Você está na página 1de 4

www.sagadbl.

com

Cikgu Irwan

Garam : Analisis Kualitatif Kimia Tak Organik


NOTA Analisis Kualitatif Kimia Tak Organik 1. Analisis kualitatif kimia tak organik ialah suatu teknik amali yang dijalankan untuk mengenal pasti kation dan anion dalam suatu sampel garam melalui ujian kimia. 2. Teknik ini digunakan oleh saintis di dalam berbagai bidang, seperti di dalam industri pemakanan, bidang farmasi dan perubatan, sains forensik, industri kosmetik, industri pembuatan bahan-bahan kimia dan sebagainya. 3. Kini berbagai peralatan moden yang canggih digunakan di dalam makmal untuk menjalankan analisis kualitatif yang boleh memberikan keputusan yang tepat dalam masa yang lebih singkat. 4. Langkah-langkah yang biasanya dijalankan bagi Analisis Kualitatif Kimia Tak Organik secara konvesional adalah seperti berikut : (a) Pemeriksaan awal sifat fizik garam (b) Kesan haba ke atas garam (c) Penyediaan larutan garam akueus dalam pelarut yang sesuai untuk menguji kation dan anion yang hadir (d) Ujian pengesahan untuk ion tertentu

Sifat-sifat Fizik Garam 1. Warna garam (a) Putih Garam klorida, sulfat, nitrat, dan karbonat bagi plumbum, aluminium, zink, magnesium, kalsium, ammonium, dan natrium (b) Kuning Garam plumbum(II) iodida, dan plumbum(II) kromat (c) Hijau Garam kuprum(II) karbonat, ferum(II) sulfat, dan nikel(II) sulfat (d) Biru Garam kuprum(II) sulfat 2. Kelarutan garam di dalam air

Jenis Garam Garam-garam nitrat Garam-garam sulfat Garam-garam klorida

Kelarutan di dalam Air Semua garam nitrat larut . Semua garam sulfat larut, kecuali plumbum(II) sulfat, barium sulfat dan kalsium sulfat. Semua garam klorida larut , kecuali plumbum(II) klorida, argentum klorida, dan

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

Garam-garam karbonat Garam-garam natrium, kalium dan ammonium

raksa(I) klorida Semua garam karbonat tidak larut kecuali garam-garam natrium, kalium dan ammonium. Semua larut.

3,

Kesan tindakan haba ke atas garam Sesetengah garam terurai apabila dipanaskan dengan kuat. Pemerhatian yang diperoleh daripada hasil pemanasan garam itu, iaitu warna baki dan gas yang dibebaskan boleh memberikan inferens tentang jenis kation dan anion di dalam garam itu. (a) Garam karbonat Semua garam karbonat logam ( kecuali natrium karbonat dan kalium karbonat), terurai untuk menghasilkan oksida logam dan membebaskan gas karbon dioksida. Garam karbonat logam dioksida Contoh: CuCO3 CuO (p) (p) oksida logam + karbon

CO2 (g) Karbon

Kuprum Kuprum (II) (II) dioksida oksida karbonat Apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan dialirkan ke dalam air kapur akan membentuk mendakan putih, iaitu kalsium karbonat. CaCO3 (p) CO2 + Ca(OH)2 (ak) + H2O (ce) (g) Kalsium Kalsium hidroksida karbonat (b) Garam nitrat Natrium nitrat dan kalium nitrat terurai kepada garam nitritnya dan membebaskan gas oksigen. 2NaNO3 (p) 2NaNO2 (p) Natrium nitrit + O2 (g) Oksigen

Natrium nitrat Garam-garam nitrat logam yang bukan natrium dan kalium terurai kepada oksidanya serta membebaskan gas nitrogen dioksida dan gas oksigen. Contoh:

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

2Pb(NO3)2 (p)

2PbO (p) Natrium nitrit

4NO2 (g)

O2 (g) Oksigen

Natrium Nitrogen nitrat dioksida (c) Garam klorida Garam-garam klorida tidak terurai oleh tindakan haba kecuali ammonium klorida. Ammonium klorida terurai untuk membebaskan gas ammonia dan gas hidrogen klorida. NH4Cl (p) NH3 (g) + HCl (g) (d) Garam sulfat Garam-garam sulfat biasanya tidak terurai oleh tindakan haba. Ferum(II) sulfat terurai apabila dipanaskan dengan kuat untuk menghasilkan ferum(III) oksida serta membebaskan gas sulfur trioksida dan gas sulfur dioksida. 2FeSO4.7H2O (p) Fe2O3 (p) + SO3 (g) + SO2 (g) +14 H2O Eksperimen Mengkaji Kesan Haba Ke Atas Garam 1. Kesan haba ke atas garam karbonat (a) Masukkan dua spatula serbuk magnesium karbonat ke dalam sebuah tabung uji yang kering. (b) Catatkan warna serbuk itu. (c) Panaskan tabung uji dengan kuat dan alirkan gas yang terbebas melalui suatu salur penghantar ke dalam sebuah tabung uji yang berisi air kapur. (d) Catatkan perubahan yang berlaku pada warna baki di dalam tabung uji dalam keadaan panas dan dalam keadaan sejuk dan catatkan juga perubahan yang berlaku terhadap air kapur di dalam jadual seperti di bawah: Garam Warna pepejal Warna baki Kesan sebelum ke atas dipanaskan air kapur Magnesium Panas Sejuk karbonat . . . (e) Ulangi langkah (a) hingga (d) dengan menggunakan serbuk garam-garam berikut untuk menggantikan serbuk magnesium karbonat: i. Natrium karbonat ii. Zink karbonat iii. Plumbum(II) karbonat iv. Kuprum(II) karbonat

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

Kesan Haba ke atas Garam Nitrat (a) Ulangi langkah (a) hingga (d) dengan menggunakan pepejal magnesium nitrat untuk menggantikan magnesium karbonat. (b) Uji gas yang terbebas, jika ada, dengan menggunakan kayu uji berbara dan kertas litmus biru lembap. Catatkan warna gas yang terbebas dan warna baki dalam tabung uji di dalam Jadual seperti di bawah ini.

Garam

Warna Warna semasa Ujian gas pepejal baki sebelum dipanaskan panas sejuk Warna Kesan Kesan gas gas gas ke terbebas ke atas atas kayu uji kertas berbara litmus biru

Magnesium nitrat

(c)

Ulangi langkah (f) hingga (g) dengan menggunakan garamgaram nitrat berikut untuk menggantikan magnesium nitrat: Natrium nitrat i. ii. Zink nitrat iii. Plumbum(II) nitrat iv. Kuprum(II) nitrat

Você também pode gostar