Você está na página 1de 6

Pengenalan Kepada Penyelidikan Pendidikan

1.0 Apakah Penyelidikan?

Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu melibatkan analisis yang sistematik dan
objektif serta cacatan pemerhatian yang boleh membawa kepada perkembangan
generalisasi, prinsip-prinsip atau teori untuk membuat ramalan dan akhirnya kawalan
terhadap berlakunya peristiswa.

Walau bagaimanapun, adalah susah untuk memberikan definisi penyelidikan.


Research is not what researchers do. Ia bukanlah setakat membuat ulasan literatur sahaja
ataupun siasatan terhadap sesuatu perkara dan sebagainya. Penyelidikan adalah sesuatu
aktiviti yang ada impak terhadap teori.

“In the absence of theory, the activity is not a research” (Michael et al, 1994)

Peranan teori adalah untuk menyatakan dan menjelaskan sesuatu fenomena.


Hasil daripada sesuatu penyelidikan samada boleh mengesahkan ataupun menolak
(refute) sesetengah teori yang sedia ada.

Gaps in the theory, those areas about which previous little is known, can be discovered
and speculated about in terms of how subsequent contributions to the knowledge base
could fill them.

Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara teratur
untuk memperolehi pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti
berhubung dengan usaha memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti
dan menyelesaikan masalah pendidikan.

Hasil penyelidikan pendidikan ialah pengetahuan baru.

2.0 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula pada tahun 1897 apabila Joseph M.
Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Di dalam
artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk
mengajar mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan


pendidikan.Pada tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran
bermula dengan pesatnya. Contohnya, pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan
skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga
menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

Ini diikuti dengan penggunaan ujian kecerdasan dalam bidang pendidikan. Penggunaan
kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabila para penyelidik

1
menhadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914)
berpendapat “Jika satu benda wujud, ia wujud di dalam junlah tertentu. Jika ia wujud
di dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik
menggunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperolehi data yang perlu bagi pelbagai
aspek penyelidikan pendidikan.
Penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikan berlaku dengan pesatnya
pada tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta untuk
membekal alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan rekabentuk
berstatistik multivariate. Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit
seperti penggunaan pembolehubah yang banyak.

Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejak tahun 1945.
Pengukuhan penyelidikan pendidikan dibuat melalui pembaikan ke atas kaedah dan
rekabentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang lebih
dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikan pendidikan mendapati lebih banyak
kaedah baru statistik digunakan di dalam penyelidikan pendidikan untuk menyelesaikan
masalah pendidikan secara realistik. Jadi, penyelidikan pendidikan bukan lagi dianggap
sebagai bidang pengumpulan data, malah ia dianggap sebagai bidang yang mampu dalam
usaha menyelesaikan masalah praktis pendidikan dengan berkesan.

3.0 Ciri-cirinya Penyelidikan

3.1 Oleh kerana ia perlu mengikuti beberapa langkah yang logikal, maka penyelidikan
adalah sistematik. Langkah-langkah ini termasuk:

• Mengenalpasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.


• Membuat ulasan literatur untuk memahami bagaimana orang lain (others) telah
menghadapi/menyelesaikan masalah/isu.
• Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperolehi keputusan
yang sah.
• Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
• Membuat kesimpulan dan generalisasi

3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia


mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif bagi menjadikan sesuatu yang
sangat berguna untuk menerangkan atau meramal sesuatu fenomena. Andaian asas
bagi kaedah saintifik ialah setiap kesan/akibat seharusnya mempunyai sebabnya.
Ianya bermula dengan pembinaan hipotesis daripada pemerhatian casual (casual
observation) dan pengetahuan laterbelakang (keteangan induktif) kepada keterangan
akibat/kesan ataupun implikasi hipotesis. Ini diikuti dengan pengesahan atau
penolakan hipotesis.

2
Kegunaan gabungjalinan keterangan induktif dan deduktif merupakan intipati (essence)
kaedah saintifik. (Integrated use of inductive and deductive reasoning is the essence of
scientific method.

Dalam keterangan induktif, sesorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap


perisitiwa-perisitiwa tertentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan
membina jangkaan terentu. Contohnya, sesorang penyelidik mendapati bahawa semua
guru yang belum terlatih keguruan tidak langsung menggunakan ABM/ABPP. Jadi, beliau
membuat jangkaan bahawa guru tidak terlatih tidak menggunakan sebarang ABM dalam
proses P-Pnya.

Dalam keterangan deduktif, sesorang penyelidik akan memikirkan implikasi suatu


kesimpulan seperti:

“Kalau En A ialah seorang guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan
ABM/ABPP semasa dia mengajar.” Penyelidik ii akn menguji samada andaian ini betul
atau salah.

Dapatan-dapatan baru daripada penyelidikan seperti ini boleh menambah pengetahuan


baru kepada pengetahuan yang sedia ada.

Hipotesis-hipotesis baru boleh juga dibina dari struktur pengetahuan yang sedia ada dan
pemerhatian casual serta pengujiannya boleh menambahkan pengetahuan baru.

4.0 Jenis Penyelidikan Pendidikan

Terdapat dua cara untuk mengkategorikan penyelidikan iaitu berdasarkan tujuannya dan
kaedahnya..

