Você está na página 1de 2

6.3.

1 Fungsi sosial alatan muzik bertali dalam kalangan masyarakat Selain berfungsi dalam menghasilkan bunyi-bunyian yang indah, alatan muzik bertali tradisional juga mempunyai banyak peranan lain antaranya ialah fungsi sosial, yang dimaksudkan dengan fungsi sosial ialah peranannya kepada masyarakat setempat. Fungsi sosial yang yang disumbangkan oleh rebab ialah, instrument muzik tradisional bertali ini dapat memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang pementasan-pementasan pentas seperti makyung,main puteri dan tarik selampit yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur, melalui gesekkan rebab yang menghasilkan melodi yang begitu mengasyikkan. Hal ini demikian kerana, di dalam makyung sebagai contoh, rebab yang juga dikenali sebagai umbang memainkan peranan yang sangat penting sehingga sesetengah orang menganggapnya sebagai guru lagu atau pamurba lagu. Oleh yang demikian, boleh dikatakan rebab merupakan identiti kepada pementasan makyung. Erhu sebagaimana yang diketahui umum selain sering dimainkan secara solo oleh seorang pemain, ianya juga turut menyumbang peranan yang besar di dalam pementasan opera. Ibarat irama dan lagu, pementasan opera pastinya akan menjadi canggung tanpa hadirnya melodi melankolik daripada gesetkan instrumen erhu. Walaupun pada asalnya erhu merupakan instrumen muzik tradisional masyarakat cina namun, pada hari ini penggunaan instrument erhu tidak hanya terhad kepada persembahan opera sahaja, kerana di Malaysia selain diminati oleh kaum cina erhu turut diminati oleh kaum lain. Hal ini secara tidak langsung menjadikan erhu sebagai instrumen penyatuan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sekiranya di kawasan pantai timur rebab merupakan alatan muzik yang popular dalam kalangan masyarakatnya di situ, berbeza bagi negeri bumi kenyalang, sape merupakan identity yang tidak asing lagi bagi masyarakat terbesar di situ. Dahulunya fungsi sape hanyalah dalam upacara-upacara ritual seperti menghalau roh dan menyeru semangat, kerana dikatakan muzik yang dihasilkan sape dapat menghipnosis si pendengarnya untuk hadir di dalam ritual tersebut. Namun marcapada, fungsi sape tidak terhad kepada amalan ritual sahaja, kerana instrumen tersebut telah diperlebarkan fungsinya di dalam persembahan orkestra. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan alat muzik tradisional ini kepada seluruh masyarakat Malaysia khasnya dan sarwajagat amnya. Pementasan zapin pastinya hilang tiang serinya tanpa alunan muzik ghazal dari petikan instrumen kordofon tradisional yang sangat popular di negeri Johor iaitu gambus. Seperti diketahui umum tatkala disebutkan sahaja zapin pasti selatan tanah air yang tergambar di benak. Hal ini demikian kerana, ibarat isi dengan kuku perkaitan di antara persembahan zapin dengan masyarakat Johor tidak dapat dipisahkan. Penyumbang utama kepada identiti ini sudah pastinya gambus. Selain berfungsi dalam menjadi salah satu induk identiti masyarakat setempat gambus juga telah berperanan dalam memperkenalkan muzik ghazal dan tarian zapin kepada masyarakat seluruh dunia. Pada hari ini seiring dengan arus pemodenan, gambus juga melangkah setapak lagi bersama melodi ghazal ke pentas orchestra

bersama alat muzik bertali tradisional yang lain denagan tujuan untuk memartabatkan instrumen-instrumen ini agar ianya tidak luput ditelan arus globbalisasi. Secara tuntasnya, alatan muzik bertali tradisional selain digunakan sebagai instrument muzik, ianya juga berperanan dalam menjalankan fungsi sosialnya dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini demikian kerana, tidak dapat dinafikan dengan muncul instrument-instrumen muzik modern yang lebih sofistikated, alatan muzik tradisional semakin dipinggirkan. Justeru, dengan adanya kasedaran mengenai peranannya dalam masyarakat kita, sudah pastinya instrument warisan ancestor kita ini tidak akan hilang begitu sahaja ditelan arus pemodenan.

Você também pode gostar