Você está na página 1de 5

FADHILATNYA IALAH MELINDUNGI, MENGELAKKAN ATAU MEMULIHKAN DARIPADA

SIHIR, GANGGUAN SYAITAN, KECURIAN, BAHAYA DAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK


SEPERTI KUSTA, GILA, SOPAK, STROKE, KANSER DSB SERTA
MEMPERMUDAHKAN URUSAN PERNIAGAAN
DAN MENDAPATKAN REZEKI YANG BESAR

1)

Surah Fatihah

2)

Al-Baqarah ayat 1 hingga 5

3)

Al-Baqarah (163-164)

4)

Al-Baqarah (255-257)

5)

Al-Baqarah (284-286)

6)

Al-A'raf (54-56)






7)

Al-Israk (110-111)

8)

As-Saffat (1-11)

9) Ar-Rahman (33-35)

10)

Al-Hasyr (21-24

11)

Al-Jinn (1-4)

Untuk pengubatan, sila baca ayat Surah As-Syua'ara (80)



apa itu ayat 33?
Menurut Almarhum Sahibus Samahah Sheikh Ahmad Bin Sheikh Haji Mohd Sa'id (Mantan Mufti Besar Pertama
Negeri Sembilan) dalam Kitab Tuhfatul Auton Wal Ikhwan, ayat 33 adalah himpunan ayat-ayat Al-Quran seperti
berikut:

01. Al-Fatihah (1-7), 02. Al-Baqarah (1-5), 03. Al-Baqarah (163-164), 04. Al-Baqarah (255-257), 05. Al-Baqarah
(284-286), 06. Al-A'raf (54-56), 07. Al-Israk (110-111), 08. As-Saffat (1-11), 09. Ar-Rahman (33-35), 10. Al-Hasyr
(21-24), 11. Al-Jinn (1-4)
Antara fadhilatnya ialah melindungi, mengelakkan atau memulihkan daripada sihir, gangguan syaitan,
kecurian, bahaya dan penyakit-penyakit kronik seperti kusta, gila, sopak, stroke, kanser dsb.
Ia juga bergua untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki yang besar.
Kaedahnya, dibaca sekurang2nya dua kali sehari - sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah petang/malam.
Diperbanyakkan sekiranya masalah atau sakit itu berat.
Niatkan membacanya kerana Allah sama ada untuk pengubatan penyakit atau penyelesasian masalah yang
sedang anda hadapi atau untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki yang besar.
Untuk pengubatan, sila baca ayat surah As-Syua'ara (80) selepasnya seperti dinyatakan terdahulu.
Adapun hasilnya, selain keikhlasan, kesungguhan dan istiqomah dalam amalan membacanya, terpulanglah dan
terserahlah kepada Allah SWT menentukan.
Kepada sentiasa berasa berat untuk beribadat dan beramal, amalkan memperbanyakkan istighfar dan
membaca doa zikir yang diajarkan Nabi Muhammad SAW ini setiap selepas solat:

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepadaMu.
Amin.
Allahu wa Rasuluhu a'lam.
Akhukum fil Islam,
Al-Faqir Abu Fahim Wa 'Aliya

Você também pode gostar