Você está na página 1de 2

Hukum belajar dan amal ilmu pengasih

Search

Menu MENU

Hukum belajar dan amal ilmu pengasih


DEC 13, 2013 | ABU HUSAYN

Soalan: Bolehkah kita belajar ilmu pengasih atau ilmu pembenci. Atau bolehkah membeli minyak/ubat pengasih yang dijual oleh orang-orang tertentu dan digunakan kepada pasangan kita suami atau isteri? Bagaimana pula jika digunakan untuk memikat lelaki atau wanita yang kita sukai? Bagaimanakah syariat Islam berkaitan dengan ilmu pengasih dan pembenci ini? Jawapan: Ilmu pengasih atau ilmu penunduk merupakan salah satu cabang ilmu dan pengetahuan. Walaupun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Boleh dikategorikan ilmu tersebut dalam kelompok ilmu sihir yang mana bertentangan dengan ajaran Islam. Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah Taala, melakukan sesuatu yang baik seperti untuk memperbaiki diri,
meningkatkan amal ibadat kepada-Nya, membaiki penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Cara ini memang dibenarkan di sisi syarak kerana kena pada konsep yang dikehendaki Islam, iaitu usaha atas jati diri (ikhtiar) atau
usaha gentleman untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi. Tetapi
mengikhtiarkan sesuatu ilmu yang diketahui sebagai ilmu pengasih yang menggunakan kaedah yang salah adalah haram, sepertimana yang telah disebut dalam hadith: Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya
jampi mentera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik. (Hadith riwayat Ahmad dan Daud) Ibnu Masud ketika menghuraikan maksud perkataan at tiwalah mengatakan: Ada
sesetengah golongan sama ada perempuan atau lelaki, menggunakan sejenis
tangkal, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat hati atau menyebabkan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir. Ertinya: Ibnu Masud ra menganggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian (kaedah yang
bertentangan dengan Islam) iaitu melalui cara at-tiwalah adalah sebagai perbuatan syirik. Kita sudah maklum syirik merupakan dosa yang paling besar. Tambah Ibnu Masud menyebut yang bermaksud hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang di bawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam at-tiwalah. Oleh itu ilmu pengasih
yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan yang mengandungi
bahan sihir yang kotor amat ditegah di dalam Islam untuk mengamalkannya. Demikian juga orang yang menggunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan seseorang yang lain, apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah Taala, iaitu pasangan suami isteri yang rumahtangga mereka rukun damai, baik dengan cara
nyata, mahupun cara halus dianggap berdosa besar dan hukumnya adalah HARAM. Dalam Tafsir al-Qurthubi, penulisnya Imam Qurthubi telah menyatakan tafsiran petikan ayat ini menyebut: Tidak
boleh dinafikan bahawa sihir (ilmu syirik) memberi kesan pada hati-hati
manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian melampau sehingga mereka suami isteri, kebencian itu boleh menyebabkan perceraian

http://bm.harakahdaily.net/index.php/tanya/24227-hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih[12/14/2013 2:45:51 PM]

Hukum belajar dan amal ilmu pengasih

Demikian juga perbuatan meminta bantuan makhluk halus (sihir) ini boleh membolak-balikkan hati manusia,
risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan dan sebagainya adalah haram. Namun di sana wujud garis panduan yang telah diajar oleh Islam bagaimana kaedah yang betul untuk mewujudkan suasana yang baik dan kasih sayang kerana di
dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang mana boleh menyebabkan seseorang jatuh cinta dengan cara terhormat lagi bersih terutama untuk
mentautkan kembali kasih sayang antara suami isteri, anak-anak dan sebagainya. Mengapa kita mencari salah yang kelak membinasakan diri, sedang jalan sunnah lagi baik telah dipratikkan oleh golongan salafussoleh yang telah dijamin halal di sisi Islam.

Copyright 2013 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Chrome|sitemap.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/tanya/24227-hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih[12/14/2013 2:45:51 PM]

Você também pode gostar