu, baru orang mai ramai. Betul juga kata hang. Mak ada modal sikit. Berapa? Dalam tiga ribu. Cek rasa cukup kot. Mula-mula, kita buat atap untuk pokok-pokok ni. Lepas tu kita ambil pasu dengan Tauke Tiong dalam seribu. Selebihnya kita semai balik pokok-pokok mak ni. Pecahkan dalam polibeg dan jual murah. Emak memandangku. Hang ni pandai rupa-rupanya bab ni. Macam ayah hang. Emak hampir menitiskan air mata. Janganlah risau, cek boleh tolong mak,pujukku. Aku bakal mengambil PMR tahun ini tetapi tumpuanku lebih kepada nurseri comel emak yang kami gelarkan Nurseri Pakat, sempena pakatan aku dengan emak. Ayah diam sahaja, mungkin dia yakin denganku. Tambahan pula, modalnya datang daripada emak sahaja. Seterusnya, aku merangka landskap yang sesuai dengan kawasan rumahku yang sederhana luasnya. Ayah mengorbankan pokok nangka kesayangannya bagi meluaskan kawasan nurseri. Kos memasang bumbung agak tinggi kerana harga tiang besi dan bumbung plastik yang mahal. Melihatkan kesungguhan emak, ayah turut mengeluarkan sedikit modal. Aku mengasingkan jenis tanaman renek di pangkin zink yang disediakan Asyraf. Pokok tinggi seperti pokok palma ditanam di sekeliling nurseri. Pokok kertas, pokok kon dan pokok kusyen disusun di dalam bumbung kerana tahan panas. Jenis tanaman hijau dan keladi diatur mengikut saiz. Semua hasil pemerhatianku di nurseri Kak Siti dan Sin Tiong. Emak mengajarku menghafal nama-nama pokok. Lidah mak mentua, lidah jin, langsuana, lili, harum sundal malam, keladi kombat, asam batu, puding, janda kaya, pokok ong,rama-rama. Ah, semua nama itu daripada emak dan aku tidak pasti nama saintifiknya.

11

Ayah membeli lori ketika aku berada dalam tingkatan lima. Dengan lori itu, perniagaan emak dan tanaman ayah mula berkembang. Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat. Pagi Isnin, ayah di Nat Padang Sera, pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat Tunjang. Malam pula, ayah mengambil upah mengurut. Sejak dulu, ayah memang selalu mengurut, tetapi kini ayah nampak bersungguh-sungguh menjadikannya sumber pendapatan keluarga kami. Mak, kenapa ayah suka buat banyak kerja? Cek rasa dah cukup hidup kita ni dengan kebun ayahdan nurseri kita tu, kataku. Ayah hampa nak bagi hampa senang. Tapi mak, cek kesian tengok ayah kerja tak berhenti. Cek dan adik -adik dah selesa dengan hidup sederhana. Lepas ni hampa nak mengaji, lagi banyak guna duit. Sekarang ni ada kemudahan pinjaman PTPTN, MARA, JPA untuk sambung belajar. Janganlah mak dan ayah risau. Cek cuma bimbangkan kesihatan ayah. Dia dah tua. Emak hanya diam. Aku mengharapkan kata-kata itu sampai kepada ayah. Denganku, ayah begitu keras kepala. Tumpuanku benar-benar beralih kepada pelajaran. Azamku ingin berjaya SPM. Hanya dua tujuanku. Pertama, untuk ayah dan emak. Kedua, keinginanku untuk keluar dari pekan Changloon. Sudah sampai masanya aku berhijrah ke tempat lain. Bumi Malaysia ini luas. Aku sudah jemu dengan pemandangan sawah dan pokok getah yang bisu. Suara umpat dari mulut-mulut sumbang kaki penyibuk. Juga muka Melayu-Siam jejaka Changloon yang sukar dibezakan. Aku ingin mengenali dunia baru yang lebih relavan dengan perkembangan semasa. Ayah gembira hang dapat masuk universiti. Hang orang pertama daripada keluarga kita yang boleh belajar jauh. Alah UPM tu di Serdang saja ayah, bukanlah jauh sangat. Kalau cuti, cek balik tolong ayah di kebun. Ayah menatapku. Tanjakan usia ayah terpamer pada garis-garis di bawah matanya. Cukuplah. Aku tak mahu hang fikir pasal kebun dah. Lepas ni hang belajar sungguh-sungguh. Orang perempuan elok kerja di pejabat.

12

Aku diam. Inilah kali pertama ayah membuat keputusan yang paling secocok dengan jiwaku. Nah! Aku terkejut. Ni buku akaun hang. Dah lama ayah simpan. La hang dah besar, sampai masanya hang simpan sendiri. Aku mengambil buku kuning bercop Tabung Haji. Mataku bulat ketika menatap jumlah simpanan di dalamnya. Masya-Allah, banyak ni ayah!. Sampai tiga puluh ribu, cek nak buat apa? Laa...hang nak pi belajar, gunalah duit tu. Ayah tak mau hang pinjam PTPTN. Fasal apa? Hang akan tau nanti. Ambillah. Hang dok tolong aku dari kecil, duit tu memang duit hang. Kemudian, bahu ayah basah oleh air mataku. Terima kasih Ayah!. Sekarang, aku dalam tahun akhir di UPM, sebagai bakal graduan pengurusan perniagaan. Cuti semester kali ini dihabiskan di rumah. Ayah mengerjakan ladang getah manakala emak sibuk sebagai tauke pokok yang terkenal di Pekan Changloon. Dua adik perempuanku tinggal di asrama. Asyraf pula bakal menduduki PMR tahun ini. Ayah merancang membawa kami sekeluarga mengerjakan haji tahun ini. Dia sudah mendaftarkan nama kami sejak beberapa tahun yang lepas. Kami begitu teruja mahu menjadi tetamu Allah. Malam itu, kami sekeluarga berkumpul. Ayah melihat kami adik beradik. Hampa semua dah besar. Lega hati ayah bila dapat bawa hampa sekali pi Makkah tahun ni. Alhamdulillah. Ayah hampa ni dah merancang lama dah. Sejak hampa kecil lagi, kata emak. Duit yang ayah kumpul dari dulu untuk nilah. Ayah nak sempurnakan rukun Islam hampa sebelum ayah tak dak. Air mata ayah menitik. Ayah tau, kalau Ayah tak buat sekarang, takut hampa tak sampai ke Makkah. Awat ayah cakap macam tu, kami ni muda lagi, kataku.

13

Susah ayah nak beritahu, tapi hampa fikirlah. Lepas ni hampa belajar pinjam PTPTN, nak kena bayar setiap bulan . Koman-koman pun dalam dua ratus sebulan. Kalau dok di KL nu nak bayar duit sewa rumah, bayar duit tambang, makan. Hah, macam-macamlah! Tambah lagi kalau dah kahwin. Berapa tinggal dalam poket nak pi Makkah? Ayah... Ayah takut hampa kejar benda lain tapi rukun Islam tak sempurna. Ini saja niat ayah sebelum ayah tutup mata. Aku mengetap bibir. Atmaku mengolah fikiran ayah. Terbayang kebun kami. Pokok jagung. Limau bali. Durian. Manggis. Rambutan. Sawah sembilan petak. Tong susu getah. Bau sirih urat. Lori kuning dan Tabung Haji. Ah, begitu murni kampung hati ayah!.

14

4.1.2 ANALISIS

Peringkat permulaan

Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira masa. Lebuh raya di sisi Pekan Napo sibuk dengan kehadiran tetamu luar yang singgah berehat di Restoran Jo Cendol Pulut. Ini laluan antarabangsa . Napo, Changloon dan Bukit Kayu Hitam merupakan pintu pertama untuk sampai ke Negara Gajah Putih. Ruang ini menjadi medan bagi kami untuk memasarkan buah-buahan kampung kepada pelancong luar. Aku anak jati pekan ini. Ayahku orang kampung Cherok Mokkan bertemu jodoh dengan emak dari kampung Changkat Setul, Changloon. Aku dan tiga adikku dilahirkan di Kampung Baru Pekan Lama Changloon. Aku tidak banyak tahu tentang ayah. Dia petani yang gigih menyimpan wang di Tabung Haji. Selebihnya, aku dan ayah banyak menghabiskan masa bersama di kebun.

Analisis

Situasi 1

Lebuh raya di sisi Pekan Napo sibuk dengan kehadiran tetamu luar yang singgah berehat di Restoran Jo Cendol Pulut.

Situasi diatas boleh diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Maksud bagi peribahasa ini ialah terlalu banyak pada sesuatu masa. Hal ini demikian kerana, kesibukan orang-orang yang singgah berehat di Restoran Jo Cendol Pulut di lebuh raya di sisi Pekan Napo dengan kehadiran tetamu luar pada sesuatu masa menyebabkan situasi ini lebih sesuai digambarkan dengan peribahasa tersebut.

Situasi bagi menggambarkan peribahasa tersebut pada hari ini ialah ketika perlawanan akhir bola. Contohnya ialah ketika perlawanan akhir piala FA. Hal ini demikian kerana, ketika perlawanan biasa, stadium tidak akan dipenuhi dengan penonton. Bahkan hanya sesetengah penonton sahaja yang hadir. Namun demikian, 15

hal ini berbeza sekiranya perlawanan akhir berlangsung. Stadium akan penuh dengan ribuan penonton tidak mengenal usia, jantina, bangsa mahupun agama. Situasi ini sesuai digambarkan dengan peribahasa bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran penonton pada sesuatu masa yang penting atau boleh dikatakan penting akan menyebabkan ramai akan menghadiri.

Situasi 2

Selebihnya, aku dan ayah banyak menghabiskan masa bersama di kebun. Situasi diatas sesuai dikaitkan dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Peribahasa ini membawa maksud bersama -sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. aku dan ayah banyak menghabiskan masa bersama di kebun telah menggambarkan watak aku itu selalu bersama ayahnya di kebun untuk mengerjakan sesuatu perihal atau mengusahakan sesuatu tanaman. Selain itu juga, mereka bersama-sama dalam mengusahakan kebun mereka tidak mengira susah atau senang. Hal ini demikian kerana, kehidupan mereka yang miskin sedikitpun tidak menghalang mereka untuk terus berusaha dalam mengusahakan kebun mereka. Mereka bekerjasama dan saling tolong-menolong bagi meringankan beban dalam melaksanakan kerja.

Situasi 2 ini pada hari ini boleh dikaitkan dengan situasi gotong-royong yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Rakyat Malaysia sering mengadakan gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contonya ketika majlis perkahwinan. Gotong-royong yang diamalkan sejak dari dahulu lagi dapat meringankan beban tuan rumah. Kerjasama antara penduduk kampung sedikit sebanyak akan menjadikan kerja tersebut lebih ringan dan mudah dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, peribahasa tersebut sesuai digambarkan dengan aktiviti yang nmelibatkan kerjasama antara manusia.

16

Peringkat perkembangan.

Ayah membawaku ke hutan Changloon setiap hujung minggu. Di situ, terdapat sebuah pondok yang dibina oleh ayah untuk kami berehat selepas menebas rumput lalang yang tumbuh merimbun. Minggu berikutnya, ayah mengajarku meracun rumput-rumput degil yang melata. Genap dua minggu, cerahlah dusun kami. Kulitku pula makin gelap. Emak membebel kepada ayah. Katanya, anak dara tidak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Hilang serinya. Ayah hanya memandang emak. Mata jernihnya turut menembusi mataku dan adik-adikku. Siapa yang boleh diharapkan lagi? Emak membisu. Hanya ayah dan adik bongsuku daripada spesis Adam di rumah kami. Dan Asyraf ketika itu baru berusia lima tahun. Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu bertani. Emak memandangku dengan panahan simpati. Mak, cek memang minat. Janganlah mak risau sangat. Emak mengangguk. Selepas itu, tiada lagi rungutan yang keluar dari bibirnya. Ayah membawaku ke kedai Sing Tiong yang terletak di Pekan Napo. Anak aku, kata ayah apabila Tauke Tiong bertanya. Waa...manyak bagus, kecil-kecil sudah mau main itu baja, kata Tauke Tiong. Atah menghabiskan lima ratus ringgit untuk membeli benih jagung. Kita tanam jagung. Aku angguk, kemudian berbisik di telinga ayah. Boleh dak cek beli pokok palma? Palma apa? Semua jenis palma yang tak ada di rumah. Palma Mexico, palma jawa, palma buluh, palma musang, palma merah. Siapa suruh? Mak suruh. Mak hang tu memang pandai, balas ayah. Tauke Tiong tersengih bahagia ketika ayah menambah RM100 lagi untuk membeli pokok-pokok palma. Memang ayah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja jenis tanaman. Usiaku meningkat dua belas tahun. Adik-adik juga makin membesar. Namun, ayah tetap selesa membawaku ke kebun. Emak sekali-sekala datang membantu 17

kami kerana dia juga begitu sibuk menguruskan nurseri bunganya secara kecilkecilan di rumah. Aku cekap menggunakan cangkul dan mesin berbanding memerah otak membuat kira-kira. Pokok jagung kami tumbuh segar kerana taburan baja yang cukup dan bekalan air bukit yang sentiasa mengalir. Ayah bersungguh-sungguh dengan kudratnya. Dia mengetap bibir ketika kereta putihnya berketak-ketak melalui kawasan kebun tembikai dan sayuran milik Ah Choi. Subur dan terjaga setiap masa. Malah hasilnya disalurkan kepada peniaga-peniaga yang datang dari seluruh Malaysia, juga Siam. Inilah sikap orang Cina, komited dengan wawasan berbekalkan modal yang mantap, kataku. Ayah mengangkat kening. Cakap macam orang surat khabar, katanya. Aku tersengih.