Klasifikasi penyelidikan berdasarkan tujuan atau matlamatnya

Dibawah klasifikasi matlamat atau tujuannya, terdapat tiga jenis penyelidikan iaitu
Penyelidikan Asas, Penyelidikan Gunaan dan Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan asas merupakan penyelidikan yang menekankan tentang penemuan


pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.
- lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud di dalam bidang pendidikan
dengan lebih mendalam, contohnya, teori ketegangan saraf oleh ahli psikologi.
- Memperolehi data empirik yang boleh digunakan untuk mengembang dan menilai
teori.
- Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis. Walau
bagaimanapun, keputusan-keputusan daripada penyelidikan jenis ini mungkin
akhirnya digunakan untuk menyelesaikan maslah praktis. Contohnya, dapatan ahli
psikologi tentang ketegangan persekitaran ke atas peningkatan tekanan darah
boleh digunakan oleh guru-guru sekolah dalam menghadapi masalah peningkatan

3
tekanan darah yang membawa kepada keadaan resah yang tinggi di kalangan para
pelajar.

Penyelidikan Gunaan

Example1 : Conducting a survey to determine the opinion of teachers about the suitability
of a newly introduced curriculum for atechnician programme.

Example 2: Comparing the effectiveness of two methods of teaching on the achivement


of students in a subject.

-bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi ataupun menguji sesuatu
teori utuk menilai kegunaanya dalam arena pendidikan. Ia bertujuan untuk menemui
sesuatu yang terbaik untuk dijalankan. Ia dapat memberikan data samada menyokong
sesuatu teori, mengubahsuaikan sesuatu teori ataupun perkembangan sesuatu teori.

“Developmental Research” juga merupakan sebahagian daripada Penyelidikan Gunaan.


Ianya berkaitan dengan perkembangan produk yang berkesan untuk kegunaannya dalam
institusi pendidikan. Contohnya, perkembangan rekabentuk kurikulum, garis panduan
guru, bahan-bahan pembelajaran, sistem pengurusan dan sebagainya.

Penyelidikan Tindakan

Example 1:

Introducing an innovation of modulated training by a teacher to study its effect on


achievement of students in a subject.

Example 2:
Developing an instructional process by a teacher to improve learning strategies of
students in aclassroom.

Jadi, Kajian Tindakan adalah berkaitan dengan penyelesaian sesuatu masalah tertentu
dalam keadaan setempat (local situation) dan dijalankan oleh sesorang (guru) dimana
beliau akan menggunakan dapatan penyelidikan.

Dengan kata lain, Penyelidikan Tindakan adalah situational (masalah yang membawa
kepada sesuatu keadaan); participatory (Penyertaaan) kerana individu yang melibatkan
dalam penyelidikan juga berkaitan dengan pelaksanaan dapatannya dan bertujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah.

Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan kaedah

4
Kaedah penyelidikan dicirikan dengan teknik-teknik yang digunakan dalam pengumpulan
dan penganalisaan data. Berdasarkan kaedah penyelidikan, terdapat 5 jenis penyelidikan
seperti bersejarah (historical) , Diskriptif (descriptive), correlational, ex-post facto dan
Ujikaji (experimental).

Penyelidikan Bersejarah (Historical)

Tujuan penyelidikan historical adalah untuk membuat kesimpulan berkaitan dengan


corak, sebab atau kesannya peristiswa-peritiswa lampau Ini dapat digunakan untuk
menerangkan peritiswa semasa serta meramalkan peritiswa depan.

Pengumpulan data terdapat dari dokumen-dokumen asli atau mengadakan temuduga


kepada Penyaksi-penyaksi (maklumat asal) Data juga boleh dikutip dari punca sekunder
(secondary sources).

Penyelidikan Descriptive/Diskriptif

--berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalan-
soalan berkaitan dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara yang di bawah kajian.

Contoh-contohnya ialah :

Factors perceived as motivators by technician teachers; Profile of technician teachers; Job


analysis of building technicians; Students’ perceptions of teaching in technical colleges
dan lain-lain.

Penyelidikan Diskriptif boleh dilaksanakan samada melalui pertanyaan soalan kepada


individu-individu berkaitan (melalui soalan-solan kaji selidik ataupun temuduga.)
ataupun melalui pemerhatian.

Kajian Correlational

-bertujuan untuk menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah –
pembolehubah yang dapat di berikan nilai (quantifiable)

Contohnya,

Perhubungan diantara gred pelajar pada peringkat sekolah tinggi dengan prestasi mereka
dalam institusi teknikal.

Jenis kajian ini bukan sahaja menyatakan keadaan-keadaan yang terdapat di dalam
sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yang magkibatkan munculnya
fenomena dibawah kajian semasa.

5
Penyelidikan Ujikaji

The primary characteristic of the experimental research is manipulation of at least one


variable and control over the other relevant variables so as to measure its effect on one or
more dependent variables.

The variable which is manipulated is known as an independent variable. Penyelidikan


eskperimen biasanya terdapat dua ataupun lebih kumpulan bagi perbandingan tehadap
pembolehubah bergantung.Jenis penyelidikan ini membentukkan perhubungan sebab-
musabab.

Contoh:

Sesorang penyelidik dalam pendidikan teknikal berminat untuk mengkaji kesannya


prestasi pelajar dalam matapelajaran mekanik gunaan yang diperolehi dari dua kaedah
pengajaran iaitu kaedah kuliah yang berstruktur dan pengajaran dirancangkan/ditentukan
dalam program.

Pembolehubah bebas ialah kaedah pengajaran


Pembolehubah bergantung ialah prestasi pelajar.

Hasilnya kajian boleh digunakan untuk membuat ramalan

Kajian Ex-post Facto (After the fact)

Penyelidikan jenis ini berkaitan dengan kesan dan sebabnya yang telah diketahui tetapi
dikaji sebaliknya oleh penyelidik.

Kerlinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:

“ Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of
independent variables because their manifestations have already occurred or because they
are inherently not manipulable”.

Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau


tidak dapat manipulasikan pembolehubah (pembolehubah-pembolehubah bebas) yang
mengakibatkan sesuatu kesan ( pembolehubah bergantung)

Você também pode gostar