Você está na página 1de 18

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

NAMA : YUSSOF BIN HAMID 690224-08-6087 012-4393571

SEMESTER MEI 2012

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS IPOH

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

PERKARA Muka Depan

MUKA SURAT 1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1.1 Konsep Bahasa Melayu Klasik 1.2 Bahasa Melayu Moden

3-7

2.0 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden Dari sudut perkataan (morfologi)

7 - 12

3.0 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden Dari Sudut ayat (Sintaksis)

13 -15

9.0 Kesimpulan

16 - 17

BIBLIOGRAFI

18

1.0 Pengenalan Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Menurut Van Linschotten, seorang sarjana Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18 telah berkata, Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya tetapi juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang tidak tahu akan bahasaMelayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. Hal ini dapat dilihat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang agung dan masyhur dipersada dunia sejak zaman dahulu lagi. Justeru itu bahasa Melayu sudah pasti mengalami perubahan dan perkembangan di dalam bahasa tersebut. Bahasa Melayu melalui tiga peringkat perkembangan iaitu peringkat bahasa Melayu kuno,bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. 1.1 Konsep Bahasa Melayu Klasik Takrifan tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kita memahami konsepnya. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan edisi keempat (muka surat : 798) mentakrifkannya sebagai serius dan abadi nilainya. Klasik juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain.

Menurut Juhari Moain. 1994, Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu Berang Kuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasasti tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasasti yang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi.

Ahmat Adam , 1992, dan Nik Safiah Karim, Nov. 1986, Kuala Lumpur. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 1. Mengatakan bahawa bahasa Melayu Klasik mempunyai fungsi yang penting semasa zamannya kerana selain menjadi lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi, bahasa Melayu klasik juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Setelah Islam bertapak di Alam Melayu,bahasa Melayu klasik telah digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam, sama ada secara lisan mahu pun tulisan. Istanaistana juga telah dijadikan pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam.

Masyarakat pada zaman ini telah mengenal huruf kerana masyarakat Melayu pada zaman itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. Bahan bukti yang paling penting ialah dua pucuk surat Sultan Ternete kepada Raja Portugal. Surat baginda ini merupakan teks tertulis di atas kertas yang paling tua dijumpai. Kedua-dua pucuk surat ini menggunakan tulisan Jawi. Surat yang bertarikh 1512 dan 1522 ini telah dikirimkan oleh Sultan Abu Hayat kepada John III. Kedua-dua pucuk surat ini dianggap sebagai naskhah surat emas kerana bahasa yang digunakan amat halus, beradab, dan bersopansantun. Pemilihan perkataan dan penyusunan surat itu juga mengikut format yang tertentu (Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966).

Di dalam tulisan Nik Safiah Karim, Nov. 1986, Kuala Lumpur. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 1 mengatakan terdapat surat-surat lain yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi ialah surat-surat antara raja-raja Melayu dengan Sir Thomas Stamford Raffles. Pada ketika itu, Raffles menjadi Leftenan Gabenor di Jawa (1811 1816) dan di Bangkahulu (1818 1824).

Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulisan jawi. ( Asmah haji Omar : 1993 ). Sebelum ini tulisan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam : 1986). Kedatangan Islam membawa perubahan yang amat ketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut berubah,

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab pada mulanya menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utamanya ialah memudahkan bacaan, kerana tulisan jawi merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat Melayu. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi ( Abdullah Hassan :1992 )

Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telah menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.

Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan Kata Hubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yang sering digunakan berulang ialah Karya-karya sastera Melayu Klasik banyak menggunakan watak-watak ciptaan dengan nama Islam, khususnya nama-nama raja. Misalnya Raja Nursyirwan Adil, Raja Abdul Jalil dan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu terdapat juga nama campuran unsur Sanskrit, India dan Islam. Contohnya Merong Mahawangsa, Raja Donan dan Seri Rama.

Salah satu dari ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan moden ialah pengunaan kata-kata ada pun, syahdan, hatta, setelah, arakian,al-kisah, bahawasanya, kelakian, sebermula dan sebagainya.