Analisis

Situasi 3 Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu bertani.

Situasi 3 sesuai dikaitan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini bermaksud mendidik anak biarlah dari rebun gnya. Watak ayah dalam cerpen tersebut memaparkan sikap yang suka untuk mendidik anaknya sejak dari kecil. Si ayah mendidik anaknya cara berkebun. Si ayah tidak menghiraukan jantina anaknya walaupun anaknya merupakan anak perempuan. Hal ini demikian kerana ayahnya sangat mementingkan didikan. Mereka bukannya berasal daripada keluarga yang senang, oleh yang demikian ayah telah mengajarkan anaknya cara berkebun dengan harapan anaknya mampu untuk mengetahuai susah payah dalam mecari sesuap nasi. Selain itu juga, niat ayahnya yang ingin anaknya supaya tidak melihat berkebun itu satu pekerjaan yang tidak boleh memberikan 18

dapatan atau hasil yang banyak. Ayah dalam, cerpen tersebut dilihat memiliki siakp yang sanagt rajin bekerja dan tidak mudah berputus asa. Dia gigih dalam menjaga kebunnya. Dia juga seorang bapa yang penyanyang kerana begitu mementingkan pendidikan kepada anak-anaknya. Disamping itu juga, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya pada hari ini sesuai dikaitan dengan sikap ibu bapa yang sudah memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa pada hari ini sudah menyedari bahawa untuk membentuk akhlak anak-anak terutamanya haruslah bermula dari lahir lagi. Oleh sebab itu, mereka telah menghantar anak-anak mereka ke kelas al Quran sejak berumur 3 ataupun 4 tahun lagi. Hal ini demikank kerana, pada masa inilah kanak-kanak akan mudah dicorakkan. Selain itu juga, ibu bapa pada hari ini sudah didedahkan dengan pelbagai kempen bahawa pendidikan sangat penting. Hal ini membuka mata mereka dan membuatkan mereka untuk menyediakan pendidikan yang secukupnya bagi anak-anak mereka dalam menempuh hari-hari yang mendatang seiring dengan perkembangan dunia hari ini.

Situasi 4

Tauke Tiong tersengih bahagia ketika ayah menambah RM100 lagi untuk membeli pokok-pokok palma. Memang ayah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja jenis tanaman.

Situasi 4 diatas sesuai dikaitan dengan perumpamaan murah hati. Perumpamaan ini bermaksud pemurah. Watak ayah yang pemurah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja sesuai dikaitan dengan perumpamaan murah hati. Ayah yang tidak pernah membantah permitaan ibunya walaupun pada permulaannya si ayah berkata seolah-olah tidak ingin memenuhi permintaan ibunya yang dipesan kepada anaknya. Namun demikian, kerana ayahnya seorang yang pemurah, dia sanggup menghabiskan wang sebanayk RM 100 untuk memenuhi permintaan isteri kesayangannya itu.

19

Selain itu, murah hati pada hari ini boleh dikaitkan dengan sikap ramai rakyat Malaysia yang tidak jemu-jemu untuk menghulurkan sumbangan terutamanya kepada mangsa-mangsa bencana alam. Contohnya ketika berlakunya tsunami di Aceh, rakyat Malaysia tidak pernah melupakan kesengsaraan mereka bahkan rakyat negara ini telah menghulurkan pelbagai jenis sumbagan tidak tertumpu kepada bantuan kewangan, malahan bantuan perubatan juga turut di hulurkan. Keprihatinan rakyat dan sikap pemurah dan tidak sedikitpun berkira sesuai dikaitan dengan perumpamaan murah hati.

20

Peringkat perumitan

Aku mendapat 4A 1D dalam UPSR. Keputusan itu meranapkan impianku untuk bersekolah asrama di bandar. Emak, dalam bangganya kerana aku mendapat banyak A berbanding anak-anak jiran kami, turut bersedih. Kenapa Matematik gagal? Mak, cek memang tak pandai Matematik. Alah, ilmu kira-kira tak kan hang tak tau buat. Aku diam. Ayah memujuk emak. Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di kebun, kata ayah. Tulah ayah hang ni. Tak fikir masa depan anak. Budak tu dahla perempuan. Emak mencebik. Aku menjadi serba salah tetapi perasaanku kosong sahaja. Bagiku, di mana-mana pun boleh, asalkan bersekolah menengah seperti budakbudak lain. Aku mengorak langkah ke alam remaja. Aku bertubuh sederhana seperti ayah dan tinggi seperti emak. Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja mencapai usia perawan. Ayah masih mengajakku ke kebun melihat tanaman kami yang bersilih ganti. Ayah tidak berminat lagi untuk menanam jagung, limau bali dan sayuran seperti dahulu. Pokok durian, manggis, rambutan, dokong, langsat, ciku madu, petai dan jering sudah matang untuk berbuah. Tanaman itu anugerah kepada kami sekeluarga. Setahuku, ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika aku masih di dalam perut ibu. Makan sekadarnya, lebih kita jual, kata ayah selalu. Mungkin ayah miskin lalu dia kata begitu, fikirku. Ayah tidak pernah makan gaji. Dia membanting tulang, memerah keringat dan menghambakan diri kepada tanah. Sebab itu ayah menjadi kedekut dengan usahanya. Kenapa ayah tidak upah orang Pattani jaga kebun kita? Tak payah Kenapa? Orang lain tak akan jaga kebun ni macam kita jaga. Mana ayah tau?

21

Pokok getah Pak Long hang habis depa toreh tak kira masa. Pagi, petang, malam. Mampuih habis pokok-pokok tu. Pokok-pokok ni pun macam manusia juga. Silap makan, cepatla mati. Orang lain tu nak kaut untung saja. Ayah terlalu berprasangka, gerutu hatiku. Selain berkebun, ayah turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak empat petak. Kali ini dia mengajak Asyraf membantunya. Aku mula beralih perhatian kepada emak. Pokok bunga yang dikumpulnya sejak dahulu memenuhi kawasan rumah kami. Mak nak buka kedai pokok. Ayah hang asyik dok perli mak perabih duit beli pokok bunga, tak dak hasil, kata mak. Tapi setakat pokok bunga tak cukup mak. Cek tengok nurseri Kak Siti ada jual pasu, baja dan benih pokok buah. Kalau kita pun jual macam tu, baru orang mai ramai. Betul juga kata hang. Mak ada modal sikit. Berapa? Dalam tiga ribu. Cek rasa cukup kot. Mula-mula, kita buat atap untuk pokok-pokok ni. Lepas tu kita ambil pasu dengan Tauke Tiong dalam seribu. Selebihnya kita semai balik pokok-pokok mak ni. Pecahkan dalam polibeg dan jual murah. Emak memandangku. Hang ni pandai rupa-rupanya bab ni. Macam ayah hang. Emak hampir menitiskan air mata. Janganlah risau, cek boleh tolong mak,pujukku. Aku bakal mengambil PMR tahun ini tetapi tumpuanku lebih kepada nurseri comel emak yang kami gelarkan Nurseri Pakat, sempena pakatan aku dengan emak. Ayah diam sahaja, mungkin dia yakin denganku. Tambahan pula, modalnya datang daripada emak sahaja. Seterusnya, aku merangka landskap yang sesuai dengan kawasan rumahku yang sederhana luasnya. Ayah mengorbankan pokok nangka kesayangannya bagi meluaskan kawasan nurseri. Kos memasang bumbung agak tinggi kerana harga tiang besi dan bumbung plastik yang mahal. Melihatkan kesungguhan emak, ayah turut mengeluarkan sedikit modal. Aku mengasingkan jenis tanaman renek di pangkin zink yang disediakan Asyraf. Pokok tinggi seperti pokok palma ditanam di sekeliling nurseri. Pokok kertas, 22

pokok kon dan pokok kusyen disusun di dalam bumbung kerana tahan panas. Jenis tanaman hijau dan keladi diatur mengikut saiz. Semua hasil pemerhatianku di nurseri Kak Siti dan Sin Tiong. Emak mengajarku menghafal nama-nama pokok. Lidah mak mentua, lidah jin, langsuana, lili, harum sundal malam, keladi kombat, asam batu, puding, janda kaya, pokok ong,rama-rama. Ah, semua nama itu daripada emak dan aku tidak pasti nama saintifiknya.

Analisis

Situasi 5

Pokok durian, manggis, rambutan, dokong, langsat, ciku madu, petai dan jering sudah matang untuk berbuah. Tanaman itu anugerah kepada kami sekeluarga. Setahuku, ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika aku masih di dalam perut ibu.

Situasi diatas menggambarkan bahawa mereka yang berjasa kepada tanah tanpa mengenal rasa jemu dan penat lelah akan mendapat keuntungan di kemudian hari. Peribahasa yang sesuai dikaitkan ialah bara yang digenggam biar sampai jadi arang. Hal ini kerana ayah yang bermula daripada kebun kecil-kecilan dan menanam poko daripada muda akhirnya membuahkan hasil diaman mereka telah dapat melihat hasilnya apabila pokok-pokoknya yang ditanam sudah mengeluarkan hasil yang banyak dan merupakan anugerah kepada mereka sekeluarga.maksud bagi peribahasa tersebut ialah mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Kejayaan dan rezeki yang bertambah sudah diperolehi oleh mereka sekeluarga hasil daripada kegigihan dan sikaps abar ayah dan seluruh ahli keluarga ayng lain dlaam menghadapi ujian Allah. Selain itu juga, peribahasa bara yang digenggam biar sampai jadi arang pada hari ini boleh dikaitan dengan situasi dalam menuntut ilmu. Ramai yang berkata belajar itu susah. Ramai anak-anak murid disekolah terutamanya berkata susah,susah dan susah. Mereka yang mempunyai mentaliti seperti itu memang akan 23

merasakan ianya susah. Sebaliknya jika orang yang berjuang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan tidak mudah untuk menyerah kalah sebelum berjaya. Orang yang mempunyai sikap sedemikan akan berjaya dalam mengharungi kehidupan dan arus permodenan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, dunia sekarang yang kain maju dan canggih sangat memerlukan pemikiran dan sikap yang tidak mudah menyerah kalah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan walaupun menghadapi kesukaran. Peribahasa alah bisa tegal biasa menggambarkan bahawa yang susah lama-lama jika kita sudah biasa akan men jadi mudah bagi kita. Begitulah yang dapat digambarkan kepada masyarakat pada hari ini.

Situasi 6 Cek rasa cukup kot. Mula-mula, kita buat atap untuk pokok-pokok ni. Lepas tu kita ambil pasu dengan Tauke Tiong dalam seribu. Selebihnya kita semai balik pokok-pokok mak ni. Pecahkan dalam polibeg dan jual murah.

Berdasarkan cerpen ini, situasi diatas boleh digambarkan dengan peribahasa daripada segenggam jadi segantang. Peribahasa ini membawa maksud daripada sedikit lama-lama jadi banyak dengan usaha. Mak dan anaknya yang ingin memulakan perusahaan menjual pokok merancang untuk bermula daripada kecilkecilan. Mereka hanya memulakan perusahaan mereka dengan menggunakan apa yang ada. Melaluai modal dan hasil jualan yang diperolehi, mereka mula mengembangkan perusahaan m ereka. Mereka sudah mula membuat perancangan untuk membesarkan dengan membina bumbung bagi meletakkan pokok-pokok mereka. Permulaan yang bermula daripada kecil lama-lama menjadi besar menjadikan perusahaan mereka semakin maju. Kesungguhan dan kegigihan mereka dalam mengusahakan perusahan menjual pokok-pokok bunga dan hiasan telah membuatkan mereka bertambah senang. Selain itu juga, peribahasa lain yang sesuai digambarkan bagi situasi ini ialah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Peribahasa ini membawa maksud sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

24

Disamping itu juga, dalam kehidupan hari ini, situasi yang mampu menggambarkan situasi ini boleh dilihat ramai pengusaha-pengusaha jualan yang bermula daripada perniagaan kecil-kecilan akhirnya berjaya meluaskan perniagaan mereka sekaligus mengukuhkan lagi pengusahaan mereka. Kegigihan dan semangat yang tidak mudah berputus asa telah mendorong orang ramai untuk terus bersaing dan membesarkan lagi pengusahaan mereka. Contohnya, ramai peniaga yang hanya menjual baju-baju di pasar malam akhirnya mampu untuk membuka kedai dan sekaligus mengembangkan perniagaan mereka ke serata negara. Kerja keras yang diamalkan dan sikap tidak mudah berputus asa mebantu mereka untuk berjaya.

