Você está na página 1de 13

PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTUAN (ASSISTIVE TECHNOLOGY) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID AUTISME

Jannatonshima binti Abdullah (M20122001583) Universiti Pendidikan Sultan dris !akulti Pendidikan dan Pemban"unan Manusia 013#51$%558 &aneabdullah'"mail()om

Abstrak : Kajian yang dijalankan ini adalah bagi melihat sejauh mana keperluan dan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan (assistive technology) ke atas pengajaran dan pembelajaran murid autisme, serta kesan penggunaan teknologi bantuan kepada pencapaian murid. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. Ini kerana Program Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Kajian ini merupakan kajian deskripti berbentuk pemerhatian serta melibatkan temubual bersama beberapa orang responden. !asil kajian ini mendapati baha"a proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan alat bantuan teknologi seperti Smart Board dan komputer riba, dan dapat membantu masalah pembelajaran pada murid autisme yang lebih berminat pada alat berteknologi. Kata Kunci : #eknologi $antuan, autisme, masalah pembelajaran Abstract : This study is to evaluate the necessity and effectiveness of the use of assistive technology on the teaching and learning of students with autism , as well as the impact of assistive technology on student achievement . The implementation of computer-based teaching and learning requires a certain teaching and learning. This is because the Special ducation !rogram is an instructional program that was designed specifically to meet the needs of e"ceptional students. #t may require the use of equipment materials and special teaching methods. This study is a descriptive research involving observation and interviews with some respondents. $esults indicated that teaching and learning can be implemented more effectively using technology aids such as Smart Board and a laptop, and can help learning disabilities in children with autism who are more interested in technology gadgets . %eywords : Assistive Technology, autism, learning disabilities

P%&'A!()(A& Pengajaran Pembelajaran $erbantukan Komputer (PP$K) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan murid di dalam kelas, terutamanya bagi murid-murid Pendidikan Khas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. #eknologi komputer sememangnya mampu memudahkan murid-murid khas, terutamanya murid-murid bermasalah tingkah laku (contohnya autisme) dan bermasalah pembelajaran dalam mempelajari kemahiran membaca, menulis dan mengira (Abdul *ahim *a+alli, &oor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad, ,--.). $agi mengembangkan pemikiran dan minda murid khususnya murid Pendidikan Khas, satu modi ikasi berkaitan pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreati/iti dan moti/asi murid. Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan murid dengan kebolehan dan minat yang berbe+a dapat menggunakan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. 0elain itu, pendekatan ini juga perlu bagi memastikan murid-murid yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan masa depan negara yang berteraskan teknologi dan mengharungi +aman teknologi maklumat ini. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (#1K) seperti penggunaan 2!ower !oint3 dalam komputer dan 2electronic dictionary3 dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran kon/ensional yang stereotaip. 0ebagai contoh, %dyburn (4554) telah membuktikan baha"a murid-murid istime"a terutama murid autisme lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. 0elain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (6ones, #orgesen dan 0e7ton, 4589: #orgesen, 458:).

)A#A* $%)AKA&; KA6IA& Kajian ini dijalankan telah dijalankan ke atas guru dan murid autisme di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 0ekolah Kebangsaan !ashim A"ang, Kepala $atas, Pulau Pinang. Pengkaji telah memilih seramai empat orang guru Pendidikan Khas me"akili empat mata pelajaran yang di ajar, serta lima orang murid autisme bagi tahap sederhana. Isu yang hendak dikaji adalah sejauh mana keperluan dan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan (assistive technology) ke atas pengajaran dan pembelajaran murid autisme, serta kesan penggunaan teknologi bantuan kepada pencapaian murid. Kajian ini juga membincangkan sejauh mana penerimaan guru dan murid terhadap penggunaan teknologi bantuan dan teknologi maklumat (#1K) dalam program Pendidikan Khas di sekolah. Pemerhatian dilakukan semasa pengajaran di dalam kelas sedang dijalankan bagi mata pelajaran $ahasa Inggeris, $ahasa 1elayu, 0ains 0osial dan Alam 0ekitar, dan 1atematik. 0esi temubual juga turut dijalankan ke atas guru-guru yang terlibat dalam memperoleh data mengenai keberkesanan menggunakan teknologi bantuan dalam pengajaran masing-masing.