1.2 Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah, bahasa Melayu moden berasal daripada bahasaMelayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno yang juga berasal daripada bahasa Melayu purba. Abdullah Munsyi dikatakan sebagai pelopor kepada bermulanya zaman bahasa Melayu moden. Dalam hikayatnya, Hikayat Abdullah, yang dihasilkan pada tahun 1849 menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri, tetapi terkejar-kejar untuk belajar bahasa Inggeris.

Perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada dua tahap, iaitu bahasa Melayu moden pramerdeka dan bahasa Melayu pascamerdeka. Perkembangan bahasa Melayu moden pramerdeka pada peringkat awal dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah Munsyibin Abdul Kadir, Raja Ali Haji, Mejar Dato Haji Mohd Said dan Zaba. Usaha-usaha untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan hanya bermulapada tahun 1888, iaitu apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB).

Beberapa pertubuhan lain seperti Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50), turut menyumbang usaha dan tenaga untuk memajukan bahasa Melayu. Pergerakan organisasi bahasa yang paling penting pada dekad 1950-an ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga. Kongres ini telah berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956. Rumusan akhir yang diterima oleh kongres ini ialah tentang penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya. Hal ini dilakukan menerusi perancangan bahasa. Perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk
6

bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Umumnya, perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara oleh badan-badan tertentu.

Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranannya sebagai institusi perancangan bahasa. Cadangan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan badan umum telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 Ogos 1959. ASAS 50 telah menghantar memorandum mengenai Rang Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka kepada kerajaan pada 15 April 1969, kerana insaf bahawa masalah bahasa dan kesusasteraan kebangsaan di negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ialah masalah yang amat penting.

Bahasa Melayu moden telah melalui banyak proses perancangan yang pesat. Bahasa Melayu moden juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris dan menggunakan laras bahasa yang lebih perbagai seperti laras bahasa ekonomi, laras bahasa Sains dan sebagainya. Selain itu bahasa melayu moden banyak menggunakan ayat- ayat aktif disamping banyak memanfaatkan kosa kata bahasa moden. (Profesor Emeritus Abdullah Hassan). Oleh itu, sekiranya dibandingkan penggunaan bahasa di antara bahasa klasik dan moden ini terdapat banyak perbezaan dari segi morfologi dan sintaksisnya.

2.0 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden Dari sudut perkataan (morfologi) Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh perbezaan dari segi makna perkataan antara bahasa Melayu klasik dan moden.

Bil 1

BAHASA MELAYU KLASIK sida2

BAHASA MELAYU MODEN - pegawai dalam istana yang telah dikasi (dikembiri) Huraian: Perkataan sida-sida masih diguna pakaian dalam bahasa Melayu
7

Huraian : pegawai dalam istana Sumber : Hikayat Pancha Tenderan

Muka surat : Perenggan 1 m/s 2

moden Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat :1488

bilang

- hitung / kira - cakap / bercakap Huraian: Mempunyai banyak makna dan maksud perkataan ditentukan oleh ayat yang digunakan Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 185

Huraian: Membawa maksud bercakap Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : : Perenggan 3 m/s 30 Huraian: membawa maksud bercakap

tepermanai Huraian : Perkataan ini tiada dalam Kamus Dewan edisi keempat. Sudah pasti perkataan ini telah dilupuskan.

Huraian: Bermaksud terkira Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 3 m/s 32

- paksa Huraian: Membawa maksud waktu, kesempatan Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 3 m/s 36
8

- perbuatan memestikan / masa (waktu,saat) / bahagian sebelah kira atau kanan, samping, sisi, belah Huraian: Mempunyai banyak makna dan maksud bergantung kepada situasi dan

ayat. Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 1118

- mashgul Huraian: Bermaksud sedih, susah hati, kesal hati Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 5 m/s 85

masyghul

Huraian: Huruf sh digugurkan dan diganti dengan huruf sy Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 1004

shak

Syak- ragu-ragu atau curiga

Huraian: Bermaksud ragu-ragu atau curiga Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 4 m/s 88

Huraian: Huruf h digugurkan dan diganti dengan huruf y. Merupakan bahasa /dialek utara. Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 1558

kaus

kasut, sepatu

Huraian: Bermaksud kasut, sepatu

Huraian: Maksud sama dengan BMK

Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 3 m/s 70

Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 689

mustaid

lengkap, siap, sedia, selesai

Huraian: Bermaksud lengkap, siap, sedia, selesai Sumber : Hikayat Pancha Tenderan Muka surat : Perenggan 4 m/s 96