25

Peringkat kemuncak

Ayah membeli lori ketika aku berada dalam tingkatan lima. Dengan lori itu, perniagaan emak dan tanaman ayah mula berkembang. Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat. Pagi Isnin, ayah di Nat Padang Sera, pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat Tunjang. Malam pula, ayah mengambil upah mengurut. Sejak dulu, ayah memang selalu mengurut, tetapi kini ayah nampak bersungguh-sungguh menjadikannya sumber pendapatan keluarga kami. Mak, kenapa ayah suka buat banyak kerja? Cek rasa dah cukup hidup kita ni dengan kebun ayahdan nurseri kita tu, kataku. Ayah hampa nak bagi hampa senang. Tapi mak, cek kesian tengok ayah kerja tak berhenti. Cek dan adik -adik dah selesa dengan hidup sederhana. Lepas ni hampa nak mengaji, lagi banyak guna duit. Sekarang ni ada kemudahan pinjaman PTPTN, MARA, JPA untuk sambung belajar. Janganlah mak dan ayah risau. Cek cuma bimbangkan kesihatan ayah. Dia dah tua. Emak hanya diam. Aku mengharapkan kata-kata itu sampai kepada ayah. Denganku, ayah begitu keras kepala. Tumpuanku benar-benar beralih kepada pelajaran. Azamku ingin berjaya SPM. Hanya dua tujuanku. Pertama, untuk ayah dan emak. Kedua, keinginanku untuk keluar dari pekan Changloon. Sudah sampai masanya aku berhijrah ke tempat lain. Bumi Malaysia ini luas. Aku sudah jemu dengan pemandangan sawah dan pokok getah yang bisu. Suara umpat dari mulut-mulut sumbang kaki penyibuk. Juga muka Melayu-Siam jejaka Changloon yang sukar dibezakan. Aku ingin mengenali dunia baru yang lebih relavan dengan perkembangan semasa. Ayah gembira hang dapat masuk universiti. Hang orang pertama daripada keluarga kita yang boleh belajar jauh. Alah UPM tu di Serdang saja ayah, bukanlah jauh sangat. Kalau cuti, cek balik tolong ayah di kebun. Ayah menatapku. Tanjakan usia ayah terpamer pada garis-garis di bawah matanya.

26

Cukuplah. Aku tak mahu hang fikir pasal kebun dah. Lepas ni hang belajar sungguh-sungguh. Orang perempuan elok kerja di pejabat. Aku diam. Inilah kali pertama ayah membuat keputusan yang paling secocok dengan jiwaku. Nah! Aku terkejut. Ni buku akaun hang. Dah lama ayah simpan. La hang dah besar, sampai masanya hang simpan sendiri. Aku mengambil buku kuning bercop Tabung Haji. Mataku bulat ketika menatap jumlah simpanan di dalamnya. Masya-Allah, banyak ni ayah!. Sampai tiga puluh ribu, cek nak buat apa? Laa...hang nak pi belajar, gunalah duit tu. Ayah tak mau hang pinjam PTPTN. Fasal apa? Hang akan tau nanti. Ambillah. Hang dok tolong aku dari kecil, duit tu memang duit hang. Kemudian, bahu ayah basah oleh air mataku. Terima kasih Ayah!. Sekarang, aku dalam tahun akhir di UPM, sebagai bakal graduan pengurusan perniagaan. Cuti semester kali ini dihabiskan di rumah. Ayah mengerjakan ladang getah manakala emak sibuk sebagai tauke pokok yang terkenal di Pekan Changloon. Dua adik perempuanku tinggal di asrama. Asyraf pula bakal menduduki PMR tahun ini.

Analisis

Situasi 7

. Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat. Pagi Isnin, ayah di Nat Padang Sera, pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat Tunjang. Malam pula, ayah mengambil upah mengurut. Sejak dulu, ayah memang selalu mengurut, tetapi kini ayah nampak bersungguh-sungguh menjadikannya sumber pendapatan keluarga kami.

27

Berdasarkan cerpen ini, situasi diatas boleh digambarkan denagn peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian. Peribahasa ini bermaksud bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. Ayah dan emak yang digambarkan oleh penulis dengan sikap yang tidak jemu-jemu dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mencari sesuap nasi bagi melihat anak-anak mereka berjaya dan tidak hidup susah seperti mereka. Kesusahan yang dihadapi oleh emak dan aayh pada permulaan cerita digambarkan apabila mereka hanya mengusahakan kebun kecil yang hanya mampu menampung kehidupan seharian mereka. Namun begitu, disebabkan kegigihan dan kerja keras mereka, mereka telah berjaya untuk membeli sebuah lari dan memperkembangkan lagi perusahaan mereka. Mereka bermula dari bawah dan usaha keras mereka membuatkan mereka berjaya sampai tahap itu. Kesenangan tidak akan mereka perolehi sekiranya mereka tidak bersusah payah terlebih dahulu. Kejayaan akan diperolehi dengan kerja keras dan pengorbanan.

Selain itu juga, dalam kehidupan kita pada hari ini ramai anak-anak muda yang sudah mula untuk berniaga. Hal ini dapat dilihat apabila mereka mula menjual secara kecil-kecilan dengan melibatkan rakan-rakan dan ahli keluraga mereka terlebih dahulu. Kemudiannya mereka akan meluakan sedikit demi sedikit perusahaannya dengan membuat hebahan melaluai pelbagai aplikasi dan sekarang yang paling digemari oarang-oarang muda ialah aplikasi facebook. Mereka telah menggunakan laman sosial ini untuk memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pelbagai dugaan mereka akan hadapi. Namun begitu, alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan membuatkan mereka terus berusaha sekaligus membantu mereka untuk berjaya.

28

Situasi 8

Tumpuanku benar-benar beralih kepada pelajaran. Azamku ingin berjaya SPM. Hanya dua tujuanku. Pertama, untuk ayah dan emak. Kedua, keinginanku untuk keluar dari pekan Changloon. Sudah sampai masanya aku berhijrah ke tempat lain. Bumi Malaysia ini luas. Aku sudah jemu dengan pemandangan sawah dan pokok getah yang bisu. Suara umpat dari mulut-mulut sumbang kaki penyibuk. Juga muka Melayu-Siam jejaka Changloon yang sukar dibezakan. Aku ingin mengenali dunia baru yang lebih relavan dengan perkembangan semasa.

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa zaman beralih, musim bertukar yang membawa maksud segala sesuatu, baik perasaan, peraturan, rekaan dan ilmu pengetahuan akan berubah mengikut perkembanagan masa. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi diatas yang menunjukkan aku yang sudah meningkat dewasa dan berada di bandar serta menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding ketika di zaman kecilnya. Pemikirannya yang sudah berubah mengikut perkembagan zaman semasa telah menyebabkan dia ingin keluar daripada kampung asalnya dan ingin membawa semua ahli keluarganya bersama-sama. Kehidupan lampau yang dialaminya membuatkan dia semakin matang dan berfikiran terbuka. Oleh hal yang demikian, dia menanam cita-cita untuk beralih kepada pendidikan dan ingin menyara ahli keluarganya sekaligus membalas jasa kedua ibu bapanya yang selama ini banayk berkorban untuknya dan adik beradiknya yang lain.

Dalam kehidupan kita pada hari ini, ianya sudah jarang diperkatakan dan juga didengari. Namun begitu, dalam menggambarkan maksud pepatah ini, saya ingin mengemukakan contoh iaitu apabila seseorang yang dulunya hanya bersekolah di kampung kemudiannya berjaya masuk ke universiti contohnya, dia akan mula berubah dari segi pemikirannya, perasaanya dan juga ilmu pengetahuannya. Hal ini kerana, perbezaan iklim dan juga corak kehidupan akan menyebabkan seseorang itu berubah untuk menyesuaikan diri ataupun untuk berubah daripada kehidupan yang lebih baik dan selesa.

29

Peringkat peleraian

Ayah merancang membawa kami sekeluarga mengerjakan haji tahun ini. Dia sudah mendaftarkan nama kami sejak beberapa tahun yang lepas. Kami begitu teruja mahu menjadi tetamu Allah. Malam itu, kami sekeluarga berkumpul. Ayah melihat kami adik beradik. Hampa semua dah besar. Lega hati ayah bila d apat bawa hampa sekali pi Makkah tahun ni. Alhamdulillah. Ayah hampa ni dah merancang lama dah. Sejak hampa kecil lagi, kata emak. Duit yang ayah kumpul dari dulu untuk nilah. Ayah nak sempurnakan rukun Islam hampa sebelum ayah tak dak. Air mata ayah menitik. Ayah tau, kalau Ayah tak buat sekarang, takut hampa tak sampai ke Makkah. Awat ayah cakap macam tu, kami ni muda lagi, kataku. Susah ayah nak beritahu, tapi hampa fikirlah. Lepas ni hampa belajar pinjam PTPTN, nak kena bayar setiap bulan . Koman-koman pun dalam dua ratus sebulan. Kalau dok di KL nu nak bayar duit sewa rumah, bayar duit tambang, makan. Hah, macam-macamlah! Tambah lagi kalau dah kahwin. Berapa tinggal dalam poket nak pi Makkah? Ayah... Ayah takut hampa kejar benda lain tapi rukun Islam tak sempurna. Ini saja niat ayah sebelum ayah tutup mata. Aku mengetap bibir. Atmaku mengolah fikiran ayah. Terbayang kebun kami. Pokok jagung. Limau bali. Durian. Manggis. Rambutan. Sawah sembilan petak. Tong susu getah. Bau sirih urat. Lori kuning dan Tabung Haji. Ah, begitu murni kampung hati ayah!.

30

Analisis

Situasi 9 Duit yang ayah kumpul dari dulu untuk nilah. Ayah nak sempurnakan rukun Islam hampa sebelum ayah tak dak. Air mata ayah menitik. Ayah tau, kalau Ayah tak buat sekarang, takut hampa tak sampai ke Makkah. Menurut pepatah melayu, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. Maksud disebalik pepatah ini ialah sementara menunggu yang lebih baik, buat kegiatan yang berfaedah. Ayah yang mempunyai sikap penya yang dan taat kepada perintah Allah dalam cerpen ini mahu melihat kesemua ahli keluarganya mengerjakan haji bersama-sama dengannya sebelum dia meninggal dunia. Hal ini demikian kerana, sebelum kesemua anak-anaknya menempuh kehidupan masingmasing dia telah membuat persediaan awal dengan mendaftarkan kesemua anakanaknya dan juga isteri tercintanya untuk mengerjakan suruhan Allah iaitu mengerjakan haji. Hasil daripada penat lelah ayah telah mampu mengumpul wang yang cukuop untuk membawa keluarganya mengerjakan haji bersama-sama. Disebabkan kehidupan yang kian hari semakin tinggi kos hisupnya, sia aayh ingin melihat anaknya turut serta untuk mengerjakan haji. Walaupun kesemua anakanaknya berjaya dan sudah senang, dia tetap ingin membawa kesemua ahli keluarganya. Smeentara menunggu sesuatu yang lebih baik, buat kegiatan yang berfaedah. Sedemikianlah maksud pepatah dimaksudkan dalam situasi diatas.

Selain itu juga, dalam kehidupan pada hari ini, sekiranya kita sudah mampu untuk menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi, kita seharusnya menyahut cabaran terlebih dahulu walaupun keputusan kita layak untuk

mendapatkan tawaran yang lebih bagus. Hal ini demikian, tiada siapa yang tahu sekiranya perkara yang bakal ditunggu-tunggu berakhir dengan tidak baik. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.

31

Situasi 10 Ayah takut hampa kejar benda lain tapi rukun Islam tak sempurna. Ini saja niat ayah sebelum ayah tutup mata.

Keprihatinan ayah yang ditunjukan dalam situasi10 sangat menyentuh hati. Peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi tersebut ialah sediakan payung sebelum hujan yang membawa pengertian berjaga -jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. Ayah yang telah berfikir jauh yang berkemungkinan anaknya bila sudah berjaya nanti akan lalai ataupun tidak mempunyai cukup masa dan juga wang untuk mengerjakan ibadah haji. Oleh hal yang demikian, ayah telah bertekad untuk memebawa kesemua ahli kelurga untuk bersama-sama mengerjakan haji. Sungguh mulia hati seorang ayah yang ingin melihat anak-anaknya patuh kepada perintah Allah.

Disamping itu juga, pada hari ini dalam membuat sebarang keputusan, kita hendaklah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan juga risiko. Contoh, sebagai guru pelatih IPG saya kini berada dalam dilema dimana saya dikejutkan dengan berita bahawa hanya 30 peratus sahaja guru akan di tempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dalam hal ini, sekiranya tiada perancangan atau tindakan susulan yang baik, seseorang guru pelatih itu akan mengalami kemurungan dan mungkin juga masalah. Oleh hal yang dem ikian, langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia harusalah dibuat sebelum membuat keputusan lebih-lebih lagi berkaitan dengan kehidupan.