P%*&<A#AA& 1A0A)A! Kanak-kanak autisme mempunyai tumpuan belajar yang singkat, mudah jemu dan tidak berminat terhadap pembelajaran secara teori. !al ini mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar untuk berjinak dengan bahan bacaan memandangkan tumpuan belajar mereka amat singkat. Kanak-kanak autisme juga sukar menumpukan perhatian sepenuhnya pada satu-satu perkara dalam bahan bacaan yang berat dan lebih suka kepada perkara /isual. $egitu juga halnya dengan aspek lisan bagi kanak-kanak autism ini. Kanak-kanak autisme yang sukar berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat sekitar sememangnya mempunyai masalah dengan komunikasi dan interaksi lisan. #erdapat beberapa ciri yang boleh dilihat pada lisan kanak-kanak autisme dari segi onologi atau perkembangan dan proses pertuturan.

Kanak-kanak autisme mempunyai masalah berkenaan ciri-ciri suprasegmental dalam pengeluaran bunyi dari segi tekanan dan sebutan huru . Kadang-kala mereka bercakap seperti menyanyi dan /okal suara yang terlalu rendah atau terlalu tinggi. Kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah dalam aspek tulisan. Kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah autisme merupakan salah satu kelemahan pada mereka. 0ebahagian daripada kanak-kanak autisme juga mempunyai masalah disgra ia.

#(6(A& 'A& P%*0=A)A& KA6IA& 'alam merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan berkesan pada murid-murid autisme, guru-guru seharusnya dapat mengenalpasti terlebih dahulu permasalahan dan kelemahan, serta kelebihan murid autisme dalam merancang pengajaran yang berkualiti. Antara objekti kajian ini adalah bagi mengkaji keperluan penggunaan teknologi dalam pengajaran murid autisme dan sejauh mana keberkesanannya terhadap pembelajaran murid autisme. Kajian ini dijalankan adalah bagi menja"ab persoalan kajian berikut : a) 0ejauh manakah keperluan dan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan (assistive technology) ke atas pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid autisme> b) Apakah kesan daripada penggunaan teknologi bantuan ini terhadap pencapaian dalam pembelajaran bagi murid-murid autisme> c) 0ejauh manakah penerimaan guru-guru dan murid-murid terhadap penggunaan teknologi bantuan dan teknologi maklumat (#1K) dalam program Pendidikan Khas di sekolah>

#I&6A(A& )I#%*A#(* Penggunaan teknologi rendah atau tinggi digunakan untuk memberikan aedah pendidikan khas terutamanya membantu dan meningkatkan keupayaan komunikasi. #etapi kurang di ahami sejauh mana teknologi bantuan ini boleh membantu indi/idu dengan autisme. 1alah tidak diketahui berapa ramaikah indi/idu dgn autisme yang menggunakan alat teknologi bantuan. Kajian yang pernah dilakukan kebanyakan menumpukan kepada alat bantuan pertuturan output suara. (&oice 'utput (ommunication Aids - &'(As ). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (#1K) seperti penggunaan 2!ower !oint3 dalam

komputer dan 2electronic dictionary3 dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran kon/ensional yang 2stereotype3. 0ebagai contoh, %dyburn (4554) telah membuktikan baha"a pelajarpelajar istime"a lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. 0elain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (6ones, #orges"n dan 0e7ton, 4589: #orgesen, 458:).

1%#='=)=;I Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai satu tinjauan yang dilakukan dalam mengkaji keperluan dan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan (assistive technology) ke atas pengajaran dan pembelajaran murid autism, serta kesan penggunaan teknologi bantuan kepada pencapaian murid. Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah di 'aerah Kepala $atas, Pulau Pinang. 'apatan kajian akan menjadi maklumbalas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna di samping bertujuan meningkatkan mutu pencapaian murid-murid Pendidikan Khas terutamanya murid-murid autisme.