Huraian: Perkataan ini berasal daripada bahasa Arab Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 1060

lompong

kosong, hampa sagu

Huraian: Bermaksud laras meriam ... Lompong meriam memutih kelihatan... Sumber : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 2 m/s 1

Huraian: Maksud berbeza dan penggunaan perkataan juga berbeza Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat :954

10

raiblah

Ghaib / tidak dapat dilihat/ hilang

Huraian: Bermaksud hilang Sumber : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 2 m/s 3

Huraian: Berasal dari perkataan Arab dan perkataan pinjaman ini ditambah huruf gh dan huruf r digugurkan.

10

Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 471

11

degum

Bunyi seperti tembakan meriam

Huraian: Bunyi seperti tembakan meriam Sumber : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 4 m/s 5

Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat :326

12

merual

Tiada

Huraian: Bermaksud merawal, bendera kecil panjang Sumber : : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 2 m/s 9

Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat

13

azmat

- azamat / hebat / ramai (kuat,sangat) Huraian: Ditulis dengan menambah huruf a dalam perkataan azmat Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 96

Huraian: Bermaksud bunyi yang kuat Sumber : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 1 m/s 13

11

14

seberhana

- selengkap / seluruh anggota, segenap Rujukan: Kamus Dewan: Edisi Keempat Muka surat : 1402

Huraian: Bermaksud selengkap Sumber : : Hikayat Malim Dewa Muka surat : Perenggan 1 m/s 14

3.0 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden Dari Sudut ayat (Sintaksis) 3.1Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden yang merangkumi sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Sebagai contoh di dalam bahasa Melayu klasik penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, kini tidak digunakan lagi. Antaranya, adalah seperti"syahadan", "maka","alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan"adapun". Contohnya: Maka adalah dalam antara majelis itu sa-orang Berahmana yang bernama Sumasanma, berbangkit serta berdatang sembah kepada raja, kata-nya, Jika ada ampun serta kurnia duli Tuanku, bahawa patek-lah chakap member nasihat serta mengajar paduka anakanda keempat ini. (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 2 m/s 2) Hatta, maka diam-lah anak2 raja itu di-rumah Berahmana itu... (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 4 m/s 2)

12

Shahdan, maka demi di-dengar oleh anak2 raja itu akan perkataan Berahmana itu, maka jawab-nya, Ya Tuanku, apa-kah guna-nya perkataan tiada dengan kesudahan-nya? (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 2 m/s 3) Kata kata seperti Maka, Hatta, Shahdan dan lain-lain bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Dalam bahasa Melayu moden perkataan-perkataan itu diganti dengan kata hubung atau penanda wacana yang lain seperti oleh itu, selain itu, namun,dan sebagainya. 3.2. Perbezaan yang kedua ialah berkaitan dengan struktur ayat. Di dalam penulisan bahasa Melayu klasik , ayat- ayat ditulis panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Terdapat gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik dan titik bertindih sahaja. Contohnya: Mencantum dengan menggunakan kata hubung dan...maka berhimpun-lah segala ikan dan ketam dan katak dalam kolam itu semua...(Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 4 m/s 17). Menggunakan ,tanda koma(,) dan tanda titik bertindih (:), ... Maka dalam negeri itu ada sa-orang saudagar(, )terlalu amat kaya-nya serta dengan murah-nya. Maka pikir saudagar itu (:) Apa-lah hal-ku ini, nichaya aku mendapat faedah-nya, supaya aku membuat pahala, ... ...(Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 3 m/s 3). Menggunakan tanda koma bertindih (;), ... kemudian ia menyesal, duduk dengan dukachita-nya (;) dan hikayat yang kelima... (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 1 m/s 3). Sebaliknya, di dalam bahasa Melayu moden penggunakan kata sendi dan adalah untuk menghubung dua prediket dan tanda baca seperti koma, adalah untuk pengkelasan contohnya Didalam kotak itu ada bola, kasut, baju dan seluar sukan.

