Você está na página 1de 24

SKAD3454 PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN IMPAK TAJUK : POTENSI PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DI PULAU REDANG, TERENGGANU

PENSYARAH PROF. MADYA DR ER AH CHOY WAN IZZULHILMI BIN CHE WAN NOR AZIZI (A137720)

PENGENALAN
Sektor pelancongan mempunyai potensi baik untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh sebab itu, sektor pelancongan digelar sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara atau nadi ekonomi negara (Lynn 1992). Menurut International Ecotourism Society (2012) yang ditubuhkan di Eropah, ekopelancongan didefinisikan sebagai pelancongan yang berteraskan kesedaran ekologi. Di samping itu, ekopelancongan sebagai pelancongan juga dapat menggalakkan masyarakat dan pihak tertentu bertanggungjawab serta bertindak dalam menguruskan dan merancang pembangunan dengan sempurna bagi mengekalkan keseimbangan ekologi. Secara perinciannya ekopelancongan boleh diringkaskan kepada aktivitiaktiviti yang membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi iaitu mereka boleh mengambil bahagian, menghayati alam sekitar, mempelajari, melawat dan menemui sesuatu yang baru yang berasaskan alam semulajadi

Fenomena Ekopelancongan
Pelancongan yang berasaskan kepada alam semula jadi atau dikenali sebagai ekopelancongan merupakan sektor yang berpotensi besar untuk diceburi. Kebanyakan negara sedang membangun (NSM) menggalakkan ekopelancongan sebagai strategistrategi pembangunan dan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Pada pertengahan akhir tahun 1980-an, NSM beralih kepada sektor ekopelancongan sebagai sumber hasil pertukaran asing dan pembangunan mampan (Honey 1999).

Pembangunan Pelancongan Terengganu


Tahun 2013 merupakan tahun melawat Terengganu (TMT). Pelbagai program dan aktiviti telah dirangka oleh kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dalam memastikan kejayaan TMT. Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, produk pelancongan berasaskan ekopelancongan merupakan teras penting dalam memacu kejayaan TMT 2013. Terengganu terkenal dengan keindahan-keindahan semulajadi seperti pulau, jaluran pantai, tasik dan sebagainya. Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 25% pada setiap tahun. Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Redang, dalam tempoh Januari hingga Ogos 2011 meningkat sebanyak 47.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Seramai 110,840 pelancong dicatat ke Pulau Redang dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas berbanding 75,238 orang pada tahun lepas (Bernama 2010).

Jadual 1.0 :Prestasi Kedatangan Pelancong Bagi Tahun 2008 Hingga 2011
Kedatangan Pelancong Perbezaan Jumlah Peratus

Tahun

Sasaran

Sebenar

(Juta)
2008 2009 2010 2011 3.58 4.28 4.12 3.52

(Juta)
3.43 3.30 2.82 3.95

(Juta)
-0.15 -0.98 -1.30 0.43

(%)
-4.2 -22.9 -31.6 12.2

Jumlah

15.50

13.50

-2.00

-12.9

Sumber: Unit Pelancongan, Pejabat SUK Terengganu

Latar Belakang Kawasan Kajian

Pulau Redang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang di negeri Terengganu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II. Pulau Redang merupakan pulau terbesar di Terengganu. Ianya terletak 45 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu. Pulau Redang mempunyai sembilan rumpun pulau lain termasuk Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Pinang dan Pulau Redang.

Potensi Ekopelancongan Pulau Redang, Terengganu


i) Kewujudan tempat dan aktiviti menarik di Pulau Redang
Pulau Redang terkenal dengan terumbu karangnya yang merupakan syurga kepada penyelam dasar laut. Selain itu, ia juga terkenal dengan pantai yang putih bersih dengan air yang jernih, sesuai untuk aktiviti berenang, snorkelling, berkenu dan lain-lain aktiviti pantai. Aktiviti-aktiviti ini sinonim dengan tema ekopelancogan yang diperkenalkan. Lokasi tumpuan pelancong yang paling popular ialah Taman Laut yang terletak di Pulau Pinang yang mempunyai batu karang dan ikan yang berwarna warni.

Aktiviti Snorkeling Dan Skuba

Selain itu, Pantai Teluk Dalam yang terletak di utara Pulau Redang mempunyai pantai yang luas, terlindung daripada angin dan terkenal sebagai lokasi untuk snorkelling. Aktiviti-aktiviti lain seperti selaman skuba, perkhemahan pantai, jungle trekking dan lain-lain menjanjikan keseronakan dan kepuasan kepada para pelancong. Anugerah alam semulajadi ini seperti kepelbagaian hidupan marin dan tahap kualiti air yang tinggi menyebabkan banyak aktiviti ekopelancongan boleh dijalankan seperti snorkelling, selam skuba, mengamati penyu bertelur, mengelilingi pulau dengan bot, berenang, memancing dan mencandat sotong dan lain-lain lagi.

Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil

Satu keistimewaan di pulau ini ialah terdapatnya spesies penyu karah dan penyu agar. Di Pulau Redang, anda dapat melihat penyu berenang dan naik ke pantai untuk bertelur. Pantai Chagar Hutang, Pasir Mak Kepit, Pasir Mak Simpan, Pasir Bujang dan Teluk Dalam merupakan lokasi penyu bertelur yang popular. Namun begitu pantai-pantai lain turut menerima kunjungan terutamanya semasa musim penyu bertelur.