'APA#A& KA6IA& !asil daripada dapatan kajian ini menunjukkan baha"a sememangnya penggunaan teknologi bantuan ini adalah sangat perlu untuk dimasukkan ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas. 'engan langkah ini sekurang-kurangnya para guru dapat menerapkan nilai-nilai yang baik daripada teknologi kepada murid-murid berkeperluan khas terutama murid-murid autisme. Antara keperluan bagi penggunaan bahan teknologi bantuan seperti komputer di dalam kelas adalah ianya akan dapat menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan komputer yang mudah serta dapat mengoptimumkan masa guru dan murid. Ia juga dapat memberikan keselesaan kepada murid terutama bagi murid-murid autisme untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-

masing. Pembelajaran menerusi komputer ataupun gajet elektronik sememangnya sangat digemari oleh murid-murid autisme kerana terdapatnya unsur-unsur yang menarik seperti animasi, "arna yang ceria serta aplikasi yang memberikan respon serta-merta terhadap penggunaan sesuatu perisian. Ini akan meningkatkan lagi minat dan tahap penguasaan muridmurid autisme ini terhadap teknologi bantuan yang digunakan. Pengajaran berbantukan komputer adalah satu strategi atau bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran. Ia biasanya dipersembahkan dalam satu perisian yang diadakan bagi menjadikan akti/iti pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.'alam pengajaran seperti ini, murid autisme akan berinteraksi terus dengan komputer. 0eseorang murid boleh belajar secara bersendirian dalam pelajaran yang telah direka bentuk dan diprogramkan ke dalam komputer serta boleh menga"al urutan pembelajaran. ;uru hanya memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai. )atihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua ja"apan yang betul atau salah. 0eterusnya komputer akan memberikan maklum balas kepada murid. Ini akan membolehkan murid yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. 0ebagai contoh, apabila membuat latihan 1atematik, murid-murid tidak akan merasa tegang jika terdapat kesalahan dalam latihan yang mereka buat. 1ereka akan memperbaiki kesalahan itu dan akan cuba menja"abnya sekali lagi. 0imulasi pula adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristi"a. 1urid dapat berinteraksi secara akti dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang agak sukar terutamanya dalam mata pelajaran seperti 0ains 0osial dan Alam 0ekitar. 0ebagai contoh, penggunaan komputer dengan cakera padat (?') tertentu seperti cakera padat yang mengandungi kejadian alam iaitu kitar hidup binatang, proses pertumbuhan tumbuhan, dan lain-lainakan menyebabkan murid-murid autisme terutamanya berasa tertarik untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam "alaupun pada mulanya mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Permainan merupakan jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang melibatkan akti/iti berbentuk pertandingan di mana murid-murid akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. (nsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa murid-murid mempelajari sesuatu kemahiran dalam pengajaran ini. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, kematangan ber ikir, menambah pengetahuan dan juga secara tidak langsung si at kesabaran akan "ujud

dalam diri murid-murid. 0ebagai contoh, dalam permainan catur bersama dengan komputer, akan menyebabkan seseorang murid menggunakan tahap pemikiran yang lebih tinggi untuk memenangi permainan tersebut. Ini kerana komputer mempunyai banyak taktik dan akan menyebabkan murid-murid bermain dengan agresi dan kritis. Penyelesaian masalah adalah sesuatu perkara yang dianggap sangat rumit oleh murid-murid terutama murid berkeperluan khas seperti autisme. 1ereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan yang tepat dan baik. 1ereka akan ragu-ragu dan keliru dalam membuat sebarang keputusan. 0ebagai contoh, dalam mata pelajaran 1atematik, terdapat banyak soalan yang merumitkan. Apabila murid-murid menggunakan bantuan daripada komputer yang mempunyai daya tarikan animasi, pergerakan dan bunyi, mereka akan membuat latihan penyelesaian masalah tersebut dengan lebih yakin baha"a keputusan yang mereka ambil itu adalah yang paling tepat.