32

4.1.3 ULASAN

4.1.3.1 Nilai Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2007:273), nilai ialah segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu , berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan. Nilai pendidikan yang sesuai diterapkan dalam diri pelajar setelah membaca karya ini antaranya ialah: -

Nilai rajin bekerja. Ini dapat dilihat melalui watak ayah yang sangat rajin bekerja. Walaupun ayah sibuk dengan kebun dan menjaga hasil tanamannya, ayah juga turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak empat petak. Watak ayah yang rajin bekerja ini wajar dicontohi kerana ayah bekerja keras demi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang

bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarganya. Sikap ayah ini wajar dicontohi kerana ayah begitu bersungguh-sungguh bekerja semata-mata ingin melihat kehidupan mereka sekeluarga bertambah baik dan dapat menambah pendapatan keluarga mereka. Nilai mengambil berat, ini dapat dilihat melalui watak Aku yang sentiasa mengambil berat akan kesihatan ayah yang tidak henti-henti bekerja. Aku seperti dalam cerpen ini amat bimbang tentang kesihatan ayah yang semakin hari semakin tua tetapi masih kuat bekerja tanpa memikirkan rasa penat. Memandangkan usia ayah yang semakin tua, ayah sepatutnya perlu banyak berehat di rumah dan tidak perlu bekerja bermati-matian untuk kesenangan kami sekeluarga. Ini kerana Aku merasakan kehidupan kami sekeluarga boleh dikatakan lebih baik berbanding dahulu.

Nilai pemurah atau tidak kedekut. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang tidak pernah kedekut untuk mengeluarkan wang untuk membeli apa sahaja jenis tanaman. Contohnya, apabila Aku mengatakan emak menyuruh membeli semua jenis palma yang tidak terdapat di rumah, ayah tanpa berfikir panjang segera menambah RM100.00 lagi kepada Tauke Tiong untuk membeli pokok-pokok palma yang diminta oleh emak.

33

Nilai berbudi kepada tanah. Ayah merupakan seorang yang berbudi kepada tanah. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang menghambakan diri kepada tanah dengan menanam pelbagai jenis tanaman. Ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika Aku masih dalam kandungan emak lagi. Selain itu, ayah juga turut menanam pokok jagung dan sayur-sayuran di kebun sebagai sumber pendapatan kepada keluarga mereka. Ini kerana tanaman-tanaman ini merupakan sumber rezeki yang tidak ternilai yang dianugerahkan oleh tuhan kepada mereka sekeluarga. Nilai bantu-membantu. Ini dapat dilihat melalui watak Aku yang sentiasa membantu emak dalam usaha membuka nurserinya yang digelar Nurseri Pakat sempena hasil persepakatan antara kami berdua. Aku juga turut memberi pendapat tentang bagaimana untuk memajukan nurseri ini sehingga berjaya. Selain itu, Aku juga kerap membantu ayah membersihkan kebunnya.

Nilai berjimat-cermat. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sentiasa berjimat-cermat dalam menggunakan wang. Watak ayah yang dilihat sebagai seorang yang berjimat-cermat dapat dilihat apabila ayah sentiasa memasukkan wangnya ke dalam Tabung Haji. Hasil daripada pendapatannya bercucuk tanam dan melakukan kerja sampingan, ayah sentiasa beringat untuk menyimpan wang walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Nilai kegigihan. Ini dapat dilihat melalui watak ayah yang bersemangat dan memberi komitmen yang tinggi dalam pekerjaannya. Ini dapat dilihat menerusi sikap ayah pada awal pagi lagi sudah pergi menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di Nat. Pada pagi Isnin ayah di Nat Padang Sera, pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat Tunjang dan waktu malam pula ayah mengambil upah mengurut sebagai sumber pendapatan tambahan kepada keluarga mereka. Nilai keazaman yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi watak Aku yang sentiasa ingin berjaya dalam peperiksaan SPM. Walaupun pada satu ketika dulu aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama kerana mendapat keputusan 4A 1D dalam UPSR tetapi atas usaha dan azam yang kuat akhirnya aku mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Tujuan utama Aku 34

memasuki menara gading adalah untuk membalas jasa ayah dan emak. Tujuan yang kedua pula adalah untuk keluar dari Pekan Changloon untuk mengubah cara hidup dan berhijrah ke negeri orang.

Nilai ketekunan dan ketabahan. Ini dapat dilihat menerusi watak emak yang sentiasa tekun dan tabah dalam menguruskan nurserinya sehingga emak berjaya menempa nama di Pekan Changloon sebagai tauke pokok yang terkenal akhirnya. Pada mulanya emak seperti dalam cerpen ini bukanlah seorang yang tahu tentang selok-belok perniagaan tetapi atas dasar ketabahan dan ketekunannya yang ada, emak akhirnya beroleh kejayaan juga.

Nilai keagamaan. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang merancang untuk membawa mereka sekeluarga menunaikan ibadat haji di Makkah. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak semiskin dahulu tetapi ayah tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai orang Islam untuk menyempurnakan Rukun Islam yang kelima ini. Ayah tidak memikirkan kekayaan yang diperolehinya kini hanya untuk kebahagiaan dunia semata-mata tetapi turut memikirkan soal akhirat juga.

Nilai sentiasa berfikir ke hadapan. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sentiasa berfikir ke hadapan dalam merancang perjalanan hidup keluarganya. Sikap ayah yang bekerja bertungkus-lumus sewaktu muda dahulu bertujuan untuk membawa mereka sekeluarga ke Makkah. Ayah menyimpan wang di Tabung Haji hasil daripada bercucuk tanamnya selama ini adalah untuk melihat keluarganya hidup dengan selesa disamping merancang membawa mereka keluarganya menunaikan haji bersama-sama.

35

4.1.3.2

Kewajaran dan rasional

Pemilihan Cerpen Kampung Hati Ayah Saya memilih cerpen Kampung Hati Ayah kerana cerpen ini menggunakan bahasa yang baik dari segi struktur, tatabahasa dan tidak bercampur dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini juga mengandungi gaya bahasa yang bertenaga dan turut disulam dengan dialek Negeri Kedah yang mampu mendukung ekspresi dan menimbulkan kesejajaran antara persoalan dan tekniknya. Pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu lazimnya dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran komsas. Hal ini juga bersesuaian dengan tujuan hasil pembelajaran utama bidang estetika yang mana pelajar akhirnya dapat memahami dan menghayati pelbagai genre sastera dengan mempelajari pelbagai konsep dan variasi bahasa dalam sastera.

Tema Tema merupakan gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 384). Tema yang terdapat dalam cerpen Kampung Hati Ayah ini mengungkap tentang pengorbanan dan kegigihan seorang ayah yang sanggup bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya dan berusaha memenuhi niatnya untuk membawa ahli keluarganya menyempurnakan Rukun Islam yang kelima sebelum dia menghadap Allah. Cerpen Kampung Hati Ayah ini juga mengungkap tema tentang kehidupan masyarakat melayu desa yang mempunyai nilai-nilai murni. Selain itu juga, cerpen ini turut menyisipkan pemikiran ideologikal yang menyanggah pandangan terhadap orang Melayu di kampung yang dianggap tidak berwawasan. Suatu anjakan paradigma juga dapat dilihat menerusi watak ayah yang merupakan seorang pekebun yang berpandangan jauh dan gigih dalam pekerjaannya sehinggakan mampu mengubah kehidupan keluarganya .

36

Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh pengkarya atau pengarang untuk mementapkan tema dalam sesebuah karya ataupun isi-isi sampingan yang membentuk idea-idea puisi (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 368).

Dalam cerpen ini, pengarang turut mengutarakan persoalan tentang pentingnya pegangan agama. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sejak dari dulu lagi menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk memenuhi niatnya membawa ahli keluarganya menunaikan ibadat haji di Makkah bersama-sama. Kegigihan seorang ayah bekerja keras selama ini bukan hanya mengejar kemewahan duniawi sahaja tetapi ingin menyempurnakan niatnya untuk menunaikan kewajipan terhadap agama iaitu menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Selain itu, persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah persoalan kegigihan. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang gigih dalam melakukan pekerjaannya. Pada awal pagi lagi ayah sudah pergi menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat. Manakala pada waktu malam pula ayah mengambil upah mengurut untuk menambahkan pendapatannya. Persoalan yang seterusnya yang terdapat dalam cerpen Kampung Hati Ayah ini adalah pentingnya semangat bantu- membantu. Ini dapat dilihat melalui watak Aku yang sentiasa membantu emak dalam usaha membuka nurserinya yang digelar Nurseri Pakat sempena hasil persepakatan antara kami berdua. Aku juga turut memberi pendapat tentang bagaimana untuk memajukan nurseri ini sehingga berjaya. Selain itu, Aku juga turut membantu ayah membersihkan kawasan kebunnya.

Persoalan yang seterusnya ialah pentingnya keazaman yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi watak Aku yang sentiasa ingin berjaya dalam peperiksaan SPM. Walaupun pada satu ketika dulu aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama kerana mendapat keputusan 4A1D dalam UPSR tetapi atas usaha dan keazaman yang kuat akhirnya aku mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. 37

Watak Watak ialah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita yang memainkan peranan bagi menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita dalam sesebuah karya atau teks kesusasteraan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 384). Watak boleh terdiri daripada manusia atau bukan manusia seperti jin, binatang atau benda. Dalam cerpen Kampung Hati Ayah penulis tidak mewujudkan banyak watak. Watak yang terdapat dalam cerpen ini hanya melibatkan watak aku, ayah, emak, Asyraf dan Tauke Siong. Aku merupakan watak utama dalam cerpen ini yang merupakan pengerak dalam cerpen ini. Aku merupakan seorang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya dan berusaha mengorak langkah untuk mencapai cita-cita, watak Aku juga dilihat sebagai seorang anak gadis yang gemar membantu ayah dan emak serta mengambil berat. Nilai positif yang terdapat dalam watak ini amat berguna kepada para pelajar untuk membentuk sahsiah diri. Contoh yang jelas boleh dilihat ialah watak Aku. Aku merupakan seorang anak jati Changloon yang mempunyai falsafah dan prinsip hidup untuk berjaya. Walaupun aku pernah gagal untuk memasuki sekolah berasrama di bandar tetapi Aku masih mampu untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menjadi salah seorang mahasiswi di UPM dalam bidang pengurusan perniagaan. Melalui kesungguhan dan keazaman yang dipamerkan oleh watak utama ini para pelajar dapat mengikuti contoh yang terdapat dalam d iri Aku untuk berusaha mencapai kejayaan.

Watak ayah juga merupakan watak yang paling berperanan dalan cerpen Kampung Hati Ayah. Watak utama iaitu Aku cuba menyorot dan mengolah fikiran ayah yang banyak berkorban untuk mereka sekeluarga. Ayah merupakan seorang pekebun di kampung yang berpandangan jauh dan mempunyai semangat kegigihan yang kuat kuat. Watak ayah yang bekerja keras tanpa mengira waktu dapat dilihat menerusi pengorbanan ayah untuk memastikan kehidupan mereka sekeluarga senang dan bercadang membawa mereka sekeluarga menunaikan ibadat haji di Makkah.

38

Watak emak pula dilihat sebagai seorang wanita yang berjaya membantu meningkatkan ekonomi keluarga dengan usahanya sendiri. Emak mempunyai semangat kegigihan yang kuat dalam memperkembangkan nurserinya sehingga emak berjaya menempa nama menjadi tauke bunga yang terkenal di Pekan Changloon. Watak emak ini menimbulkan kesan motivasi kepada khalayak wanita khususnya, agar menyedari status mereka dalam keluarga masyarakat.

Watak Asyraf dan Tauke Siong dianggap sebagai watak statik dalam cerpen Kampung Hati Ayah. Watak statik juga dikenali sebagai watak pipih di mana dalam sesebuah cerita watak ini tidak berkembang atau menonjolkan sebarang petanda dari awal hingga akhir cerita. Watak mereka berdua dilihat sebagai watak yang membantu untuk menarik dan mengindahkan cerita.

Pengajaran Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), pengajaran ialah nilai yang menyaran individu atau mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi serta boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat dan agama, meninggalkan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak masyarakat. Dalam cerpen Kampung Hati Ayah ini terdapat banyak unsur pengajaran yang wajar dicontohi oleh para pelajar. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah sentiasa berazam untuk mencapai kejayaan. Contohnya, watak Aku yang dilihat sebagai seorang yang pernah gagal untuk menempatkan diri belajar di sekolah berasrama tetapi atas usaha dan keazaman yang tinggi akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UPM.

Selain itu, terdapat juga unsur pengajaran yang lain iaitu bantu-membantu. Kita hendaklah mempunyai sikap bantu membantu kerana ini akan dapat meringankan beban dalam sesuatu pekerjaan. Ini dapat dilihat menerusi watak Aku yang kerap membantu ayah membersihkan kebunnya walaupun tugas itu biasanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. Sikap bantu-membantu juga dapat ditonjolkan menerusi watak Aku yang berusaha membantu emak memperkembangkan nurserinya sehingga berjaya.

