Você está na página 1de 21

1.

0 Pengenalan Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras disekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arcaarca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai. Secara ringkasnya diorama terdiri daripada dua jenis iaitu dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, persejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya kelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2D dan 3D dalam konteks diorama. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

2.0 Perkembangan Kanak-Kanak Perkembangan adalah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Kebanyakkan mereka mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Seni adalah salah satu cara kanak-kanak meluahkan rasa dan harapan mereka terhadap orang dewasa. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan oleh kanak-kanak berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi kepada pemikiran mereka. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Pendidikan Seni Visual yang diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk memperkembangkan sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual apa yang penting adalah memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran matapelajaran ini di kalangan murid sekolah rendah kerana kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali citarasanya sendiri. Oleh itu penggunaan diorama dalam aktiviti pendidikan seni sekolah rendah adalah sangat bersesuaian dengan proses perkembangan yang dalami oleh kanak-kanak. Secara kasarnya diorama adalah dekat dengan kehidupan seharian sebenar pelajar. Di mana kebanyakkan tema dan tajuk yang sering digunakan untuk menghasilkan diorama adalah dari alam sekitar seperti hidupan di dasar laut. Proses perkembangan kanak-kanak juga banyak dipengaruhi dengan khayalan dan imiginasi. Pengalaman seperti ini biasanya diperolehi daripada apa yang dilihat dan dialami sendiri oleh pelajar. Contohnya melalui media tayangan seperti televisyen. Perasaan dalaman wujud untuk menghasilkan daya khayalan yang tinggi. Oleh itu, proses membuat diorama merupakan medium yang mampu menjelmakan imiginasi mereka. 2

2.1 Perkembangan kognitif Victor Lowenteld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk

merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai. Maka oleh itu, dirasakan penghasilan diorama adalah satu teknik yang sesuai untuk mengembangkan proses perkembangan kognitif pelajar. Di mana idea-idea yang dikemukakan adalah merupakan hasil daripada pengalaman dan imaginasi mereka. Aktiviti seni juga direka untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanakkanak. Kanak-kanak melihat sesuatu degan cara tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling , menguli, meramas, menggosok,, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Proses ini adalah penting kepada perkembangan kanakkanak. Untuk itu aktiviti diorama juga mudah dilaksanakan dan dapat dikaitkan dengan sesuatu yang digemari oleh pelajar dan mendatangkan pembelajaran yang bermakna buat mereka.

2.2 Perkembangan efektif. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pengetahuan serta membantu perkembangan potensi mereka secara menyeluruh. Bagi membina perkembangan efektif yang berkesan latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak memperlajari proses penghargaan terhadap sesuatu yang dilihat ataupun dilakukan. Melalui pengahasilan diorama mereka dididik secara tidak langsung dengan emosi ataupun kesediaan mental. Proses menghasilkan diorama adalah satu proses yang menuntut supaya pelajar banyak berfikir dan menyeimbangkan dengan kawalan emosi supaya terhasil satu reka bentuk yang seperti diidamkan. Proses perkembangan efektif akan berlaku secara tidak langsung dan akan dialami oleh pelajar melaui rangsangan semasa menjalankan aktiviti. Hasilnya akan menimbulkan 3

gerak balas yang akan menghasilkan perubahan dalam badan dan terhasillah pengalaman emosi dan penyataan efektif setiap individu.

2.3 Perkembangan sosial Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan. Menurut buku daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak, membincangkan kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Hasil dapatan maklumat melalui laman web http://www.geocities.com pula berpendapat perkembangan sosial sebagai satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Oleh itu, diorama merupakan satu medium yang mampu untuk menggalakkkan perkembangan social kanak-kanak. Ianya dapat membentuk interaksi yang positif dikalangan kanak-kanak dengan orang lain melalui cara yang boleh diterima. Secara ringkasnya ianya mampu untuk menjana idea dikalangan pelajar untuk menimbulkan interaksi melalui pertanyaan serta soal jawab bersama guru dan bersama rakan sebaya. Dalam proses ini, adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk mentadbir situasi agar segala perbincangan yang dijalankan adalah menuju ke arah yang betul. Setiap idea atau pandangan yang diberikan perlu diberikan respon yang sewajarnya. Samada ianya diterima secara positif ataupun ditolak dengan penyelesaian yang bijak.

