Você está na página 1de 2

Apa itu LTE?

LTE atau 'Long Term Evolution' @ Evolusi Jangka Panjang @ 4G LTE, adalah standard komunikasi tanpa wayar untuk akses data berkelajuan tinggi bagi telefon bimbit dan terminal data (datacard).

Jaringan teknologi LTE ini berbasis kepada jaringan teknologi 2G GSM dan 3G UMTS, dimana kapasiti jaringannya dan kelajuan data adalah lebih tinggi daripada 2 jaringan teknologi terdahulu. Oleh itu, LTE menggunakan radio interface dan jaringan teras (core network) yang berlainan dari teknologi yang sebelumnya untuk peningkatan perkhidamatan.

Ia mula di komersialkan pada december 14, 2009 oleh TeliaSonera, operator telekomunikasi di Sweden dan diikuti oleh beberapa tempat di amerika utara, jepun dan eropah. LTE adalah penaikan taraf yang 'semulajadi'untuk teknologi telekomunikasi generasi ketiga (3G) dan Sehingga sekarang, banyak negara telah menaik taraf jaringan telekomunikasi mereka kepada jaringan yang terbaru ini. Malaysia telah dimulakan oleh 2 operator telekomunikasi yang terkenal iaitu Maxis dan Celcom dan akan diikuti oleh operator2 lain menjelang penghujung 2013 ini.

Teknologi LTE ini ada 100% berasaskan IP, dimana jika sebelum ini untuk panggilan telefon dan akses ke internet mengunakan 2 jenis circuit yang berbeza, tetapi untuk teknologi LTE ini, kesemua service yang ditawarkan adalah dalam bentuk IP. Akses panggilan akan mengunakan teknologi VOIP (voice over internet protocol) di dalam jaringan teknologi LTE ini.

Kelajuan data juga bertambah dimana beberapa teknologi telah digunakan untuk menstabilkan kelajuan data dan juga mengawal pengunaan tenaga (OFDMA downlink, SC-FDMA uplink, MIMO antenna, etc).

Untuk penguna di Malaysia, setakat ini, perkhidmatan yang ditawarkan kepada oleh operator2 4G LTE adalah kemudahan kelajuan data pada 100Mbps untuk muat-turun dan 50Mbps untuk muat-naik (standard 3GPP release 8 untuk user equipment category 3).

Untuk bands operrasi yang digunakan oleh operator2 di malaysia ialah LTE 2600 yang telah ditetapkan oleh SKMM dan akan ditambah dengan bands operasi LTE 850 untuk penambahbaikan jaringan.

Jadi, dinasihatkan jika anda ingin mengambil telefon2 bimbit dari luar bolehlah merujuk dahulu bands operasi ini untuk membolehkankan telefon bimbit tersebut mengakses kepada jaringan2 yang di sediakan oleh operator2 ini. Untuk kelajuan data pula, anda bole rujuk kepada jenis category telefon bimbit anda untuk lebih menjelaskan setakat mana telefon anda itu dapat mengakses kelajuan data tertinggi.

Você também pode gostar