Você está na página 1de 35

Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib Tarikh lahir :10 tahun sebelum Nabi menjadi

i rasul 601 masihi Tempat dilahirkan : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin Tarikh Menjadi Khalifah: Tahun 35 Hijrah 655 M Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa

Tempoh Pemerintahan : 4 tahun Wafat : pada umur 63 tahun. Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah Gelaran : Karramahu wajhah, Abu Turab, Haidarah(singa), abu Hassan Keturunan Bani Hasyim

Menurut As-Syabi dalam Mahmud Syakir(2004) mengatakan bahawa Aku pernah melihat Ali. Dia berjambang lebat dan berkepala separuh botak. Menurut Mahmud Syakir(2004) mengatakan bahawa dia mempunyai mata yang besar dan bulat, berperut buncit dan kepalanya separuh botak.

Yunus bin Abu Ishaq telah meriwayatkan bahawa :


Aku pernah melihat Ali. (Pada suatu hari) bapaku telah berkata : Bangkitlah wahai Amru dan lihatlah Amirul Mukminin. Aku pun bangun dan memandangnya. Apa yang aku lihat beliau adalah seorang lelaki yang memiliki janggut dan jambang yang lebat.

Menurut Alexander,2001
Tubuhnya agak rendah dan gemuk

(berisi). Kedua bahunya lebar. Tangannya berurat. Dadanya lebar dengan perut yang agak besar. Jari-jemarinya halus tetapi kuat.

Matanya lebar, bundar, hitam dan sayu. Raut wajahnya menarik dan selalu tersenyum. Berkulit sawo matang. Kepalanya culah. Ketika berjalan banyak condong ke depan. Pergerakannya lincah dan tangkas.

SEMASA KELAHIRANNYA
Setelah cukup masanya, Fatimah pergi berdoa di hadapan Kaabah. Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah. Kelahiran dalam Kaabah itu adalah yang pertama dan terakhir dalam sejarah umat. Fatimah menamakan bayi lelaki itu Haidarah, yang bermaksud singa. Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu Rasulullah berusia tiga puluh tahun.

Gelaran ini diberi oleh Rasulullah SAW bermakna Bapak Pasir/ Debu/ Tanah. Gelaran ini diperolehi kerana Rasulullah tersua Saidina Ali yang sedang berbaring di atas tanah di Masjid Nabawi lalu terus dipanggil baginda, Ya Abu Turab. Kemudian Rasulullah menyapu tanah yang melekat di punggung Saidina Ali.

Dalam peristiwa lain, Saidina Ali pernah tidur di bawah sebatang pokok kerana letih berperang. Dia baring di atas tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rasulullah kejutkannya dengan memanggil nama tersebut.

Ketika Marah
Saidina Ali jika merasa marah dengan isterinya (Fatimah- anak Rasulullah), dia diam sahaja lalu membawa hati dengan pergi ke masjid dan berbaring di atas tanah. Sekiranya Rasulullah melihat keadaan ini, tahulah baginda yang Saidina Ali ada krisis dengan isterinya yang memerlukan bantuan baginda.

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW Adalah sepupu dan menantu Rasulullah Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda Banyak mewarisi keperibadian dan akhlak Rasulullah Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah

Memeluk Islam ketika berumur 8/10 tahun Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala Tidak pernah dikotori keburukan jahiliah Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga

Seorang yang berpandangan jauh dan berfikiran dalam. Ini memudahkan beliau berinteraksi dalam mesyuarat dan menyelesaikan masalah yang rumit. Berfikiran luas dan cerdas dalam menghadapi sesuatu keadaan. Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman Sehingga digelar gedung ilmu

Setiap tutur kata dan perwatakannya menggambarkan masih banyak lagi kehebatan, kepintaran dan kebijaksanaannya yang terpendam. Amat rapat dengan fakir miskin dan sangat menghormati, dan membantu dalam apa jua kesulitan dan kesusahan. Cekap mengemukakan pendapat terhadap kes-kes tertentu Seorang ulama terkemuka ; segala masalah dan hukum hakam yang dirujuk kepadanya.

Pewaris ialah seorang khunsa maka dia akan mewarisi sesuatu harta bergantung pada saluran pembuangan air kecilnya. Sayyidina Ali telah berkata : Orang khunsa diberikan warisan mengikut saluran kecilnya. Tetapi sekiranya dia membuang air kecil melalui kedua-dua saluran maka dia hendaklah diberikan setengah lelaki dan setengah warisan perempuan

Umum : seorang suami mempunyai tiga talak atas isterinya yang bebas merdeka(bukan hamba) tidak kira sama ada suami itu orang merdeka atau hamba. Tetapi bagi isterinya taraf hamba maka talak ke atasnya cumalah dua talak sahaja Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Talak hamba perempuan adalah dua talak dan edahnya pula adalah dua kali haid.

Dua lelaki datang bertemu Umar AlKhattab. Umar tidak terus menjawab tetapi segera bangkit berjalan menuju ke masjid dan berhenti bersebelahan dengan lelaki yang kepalanya separuh botak. Umar bertanya pada lelaki itu: Wahai tuan, berapakah talak seorang hamba perempuan? Lelaki tersebut mendongakkan kepala memandang Umar lalu mengisyaratkan dengan dua jarinya. Umar pun berkata pada dua orang lelaki tadi: Dua talak.