39

Kita hendaklah sentiasa berfikir kehadapan. Sikap ayah yang bekerja bertungkus-lumus selama ini adalah untuk melihat keluarga mereka hidup senang. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sentiasa berfikir ke hadapan dalam merancang perjalanan hidup keluarganya. Sikap ayah yang bekerja bertungkuslumus sewaktu muda dahulu bertujuan untuk membawa mereka sekeluarga ke Makkah. Ayah menyimpan wang di Tabung Haji hasil daripada bercucuk tanamnya selama ini adalah untuk melihat keluarganya hidup dengan selesa disamping niatnya untuk membawa mereka keluarganya menunaikan haji bersama-sama.

Kita hendaklah menanamkan sikap rajin bekerja.

Ini dapat dilihat melalui

watak ayah yang sangat rajin bekerja. Walaupun ayah sibuk dengan kebun dan menjaga hasil tanamannya, ayah juga turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak empat petak. Watak ayah yang rajin bekerja ini wajar dicontohi kerana ayah bekerja keras demi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarganya. Sikap ayah ini wajar dicontohi kerana ayah begitu bersungguh-sungguh bekerja keras kerana ingin memenuhi niatnya untuk membawa mereka sekeluarga menunaikan ibadat haji bersama-sama.

Kita hendaklah sentiasa tekun dan tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini dapat dilihat menerusi watak emak yang sentiasa tekun dan tabah dalam menguruskan nurserinya sehingga emak berjaya menempa nama di Pekan Changloon sebagai tauke pokok yang terkenal. Pada mulanya emak seperti dalam karya ini bukanlah seorang yang tahu tentang selok-belok perniagaan tetapi atas dasar ketabahan dan ketekunannya yang ada, emak akhirnya beroleh kejayaan juga.

Pemaparan masyarakat yang ekonomi.

berkait dengan agama, sikap, politik dan

Karya yang dihasilkan oleh Ummu Hani Abu Hassan dalam cerpen Kampung Hati Ayah amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) kerana banyak memaparkan tentang masyarakat yang sangat berkait rapat dengan nilai agama, sikap dan juga ekonomi.

40

Pemaparan masyarakat yang berkait dengan nilai agama dapat dilihat menerusi watak ayah yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dan berusaha untuk menyempurnakan niatnya untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima bersama-sama keluarganya. Sikap ayah yang tidak

mementingkan kemewahan duniawi ini wajar dicontohi oleh para pelajar kerana ini akan mendekatkan diri kita sentiasa berada dalam kehidupan yang sederhana.

Pemaparan dari segi sikap pula banyak memaparkan sikap kegigihan dan pengorbanan seorang ayah yang sanggup bekerja dengan gigih semata-mata ingin melihat mereka sekeluarga hidup bahagia. Pemaparan sikap kegigihan ini penting kerana ia merupakan pokok dalam sesebuah kehidupan untuk terus berjaya.

Selain itu, penulis juga turut menyorotkan tentang pemaparan dari sudut peningkatan ekonomi di mana ini dapat dilihat menerusi watak emak yang berjaya meningkatkan ekonomi keluarga dengan usahanya sendiri. Hal ini dapat

menimbulkan kesan motivasi dalam diri khalayak wanita khususnya agar menyedari status mereka dalam keluarga dan masyarakat.

Mengandungi unsur falsafah

Cerpen ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah yang berjaya mengorak suatu anjakan paradigma melalui watak ayah yang sentiasa

berpandangan jauh. Cerpen ini mengandungi unsur falsafahnya tesendiri kerana dalam falsafah negara juga ada mengatakan pentingnya keseimbangan komponen utama sebagai seorang manusia yang mana manusia dianggap terdiri daripada empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Gabungan daripada empat komponen ini sentiasa bersifat bersepadu dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam cerpen Kampung Hati Ayah ini mengandungi komponen-komponen tersebut. Contohnya komponen jasmani, ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang mempunyai jasmani yang kuat untuk mengerah kudratnya membanting tulang mereka sekeluarga terjamin. semata-mata ingin melihat kehidupan

41

Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis juga berjaya memberi ruang dan kesedaran dalam diri pelajar kerana dalam cerpen ini mengandungi banyak nilai-nilai dan pengajaran yang wajar dicontohi. Disamping itu, cerpen ini juga berjaya menyisipkan pemikiran ideologikal yang menyanggah pandangan terhadap

masyarakat Melayu kampung yang sering dilabelkan sebagai masyarakat yang tidak berwawasan.

4.2.1.3

Sesuai dengan pengajaran Bahasa Melayu

Menggunakan

bahasa

dalam

karya

untuk

memperkaya

kosa

kata/perbendaharaan kata

Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana penulis menggunakan bahasa dalam cerpen untuk memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata. Penulis juga turut memasukkan perkataan baru yang boleh membantu memperkayakan perbendaharaan kata seseorang pelajar. Berikut merupakan contoh-contoh kosa kata yang terdapat dalam cerpen Kampung Hati ayah:-

i) Berlemoih Dalam cerpen ini juga penulis banyak memasukkan unsur dialek negeri seperti berlemoih. Perkataan berlemoih bermaksud bermain dengan kotor menurut dialek Negeri Kedah. Contohnya: Emak membebel kepada ayah. Katanya anak dara tak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Hilang serinya.

ii) Melata Selain itu penulis juga turut memasukkan perkataan melata. Perkataan melata bermaksud memenuhi dalam cerpen ini. Contohnya: Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja mencapai usia perawan.

42

iii) Nat Perkataan nat juga turut dimasukkkan dalam cerpen ini untuk

memperkayakan perbendaharaan kata. Nat bermaksud pasar tani. Contohnya: Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat.

iv) Walang Penulis juga memasukkan perkataan walang untuk menambahkan kosa kata baru yang boleh memperkayakan perbendaharaan kata. Walang bermaksud berdukacita. Contohnya: Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira masa.

Gaya bahasa Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya, susunan kata , frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Gaya bahasa juga dapat dikelompokkan kepada lima jenis iaitu:1. Gaya bahasa pengulangan 2. Gaya bahasa penyirnaan 3. Gaya bahasa perbandingan 4. Gaya bahasa pertautan 5. Gaya bahasa pertentangan

Terdapat pelbagai unsur gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai keindahannya yang tersendiri. Penulis juga menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menarik minat para pembaca agar mengetahui tentang variasi bahasa di samping memberi keseronokan kepada para pembaca untuk meneruskan pembacaannya. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah:43

Sinkof Sinkof ialah pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan dengan menghilangkan huruf tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat iaitu kata yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Contoh: Emak membebel kepada ayah. Katanya, anak dara tak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. -Perkataan tak merujuk kepada perkataan tidak

Aferisis Aferisis ialah pengguguran bunyi/huruf depan atau suku kata yang pertama bagi sesuatu perkataan atau pengguguran kata pada awal pertuturan. Pengguguran ini biasanya terdapat dalam penulisan karya yang berunsur dialog. Walaupun pengguguran dilakukan, tetapi bunyinya seakan-akan sama dan tidak

menghilangkan maksud sebenar perkataan. Contoh: Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di kebun, kata ayah. -Perkataan aku merujuk kepada daku.

Simile Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu

membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, umpama, bagai, laksana, macam dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu.

Contoh: Ayah mengangkat kening. Cakap macam orang surat khabar, katanya.

44

Personifikasi Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007b; 87). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1026) pula mendefinisikan istilah personifikasi sebagai pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain yang mendapat kesan sastera atau seni. Contoh: Langit Changloon berwajah walang

Metafora Metafora merupakan gabungan dua kata iaitu meta yang bermaksud memindahkan dan pherein bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani. Perkataan ini biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 262).

Gaya bahasa metafora ialah sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat, kemasdan teratur. Gaya bahasa ini tidak menggunakan kata seperti, umpama, bak, laksana, bagai dan sebagai. Oleh itu, metafora ialah pemakaian katakata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya, iaitu sebagai bahasa kiasan. Contoh: Panahan simpati Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu bertani. Emak memandangku dengan panahan simpati.

Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran Cerpen Kampung Hati Ayah ini amat sesuai sekali digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Setelah para pelajar selesai membaca karya ini sebagai aktiviti pembelajaran, guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti yang membolehkan para pelajar dapat mengingat dan mendalami karya ini 45

dengan baik. Contohnya, guru meminta para pelajar mengkaji tentang gaya bahasa yang terdapat dalam karya ini. Seterusnya para pelajar dikehendaki menyenaraikan gaya bahasa yang terdapat dalam karya ini sepeti gaya bahasa metafora, personifikasi, anafora, simile dan sebagainya. Selepas itu, para pelajar dikehendaki membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong dengan

menggunakan pelbagai kreativiti dihadapan pelajar yang lain. Setelah para pelajar selesai membuat pembentangan guru hendaklah memberi komen. Perkara yang terakhir sekali yang perlu dilakukan oleh guru adalah para pelajar dikehendaki menghantar tugasan pembentangan tersebut kepada guru.

Karya ini membantu pelajar menghasilkan penulisan kreatif dengan baik Cerpen Kampung Hati Ayah ini menggunakan ayat yang agak ringkas dan mudah. Ini dapat membuktikan kepada pelajar bahawa untuk menghasilkan

penulisan kreatif bukanlan memerlukan penggunaan ayat yang panjang atau bahasa yang tinggi tetapi para pelajar itu sendiri perlu membangkitkan minat dan memahami dengan lebih mendalam tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat yang hendak digunakan. Selain itu, dengan adanya cerpen ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar bagaimana cara untuk mengolah dan

menghasilkan penulisan kreatif yang sememangnya mempunyai unsur keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur.

46

4.1.4

PENUTUP Cerpen yang ditulis oleh Ummu Hani Abu Hassan yang bertajuk Kampung

Hati Ayah ini perlu digunakan dalam pengajaran kerana cerpen in i menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan ringkas. Kebiasaanya, bahasa sering dikaitkan dengan kajian karya kreatif komsas khususnya karya prosa moden seperti cerpen ini. Penulis juga turut menggunakan diksi dan juga aspek-aspek gaya bahasa atau stilistik untuk memberi keindahan dalam sesuatu cerita itu agar dapat menarik perhatian para pembaca.

Selain itu, cerpen ini amat sesuai sekali digunakan dalam pengajaran kerana terdapat nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat membantu memberi kesedaran kepada para pelajar. Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini secara tidak langsung akan membentuk personaliti setiap pelajar untuk terus membentuk sahsiah yang murni sesuai dengan kehendak negara yang sentiasa mahukan generasi yang unggul dan bersahsiah tinggi. Contohnya, nilai kegigihan, keazaman dan kasih sayang.

Sesuatu pengajaran itu akan menjadi menarik sekiranya guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Contohnya, guru meminta para pelajar mencari gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini. Secara tidak langsung pelajar akan dapat menyenaraikan dan cuba mencari gaya bahasa seperti yang dikehendaki oleh guru. Selain itu, cerpen ini wajar dijadikan bahan pengajaran kerana terdapat nilai positif yang boleh digunakan oleh guru untuk

mengaplikasikannya dalam bilik darjah dengan baik.

47

4.2 CERPEN MENCARI HAKIKI OLEH : AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH

48

Peribahasa dalam Cerpen Mencari Hakiki.

Kronologi Cerita Yang Pertama Sudah-sudahlah fikir tu. Kata nak datang sini nak berehat, nak berseronok-seronok. Ni bila dah sampai, monyok saja macam ayam berak kapur.

