Você está na página 1de 1

Apakah itu MQA?

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679). MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan perlembagaan pengajian tinggi negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcome)? Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pengetahuan ilmu bidang; Kemahiran praktikal; Kemahiran dan tanggungjawab sosial; Nilai, sikap dan profesionalisme; Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik; Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan Kemahiran mengurus dan keusahawanan.

Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT? Selain berpandukan kepada MQF, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi. Kod-kod amalan ini menetapkan sembilan aspek utama yang dijamin oleh MQA iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Visi, misi dan hasil pembelajaran Rekabentuk program dan penyampaian Kepilihan dan sistem sokongan pelajar Penilaian pelajar Staf akademik Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran Penilaian program Kepimpinan, governan dan pentadbiran Penambahbaikan kualiti berterusan

Você também pode gostar