Salah soerang daripada dua lelaki itu bersuara : subhanallah! Kami datang bertanya pada tuan, tetapi tuan pula telah berjalan bersama kami lalu berhenti pada lelaki itu. Dan tuan pun menerima bulat-bulat apa yang diisyaratkannya. Umar berkata: Tahukah kamu siapa lelaki ini? Jawab mereka: Tidak. Kata Umar: inilah Ali bin Abu Talib. Aku sendiri akan menjadi saksi bahawa aku pernah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud Kalaulah tujuh petala langit dan iman Ali ditimbang di atas neraca nescaya timbangan Alilah yang lebih berat.

Dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman. Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah. Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam. Menubuhkan pasukan polis diberi nama Assyurtah Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya

Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). Mengembangkan ilmu Islam. Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketigatiga khalifah Ar-Rasyidin. Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huruhara Menjadi hakim di Yaman. Penulis wahyu. berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa beliau pernah berkata : Laksanakanlah (perpaduan) seperti yang telah kamu lakukan. Sesungguhnya aku amat benci pada perselisihan. (Aku tidak akan masuk campur) sehinggalah semua orang bersatu padu atau aku mati seperti sahabat-sahabat yang mati (syahid).

Ata Abu Muhammad pernah berkata : Aku pernah melihat Ali memakai sehelai baju yang buruk dan usang(seolah-olah tidak dibasuh). Diriwayatkan daripada Al-Hurru bin Jurmuz bahawa bapanya pernah berkata : Aku telah Ali semasa beliau keluar dari istana khalifah. Beliau memakai sehelai jubah yang amat usang sambil memegang tongkat. Beliau terus berjalan ke pasar lalu menyuruh orang ramai supaya bertakwa pada Allah dan

Yazid bin al-Harith bin Bilal al-Fazari meriwayatkan : Aku pernah melihat Ali memakai kopiah Mesir yang bewarna putih. Abu Isyaq as-Syaibani menjelaskan : Aku telah terbaca perkataan Muhammad Rasullullah yang tertulis pada cincin Ali sewaktu beliau mengadakan perjanjian damai dengan tentera Syam

Penuh dengan kekurangan & bersederhana.


Ata meriwayatkan bahawa Ali pernah berkata : Kami pernah ketiadaan makanan selama beberapa hari. Begitu juga dengan Nabi s.a.w Aku pun keluar dari rumah lalu terjumpa wang satu dinar di tengah jalan. Aku termenung beberapa ketika memikirkan samaada mahu mengambil atau membiarkannya. Akhirnya aku membuat

Aku segera menemui penjual gandum dan membeli seuncang gandum darinya. Kemudian aku terus pulang ke rumah lalu menyerahkan uncang itu pada isteriku, Fatimah. Aku berkata padanya : Kisarlah tepung dan bakarlah roti. Dia menurut kata. Selepas berkata semikian aku pun menemui Rasullullah dan menceritakan padanya hal itu. Baginda berkata : Makanlah, kerana sesungguhnya Allah

Kekuatan dan keperkasaan yang tidak terhingga. Hanya dapat disaksikan semasa beliau bertempur. Mempunyai semangat juang yang sangat tinggi sehingga pihak lawan terpaksa memperakuinya. Semua medan pertempuran beliau sertai antaranya Badar, uhud, Khandak, Khaibar dan lain-lain lagi melainkan perang Tabuk.

Ketika itu, Nabi Muhammad mengarahkan beliau untuk menjaga keselamatan keluarga baginda dan keluarga beliau sendiri. Menggunakan pedangnya bernama Zulfakar (terdapat ulama mengatakan ianya RAJA SEGALA BESI) Terkenal dengan kepahlawanannya semasa berjuang dengan Rasullullah s.a.w Selalu menjadi pembawa bendera dalam banyak peperangan. Kehadirannya banyak membuahkan kemenangan dengan izin Allah.

Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang Semasa peperangan Khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid. Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.

Beliau adalah seorang yang amat zuhud Anak beliau, Hassan Pernah menceritakan : Demi Allah, dia tidak pernah menyimpan wang emas atau perak. Dia cuma ada tujuh atau lapan dirham sahaja dan itu pun telah diberikan kepada seorang hamba perempuan.

Seorang yang sangat merendah diri. Beliau tidak suka membeli sesuatu barang daripada peniaga yang kenal rapat denggannya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Sayyidina Ali telah pergi ke pasar untuk menjual pedangnya. Beliau berkata : Kalaulah aku memiliki empat dirham sahaja nescaya aku tidak akan menjualnya. Hasan bin Soleh pernah bercerita : Ramai orang sedang berbincang tentang orangorang yang zuhud di hadapan Umar Abdul Aziz. Umar berkata: Manusia yang paling zuhud di dunia ini ialah Ali bin Abu Talib.

As-Syabi meriwayatkan bahawa Ali r.a pernah berkata : Aku telah mengahwini Fatimah binti Muhammad. Aku tidak punya suatu apa pun melainkan sebuah tilam daripada bulu kambing sebagai tilam untuk kami tidur di malam hari dan sebagai tikar pada siang hari. Aku tiada pembantu selain isteriku.

http://indahnyapendidikanislam.blogspot.com/ 2011/12/saidina-ali-bin-abu-talib-pemudayang.html diakses pada 30hb 6 2013 ditulis oleh Mohd Amin bin Hassan pada Monday 12 Dec 2011 http://abuzulfiqar.tripod.com/id36.html di akses pada 28hb 6 2013 pukul 10.08 pagi. Di tulis oleh Alexanderwathern 2001 Mahmud Syakir (2004) Biografi Gemilang : Ali bin Abu Talib(Abu Turab). : Penerbit : Jasmine enterprise

Você também pode gostar