Setiap cerpen mengandungi peribahasa tersirat di dalamnya. Setiap peribahasa yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri bagi menggambarkan sesuatu keadaan itu sama ada suasana sedih, sakit, gembira dan sebagainya. Melalui petikan di atas, perumpamaan sesuai dimasukkan ke dalam petikan tersebut. Perumpamaan yang boleh digunakan dalam petikan ini ialah Seperti ayam berak kapur. Maksudnya ialah muka pucat dan tidak bermaya. Seperti yang kita ketahui, ayam berak akan mengeluarkan tahi. Tetapi dalam perumpamaan ini ingin menunjukkan bahawa ayam yang berak kapur merupakan ayam yang tidak sihat dan berpenyakit. Oleh itu, ayam yang berak kapur ini akan menunjukkan sikap yang tidak bermaya dan pucat. Tetapi dalam konteks Cerpen Mencari Hakiki ini menggambarkan Ana yang tidak bermaya dan suka termenung jauh tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Ini menyebabkan umi menegur supaya tidak memikirkan perkara yang difikirnya kerana mereka datang ke pantai untuk berehat dan berseronok bukan untuk menambahkan masalah. Dalam konteks realiti amalannya pada hari ini, peribahasa yang digunakan ini sudah biasa didengar oleh masyarakat kerana kebanyakkan daripada mereka menggunakan peribahasa ini semasa mereka berada di sekolah rendah dan menengah lagi. Oleh sebab itu peribahasa yang digunakan mudah difahami oleh kelompok masyarakat masa kini. Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen Mencari Hakiki ialah teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan iaitu Seperti ayam berak kapur. Orang tua-tua pada zaman dahulu menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka untuk mencipta sesuatu peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini iaitu ayam dan kapur merupakan benda yang berada dipersekitaran mereka. Ayam yang sihat dan normal akan berak mengeluarkan tahi. 49

Bagi perumpamaan ini, ayam yang berak mengeluarkan kapur merupakan ayam yang tidak normal dan sesuatu yang pelik yang berlaku ke atas ayam tersebut. Oleh itu, Ayam yang berak mengeluarkan kapur itu melambangkan ayam yang tidak sihat dan tidak bermaya. Ini merupakan perlambangan yang dibawa oleh masyarakat terdahuku. Oleh sebab itu terciptanya sesuatu peribahasa. Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di kaitkan dengan pepatah: Tidur tak lena, mandi tak basah Dalam masyarakat Melayu, pepatah Tidur tak lena, mandi tak basah diertikan

sebagai bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu. Pepatah ini juga sesuai dengan situasi petikan di atas. Ana bersusah hati kerana memikirkan masalah rumah tangga yang dialaminya. Ana suka termenung mengenang nasib yang dialami sampaikan keindahan pantai tidak dapat menarik perhatian ana untuk melupakan masalah tersebut. Melalui pepatah ini, masyarakat melayu terdahulu ingin mengatakan bahawa masalah yang di hadapi oleh seseorang boleh mengganggu kelakuan dan perbuatan kita terhadap sesuatu kerja.Pepatah ini amat bertepatan untuk diaplikasikan ke dalam masyarakat masa kini kerana situasi ini boleh terjadi dalam kehidupan kita seharian. Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa: Makan angin Simpulan bahasa makan angin ditakrifkan sebagai bersiar-siar untuk berehat. Simpulan bahasa ini juga sesuai untuk melambangkan situasi di atas. Ini kerana Ana dan umi, kawannya pergi ke pantai untuk merehatkan minda dan melupakan masalah yang dihadapi. Dalam realiti kehidupan, kita juga akan memilih jalan yang sama untuk melupakan masalah iaitu dengan bersiar-siar di sesuatu tempat yang indah dan tenang. Penggunaan simpulan bahasa ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat masa kini dan boleh dikategorikan simpulan bahasa yang tersohor digunakan oleh masyarakat.

50

Kronologi Cerita Yang kedua Ana menarik nafas dalam-dalam. Dia sedar umi, sahabat lamanya itu tidak tahu tujuan sebenar kedatangan dia ke Pantai Timur itu.

Melalui kronologi cerita di atas, peribahasa ada udang di sebalik batu amat sesuai untuk melambangkan situasi diatas. Maksud peribahasa ada udang di sebalik batu ialah ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. Seseorang itu melakukan sesuatu untuk mendapatkan tujuan yang lain. Udang itu melambangkan tujuan sebenar mereka melakukan sesuatu kerja manakala batu itu sebagai helah untuk melindingi dan menyorok tujuan yang sebenar. Dalam konteks petikan di atas, Ana mengajak kawan lamanya, umi itu pergi ke pantai bukan untuk berseronok dan bersantai, tetapi Ana mengajak mereka berdua ke pantai untuk melupakan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Ana. Ibunya dan sahabat lamanya itu tidak tahu bahawasanya Ana mempunyai tujuan lain pergi ke pantai. Peribahasa ini sudah lama meresap dalam pemikiran masyarakat masa kini kerana peribahasa ini selalu digunakan oleh masyarakat. Masyarakat boleh mengaitkan situasi yang di alami dengan peribahasa ini. Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh di kaitkan dengan peribahasa yang lain tetapi mempunyai maksud yang sama iaitu: Berlurah di balik pendakian Peribahasa Berlurah di balik pendakian sama maksud dengan ada udang disebalik batu. Bezanya ialah peribahasa berlurah di balik pendakian jarang sekali digunakan oleh masyakat. Kadang-kadang, Peribahasa ini merupakan peribahasa kali pertama didengari oleh masyarakat sedangkan maksudnya sama dengan peribahasa ada udang di sebalik batu. Seterusnya, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh di

kaitkan dengan simpulan bahasa : 51

Mengabui mata Maksud simpulan bahasa mengabui mata ialah cuba memperdaya seseorang. Dalam konteks petikan di atas, Ana mengabui mata umi dengan mengajak mereka ke pantai untuk berseronok sedangkan Ana ingin pergi ke pantai untuk melupakan masalah yang di hadapi. Dalam realiti kehidupan, kalau kita mahu mengabui mata seseorang untuk kebaikan, kita boleh teruskan usaha itu. Jika kita mengabui mata seseorang untuk niat yang tidak baik, lebih baik kita lupakan sahaja niat itu kerana ia boleh mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Penggunaan simpulan bahasa ini telah biasa digunakan dalam masyarakat. Ada yang menganggap mengabui mata ini ialah bahasa biasa bukan simpulan bahasa kerana kerap digunakan dalam masyarakat.

Kronologi Cerita Yang ketiga Aku ada masalah, umi, katanya perlahan tanpa mahu memandang wajah umi. Dia malu. Masalah? Umi menoleh lama ke arah Ana. Kau ada masalah dengan suami kau?. Mahu tidak mahu, Ana angguk perlahan. Rasanya eloklah dia berterus-terang sahaja kepada umi. Lambat laun umi akan tahu juga.

Ana telah memberanikan diri untuk mengatakan kepada umi bahawa dia mempunyai masalah. Umi terkejut dengan pernyataan Ana itu. Lalu, umi menanyakan Ana adakah masalah itu ada kaitan dengan suami Ana. Ana mengangguk untuk mengaku masalah tersebut adalah masalah dengan suaminya. Oleh itu, Ana merasakan lebih baik dia berterus-terang kepada umi tentang masalah yang dihadapi dengan suaminya kerana lambat laun umi akan ketahui juga. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Maksud peribahasa ini ialah sepandaipandai seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, sekali pasti akan tersilap juga. Keputusan yang dibuat oleh Ana untuk berterus-terang kepada umi merupakan keputusan yang amat tepat sekali. Kalau Ana tidak berterus-terang pada masa itu, mungkin masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

52

Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen Mencari Hakiki ialah teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan iaitu Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Orang tua -tua pada zaman dahulu menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka untuk mencipta sesuatu peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini, mereka menggunakan tupai sebagai perlambangan. Walaupun tupai sangat handal dalam melompat di atas wayar elektrik misalnya, kadang-kadang tupai tersebut tersilap langkah juga dan jatuh ke tanah. Begitu juga dengan manusia, sebijak mana kita dalam sesuatu bidang, kadang-kadang kita tertewas juga. Oleh itu, beringat-ingatlah kita supaya tidak menjadi seperti peribahasa tersebut. Dalam kontek situasi di atas yang terdapat dalam cerpen Mencari Hakiki, berterus-teranglah daripada berdiam diri kerana berdiam diri tidak dapat menyelesaikan masalah.

Kronologi Cerita Yang keempat Suami aku ada perempuan lain. Oleh Ana. Itu pun perasaannya sudah rasa terlalu sakit. Jika melafazkannya sahaja sudah terlalu sukar, apatah lagi menerima hakikat bahawa, kasih suaminya sudah terpecah dua.

Ana sudah mula berterus terang kepada ibunya. Ana menceritakan kepada ibunya bahawa suaminya sudah ada perempuan lain. Lantas itu, perasaan Ana terus berasa terlalu sakit sedangkan baru sedikit Ana menceritakan kepada ibunya. Peristiwa di atas boleh dikaitkan dengan kiasan Melayu iaitu: "Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu". Berdasarkan kepada kiasan di atas, orang Melayu dahulu telah membuat perbandingan dengan alam semulajadi iaitu batu. Batu disifatkan sebagai sesuatu yang keras dan apbila sesuatu yang terhempas ke atasnya akan hancur relai. Maksud disebalik kiasan di atas ialah perasaan yang begitu kecewa seperti hati yang terhempas ke atas batu dan hancur relai. Begitulah yang digambarkan perasaan Ana apabila menceritakan kepada umi bahawa suaminya sudah mempunyai perempuan lain. Kiasan ini sering kali kita dengar dalam kehidupan seharian. 53

Lumrah dalam percintaan, ada yang berakhir dengan kebahgiaan dan ada juga yang berakhir dengan kekecewaan.Perasaan seseorang akan kecewa dan harapannya akan hancur apabila sesuatu yang dirancang berakhir dengan perkara yang tidak diinginkan.

Kronologi Cerita Yang Kelima Dia tidak sangka disebalik sifat pendiam suaminya, dia sanggup menduakan isterinya. Dia rasa ditipu dan dianiaya.

Air mata Ana terus mengalir sambil menceritakan masalahnya kepada umi. Ana tidak menyangka sifat pendiam suaminya itu boleh menduakan dirinya. Dia terus rasa ditipu dan dianiaya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah : Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkhabaran yang di ingatkan indah dan meriah yg berpanjangan tetapi ianya tidak berlaku sebegitu. Dalam konteks situasi di atas, Ana mengingatkan kebahagiaan rumah tangganya berkekalan hingga akhir hayat, rupanya kebahagiaan itu hanya sementara kerana suaminya telah ada perempuan lain. Perlambangan panas hingga ke petang itu merupakan kebahagiaan yang dihadapi manakala hujan di tengah hari itu merupakan ujian yang harus diharungi dalam kebahagiaan yang dihadapi sebelum ini. Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu kebahagiaan itu berkekalan. Kita perlu berjaga-jaga dengan ujian yang akan kita hadapi. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Peribahasa ini juga sudah biasa digunakan dalam masyarakat kita. Ianya sudah sebati dalam penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa: Hancur hati

54

Berdasarkan simpulan bahasa tersebut, hancur hati bermaksud sedih, dianiaya, kecewa dan berputus asa. Ana begitu kecewa dengan sikap suaminya itu yang sanggup menduakannya. Tambahan lagi, suaminya seorang yang pendiam, ini merupakan tamparan hebat kepada ana kerana dia mempercayai suaminya sepenuh hati tetapi suaminya mengkhianati kepercayaan tersebut. Ini menyebabkan Ana hancur hati dengan sikap suaminya itu. Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di kaitkan dengan pepatah: Harapkan pagar, pagar makan padi Maksud pepatah ini ialah orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu. Pagar itu boleh dilambangkan kepada suami Ana manakala padi pula disimbolkan kasih sayang antara Ana dan suaminya. Suaminya telah meragut kasih sayang yang telah dicipta bersama Aina semata-mata kerana perempuan lain.

Kronologi Cerita Yang Keenam


Terima kasih sebab kau sudi nak belanja aku tinggal di hotel mewah macam ni, Ana. Harapkan aku, aku memang tak mampu. Makan di kedai pun, jarang-jarang suami aku bawa. Suara umi tenggelam timbul dibawa angin.

Ana telah membawa umi ke hotel mewah. Ana telah membelanja umi dengan tinggal di hotel mewah itu. Umi sangat gembira dengan pelawaan Ana itu. Ini kerana, dia teringin sangat untuk tinggal di hotel mewah. Sebelum ini pun, suaminya jarangjarang bawanya pergi makan di kedai apatah lagi tinggal di hotel. Peribahasa yang sesuai digunakan bagi situasi ini ialah Orang Mengantuk di Sorongkan Bantal . Peribahasa ini amat sesuai di gunakan untuk menggambarkan situasi yang berlaku di dalam cerpen ini. Peribahasa yang dikategorikan sebagai pepatah ini yang membawa maksud mendapat sesuatu yang diidamkan atau diinginkan sejak lama lagi. Ini menunjukkan semua impian Umi untuk tinggal di hotel mewah telah tercapai. 55

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Umi juga boleh di kaitkan dengan peristiwa: orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Maksud peribahasa tersebut ialah tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian. Sebagai contoh, kita harus tahu berterima kasih selepas mendapat pemberian daripada orang. Dalam konteks situasi kronologi cerita di atas, Umi mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana telah belanjanya menginap di hotel mewah. Pemberian Ana itu telah dibalas ucapan terima kasih oleh Umi. Ini merupakan nilai murni yang baik ditunjukkan oleh Umi dan Ana. Setiap pemberian (berbudi) kepada kita, kita hendaklah membalas dengan ucapan terima kasih (berbahasa). Sebagai masyarakat Malaysia berbilang kaum, peribahasa ini amat sesuai diserapkan dalam jiwa masyarakat. Namun, pada zaman yang penuh dengan arus pemodenan ini, peribahasa sudah jarang digunakan dalam perbualan seharian masyarakat pada masa kini. Peribahasa ini amat jarang digunakan dan amat jarang didengari oleh masyarakat pada masa kini. Hal ini mungkin peribahasa ini tidak selalu diguna pakai oleh orangorang tua dahulu kala semasa berkomunakasi dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kita sebagai warisan perlu memperkenalkan dan menggunakan peribahasa ini bagi memastikan peribahasa ini tidak di tinggalkan begitu sahaja.