I1P)IKA0I $erdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, ternyata terdapat kesan penggunaan teknologi bantuan ini kepada murid-murid autisme yang tidak dapat disangkal lagi. Ini adalah kerana ternyata bahan teknologi bantuan ini banyak memberi peluang pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid ini. Ini sedikit sebanyak meningkatkan pencapaian mereka di dalam kelas dan sekaligus memberi peningkatan kepada pencapaian di dalam aspek penilaian. Antara peranan-peranan yang dimainkan oleh bahan teknologi bantuan seperti komputer, komputer riba mahu pun tablet dalam memberi kesan terbaik kepada pencapaian murid autisme adalah dalam menyediakan latihtubi kepada murid-murid autisme, menyediakan kaedah simulasi bagi sesuatu keadaan, melibatkan kaedah permainan sambil belajar, serta me"ujudkan situasi berbentuk penyelesaian masalah yang mana dapat melatih murid-murid autisme untuk ber ikir secara rasional dalam penyelesaian masalah. ;uru-guru juga didapati mempunyai sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran. 0okongan daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan, sejauh mana penerimaan teknologi komputer di kalangan guru dan murid pendidikan khas. &amun masih terdapat segelintir guru yang kurang menyedari tentang pentingnya penggunaan komputer dalam pelaksanaan tugas harian mereka, dimana mereka masih menggunakan teknik pengajaran tradisional. 0ikap kurang kebersediaan guru pendidikan khas dalam mengaplikasikan pengajaran berbantukan teknologi bantuan adalah mungkin kerana kurang pendedahan terhadap alat media elektronik dan gajet yang semakin pesat berkembang ini. 0elain itu, kajian juga mendapati murid-murid pendidikan khas kurang

menerima penggunaan komputer semasa pembelajaran di dalam kelas kerana penerimaan mereka terhadap teknologi maklumat masih baru.

P%*$I&?A&;A& Prinsip pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer berlaku apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan komputer sepenuhnya. Komputer digunakan di dalam bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional yang selama ini diamalkan oleh para pendidik. Alat elektronik ini boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang logik. #erdapat pelbagai jenis Pengajaran dan Pembelajaran $erbantukan Komputer yang mempunyai kelebihan dan kesesuaian masing-masing dalam penggunaan matapelajaran di peringkat rendah atau menengah, mahu pun di peringkat Program Pendidikan Khas. 0ecara amnya,teknologi bantuan merupakan sebarang bentuk peralatan atau bahan bantuan atau perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membantu indi/idu berkeperluan khas meningkatkan tahap ke ungsiannya. 'alam maksud kata lain, kebolehan seseorang dalam kehidupan hariannya dan keyakinan diri dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologi bantuan. Perkara ini penting bagi pelajar berkeperluan khas kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin. #eknologi bantuan adalah kontinum kepada bahan-bahan, strategi dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan, kebolehan dan tugasan pelajar. Apabila mempertimbangkan penggunaan teknologi bantuan, adalah penting bagi sesuatu kumpulan, guru atau indi/idu melihat kepada kontinum rancangan teknologi bantuan yang boleh didapati. Ini adalah penting agar bantuan dan sokongan yang sepatutnya boleh diberikan secara berterusan atau pada satu-satu jangka masa yang ditentukan setelah dirasakan penggunanya tidak memerlukan teknologi tersebut. #eknologi yang membantu pelajar berkeperluan khas dalam proses pembelajaran tidak semestinya mahal atau sukar untuk memastikan "ujudnya kelainan dalam pembelajaran. Aplikasi teknologi yang sesuai dengan keperluan pelajar seharusnya membantu meningkatkan kejayaan pelajar dalam pembelajarannya dengan berkesan. 1enurut $ryant (,--,), beliau membahagikan teknologi bantuan kepada beberapa kategori yang meliputi alat teknologi bantuan yang membantu seseorang mempunyai kedudukan atau posisi yang tertentu untuk melakukan pelbagai akti/iti@ alat yang membantu indi/idu bergerak ke tempat atau persekitaran yang pelbagai@ alat yang membantu mereka yang mempunyai masalah pertuturan dan bahasa untuk membentuk dan menggunakan kemahiran komunikasi yang dibentuk dengan berkesan@ alat dan program yang membolehkan indi/idu menggunakan komputer tanpa halangan@ alat mainan yang digunakan untuk

meneroka mengukur, dan membentuk kemahiran sosial dan kogniti @ alat yang membolehkan indi/idu berkeperluan khas menga"al persekitaran mereka ke arah kehidupan berdikari@ dan bahan, alatan atau program yang membantu pembelajaran pelajar dengan keperluan khas.