2.4 Perkembangan bahasa komunikasi Kompenen utama dalam perkembangan kanak-kanak adalah penguasaan bahasa. Ini kerana menguasai bahasa penting dalam proses pembelajaran. Ia dapat diperoleh daripada kemahiran mendengar, bertutur membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan berkesan. Kanak-kanak biasanya mendengar perkataan yang mereka tidak biasa mendengar dan mereka akan menggabungkan ayat yang mereka tidak tahu dengan ayat mereka tahu menjadi satu ayat. Dengan adanya perkataan lain dan struktur ayat boleh menjadi petunjuk untuk mengetahui maksud perkataan yang mereka tidak tahu itu. Sebagai seorang pendidik. Kita haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian terhadap sistem komunikasi pelajar. Ianya perlu dipupuk dari setiap peringkat menggunakan apa cara sekalipun. Aktivit pendidikan seni juga merupakan satu medium yang mampu untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan komunikasi pelajar. Penghasilan diorama dapat membantu pelajar berkomunikasi dengan semua pihak. Ianya dapat menyampaikan maksud yang tersirat disebalik hasil yang dibentangkan. Ianya juga mampu meneritakan pengalaman yang dialami oleh pelajar serta ianya kadangkala mewakili imaginasi pelajar.

2.5Perkembangan psikomotor Merujuk kepada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca. Perkembangan fizikal juga dapat ditakrifkan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Selain itu perkembangan psikomotor juga boleh dikatakan sebagai perubahan dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus serta 5

koordinasi anggota badan. Secara huraiannya, pembentukan manusia adalah hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah menpunyai otor-otot yang belum matang untuk latihan pergerakan dan oleh itu seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya supaya berupaya menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan cantik. Aktiviti diorama juga merupakan salah satu aktiviti pendidikan seni yang mampu membentuk perkembangan psikomotor pelajar. Melalui aktiviti melukis dan aktiviti menggunting untuk menghasilkan satu diorama, pelajar secara tidak langsung dilatih tentang perkembangan psikomotornya.

3.0 Perkembangan Kreativiti Melalui Diorama Bagi meningkatkan daya imiganasi kanak-kanak guru wajar menyediakan peralatan untuk pelajar selengkapnya. Dengan cara ini, guru dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan keseronokkan semasa melakukan aktiviti. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi kemudian disusuli dengan mengemukakan idea meneroka dan akhirnya membuat keputusan. Menurut Schirmacher (1998) peringkat perkembangan kreativiti kanakkanak terbahagi kepada dua iaitu :i) ii) Menerusi aktiviti seni Aktiviti harian mengikut umur.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam aktiviti seni. Ianya juga membantu kanak-kanak untuk berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mampu mencungkil bakat pelajar.

Sumber dari buku HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan (OUM) menggariskan bagaimana untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Di sini dicadangkan tujuh langkah utama dalam meningkatkan kreativiti pelajar. i) Merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan foto. ii) iii) iv) v) vi) vii) Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. Beri perhatian ketika berkarya. Beri peluang untuk mengekploitasi media Jangan kritik ketelaluan terhadap karya. Berikan ganjaran dan inisiatif. Adakan pertandingan mereka bentuk.

Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengna mengambil kira pelbagai keesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Ini adalah kekuatan utama dalam penghasilan sesuatu diorama. Melaluinya kreativit pelajar adalah sangat dituntuk agar dapat menghasilkan satu diorama yang berkualiti. Setiap langkah pembinaan memerlukan perancangan dan idea yang pelbagai. Melaluinya murid dapat menjelmakan idea yang dirasakan boleh diketengahkan untuk dihasilkan. Idea-idea ini boleh jadi kelihatan mengarut bagi sesetengah pihak. Tetapi sebenarnya ianya adalah satu cetusan idea yang boleh menjadi modal kepada penghasilan idea yang lebih menarik. Pelajar juga perlu bijak dalam menghadapi setiap cabaran semasa menghasilkan diorama. Setiap cabaran dan masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan langkah penyelesaian yang bijak. Contohnya pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan diorama. Pelajar harus bijak memilih bahan yang dirasakan dapat menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Di mana secara tidak langsung melalui cabaran-cabaran yang diberikan, mereka akan menjadi lebih kreatif.

Diorama dipilih sebagai satu tajuk yang diajar dalam sukatan pelajaran kerana ianya melibatkan kerja-kerja konstruktif. Melaluinya pelajar dapat menimba pengalaman sendiri dalam pembinaan sesuatu bentuk. Ianya juga adalah bersufat tiga dimensi. Bentuk tiga dimensi lebih mesra dengan pelajar. Melalui penggunaan objek maujud dari buatan manusia dan alam semulajadi, pelajar boleh menggabungkannya menjadi sesuatu yang menarik. Diorama juga boleh menerapkan nilai dan budaya secara terus dalam aktiviti. Secara tidak langsung integrasi bersama matapelajaran lain dapat dilakukan.