56

Kronologi Cerita Yang Ketujuh Senyuman umi, ketawa umi... menimbulkan rasa hairan di hati Ana. Umi masih boleh ketawa dengan segala masalah rumah tangganya? Diam-diam dia mengkagumi umi. Ketabahan umi.

Dalam kronologi cerita ini, bukan Ana sahaja yang mempunyai masalah, bahkan juga kepada Umi. Ana mempunyai masalah rumah tangga menyebabkan dia kemurungan dan tidak bermaya. Umi pula, walaupun ada masalah, dia tetap boleh melontarkan senyuman apa jua situasi yang dilaluinya bahkan ketawa untuk melindungi masalahnya. Ini merupakan perbezaan antara Ana dan Umi. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Pepatah orang terdahulu iaitu: Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Pepatah di atas boleh membawa maksud setiap orang mempunyai karenah,kemahuan dan keinginan yang berbeza. Jelas di sini ditunjukkan oleh sikap Ana dan Umi. Ana tidak boleh menyembunyikan masalah yang dihadapinya manakala Umi boleh menyembunyikan masalah yang dihadapi dengan senyuman. Orang disekeliling tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh Umi kerana dia menyembunyikan dengan senyuman dan ketawanya. Begitu juga dengan kehidupan realiti kita, setiap orang mempunyai perlakuan dan personaliti yang berbeza. Setiap orang ada matlamat dan tujuan masing-masing dan melakukan pelbagai cara untuk mencapainya. Pepatah lain yang boleh mengaitkan dengan situasi kronologi cerita yang ketujuh ini ialah : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Maksud pepatah di atas ialah betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain , lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu. Dalam konteks situasi cerpen Mencari Hakiki di atas, walaupun muka Umi penuh dengan senyuman, tetapi di dalam hatinya penuh penderitaan masalah yang dihadapinya. Ana mendengar masalah yang dihadapi oleh umi dan Ana mengerti kerana nasib 57

mereka berdua adalah sama iaitu mempunyai masalah rumah tangga. Masingmasing mengetahui masalah yang di tanggung tetapi untuk mengharungi kehidupan dengan masalah tersebut lagi bertambah pahit. Kita sering kali mendengar ungkapan kita hanya merancang,Tuhan yang menentukannya. Ungkapan ini memberi maksud kita hanya mampu untuk merancang apa sahaja yang kita inginkan namun yang menentukan Tuhan kerana Nya berhak dan berkuasa atas apa yang kita rancangkan. Oleh itu, kita perlu bersabar dengan ketentuan yang kita perolehi kerana dengan kesabaran itu akan ada manisnya di kemudian hari.

Kronologi Cerita Yang Kelapan Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ni pun, dia hidup juga. Kedai makan banyak di Kuala Lumpur, pilih saja nak makan apa. Dia bukan tak mampu. Nak makan di hotel setiap hari pun boleh. Selera Ana terus hilang. Panas hatinya dengan teguran umi.

Umi telah menegur Ana dengan mengatakan Ana tidak menjaga suaminya dengan baik dan tidak menjaga makan minum suaminya dengan baik. Sebab itu suaminya mencari orang lain. Lantas itu, Ana terus melenting dan meninggikan suara kepada Umi kerana semua perkara yang di ungkapkan oleh Umi adalah tidak betul. Berdasarkan kepada petikan cerpen di atas, saya boleh kaitkan peristiwa tersebut dengan kiasan orang Melayu dahulu iaitu : Marahnya bernyala-nyala Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk menyatakan keadaan api, tetapi dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala telah dipindahkan kepada keadaan marah. Dengan kata lain, sifat marah telah dibandingkan dengan keadaan api yang bernyala-nyala. Perasaan marah Ana digambar dengan mendidih kepanasan apabila mendengar teguran daripada Umi. Dalam realiti kehidupan,kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada mengalami perasaan marah. Namun, perasaan marah kita boleh digambar dengan kata-kata melalui percakapan dengan menggunakan unsur kiasan. Unsur kiasan ini akan difahami oleh orang yang mendengar kata-kata 58

kiasan yang dituturkan dan dapat ditafsirkan sebagai seseorang itu berada dalam keadaan marah. Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh digambarkan seperti simpulan bahasa : telinga nipis Telinga nipis bermaksud seseorang yang cepat marah. Ana berasa cepat marah apabila mendengar teguran dripada umi. Baginya ,dia tidak melakukan sebarang kesalahan kepada suaminya. Perkara ini sering terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kita akan berasa cepat marah apabila sesuatu keinginan kita dihalang oleh seseorang sedangkan keinginan kita itu sesuatu yang baik tapi dihalang oleh sebab-sebab yang tertentu. Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh digambarkan seperti pepatah : Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit Maksud pepatah ini ialah tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri. Dalam konteks petikan cerpen Mencari Hakiki di atas, Ana tidak mengakui teguran yang ditegur oleh Umi sedangkan apa yang ditegur oleh Umi itu adalah betul. Mungkin Ana berasa malu dengan teguran sebegitu. Oleh sebab itu, Ana dengan spontan membantah teguran Umi itu. Dalam realiti kehidupan, kita perlu mengakui kesalahan jika kita membuat kesalahan. Jangan menuding jari kepada orang disekeliling. Ini bagi mengelak kita daripada terjebak dengan fitnah.

59

Kronologi Cerita Yang Kesembilan Mungkin benar, salahnya sendiri apabila kasih suaminya beralih arah. Sungguh banyak yang diabaikan.

Akhirnya, Ana mengakui kesalahannya bahawasanya dia tidak menjaga suaminya dengan baik. Banyak perkara yang diabaikan Ana kepada suaminya. Simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah : Salah Langkah Maksud simpulan bahasa ini ialah melakukan kesalahan. Situasi ini juga boleh dikatakan tidak bernasib baik. Ana telah tersalah langkah dalam menjaga rumah tangganya menyebabkan suaminya mencari orang lain. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan setiap perbuatan yang kita dilakukan. Ini kerana kalau tersilap langkah boleh membawa kepada penyesalan.

Kronologi Cerita Yang Kesepuluh Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku tak pernah kisah atau merungut apa-apa... katanya bercampur kesal.

Petikan cerpen di atas menunjukkan peleraian bagi cerpen ini.

Ana

mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana memberi teguran dan nasihat. Ana juga telah boleh terima kesalahan yang telah dibuat. Ana menyesal dengan kesalahannya yang telah mengabai tanggungjawabnya kepada suaminya.

60

Peribahasa yang sesuai dengan petikan cerpen ini ialah : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Dalam peristiwa ini, Ana berasa bersalah sangat kepada suaminya dan menyesal atas kesalahan yang dia telah dilakuan. Dalam realiti masyarakat, penggunaan peribahasa ini perlu kerap digunakan dalam masyarakat supaya setiap perkara yang dibuat bukan berakhir dengan penyesalan. Peribahasa ini amat sesuai diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat mengamati maksud yang ingin disampaikan dan aplikasinya dalam kehidupan supaya kehiduapan kita sentiasa dalam kebaikan dari semasa ke semasa.

61

Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita pada hari ini walaupun telah penuh dengan arus pemodenan namun masih banyak lagi peribahasa dalam masyarakat melayu kita kini masih lagi diguna pakai dalam komunikasi seharian mereka. Pelbagai peribahasa yang kita selalu dengar daripada percakapan atau komunikasi yang digunakan dalam masyarakat kini. Mereka sudah tidak pelik jika kita menggunakan peribahasa semasa bercakap dalam urusan seharian kita. Oleh sebab itu, kita bebas menggunakan peribahasa semasa urusan seharian kita walaupun negara kita lama mengalami arus perubahan bahasa dan arus pemodenan bahasa yang lebih canggih berbanding bahasa dulu kala. Namun, terdapat juga pelbagai peribahasa yang kita jarang gunakan atau tidak pernah gunakan dalam urusan seharian kita kerana jarang kita dengar atau kita gunakan atas sebab -sebab yang tertentu seperti peribahasa yang panjang atau sukar di hafal. Oleh hal yang demikian, kita sebagai ahli yang menggunakan dan memperlajari ilmu simantik perlu bertindak untuk menjadikan semua peribahasa ini sebagai satu kebiasaan dalam masyarakat seharian mereka agar mereka tidak lagi asing menggunakan dan mendengar peribahasa melayu dalam urusan seharian mereka.

62

5.0 Pengistilahan Bahasa Melayu 5.1 Pengenalan Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu rapat dengan proses

Ini disebabkan istilah perlu diwujudkan. Dalam konteks

pembentukkan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa Melayu. 5.2 Sejarah Ringkas Istilah Bahasa Melayu Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975. Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum

Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk,

menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik

ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara. Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai

bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM. 63

5.3 Peristilahan Bahasa Melayu Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan Melayu. baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa

Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan pada peringkat awal. Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang

berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan. Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada

perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh. 6.0 Konsep Dasar Dalam Pembentukan Istilah Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah : 6.1 Takrif Istilah Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi.

64

6.2 Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan) 6.3 Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. 6.4 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah

pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. 1. Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid, pekat, mentah 2. Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber- (berkomunikasi), -an (siaran), peN-.-an (pendebungaan) 3. Penggandaan : Ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut rerambut ) atau seluruh ( kacang kacang-kacang ) untuk membentuk istilah. 4. Gabungan : Cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Contohnya setiausaha, warganegara, bumiputera dan lain-lain.

65

7.0 Konsep Peristilahan, Ciri-Ciri dan Masalah 7.1 Perbezaan Antara Kata dan Istilah Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah pula merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun

mempunyai perbezaan. Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan di negara ini. Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar Bidang, Ahli Bahasa, Pegawai Peristilahan. Pengguna tidak dapat melihat perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan istilah seringkali digunakan secara selari dan ditukarganti. 7.2 Bagaimana Istilah Diperolehi Istilah dapat dibentuk daripada kata atau gabungan kata.Penggunaan kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru, tidak menjadikan kata itu sebagai istilah menjadi suatu kata. 7.3 Konsep Peristilahan Pertumbuhan konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan mausia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus memberikan kesan yang tidak sedikit terhadap komunikasi antara orang mesin, mesin mesin atau individu individu. Walaupun istilah seringkali dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata pula tidak sentiasa dapat dikaitkan dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah. Perbezaan antara kata dan istilah ini diperlihatkan dalam huraian tentang kata dan istilah daripada beberapa sumber. Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Setiap konsep baru harus dilambangi dengan kata-kata yang dapat diperoleh dengan menggunakan kaedah yang tertentu, seperti : 66

a.

Membentuk kata baru dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada. Contoh nya : Lejas daripada jelas Legap daripada gelap Jerap daripada serap

b.

Membentuk kata baru dengan menggabungkan bahagian kata. Contohnya: Asbut daripada asap dank abut Puyam daripada puyuh dan ayam Selembu daripada seladang dan lembu

c.

Dengan meminjam kata asing. Contohnya : Proses Material Hos Hasil daripada penelitian di atas maka dapat disimpulkan bahawa konsep

merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri daripada kata, singkatan, huruf, lambing grafik dan sebagainya. Kata mempunyai pelbagai makna yang bergantung pada penggunaannya, sedangkan istilah mempunyai makna khusus dan tidak terikat pada konteks penggunaan.

67

7.4 Ciri-ciri Pembentukan Istilah Ciri konsep membantu kita menjelaskan konsep dan membina sistem konsep. Bagi penyelarasan, perkara ini amat berguna untuk melihat hubungan benda dengan benda menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan dan kegunaannya. Jumlah kata akar dalam bahasa kecil berbanding dengan jumlah konsep yang ingin dibentuk istilahnya. Justeru, kebanyakan istilah hanya boleh berupa gabungan unsur perkataan atau istilah terpindah. Gabungan kata dan kata terbitan merupaka kombinasi unsur perkataan. Ketika membentuk istilah, hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut : a. Sebarang kesamaran istilah hendaklah dielakkan. Kekeliruan boleh wujud

sekiranya satu istilah diperuntukaan kepada dua atau lebih konsep sedangkan ia berbeza antara satu sama lain. b. dan Sebarang sinonim hendaklah dielakkan. Sinonim boleh membebankan ingatan mewujudkan tanggapan yang salah, iaitu lebih daripada satu

konsep. Bagaimanapun, istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai sinonim hendaklah dibenarkan. Ini kerana, istilah itu memudahkan komunikasi yang luas. c. Penggunaan istilah yang mantap hendaklah diteruskan; tidak boleh ditukar

istilahnya tanpa alasan yang cukup kuat. d. Juzuk-juzuk istilah hendaklah menggambarkan ciri konsep yang paling

diperlukan. e. Istilah-istilah hendaklah berbentuk luaran supaya boleh mewujudkan kata

turunan. Kerapkali perkataan atau unsure kata daripada bahasa asing dipinjam untuk pembentukan istilah. Dalam pendekatan yang digunakan ialah melalui : a. Pemindahan secara langsung seperti atom dalam Bahasa Inggeris

dipindahkan kepada atom juga bagi Bahasa Melayu.

