Você está na página 1de 4

ASSIGNMENT KURIKULUM MATEMATIK DAN SAINS.

SPN 1012.
MOHD IZAR SHAZERY BIN SAHBUDIN.
SX081132PTJ04
TAJUK : RUMUSAN KURIKULUM MATEMATIK

1.

Jurnal Penyelidikan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan


pelakasanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.Ini
bermakna bahasa pengantar bagi matapelajaran tersebut ditukar dari Bahasa Melayu
kepada Bahasa Inggeris.Rasional di sebalik reformasi tersebut sebenarnya adalah
berkaitan dengan perubahan zaman dan keperluan semasa yang mana maklumat terkini
yang berkaitan dengan Matematik adalah dalam Bahasa Inggeris.
Justeru itu, guru pelatih di institusi pendidikan diterapkan dengan ilmu tersebut
kerana mereka yang akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat
Kementerian Pelajaran ini.
Berdasarkan Jurnal Penyelidikan-Pengajaran Sains dan Matematik yang
dijalankan ke atas guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), dapat
dirumuskan di sini bahawa secara keseluruhannya sikap guru pelatih terhadap pengajaran
Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah positif.Namun, sikap guru pelatih terhadap
konsep kendiri terhadap sifat Matematik adalah pada tahap negatif.
Jika dibandingkan sikap guru pelatih terhadap pengajaran Matematik dalam
Bahasa Inggeris berdasarkan pengkhususan, maka didapati bahawa guru pelatih
pengkhususan Matematik (major) bersikap lebih positif berbanding denagn guru pelatih
yang mengambil Matematik sebagai matapelajaran elektif (minor). Ini mungkin
disebabkan Matematik merupakan matapelajaran elektif bagi kumpulan yang yang bukan
pengkhususan Matematik.Ini telah menjadi faktor yang menyebabkan mereka bersikap

kurang positif berbanding dengan guru pelatih pengkhususan Matematik.Justeru, mata


pelajaran Matematik dianggap sebagai matapelajaran sampingan sahaja dan tidak perlu
diambil perhatian utama. Mereka lebih menumpukan matapelajaran utama mengikut
pengkhususan masing-masing.
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah, guru pelatih sebenarnya dapat
menyahut cabaran Kementerian Pelajaran iaitu mengajar matapelajaran Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Namun perlu difikirkan dari aspek penerimaan murid-murid sekolah
kerana mereka terpaksa menguasai dua matapelajaran dalam satu masa iaitu Bahasa
Inggeris dan Matematik. Faktor inilah yang menjadi isu hangat yang diperkatakan kerana
kebanyakan murid tidak dapat menguasai Bahasa Ingeris sepenuhnya.

2.

Kertas kerja Kurikulum Baru Sains dan Matematik Sekolah Rendah Tahun
2003.

Penyemakan semula Kurikulum Sains dan Matematik Sekolah Rendah yang


dibuat pada tahun 2003 adalah satu perkara yang baik. Ini kerana ia selaras dengan
perubahan

pendidikan

semasa.Pendidikan

sekolah

rendah

bercorak

pendidikan

asas.Murid-murid diajar perkara yang asas dan mudah supaya mereka dapat menguasai
dan memahaminya dengan baik .

Jadi, kandungan Matematik di peringkat sekolah

rendah jarang sekali mengalami perubahan yang besar.


Berdasarkan kurikulum baru Matematik itu,

topik yang diperkenalkan ialah

nombor,masa, ruang, bentuk dan sebagainya.Topik-topik

ini menerapkan kemahiran

tambah,tolak,darab dan bahagi.Sekiranya murid menguasai kemahiran mengira ini,


mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.Contohnya, dalam urusan
jual beli barang.
Namun perlu dititikberatkan di sini bahawa murid-murid sekolah rendah adalah di
bawah tahap pemikiran yang agak rendah. Mereka tidak perlu diajar dengan topik yang
terlalu yang banyak. Apa yang penting adalah objektif pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan oleh guru tercapai dan murid memahaminya.Jika terlalu banyak topik
dimasukkan di dalam kurikulum pelajaran, bimbang nanti guru-guru akan mengejar masa
untuk menghabiskan topik tersebut tanpa mengetahui sama ada objektif tercapai atau
tidak. Aspek kualiti lebih penting daripada kuantiti.

3.

Artikel Berita Bernama Taraf Akademik Pelajar Malaysia Setanding Dengan


Negara Maju.

Berdasarkan petikan berita Bernama yang bertarikh 20 April 2008 yang memetik
kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran , Allahyarham Datuk Razali Ismail iaitu Taraf
Akademik Pelajar Malaysia Setanding dengan Negara Maju iaitu berada di tangga ke 11
di peringkat antarabangsa dari segi pencapaian mata pelajaran Matematik memang
sesuatu yang patut dibanggakan.
Memang diakui bahawa Malaysia yang mempunyai pelajar yang cerdik pandai,
bukan sahaja dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang-bidang lain seperti
Sains, dan Teknik Vokasional. Lahirnya cendikiawan ini sedikit-sebanyak membantu
membangunkan negara dan seterusnya mengharumkan nama Negara Malaysia di
peringkat Antarabangsa.
Untuk memastikan taraf akademik pelajar Malaysia terus maju, banyak pihak
yang perlu memainkan peranan masing-masing terutamanya pihak kerajaan. Segala
kemudahan asas, perlu disalurkan di semua sekolah tanpa mengira status sekolah
tersebut. Yang penting pelajar mendapat manfaat daripada kemudahan yang disalurkan.

Você também pode gostar