?A'A&;A& Antara program yang boleh digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran murid-murid autisme dengan berbantukan teknologi bantuan adalah program &oice 'utput (ommunication Aids )&'(A*, di mana ianya boleh diprogramkan untuk menghasilkan pertuturan terutama bagi murid-murid autisme yang tidak boleh berkomunikasi secara /erbal. Kaedah !icture "change (ommunication System )! (S* juga boleh diman aatkan dalam mengajar murid-murid autisme ini untuk berkomunikasi secara non /erbal. Kaedah ini menggunakan gambar-gambar dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau keinginan muridmurid autisme ini. Kaedah-kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid autisme, di samping dapat meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan murid-murid ini. 6usteru secara tidak langsung akan dapat memperbaiki interaksi sosial di kalangan murid-murid autisme ini dengan masyarakat sekeliling. #erdapat juga perisian (software) atau peranti yang disediakan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini. Antaranya ialah Tal+ing ,ord !rocessors, yang mana ianya merupakan salah satu sokongan membaca kepada murid semasa mereka membaca mahupun menulis kerana program ini telah dirangka sedemikian. Program ini dapat membantu membunyikan huru , membaca perkataan, ayat dan perenggan@ malah program ini turut dapat membaca perkataan yang sedang ditulis oleh pengguna (user). 1anakala -ultimedia Social Story pula merupakan satu sistem perisian yang direka khas untuk membantu indi/idu atau murid yang mempunyai masalah autisme. Perisian ini dicipta dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan indi/idu lain, di samping ianya bertujuan untuk mengajar kemahiran tertentu seperti mengambil kira pendapat orang lain, memahami peraturan, rutin dan juga apa-apa situasi. Augmentative (ommunication .evice )A(.s* pula adalah sejenis alat yang digunakan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kecacatan pertuturan dan bahasa, termasuk kecacatan kongenital seperti serebral palsi, kemerosotan intelektual dan autisme. 0imbol-simbol yang digunakan dalam A?'s ini termasuklah isyarat, gambar-gambar, huru dan perkataan@ yang boleh digunakan secara bersendirian atau secara kombinasi. 0ystem A?'s ini adalah terdiri daripada komunikasi tanpa bantuan yang tidak menggunakan sebarang peralatan dan ianya adalah termasuk bahasa badan seseorang. 1anakala pendekatan dengan bantuan pula menggunakan alat luaran yang terdiri daripada gambar-gambar dan papan komunikasi untuk menjana ucapan peranti.

;ambarajah 4 : ?ontoh alat Augmentative (ommunication .evice )A(.s*

Kanak-kanak autisme sukar menumpukan perhatian kepada bacaan yang mempunyai perenggan yang panjang dan mengandungi perkataan yang susah. 1ereka lebih cenderung untuk mudah mengha al perkataan yang singkat dan menggunakan pendekatan yang menarik. 'engan ini, guru-guru boleh menarik perhatian kanak-kanak autisme dengan menggunakan bahan teknologi bantuan (#1K) dalam pengajaran kepada murid autisme. ;uru perlu menggunakan bahan #1K dalam mendedahkan tentang bahan bacaan kepada kanak-kanak autisme. $ahan bacaan #1K yang terdiri daripada audio dan /isual yang menarik sedikit sebanyak mampu menarik minat mereka untuk mendengar sambil membaca apa yang tertera di skrin komputer atau tele/isyen. ;uru boleh menggunakan perisian (software) ringkas yang boleh dimuat turun daripada internet yang mengandungi bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak autisme. (ntuk lisan pula, terdapat banyak perkara yang boleh guru lakukan untuk memperbaiki masalah lisan murid autistik. guru perlu mengaplikasikan teknik Komunikasi Augmentati dan Alternati (AA?) dalam proses memperbaik masalah komunikasi kanak-kanak autisme. #eknik AA? yang mempunyai tiga komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi. #eknik komunikasi terbahagi kepada dua iaitu dengan bantuan dan tanpa bantuan. Aspek tulisan kanak-kanak autisme juga boleh diperbaik dengan melakukan beberapa inter/ensi. #erdapat beberapa perkara yang boleh membantu masalah tulisan kanak-kanak autisme. 1isalnya, kanak-kanak autisme perlu diajar cara menulis dengan cara yang betul dan guru boleh memulakan dengan akti/iti pra-tulisan terlebih dahulu. Akti/iti pra-tulisan ini boleh diaplikasikan pada i-$oard ataupun Smart Board, di mana murid boleh menulis di papan layar dengan hanya sentuhan jari. 'an ianya dapat menarik perhatian murid dengan pelbagai "arna tulisan yang ceria, di samping aplikasi yang mudah digunakan serta hasil akti/iti murid tadi boleh di simpan (save) dalam peranti tersebut.