13

3.3 Selain itu, terdapat juga ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: ..Maka Si-Teruboh itu pun pergi-lah menghadap Raja Singa. ...(Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 3 m/s 9). Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas,padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden. Contoh ayat dalam bahasa Melayu moden, Si Teruboh menghadap Raja Singa. 3.4 Penggunaan Partikel atau kata penegas lahdan pun. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel atau kata penegas lah dan pun. Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dan sebagainya. Menggunakan kata penegas lah contohnya; ...maka ada-lah hati-nya telah lembut-lah,... (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 1 m/s 9). Menggunakan Kata penegas pun contohnya; ... Ada pun jikalau ku- taroh harta ini, ...(Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 4 m/s 9). Di dalam bahasa Melayu moden partikel lah dan pun masih digunakan dan boleh dijumpai dengan mudah dalam penulisan kini. Contoh ayat: Walau pun mengantuk tetapi Ali tetap berusaha menyiapkan tugasan ini. 3.5 Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab,Sanskrit dan klasik. Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. Contohnya, Arab:Allah Taala, makhdum, mualim daulat,wallahualam, takzim dan lain-lain. Sanskrit:dosa, pahala, raja dan lain lain lagi. Klasik:berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutumanikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih)ceritera (cerita) amarah (marah) dan lain=lain. ... maka menghuchap-lah raja, astagfirullah serta menutup ....... (Hikayat Pancha Tanderan: perenggan 6 m/s 27).

14

Bahasa Melayu klasik menerima kosa kata dan fonem Arab seperti kh, dz, dan sy.(khamis, zakat, syarat). Di mana unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam,tasawuf, ilmu aqaid,dan lain-lain. Dalam konteks bahasa Melayu moden pula,pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat. 3.6 Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.Contoh; sembah, beta, titah, berangkat, gering dan sebagainya. Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yangmenceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu. 3.7 . Penggunaan kiasan,perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi. Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun,syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. Contohnya; Pohon pinang baris membaris, Pohon nyior tabor menabor, Rumah saperti tokong di-laut. (Hikayat Malim Dewa : perenggan 3 m/s 45).

15

Kesimpulan Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), Batu bersurat Pagar Ruyung (abad ke 7), Kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakiandan seumpamanya. Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting. Mengambil kata-kata Van Linschotten, seorang sarjana Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18 telah berkata, Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya tetapi juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur. Oleh itu dapat disimpulkan bahasa kewujudan bahasa Melayu hari ini adalah warisan daripada bahasa Melayu yang telah digunakan pada masa dahulu. Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu,FBMK,UPM dalam satu seminarnya telah berkata bahawa Kedudukan bahasa Malaysia hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan pesat. Dalam proses pembangunan ini, kita tidak sunyi daripada menemui segala macam perkara baru: fikiran baru,
16

konsep baru, kereta baru, sabun baru, bateri baru, bangunan baru, dan segala macam yang baru. Penutur bahasa Malaysia tentulah merasa perlu mengungkapkan segala yang baru ini di dalam bahasa Malaysia. Hal ini banyak membawa implikasi tertentu dalam usaha mengembangkan bahasa tersebut. Kita bukan saja terpaksa mencari satu norma baku untuk bahasa Malaysia bagi pengajarannya, tetapi juga meyakinkan penutur bahasa Malaysia keseluruhannya, bahasa perubahan yang berlaku itu adalah sesuatu yang normal dan akan terus berlaku. Oleh itu, sebagai penutur jati bahasa Melayu, kita tidak seharusnya leka dan mengambil sikap mudah dalam usaha mengembang dan memartabatkan bahasa Melayu agar seimbang, berdaya saing serta sesuai menempuh era globalisasi. (3,219 pp) Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

17

Bibliografi

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. (1965). Hikayat Panca Tanderan. Oxford University Press. Kuala Lumpur. Abrak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Awang Sariyan. (2006). Warna dan suasana, perancangan bahasa melayu. Kuala Lumpur: DBP. Institut Pendidikan Guru. (2010). Modul Kursus Pengurusan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR). Cyberjaya. Kamus Dewan: (2010). Edisi keempat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1965). Hikayat Malim Dewa. Oxford University Press. Kuala Lumpur.

http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/7-bahasa-melayu-moden-bahasamalaysia_24.html

18

Você também pode gostar