Você está na página 1de 29

Tujuan Pendidikan Aqidah

(dan siapakah yang lebih sesat daripada mereka yang mengikuti kehendak hawa nafsu tanpa petunjuk daripada Allah) (al-Qasas , 50)
4.Untuk membentuk jiwa agar dapat menjauhi diri daripada segala kemaksiatan dan kemungkaran kerana takutkan kepada Allah SWT dan menurut sunah baginda Rasulullah saw.

5.Untuk membina istiqamah dan pendirian yang teguh terhadap segala perintah Allah dengan penuh yakin dan sabar.

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebuah pasukan bolasepak perlu mengatur strategi permainan untuk memenangi perlawanan bolasepak.

Sebagai contoh, untuk mengajar tajuk Aqidah, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan bagaimana kekuasaan dan keagongan Allah kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif?

Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah merupakan strategi mengajar.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbezabeza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu.

Contohnya, dalam bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cerdas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.

Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana

mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku.

Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengajaran.Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


STRATEGI PENDEKATAN
KAEDAH

TEKNIK

PENDEKATAN
Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori

KAEDAH
Siri tindakan guru yang sitematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang telah dipilih Mendokong pendekatan dipilih

TEKNIK

STRATEGI

Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yg dilaksanakan Pengendalian yg benar benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dlm langkah pengajaran Perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

HENDAKLAH BERSIFAT: (a) fleksibel/(mudah diubahsuai) (b) Konsisten (c) Menarik (d) Bersertakan bahan (alat) (e) Status kefahaman murid (f) Ukuran kecekapan guru

(f)
(g) (h) (i) (j)

Mengandungi domain-domain kognitif, elektif dan psikomotor Ada unsur nilai/etika yang ditetapkan Memulakan daripada bimbingan dan berakhir dengan inisiatif kendiri murid Menarik, berkesan dan bermakna Sesuai dengan kebolehan, minat dan keupayaan murid

(k)
i. ii. (m) (n)

Terdapat penggabungjalinan antara: Berkaitan komponen dalam satu bidang Merentas kurikulum dalam bidang yang berlainan Sentiasa menjamin kualiti penilaian dan pengukuran Pemulihan dan pengayaan

Aplikasi yang digunakan: 1.Kuliah/penerangan (al ilqaiyyah) 2.Soal jawab (al hiwar) 3.Sumbang saran 4.Perbincangan

Pelajaran Bidang Tajuk Kemahiran Kaedah

: Pendidikan Islam : Aqidah : Beriman kepada malaikat : Menyenaraikan sifat-sifat malaikat : Kuliah/penerangan, soal jawab, perbincangan, perbandingan Penyerapan Ilmu: Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Aqidah

Hasil Pembelajaran: Aras 1 : Menyatakan sifat-sifat malaikat Aras 2 : Menyenaraikan sifat-sifat malaikat Aras 3 : Menyatakan perbezaan sifat-sifat malaikat dengan manusia

PENERAPAN NILAI : Mengagumi kekuasaan Allah BAHAN BANTU MENGAJAR 1.Papan Tulis 2.Kad Manila 3.OHP 4.Komputer / LCD

MASA: 11.15 12.15

KAEDAH PENYAMPAIAN
Kaedah Kuliah/ Penerangan
1.Guru memaparkan sifat-sifat malaikat pada papan tulis 2.Guru membaca satu persatu sifat-sifat malaikat sambil pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya 3.Pelajar membaca secara kelas tentang sifat-sifat malaikatseperti yang terdapat pada papan tulis 4.Guru menerangkan sifat malaikat satu persatu. Pelajar memberikan perhatian dengan bantuan OHP 5. 4.Guru menerangkan sifat malaikat satu persatu dengan bantuan OHP 6.Murid diminta secara individu, kumpulan dan kelas menyatakan sifat-sifat malaikat 7.Guru merumuskan sifat-sifat malaikat

1.Menyenaraikan sifat-sifat malaikat 2.Guru meminta murid secara individu menyenaraikan sifatsifat malaikat 3.Guru meminta murid secara kumpulan menyenaraikan sifatsifat malaikat 4.Guru meminta murid secara kelas menyenaraikan sifat-sifat malaikat 5.Murid secara sukarela menyenaraikan sifat-sifat malaikat 6.Guru memberikan komen/pembetulan terhadap pandangan, pendapat pelajar mengenai sifat-sifat malaikat 7.Guru menyenaraikan sifat-sifat malaikat secara satu persatu dengan menggunakan komputer/ LCD. Pelajar memberi tumpuan yang baik

8.Guru meminta tiga orang murid menyenaraikan sifat-sifat malaikat 9.Pelajar bersama guru membaca senarai sifat malaikat seperti tulisan yang dipaparkan yang dipaparkan melalui OHP 10.Guru membuat rumusan terhadap sifat-sifat malaikat sambil pelajar memberikan perhatian sepenuhnya 11.Guru memastikan pelajar dapat menyenaraikan sifat-sifat malaikat

1.Guru dan murid membincangkan sifat-sifat malaikat bersama-sama dengan pelajar secara kumpulan dan kelas 2.Guru membincangkan maksud bagi setiap satu dari sifat-sifat malaikat bersama pelajar 3.Pelajar menyatakan jawapan mereka dan menyenaraikan sifat-sifat malaikat secara lisan dan tulisan 4.Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil bagi menyatakan dan menyenaraikan sifat-sifat malaikat. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan 5.Pelajar membuat perkaitan sifat-sifat malaikat dengan aspek aqidah 6.Guru membuat rumusan sifat-sifat malaikat

1.Perbezaan sifat-sifat malaikat dengan manusia 2.Guru meminta secara individu dan kelas mengemukakan perbandingan antara sifat malaikat dengan sifat manusia 3.Guru meminta murid-murid menyatakan perbezaan antara sifat malaikat dengan sifat manusia 4.Melalui bantuan LCD, guru menyenaraikan secara perbandingan antara sifat malaikat dengan sifat manusia 5.Guru meminta pelajar membuat rumusan secara perbandingan antara sifat malaikat dengan sifat manusia 6.Guru menyenaraikan dengan menggunakan OHP secara banding beza antar sifat malaikat dengan sifat manusia 7.Guru memastikan pelajar-pelajar dapat menyatakan perbezaan sifat-sifat malaikat dengan manusia

Você também pode gostar