Você está na página 1de 1

1.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga era yang utama iaitu era sebelum kedatangan British, era sewaktu pemerintahan British dan era selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Pada era pertama iaitu sebelum kedatangan British, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal iaitu lebih menekankan pendidikan berbentuk keagamaan dan ianya berkembang seiring dengan pengembangan agama Islam di semenanjung Tanah Melayu. Pada waktu itu, institusi sekolah pondok diwujudkan atas inisiatif masyarakat setempat yang bergotong royong untuk membina sekolah pondok tersebut. Pengajian di sekolah pondok ini lebih menekankan pendidikan agama seperti pengajian Al-Quran yang diajar oleh guru-guru Al-Quran dan juga guru agama yang merupakan imam di masjid atau di surau kampung berkenaan. Antara sekolah-sekolah agama yang awal wujud di Tanah Melayu adalah terletak di Terengganu dan Kelantan iaitu wujud pada sekitar abad ke-18 manakala sekolah-sekolah agama di Kedah, Perak, Kelantan, dan Pulau Pinang pula wujud pada penghujung abad ke-19.

Você também pode gostar