;ambarajah , : Smartboard

P%&(#(P 0ecara keseluruhannya, daripada kajian yang dijalankan dapat dibuat kesimpulan baha"a teknologi yang digunakan di dalam bilik darjah secara umumnya boleh membantu meningkatkan keupayaan semua pelajar sama ada pelajar tipikal (tanpa berkeperluan khas) atau kepada pelajar dengan keperluan khas dan mengalami ketidakupayaan tertentu. Komputer, mesin kira, perakam kaset, bahan perisian, dan lain-lain lagi adalah contoh-contoh teknologi umum yang boleh didapati di dalam bilik darjah. 1elalui kajian ini juga pengkaji dapat menentukan keberkesanan modi ikasi ke atas kurikulum murid autisme dengan teknologi bantuan yang digunakan, serta dapat dilihat peranan guru adalah penting dalam men+ahirkan pelaksanaan pengajaran seumpama ini. Peranan guru pendidikan khas akan menentukan minat pelajar terhadap penggunaan komputer kerana guru banyak mencorak keperibadian pelajar, lebih-lebih lagi pelajar khas. ;uru-guru pendidikan khas juga mempunyai kesedaran tentang kepentingan penggunaan komputer dan ini menyebabkan mereka selalu mengikuti kursus komputer. Komitmen ini membolehkan penggunaan komputer dalam pengajaran berlaku dengan berkesan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. =leh itu, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan komputer, guru memainkan peranan penting dalam memupuk sikap positi pelajar supaya penerimaan mereka terhadap penggunaan komputer adalah pada tahap optimum.

*(6(KA& ?hristopher $ugaj and 0ally &orton-'arr (,-4-). The !ractical )and /un0* 1uide to Assistive Technology in !ublic Schools. International 0ociety or #echnology in %ducation. 6oan ;reen (,-44). The 2ltimate 1uide to Assistive Technology in Special ducation: $esources for ducation, #ntervention, and $ehabilitation. Pru rock Press, Aaco #e7as. )ee )ay Aah (,--9). .evelopment of -ultimedia 3earning $esources for (hildren with 3earning .isabilities in An 2ndergraduate Special ducation Technology (ourse. 1%'? Bolume 4, 'ecember ,--9. 1ohd Curi ;hani and A+nan ?he Ahmad (,-44). %aedah dan Strategi !enga4aran %ana++ana+ Ber+eperluan %has. 1P! 'istributors 0dn. $hd. Paul ;. )aca/a et.al (,--9). 2sing Assisstive Technology to Teach motion $ecognition to Students ,ith Asperger Syndrome: A !ilot Study. *emedial and 0pecial %ducation, Bolume ,8, &umber D, 1ayE6une ,--9, page 49F-484. *obert 0tromer et.al (,--:). Activity Schedules, (omputer Technology, and Teaching (hildren with Autism Spectrum .isorders. Gocus =n Autism and =ther 'e/elopmental 'isabilities, Bolume ,4, &umber 4, 0pring ,--:, page 4F-,F. #racey ;ray and !eidi 0il/er-Pacuilla (%ds) (,-44). Brea+through Teaching and 3earning: 5ow ducational and Assistive Technologies are .riving #nnovation. 0pringer, &<.

Você também pode gostar