4.0 Pemilihan pendekatan betema Bagi menghasilkan diorama tersebut, saya telah memilih tema Alam Semulajadi dan Persekitaran. Saya memilih tema ini kerana murid di sekolah saya masih samar-samar tentang keadaan alam semulajadi seperti air terjun. Ini kerana, mereka tinggal berdekatan dengan pantai. Dan kebanyakan hasil pendapatan keluarga hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi kehidupan dan pengetahuan mereka terlalu cetek dan hanya mengetahui alam sekitar yang hanya dapat mereka lihat di kampung sahaja. Oleh yang demikian, saya sebagai seorang guru rasa bertanggungjawab mendedahkan kecantikan alam kepada mereka walaupun hanya dengan diorama. Melalui diorama ini, mereka dapat merasakan dan menikmati keindahan air terjun dan melihat sendiri apa yang ada di air terjun tersebut. walaupun mereka biasa dengan permandangan yang berasaskan air namun keadaan di air terjun dan keadaan di pantai sangat berbeza. Oelh itu, saya telah menyediakan satu RPH yang menggunakan diorama bertemakan alam semulajadi dan persekitaran. RPH yang saya sediakan ini menggabungkan 5 mata pelajaran iaitu, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan Pendidikan Muzik. Semua mata pelajaran ini saya terapkan di dalam satu RPH ini kerana untuk menjadikan P & P saya berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Untuk bahagian set induksi, saya menyelitkan satu lagu Bila Rasa Gembira Tepuk Tangan. Disini dua mata pelajaran telah diintegerasikan iaitu Mata pelajaran Muzik dan Pendidikan Jasmani. Ini kerana terdapat pergerakan lokomotor ketika lagu dinyanyikan. Bagi langkah pertama, saya selitkan matapelajaran Pendidikan Moral kerana sewaktu pelajar melihat Diorama Pemandangan di Air Terjun itu, pelajar semua akan bersyukur kepada Tuhan kerana telah menciptakan seseatu yang indah yang dapat kita rasainya 8

bersama. Selain itu, bagi langkah kedua, ketiga dan penutup, kita memang mengetahui bahawa matapelajaran Bahasa Melayu yang digunakan. Disini, saya sertakan RPH yang menggunakan diorama di dalam pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh Masa Tahun Tema Tajuk Pelajaran Bilangan Murid Fokus Utama 8.2 penulisan

: 2 Oktober 2013 : 1000 - 1100 (60 minit) : 4 : Alam Sekitar : Membina ayat. : 20 orang

: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu

Teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1(i) diberikan.

: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang

Fokus Sampingan 2.2 tepat. Aras 1(i) dan : Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan

: Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan

frasa yang jelas.

Pengetahuan Sedia Ada a) Murid pernah melihat pemandangan air terjun di dalam televisyen dan bahan-bahan bacaan yang lain.

Objektif Eksplisit Pada akhir pelajaran murid dapat: i) ii) Menyenaraikan 5 isi-isi penting berdasarkan diorama yang digunakan. Membina 5 ayat majmuk berdasarkan diorama pemandangan air terjun

Sistem Bahasa Tatabahasa Pengisian Kurikulum i) Ilmu : Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidkan Seni dan Pendidkan Moral. ii) Nilai murni : Bertanggungjawab, kesyukuran, menghargai dan mencintai alam semulajadi Kemahiran Bernilai Tambah i) Teori Kecerdasan Pelbagai ruang ii) Kemahiran Berfikir iii) Belajar Cara Belajar : Verbal linguistik, interpersonal, kinestetik, visual : Ayat Tunggal

: Menjana idea dan menghubungkait : Memproses maklumat atau pesanan dengan kreatif dan mudah difahami

Isi Pelajaran i) Memerhatikan dan membincangkan tentang diorama yang di pamerkan. ii) Menyampaikan isi-isi penting berdasarkan bahan rangsangan gambar tunggal tentang aktiviti perkelahan. iii) Menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat tunggal.

