Você está na página 1de 9

Apa Itu Stress?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai distress. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?


Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama adrenaline kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara

perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi distress yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?


Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian : Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh. Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran. Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress


Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-

perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease) Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiots Guide To Managing Stress) Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998) Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress) Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan catecholamines seperti epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine) Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang

akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health) Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Stres kerja guru (teacher stress) adalah perkara yang menarik untuk diperkatakan kerana ia menghala ke arah masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978), stres kerja guru (teacher stress) ini boleh digambarkan sebagai sesuatu yang subjektif iaitu keadaan wujudnya reaksi negatif terhadap aspek pekerjaan yang akan mengganggu rasa kendiri dan kesejahteraan seseorang guru. Kajian mereka terhadap guru-guru sekolah di New Zealand mendapati bahawa guru-guru mengalami beban kerja yang berlebihan, peranan yang lebih daripada sepatutnya dan juga diberi tanggung jawab tambahan yang berlebihan. Keadaan ini memberi implikasi kepada guru iaitu: a) tahap kepuasan kerja b) ketidakhadiran (absenteeism) c) kecenderungan untuk meninggalkan profesion

Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengkaji stres yang dihadapi oleh para pendidik. Antaranya adalah kajian oleh Otto (1986) yang mengkaji aspek tekanan kerja dan implikasinya kepada ekonomi, pendidikan dan peribadi dalam kalangan guru-guru di Australia. Dalam kajian ini beliau mendapati bahawa guru-guru tersebut menghadapi stres dan menyebabkan mereka cenderung untuk berhenti kerja awal dan juga sering mengambil cuti sakit. Keadaan ketegangan ini juga telah menyebabkan keadaan kesihatan umum mereka dan keadaan kesejahteraan mereka agak terganggu Blix, Cruise, Mitchell dan Blix (1994) yang telah membuat kajian terhadap 400 orang pensyarah universiti berhubung dengan masalah stres di Litt dan Turk (1985) yang mengkaji punca (stressor) yang menyebabkan keadaan ketegangan dalam kalangan guru-guru sekolah tinggi. Dapatan mereka menunjukkan bahawa terlalu banyak kerja yang melibatkan penulisan menyebabkan keadaan stres itu berlaku. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Flechter dan Payne (1982) mendapati keadaan yang sebaliknya. Kajian mereka untuk menentukan tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah telah mendapati bahawa ramai guru yang tidak berasa beban kerja kerja berlebihan dan menyatakan bahawa mereka sanggup mengambil dan menambah tanggungjawab yang lain Beban kerja, situasi yang tidak kondusif serta kekurangan masa dalam konteks memberi kuliah seperti perlu untuk menghabiskan sukatan pelajaran merupakan antara faktor mengapa pendidik-pendidik termasuk pensyarah banyak mengalami keadaan stres yang mempengaruhi kesihatan mereka. Trendall (1989) menyatakan bahawa profesion perguruan merupakan satu profesion yang memberi banyak stres (stressful) dan juga sangat stres (very

stressful). B Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah dalam pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran. Ia amat penting kepada :

1.7.1 Guru-guru

Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang cara menangani stres dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi khususnya mengenai aspek personaliti.

1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah

Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan dalam merancang aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

1.7.3 Pihak Jabatan Pelajaran

Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh

merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan profesion perguruan

Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. 23 Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya

1.Ketahui Penyebab Stress Belajarlah untuk berkata tidak dalam kehidupan Jangan Kedepankan Emosi Butuh Waktu Untuk Diri Sendiri Bergaul dengan orang-orang positif Mendengarkan Musik Cukup tidur Tertawa Bicara dengan teman

Pertama-tama, cobalah untuk mencari tahu apa yang paling membuat anda merasa tertekan. Kadang-kadang sumber-sumber luar seperti lingkungan kerja, beban pikiran terlalu banyak atau masalah pasangan dan keluarga yang jadi sebab utama atau jangan-jangan sumbernya pikiran Anda sendiri, kekhawatiran, emosi tidak stabil bisa memicu kondiisi stres

2.Belajarlah untuk berkata tidak dalam kehidupan Sangat sulit rasanya untuk mengatakan 'tidak' dalam kehidupan pribadi atau profesional karena Anda berpikir bahwa dengan menolak, orang lain pasti akan merasa jengkel. Bersikap tegas ,Fokus pada tujuan Anda sendiri dan berani mengatakan tidak kepada mereka justru memberikan Anda ketenangan, ini tentu mencegah Anda terbawa pikiran stres daripada terpaksa berkata Iya sementara anda tak mampu menuanikannya, ujung-ujungya dapat menyebabkan stres. 3.Jangan Kedepankan Emosi Bila perilaku seseorang yang mengganggu membuat Anda stres. Berbicara sopan dengannya dan ceritakan tentang hal itu. Kuasailah pikiran dan emosi, jangan sampai amarah membuat keadaan menjadi tanbah rumit. 4.Butuh Waktu Untuk Diri Sendiri Cobalah untuk bersantai . Menghabiskan beberapa waktu dengan keluarga Anda, membaca buku atau menonton film favorit, bermain olahraga favorit tiap sore atau menikmati keindahan alam bersama teman , akan benar-benar menenangkan pikiran Anda dan melepaskan semua ketegangan dan pikiran stres. 5.Bergaul dengan orang-orang positif Menghabiskan beberapa waktu dengan orang-orang positif, setidaknya memperkuat mental anda untuk bertahan menghadapi stres. sangat dianjurkan bagi anda bertukar pikiran dan membagi keluh kesah pada orang yang selalu bersikap positif. 6.Mendengarkan Musik Musik bekerja seperti sihir untuk menenangkan pikiran Anda dan memberikan efek rileks dari semua ketegangan dan stres. Jadi mendengarkan musik favorit Anda atau memainkan gitar atau piano

ketika Anda merasa stres sangatlah baik untuk dicoba. 7.Cukup tidur Tidur selama minimal 6 sampai 8 jam setiap hari karena meremajakan tubuh kita dan membuatnya siap untuk hari berikutnya. Jika kita tidak mendapatkan cukup tidur, tubuh kita tetap lelah, tidak memiliki energi yang cukup untuk berkonsentrasi dan bekerja dengan baik yang selanjutnya mengarah ke stres. 8.Tertawa Dikatakan bahwa tertawa adalah obat yang baik. Jika Anda memiliki rasa humor yang baik, Anda kurang rentan terhadap stres, depresi dan kecemasan. Jika Anda menghadapi beberapa fase sulit dalam hidup, jangan kehilangan senyum di wajah Anda dan hadapilah sebagai seorang pejuang yang tidak pernah mengutuk takdir. 9.Bicara dengan teman Saat ini tampaknya mengirim pesan singkat atau menggunakan aplikasi chatting adalah hal yang biasa dilakukan untuk ngobrol. Tapi cobalah untuk menelepon teman Anda. Berbicara dengan orang yang Anda sayangi bisa membantu tubuh memberikan respon positif. 10.Lakukan yoga Ketika Anda merasa lelah dengan semua masalah di kantor maupun di rumah, luangkan waktu barang lima menit saja untuk melakukan pose 'membuka hati'. Terdapat beberapa pose yoga yang berfokus pada bagian pundak dan dada untuk melepaskan beban fisik dan mental. Postur ini bisa membantu melepaskan tekanan emosional serta menghilangkan efek negatif karena duduk terlalu lama. 11.Cari hal yang positif di sekitar kita. Jangan terpaku pada kelemahan kita. Kumpulkanlah hal - hal yang positif dari diri kita dan berbahagialah dengan kelebihan kita tersebut.

Você também pode gostar