Spesies Penyu Karah Dan Agar

ii) Kemudahan asas di Pulau Redang


Kompenen kemudahan asas merupakan kompenen yang penting dalam industri pelancongan di sesebuah Negara.

Pulau Redang juga turut menyediakan kemudahan asas yang baik kepada para pengunjungnya. Kemudahan-kemudahan asas ini menggambarkan potensi Pulau Redang sebagai destinasi ekopelancongan berada pada tahap yang tinggi. Antara kemudahan-kemudahan asas yang wujud di Pulau Redang ialah sistem jaringan pengangkutan, kemudahan tempat penginapan, kemudahan rumah ibadat, balai polis, klinik kesihatan dan lain-lain.

Kemudahan Asas di Pulau Redang

Strategi Pembangunan Ekopelancongan di Pulau Redang


Memantapkan infrastruktur dan informatif pelancongan. Menstrukturkan semula dasar, strategi dan etika pembangunan industri ekopelancongan merupakan strategi berkesan dalam memajukan ekopelancongan di Pulau Redang. Penubuhan Pusat Latihan Ekopelancongan. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. (Akta Pemuliharaan Hutan 1973 ) Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Peranan Kerajaan, Industri dan Komuniti dalam Pembangunan Ekopelancongan Pulau Redang
Kerajaan - Pelaksana dasar di peringkat akar umbi - Kemudahan infrastruktur -Kemudahan awam dan perkhidmatan -Mengubah dasar alam sekitar daripada tindakan mengatasi kepada tindakan mencegah -Melibatkan industri dalam pembuatan keputusan dan pembuatan dasar alam sekitar

Masyarakat - Orang tengah kepada pihak kerajaan dan industri -Penglibatan penduduk tempatan dalam industri pelancongan - Peluang ekonomi -Mewujudkan ekopelancongan mampan -Berkerjasama dengan pihak berkenaan agar sama-sama mengatasi masalah alam sekitar

Industri -Merancang dan urustadbir ekopelancongan -Latihan dan bantuan ekopelancongan - Menjalankan tanggungjawab sosial

- Mempromosikan ekopelancongan
-Bimbingan dan khidmat masyarakat dan kerajaan nasihat kepada

- Melabur dalam penciptaan teknologi baru untuk kepentingan alam sekitar

TEORI PEMODENAN EKOLOGI (TPE)


Teori pemodenan ekologi (TPE) diaplikasikan dalam pembangunan ekopelancongan Pulau Redang. Kerangka konseptual ini menggambarkan hubungkait diantara peranan yang dimainkan oleh kerajaan, masyarakat dan industri dalam membangunkan ekopelancongan di Pulau Redang. Terdapat tiga pihak berkepentingan yang dibincangkan dalam kerangka konseptual dalam membangunkan ekopelancongan di Pulau Redang. Tiga pihak berkepentingan tersebut ialah pihak kerajaan, masyarakat dan industri.

Impak Pembangunan Ekopelancongan Terhadap Persekitaran Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

1) Ekonomi
Industri pelancongan merupakan industri yang mampu menjana aliran pertumbuhan ekonomi yang positif kepada negara. Membantu negara dalam menangani krisis kewangan global. Ekopelancongan memberi kesan positif kepada pihak kerajaan, masyarakat dan industri. Terdapat juga impak negatif dimana apabila adanya pembangunan ekopelancongan ini, nilai hartanah di Pulau Redang semakin meningkat.

2) Sosial Kemudahan jaringan dan infrastruktur dapat ditingkatkan. Penambahan kemudahan-kemudahan asas Perubahan dan pertukaran budaya. Contohnya, berlaku asimilasi budaya antara pelancong asing dengan komuniti setempat. Kesan negatif wujudnya jenayah seperti mencuri.

3) Alam Sekitar Alam sekitar merupakan faktor utama ekopelancongan di Pulau Redang. Masalah pencemaran bahan buangan pepejal di pantai . Kepupusan flora dan fauna erubahan ekologi

Rujukan
Darren Lee Ross & Josephine Pryce. 2010. Human Resources and Tourism. United Kingdom: Channel View Publications. Er Ah Choy & Nurul Bariah Mat Lazim. 2013. Tahap Kefahaman Ekopelancongan dalam Kalangan Komuniti Lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang. Malaysian Journal of Society and Space 9 issue 2 (27 - 34). Fatimah binti Hassan. 2009. Pemasaran Tempat Pendekatan Pembanguanan Wilayah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. New Gaik Ling & Jabil Mapjabil. 2012. Faktor yang Mempengaruhi Kunjungan Ulangan Pelancong Antarabangsa: Suatu Ulasan. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 3 (1 - 11). Nadiah Abdul Halim, Er Ah Choy, Jumaat H Adam, Mohd Afiq Aizat Juhari & Siti Norhafizah Ahmad Tarmidzi. 2012. Potensi Pelancongan di MatuDaro, Sarawak: Persepsi Komuniti Lokal. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (13 - 21).

SEKIAN, TERIMA KASIH

Você também pode gostar