10

Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Kad gambar Kad ayat Diorama Pemandangan Air Terjun Komputer riba LCD projektor Lembaran kerja Gambar tunggal Video Nyanyian ( Bila Rasa Gembira Tepuk Tangan )

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Video nyanyian (Bila Rasa Gembira Tepuk Tangan )

Guru memberikan salam kepada murid-murid dan bertanyakan khabar serta persediaan murid dalam menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. -

Konstruktivisme - menghubungkait Pendekatan induktif KB: menjana idea TKP: verbal linguistik

Guru menayangkan video nyanyian melalui paparan slaid dan meminta murid mengikut Pendekatan: nyanyian tersebut. - Komunikatif Kemudian, guru meminta murid melakukan pergerakan lokomotor seperti bertepuk Strategi tangan dan melonjak. - Berpusatkan ICT (Mediatif) Guru mengaitkan sesi soal jawab - Berpusatkan murid dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dipelajari. BSPP - Komputer riba - LCD projektor - Video Nyanyian Teknik: penyoalan/ soal jawab 11

Perkembanga Diorama n pemandangan di Air Terjun

Guru menayangkan Diorama di Belajar Cara Belajar: hadapan murid. - Memerhati

KBKK: Langkah 1 (20 minit) 1. Terdapat 3 ekor burung sedang terbang di kawasan 2. Air terjun yang jernih. Guru membimbing murid memahami Diorama yang dipamerkan dengan sesi bersoal jawab Menyampaikan isi penting.

TKP: Kemudian, murid-murid diminta untuk menerangkan tentang pemandangan diorama tersebut mengikut pandangan masing- masing. Verbal linguistik Interpersonal Kinestatik

3. Rama-rama yang cantik mengindahkan lagi pemandangan.

Strategi: Berdasarkan kepada diorama - ICT (PP) tersebut, guru dan murid-murid membincangkan isi kandungan diorama tersebut secara Nilai murni: bersama. - Baik hati - HormatGuru menerapkan nilai dan menghormati pengajaran kepada murid-murid. Penilaian HP - 2.2 Aras 1(i)

4. 2 ekor ikan sedang berenang di dalam kawasan air terjun tersebut.

5. Beberapa kuntum bunga di celah batu di kawasan air terjun tersebut. Langkah 2 (15 minit) Menyampaikan isi-isi penting berdasarkan bahan rangsangan

BSPP: - Diorama

Guru mengedarkan gambar Kemahiran Berfikir: tunggal yang berkaitan dengan aktiviti perkelahan kepada murid- - Mengumpul maklumat murid. TKP: Murid-murid dikehendaki untuk meneliti gambar tersebut dan - Verbal linguistik mengenalpasti isi-isi penting yang - Interpersonal terdapat dalam gambar. - Kinestatik 12

Isi-isi penting dalam gambar : a. Air di kawasan

air terjun jernih dan bersih. Kemudian, beberapa orang murid dipilih untuk melaporkan maklumat yang telah diperolehi kepada rakan-rakan. Ilmu: Kajian Tempatan

b. Pemandangan di air terjun amat indah. c. Berenang di air terjun. d. Membaca buku di atas batu.

Guru membimbing murid-murid menyampaikan maklumat Nilai: berkaitan gambar tersebut. Hormatmenghormati Bertanggungjawa b

e. Menghidang makanan di atas tikar.

Murid-murid lain dikehendaki memberi perhatian terhadap rakan-rakan mereka kerana mereka akan diminta untuk mengulang semula jawapan rakan BSPP: mereka. - Gambar tunggal - LCD projektor Guru memberikan penghargaan - Paparan slaid kepada murid dengan meminta murid-murid memberikan Penilaian HP tepukan kepada rakan mereka. 2.2 : Aras 1(i) 5.2 Aras 1(ii)

Langkah 3 (15 minit)

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang

Guru meminta murid-murid BSPP meneliti edaran lembaran kerja - Lembaran kerja yang telah diagihkan.

13

diberi. TKP Guru memberikan penerangan kepada murid-murid tentang aktiviti langkah 3 dan meminta murid memberi perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru. Verbal linguistik Interpersonal Kinestetik

Nilai murni Murid-murid diminta untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi. Kerjasama

Penilaian HP 8.2 : Aras 1(i)

Guru membimbing murid-murid membuat latihan.

Penutup (5 minit)

Rumusan 1. Menghargai dan mencintai alam sekitar. 2. Bangga dengan keindahan yang terdapat dalam negara.

Murid secara sukarela diminta Nilai murni menyatakan isi pelajaran dan nilai yang telah dipelajari dalam tajuk - Menghargai dan mencintai ini. keindahan alam semulajadi Murid dibimbing dengan - Patriotisme menggunakan peta minda untuk berbangga membantu murid menghuraikan dengan nilai dan pengajaran yang kawasan diperolehi daripada isi pelajaran. peranginan dan rekreasi.

