Você está na página 1de 5

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat
yang sensitif... . itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk
mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun
jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak
harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk
penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si
anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah
suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah
malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita
tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada
mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang
ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".
inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada
kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi
jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik
ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta
maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu,
ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu
ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada
yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey
untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis
jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis
berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri


Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri
Mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang


baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan


anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang


(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu


melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka
buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat
silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan


keluarga,pilihlah keluarga.(Seorang penulis menyatakan anak-anak
terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah


tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan


diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut


harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
(Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali


pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah


tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka
tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam
masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman


selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang


sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-


anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi


kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah
mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis
apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Você também pode gostar