68

b.

Penterjemahan secara literal. Contohnya, guide line dalam Bahasa Inggeris

diterjemah ke dalam Bahasa Melayu secara literal iaitu garis panduan. Untuk melancarkan komunikasi, kadang-kadang perlulah disingkatkan istilah itu. Penyingkatan yang perlu dibuat seharusnya tidak melanggar peraturan linguistik. Syarat-syarat umum istilah baku seharusnya tidak samar, sebaliknya harus tepat, ringkas, mudah dieja sesuai untuk pembentukan istilah terbitan dan ahli suatu sistem istilah. 7.5 Sumber Istilah

Istilah dicipta dari kata / gabungan kata. Kaedahnya : a. Bentuk kata baru b. Gabungkan bahagian kata c. Peminjaman

7.6 Cara Pembentuka Istilah Tujuh cara pembentukan istilah dalam bahasa Melayu adalah : 1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan difokuskan maknanya. Contohnya : a. Gaya b. Garis pusat c. Tapak d. Hasil keluaran e. Daya 2. Kata bahasa Melayu yang kurang lazim. Contohnya : a. Peka b. Cerakin c. Mendap d. Hablur e. Jisim

69

3. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang lazim. Contohnya : a. Dermaga ( klasik ) b. Labur ( Negeri Sembilan ) c. Gambut ( Banjar ) d. Mangli ( Kedah ) 4. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang tidak lazim. Contohnya : a. Dening ( Kelantan ) b. Riam ( Johor ) c. Engkabang ( Iban ) d. Nyeri ( Sunda ) 5. Kata / istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya : a. Atom b. Koine c. Artikel d. Frasa e. Klausa f. Sintaksis 6. Kata / istilah daripada bahasa lain. Contohnya : a. Welstanchauung b. Esprit de corp c. Ad hoc d. In toto e. De facto 7. Pemilihan yang terbaik antara langkah 1-6 berdasarkan beberapa

kemungkinan Dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu : a. Ungkapan yang paling singkat b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang c. Ungkapan yang tidak berkonatasi buruk 70

d. Ungkapan yang sedap didengar 8.0 Proses Pembentukan Istilah Istilah dalam bahasa Melayu dibentuk melalui dua proses iaitu pinjam terjemah dan peminjaman terus. Secara gambarajah, hal ini dapat diperjrlaskan seperti berikut : Proses Pembentukan Istilah Pinjam Terjemah Peminjaman Terus

terjemah langsung dose - sukatan humidity - kelembapan

dengan penyesuaiaan geography - geografi structure - struktur

gabungan dua kata umum honeymoon - bulan madu right angle - sudut tepat

tanpa perubahan linear - linear export - eksport protein - protein

ciptaan kata baru up date - kemas kini subsidence - antaman

71

peluasan makna biji - bijirin gelap - legap

ciptaan baru dengan gandaan separa radius - jejari capillary - rerambut

72

9.0 Kesimpulan Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu (satu konsep satu bidang). Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya. Ianya mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan Bahasa Melayu. Pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk istilah.

73

10.0 ANALISIS CERPEN MENCARI HAKIKI DARI ASPEK TATABAHASA DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Kata akar Mandi Jatuh Indah Jauh Kapur Wajah Kereta Nafas Sedar Arah Makan Lambat Alat Pantai Tangan Kasih Sukar Air Budak Zaman Cakap Patah

Imbuhan

Gandaan

Gabungan Ibu bapa Buah tangan Sopan susila Lambat laun Suri rumah Rumah tangga Kasih sayang

Prototaip Siber

Menghancurkan Celah-celah Kemesraan Bersama Melihat Senyuman mencumbui Menunaikan Bertaburan memayungi Pengasuh Menghiris menjunjung Menguis Mentafsirkan Melimpah Mencari Kebahagiaan Bertanya Bertenaga Mencencang Kesalahan Berdiam Sudahsudahlah Berseronokseronok Dalam-dalam Jangan-jangan Kedua-duanya Bintangbintang Kedua-dua Jarang-jarang Tiap-tiap Lain-lain Sekurangkurangnya Berjalan-jalan Pagi-pagi Naik-naik Masakmemasak Kuih-muih Terkelip-kelip Perlahan-lahan Hotel-hotel Semata-mata Kata-kata 74

Buruk Bapa Orang Sifat Solat Bahu Langit Cerah Hajat Ibu Kerja Pagi Pejabat Tangga Keluarga Cakap Tahun Nampak Ketawa Malam

Teringatkan Menghela Perkahwinan Menanti Kehancuran Berbeza Memasak Makanan Seharian Bersama Dikongsi menggelengkan Tercurah Melayan Membaja Terdiam Membalas Perhatian Bertuahlah Meratap

Sejauh-jauh Kejap-kejap

75

ANALISIS GOLONGAN KATA DI DAL AM CERPEN MENCARI HAKIKI Bil 1 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Perkataan Merebahkan di Umi masih Melontar Kecil fahaman diri mereka jodoh ditetapkan kakak kau Wajah tidak hendak belum mendengar kereta Kuala Lumpur daripada menghiris Golongan kata Kata kerja Kata sendi Kata nama Kata bantu Kata kerja Kata adjektif Kata nama Kata nama Kata ganti Kata nama Kata kerja Kata nama Kata ganti Kata nama Kata tugas Kata tugas Kata tugas Kata kerja Kata nama Kata nama Kata tugas Kata kerja Catatan Kata kerja terbitan Kata sendi menunjukkan tempat Kata nama Khas Hidup (manusia) Kata bantu aspek Kata kerja terbitan Kata adjektif Kata nama am (abstrak) Kata nama (orang) Kata ganti diri orang ketiga Kata nama am (abstrak) Kata kerja terbitan Kata nama am (orang) Kata ganti diri orang kedua Kata nama konkrit Kata naf Kata bantu ragam Kata bantu ragam Kata kerja terbitan Kata nama am (kontrik) Kata nama khas (tempat) Kata sendi Kata kerja terbitan

76

24 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42

dia musuh perempuan gatal bubun belum datang ke bilik Syakirah Syazirah yang untuk dari tetapi setengah pisang kerana Melayu dan

Kata nama Kata nama Kata nama Kata adjektif Kata nama Kata tugas Kata kerja Kata tugas Kata nama Kata nama Kata nama Kata tugas Kata tugas Kata tugas Kata tugas Kata adjektif Kata nama Kata tugas Kata nama Kata tugas

Kata ganti diri nama ketiga Kata nama am (orang) Kata nama am (orang) Kata adjektif (sifat) Kata nama am Kata bantu ragam Kata kerja Keta sendi Kata nama am (tempat) Kata nama khas (orang) Kata nama khas (orang) Kata hubung relatif Kata hubung komplemen Kata sendi Kata hubung keterangan Kata adjektif (bilangan) Kata nama am Kata hubung (keterangan) Kata nama khas Kata hubung gabungan

77

Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:

1. Sinonim: Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Perkataan Indah Kahwin Kegembiraan Ada Sukar Lihat Sangka dipamerkan Diam Menghiris Benar Kamar Pantas Cantik Memeluk Merepek Petir Lawatan Sejuk Mendidih Celoteh Hajat Pulang Lusuh Cakap Kampung 78

Perkataan Seerti Aman Nikah keriangan Mempunyai Payah Pandang Ramal ditunjukkan Senyap Memotong Betul Bilik Laju Lawa Mendakap Membebel Kilat Menziarahi Dingin Menggelegak Telatah Niat Balik Buruk Tutur Desa

2. Antonim: Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.

Perkataan Basah Jatuh Malas Jauh Dalam Atas Dahulu Perlahan Lambat Sakit Sukar Sebelum Manis Turun Cerah Kaya Kecil Sedikit Berkahwin Sejuk Buruk Benar Kampung Menangis Keluar Ayah

Perkataan Berlawanan Kering Bangun Rajin Dekat Luar Bawah Sekarang Laju Cepat Sihat Senang Selepas Pahit Naik Gelap Miskin Besar Banyak Bercerai Panas Baru Bohong Bandar Ketawa Masuk Ibu

79

3. Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar, melati ,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

Rumah : Rumah banglo Rumah teres Rumah pangsa Rumah papan Rumah berkembar Rumah rehat Rumah sewa Rumah kedai Rumah kongsi Rumah mayat Rumah pam

80

Bilik :

Bilik kecil Bilik besar Bilik utama Bilik rehat Bilik bacaan Bilik isolasi Bilik tamu Bilik penginapan Bilik sewa Bilik sembahyang Bilik kongsi

Kereta :

Kereta sewa Kereta kongsi Kereta kebal Kereta perisai Kereta tempatan Kereta import Kereta api

81

4. Homonim: Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Contoh petikan dalam cerpen yang mempunyai unsur homonim ialah Apa yang dilihat beberapa minggu yang lalu itu sudah cukup untuk menghancurkan kepercayaan kepada suaminya yang dibina selama hampir sepuluh tahun . Lalu dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sesuatu yang sudah berlaku. Dalam cerpen ini, Ana menceritakan kepada Umi tentang kepercayaan yang dikhianati oleh suaminya pada beberapa minggu yang lepas. Lalu dalam konteks lain pula membawa maksud tiada selera untuk melalukan sesuatu. Contohnya: Azman tidak lalu makan kerana demam. Contoh lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah nipis. Contoh petikan ialah Ana tersenyum nipis. Nipis dalam cerpen ini membawa maksud sedikit atau

biasa. Selepas dinasihatkan oleh Umi, Ana hanya tersenyum biasa-biasa sahaja. Senyumannya sama banyak antara mahu senyum dengan tidak mahu senyum. Dalam konteks lain nipis membawa maksud bentuk fizikal sesuatu benda . Contoh: buku yang dibeli oleh Abu itu sangat nipis. Antara contoh petikan lain yang mempunyai unsur homonim ialah Makan di kedai pun, jarang-jarang suami aku bawa. Suami Umi tenggelam timbul dibawa angin. Maksud tenggelam dalam petikan tersebut ialah semakin perlahan/hilang dimana suara Umi semakin perlahan kerana dibawa angin. Dalam konteks lain pula, tenggelam membawa maksud terbenam. Contoh: Kapal itu tenggelam dalam lautan. Contoh lain ialah seperti petikan ini Umi tersenyum pahit. Maksud pahit dalam petikan tersebut ialah Umi melontarkan senyuman yang sinis kepada Ana. Dalam konteks lain, Pahit membawa maksud rasa sesuatu makanan . Contohnya ialah Air nescafe yang dibeli oleh Ahmad itu sangat pahit. Selain itu, contoh yang lain ialah melalui ayat Aku jadi suri rumah sepenuh masa sahajalah sampai mati, balas umi. Perkataan mati dalam petikan tersebut membawa sampai bila-bila hingga ke hujung hayat. Umi menyatakan dia akan menjadi suri rumah sampai penghujung hayatnya. Dalam konteks lain, mati membawa keluarnya ruh dari jasad atau meninggal dunia. Contohnya : Ahmad terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang lalu mati di tempat kejadian.

82

5. Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Perkataan berdiam di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan berdiam boleh membawa maksud membisu atau tidak bercakap apaapa.

Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal. 1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

kekecewaan. (i) Betapa remuk hatiku.. Perkataan remuk dalam ayat di atas membawa maksud perasaan yang sedih kerana suami Ana mempunyai perempuan lain. Perasaan bertambah kecewa apabila suaminya mengkhianati kepercayaan Ana terhadap suaminya. 2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

kemarahan . (i) Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ini pun, dia hidup juga. Dia bukan tak mampu. Nak makan di hotel setiap haru pun boleh. S elera makan Ana terus hilang. Panas hatinya dengan teguran umi. Perkataan panas dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini iaitu Ana sangat marah kepada umi. Hal ini kerana Umi menyalahkan dirinya tidak menjaga makan dan minum suaminya dengan baik. 3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

perasaan kekesalan. (i) Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku tak pernah kisah atau merungut apa-apa.. katanya bercampur kesal. Perkataan kesal dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini begitu kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dia kesal dengan sikapnya yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

83

4.

Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan malu.

(i) Aku ada masalah, Umi, katanya perlahan tanpa mahu memandang wajah umi. Dia malu.. Frasa malu membawa maksud watak dalam cerpen ini iaitu Ana malu untuk meluah masalah rumah tangganya kepada Umi.

84

11.0

Rujukan

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2002). Koleksi terindah peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd.

Eugene A. Nida. (1979). Componential analysis of meaning: an introduction to semantics structures. The Hague: Mouton.

Fodor, J. A. (1975). The Language of Thought. New York: Thomas Y. Crowell. Komlev, N. G. (1976). Components of the content structure of the word. The Hague : Mouton.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (1979). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lyons, John. (1994). Bahasa, makna dan konteks ; penterjemah Zahrah Abd. Ghafur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

85

86

87

Você também pode gostar