Catatan Refleksi:

14

5.0 Lakaran Idea Diorama direkabentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan bahan dan alat, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni reka. Bagi menghasilkan diorama ini saya telah memilih latar belakang yang bertemakan persekitaran melalui alam sekitar. Untuk itu saya telah merangka beberapa lakaran awal yang saya rasakan menarik untuk dizahirkan menjadi satu diorama yang sempura. Lakaran saya yang pertama adalah berkaitan satu permandangan yang berlatar belakangkan suasana di sebuah sawah padi yang terbiar. Dengan mengambil sebuah pondok yang menjadi fokus utama saya membuat lakaran kasar menggunakan pensil tanpa mewarnakan lakaran saya

15

Lakaran yang kedua dihasilkan adalah berlatar belakangkan satu jalan denai yang terdadpat di sebuah ladang getah. Lakaran ini juga adalah satu lakaran bertemakan

persekitaran dimana saya cuba menerapkan suasana sebenar di kampung yang diolah untuk menjadi lebih menarik.

16

Lakaran ketiga adalah berlatar belakangkan satu permandangan di air terjun. Lakaran ini juga bertemakan alam sekitar. Di mana pada awalnya saya merasakan kesesuaian lakaran ini untuk dijadikan diorama yang menarik. Dengan menambah beberapa unsur 3 dimensi ianya pasti mampu menarik minat pelajar saya untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.

17

Pemilihan lakaran Selepas subjek dan tema yang terdahulu dipilih, saya telah menetapkan alat dan peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan projek. Secara ringkasnya saya telah menggunakan media catan. Di mana penggunaan pensil warna adalah bahan utama untuk menghasilkan latar belakang yang merupakan lakaran air terjun dalam lakaran tiga. Penggunaan karyon juga terdapat pada warna batu-batan yang terdapat di tepi air terjun.

Memperincikan lakaran Selepas menyiapkan latar belakang ini saya telah mendapatkan beberapa gambar yang dicetak dan digunting untuk menimbulkan kesan tiga dimensi yang saya mahukan. Penggunaan imej ikan, burung, rama-rama dan pokok bunga adalah sejajar dengan kehidupan yang terdapat di sekitar kawasan air terjun.

Membuat karya/diorama Imej-imej yang telah digunting akan digantung mengikut kesesuaian pada diorama yang dihasilkan. Contohnya imej ikan yang melompat dari dalam air yang menggunakan teknik tampalan pada tapak diorama. Imej burung adalah digantung pada bahagian atas diorama.

18

19

6.0 Kesimpulan

Membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu cabang dalam pendidikan seni visual di sekolah. Melaluinya pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Aktiviti seperti membuat arca, stabail, esemblaj, origami diorama dan sebagainya dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar yang secara tidak langsung membantu dalam proses perkembangan mereka secaara menyeluruh. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk menyediakan satu diorama yang akan digunakan untuk mengajar dalam satu matapelajaran di kelas. Di mana kami dikehendaki mengintegrasikan empat matapelajaran dalam satu rancangan pengajaran yang dihasilkan. Diorama yang dihasilkan dijadikan bahan bantu mengajar untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Untuk itu setiap perancangan bagi menghasilkan diorama ini adalah dilakukan dengan teliti. Ini bertujuan memastikan diorama yang dihasil sesuai dengan tema pengajaran yang akan disampaikan. Setiap langkah menghasilkan diorama telah dilaksanakan mengikut perancangan yang dijalankan. Walaupun terdapat banyak halangan semasa menyiapkan tugasan, ianya telah diselesaikan dengan membuat banyak rujukan daripada pelbagai sumber. Saya juga telah melakukan kolaborasi bersama rakan guru di sekolah dan rakan sekelas untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Perlaksanaan pengajaran menggunakan diorama ternyata lebih menyeronokkan pelajar. Mereka ternyata tertarik dengan bahan yang digunakan untuk mengajar. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaarn telah bejalan dengan lancar. Objektif pembelajaran yang ditetapkan juga telah berjaya dicapai dengan jayanya.

20

RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (1996 ). Kecemerlangan Minda : Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Kathleen Chee. ( 2010 ). Focus Goal Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mayesky,M. ( 2001 ). Creative activities for young children. New York : Thomson Delmar Learning.

Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2001 ). Teori Kecerdasan pelbagai, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Robertus Angkowo & A. Kosasih. ( 2007 ). Optimalisasi Media Pembelajaran. Indonesia : PT. Grasindo.

Fadzli. ( 2009 ). Definisi kreativiti. [ online ]. Available : http://nickfadzli- pearrrly88.blogspot.com. [2013,Oktober 14 ].

Lili Zala,( 2012). Membentuk Dan Membuat Binaan. [ online ]. Available : http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com [ 2013 Oktober 30 ]

Zahizah. ( 2012 ). Kreativiti dan kanak-kanak. [ online ]. Available : http://zahizah4gmail.com.blogspot.com. [ 2013, Oktober 16 ].

21

Você também pode gostar