Você está na página 1de 27

PENGENALAN

Penerapan Kemahiran Berfikir (KB) dalam pengajaran dan


pembelajaran dalam Pendidikan Islam amat penting selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran Berfikir adalah
antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara
tersirat.
Blog ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang
kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Selepas membaca blog ini guru dapat :

1. Memahami maksud dan konsep KB.


2. Menguasai teknik penerapan KB dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran
dan pembelajaran.
4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada guru lain.
5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KB dalam
pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian.

BERFIKIR

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk


mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses
berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif serta
sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh
dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea.
STRATEGI BERFIKIR
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula
melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KB secara
kritis dan kreatif digunakan. Kebiasaannya apabila anda berhadapan
dengan sesuatu perkara misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali
timbul di pemikiran anda ialah :

1. Apakah objek itu?


2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda


sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan
aspek yang berikut :

. Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu

. Kemahiran - menyoal diri sendiri tentang objek itu

. Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara


pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam rajah
berikut
Pengetahuan

PROSES
BERFIKIR

Kemahiran/sikap Nilai

RASIONAL

Blog ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk


menjalankan aktiviti pembelajaran yang aktif dan membawa kepada
‘Higher Order Thinking Skills”
i- Kemahiran pembelajaran aras 3,4 dan 5
(Merujuk kepada Taksonomi Bloom)

ii- Aktiviti yang dirancang untuk digabungjalinkan dengan


pelbagai media

iii- Aktiviti yang berpusatkan pelajar.


CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN: IBADAH
(Persediaan Sebelum Mengajar)

Tingkatan Lima

Masa 80 minit

Tajuk Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan : Anak angkat

Fokus Pemikiran / pengetahuan : Pelajar dapat menyatakan pengertian


anak angkat menurut ajaran Islam.

Amalan : Menjaga amanah Allah merupakan


tanggungjawab yang besar.

Penghayatan : Sentiasa bekerjasama sebagai salah


seorang daripada ahli keluarga.

Pembudayaan : Mematuhi batas-batas pergaulan di


antara anak angkat dengan keluarga
angkat.

Kaedah 1. Kontekstual
2. Kajian kes
3. Masteri Learning

Pengetahuan 1. Boleh menulis Jawi dengan baik


Sedia ada 2. Boleh menerima arahan ringkas
Pelajar 3. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga ketika melakukan
kerja-kerja amal.

Sumber 1. Gambar penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga angkat


Pengajaran & anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pembelajaran 2. VCD/ Komputer
3. LCD
4. Keratan akhbar/ majalah

Persediaan 1. Bilik tayangan yang lengkap


2. Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3 Lembaran kerja
4 Soalan-soalan
Aras 1:
1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam
Hasil 2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat
Pengajaran & 3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak
Pembelajaran angkat
4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Aras 2:
1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat
2. Menjelaskan hikmah-hikmah diharuskan mengambil anak
angkat
3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

Aras 3:
1. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak
angkat kepada ayah angkat.
2. Menjaga hubungan baik kekeluargaan.
RANCANGAN PELAJARAN (1)

Matapelajaran : Pendidikan Islam


Tingkatan : 5 Progresif
Bilangan murid : 33 orang
Tarikh : 10 Februari 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.45 – 9.55 pagi ( 80 minit)
Tajuk : Anak angkat

Objektif : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam

2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat

3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil


anak angkat

4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Kemahiran berfikir : Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke

dalam keluarga

Penerapan : a) Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila


b) Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar : Kad bergambar, VCD dan LCD

Pengetahuan sedia ada murid : Boleh menulis Jawi dengan baik


Boleh menerima arahan ringkas
Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/
Nilai/ BBM

-
- Gambar- - -Guru mempamerkan gambar-gambar BBM:
gambar penyerahan dan penerimaan anak Kad –kad
penyerahan angkat di hadapan kelas. gambar ,
dan - VCD dan
penerimaan - -Murid meneliti gambar-gambar LCD
anak angkat. tersebut.
-
- -Guru seterusnya menayangkan VCD
- VCD tentang penyerahan anak angkat
Set penyerahan -
Induksi anak angkat - -Murid menonton tayangan VCD
tersebut
-
- -Guru mengemukakan beberapa
soalan yang ada hubung kait dengan
mengurus atau menjaga anak yatim
-
- -Murid memberikan pelbagai jawapan
-
- -Guru seterusnya mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk yang
akan dipelajari pada hari tersebut.
-

