Você está na página 1de 5

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA KEMAHIRAN LISAN PENGENALAN Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi

asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN KEMAHIRAN MENDENGAR Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktorfaktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa, mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa, memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan, memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa, mendengar secara kritikal, auding, mengikut arahan, memahami urutan atau sekuan, mengingat kembali, menentukan idea utama / terpenting dan membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa, mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa, memahami konsep dan maksud perkataan atau ayat, melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran, mendengar secara kritikal. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran muridmurid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN Terdapat pelbagai kaedah dalam mengatasi masalah lisan,antaranya ialah guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.selain itu, guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. Guru juga boleh memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid, mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran, menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta, menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran dan guru boleh mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya EJAAN

DEFINISI Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa

bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN Lemah dalam ingatan penglihatan merupakan salah satu punca kanak-kanak lemah dalam ejaan. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan, mengalami masalah penglihatan seperti rabun dan juling, lemah dari segi Analisis Pendengaran, tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi, tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan, tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak dan berkemungkinan lemah dalam bacaan. KEMAHIRAN MEMBACA DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA. Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca.Menurut Pumfrey (1977),kemahiran membaca merupakan Satu proses pemikiran yang membina.Zulkefli Hamid (1994), Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.Deboer dan

Dallman menyatakan membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea tang dilambangkan melalui penulisan.Menurut Juriah Long (1990) pula, pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan.Kamus Dewan pula mendefinasikan membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata. KESIMPULAN Membaca merupakan satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan.

Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai, mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

MASALAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA Antara masalah dalam menguasai kemahiran membaca ialah kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan lancar,masalah yang kedua pula ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca.Masalah yang seterusnya pula ialah murid tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.Selain itu, gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca. PROSES MEMBACA Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi symbol grafik. Membaca memerlukan seseorang mengenalpasti symbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem isyarat) untuk membolehkan mesej itu disampaikan.Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah symbol grafik. Membaca adalah proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk melalui penglihatan terhadap symbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti perkataan.

Você também pode gostar