Pengertian -Guru menyatakan pengertian anak Nilai:


anak angkat angkat menurut Islam
menurut Islam Sentiasa
- -Murid mendengar pengertian dan menjaga
“seseorang penerangan guru. amanah
yang dipelihara yang
Langkah oleh bukan ibu -Murid diminta untuk membaca dan dipertanggun
1 bapanya memahami pengertian anak angkat gjawabkan
sebenar atau menurut Islam
bukan dari ahli
waris yang
terdekat yang
wajib
menjaganya
semasa
ketiadaan ibu
bapanya”
-Hukum -Guru menerangkan hukum Nilai:
mengambil mengambil anak angkat dalam Islam
anak angkat: - Sabar dalam
“Harus dalam -Guru juga menceritakan sirah Nabi mendidik
Islam” Muhammad yang mengambil Zaid b. anak angkat
Langkah Harithah sebagai anak angkat.
2 - untuk
-Nabi kejayaan
Muhammad - -Guru menilai tahap kefahaman murid masa depan.
mengambil dengan mengemukakan beberapa
Zaid b Harithah soalan:
sebagai anak 1- Berikan maksud anak angkat
angkat menurut Islam
2- Nyatakan hukum mengambil anak
angkat

-
- Peraturan yang - -Guru menyatakan peraturan- Penerapan
berkaitan peraturan yang berkaitan dengan ilmu:
dengan mengambil anak angkat
mengambil - Ibadah
anak angkat: - -Murid mendengar penerangan guru berpakaian
- dengan teliti menutup
- anak angkat - aurat dan
tidak boleh - -Murid diminta untuk menyebut menjaga
dibinkan atau kembali satu persatu peraturan- batas-batas
dibintikan peraturan yang perlu diikuti untuk pergaulan
kepada bapa mengambil anak angkat.
Langkah angkat
3
- batas
pergaulan
bersama
keluarga
angkatnya tetap
sama dengan
kedudukan
asalnya sama
ada mahram
ataupun bukan
mahram

- harta pusaka
daripada
keluarga
angkatnya
adalah tidak
berhak ke atas
anak angkat
atau sebaliknya.
Penilaian: - Guru menilai tahap kefahaman murid
-Kuiz dengan mengemukakan beberapa
soalan dalam bentuk kuiz:
1- Berikan maksud anak angkat
menurut Islam
2- Nyatakan hukum mengambil anak
angkat
- 3- Nyatakan peraturan-peraturan
- pengambilan anak angkat mengikut
- syara’
-
Langkah - Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
4 -
- Guru mengemukakan soalan- soalan
kuiz dan murid diminta menjawabnya
dalam kumpulan.
-
- Kumpulan yang menjawab dengan
tepat akan diberikan markah.
- Kumpulan yang memperoleh markah
yang banyak dikira sebagai pemenang
-

Rumusan -Guru meminta murid membuat


tentang isi rumusan tentang isi pelajaran yang
Penutup pelajaran telah dipelajari pada hari tersebut

-Guru memberikan penghargaan


kepada murid kerana mereka dapat
menjalankan aktiviti p& p dengan baik.
RANCANGAN PELAJARAN (2)

Mata pelajaran : Pendidikan Islam


Tingkatan : 5 Progresif
Bilangan murid : 33 orang
Tarikh : 13 Februari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 – 8.40 pagi (80 minit)
Tajuk : Anak angkat
Objektif :Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat

2. Menjelaskan hikmah-hiikmah diharuskan mengambil anak


angkat

3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

4. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak


angkat kepada ayah angkat

Kemahiran berfikir : Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke


dalam keluarga

Penerapan : Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila


Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar :Buku teks

Pengetahuan sedia ada murid :1. Boleh menulis Jawi dengan baik

2. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga

ketika melakukan kerja amal .


Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/ Nilai/
BBM

-
Gambar - -Guru mempamerkan gambar BBM:
seorang ibu seorang ibu menyusukan anaknya
menyusukan di hadapan kelas. Kad gambar
anaknya -
- -Murid meneliti gambar tersebut.
-
- -Guru mengemukakan beberapa
soalan yang ada hubung kait
Set dengan mengurus atau menjaga
Induksi anak yatim
-
- -Murid memberikan pelbagai
jawapan
-
- -Guru seterusnya mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk yang
akan dipelajari pada hari tersebut

- -Guru meminta murid memikirkan Nilai:


tentang peranan seorang ibu -
Sentiasa
Tanggungjwb - menjaga
ibu kepada - -Murid memberikan pelbagai jawapan amanah yang
anak - dipertanggung
angkatnya - -Guru seterusnya mengemukakan jawabkan
soalan:
- bagaimana pula peranan seorang
ibu kepada anak angkatnya?
Langkah - - murid memberikan pelbagai
1 - jawapan dan andaian
-
- -Guru memperbetulkan jawapan
murid dan menyenaraikan
tanggungjawab ibu kepada anak
angkatnya.
-
- -Murid menyebut satu persatu
tanggungjawab ibu kepada anak
angkatnya
- -
- Hikmah - -Guru menjelaskan hikmah-hikmah Nilai:
diharuskan diharuskan mengambil anak angkat
Langkah mengambil - - Berusaha dan
anak angkat - -Murid mendengar penjelasan guru beriltizam
2
dengan jelas dan teliti memberi
pendidikan
terhadap anak
angkat

- Masalah yang- -Murid diminta untuk memikirkan Nilai:


timbul akibat masalah yang timbul akibat
menasabkan menasabkan anak angkat kepada Menjaga
anak angkat ayah angkat. hubungan baik
kepada ayah - kekeluargaan
angkat: - -Guru memperbetulkan jawapan
Langkah- murid
3 1. harta -
pusaka - -Guru menghuraikan masalah yang
timbul akibat menasabkan anak
2. wali angkat kepada ayah angkat.
-
3. tidak - -Murid menyebut kembali masalah-
menjaga masalah yang timbul satu persatu.
keturunan

Rumusan isi - -Guru mengingatkan murid sentiasa Nilai:


pelajaran mentaati ibu bapa angkat selagi tidak- Silaturrahim
menyalahi syariat Allah. sentiasa
- diutamakan
Penutup
- -Guru menasihatkan murid supaya
beradab dengan saudara angkat. BBM:
- 1. Lembaran
- -Murid dikehendaki menjawab kerja
soalan-soalan daripada lembaran
kerja yang disediakan.
ANAK AMANAH
ALLAH

ANAK ANGKAT MENURUT


PANDANGAN ISLAM

PENGERTIAN ANAK YANG DIPELIHARA OLEH BUKAN IBU


BAPA KANDUNGNYA
ANAK ANGKAT • Biasanya anak angkat diambil oleh pasangan
yang tidak mempunyai zuriat akibat mandul.

HUKUM
HARUS DALAM ISLAM
MENGAM BIL
ANA K

INFO
MINDA
HIBBAH WASIAT
Pesanan yang dibuat
Pemberian sesuatu oleh seseorang
seperti harta kerana kepada seseorang
kasih sayang kepada yang lain supaya
seseorang melakukan kebaikan
terhadap harta yang
dimilikinya selepas
dia meninggal dunia.
PERATURAN
PENGAMBILAN ANAK
ANGKAT

1. HARAM MEMBINKAN DAN MEMBINTIKAN ANAK


ANGKAT KEPADA BAPA ANGKAT

Islam mengharamkan memberi nasab anak angkat kepada


bapa angkat dan

mewajibkan anak angkat dibinkan dan dibintikan kepada


bapa kandungnya sendiri sebagai
Memuliakan pertalian
nasab (keturunan)

Perbuatan menasabkan kepada bapa angkat termasuk


dalam DOSA BESAR dan DILAKNATI ALLAH.

Contoh :
Rasullullah S.A.W sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah
sebagai anak angkat sebelum diutus sebagai rasul dan dikenali
dengan panggilan Zaid bin Muhammad sehinggalah turun ayat
surah al-Ahzab yang melarang perbuatan tersebut.

Bagi menguatkan hubungan antara bapa angkat dan anak angkat


bukannya hubungan nasab (keturunan)Rasullullah mengahwini
bekas isteri Zaid.

Allah memerintahkan agar anak angkat dipanggil dengan


panggilan tertentu, seperti ‘wahai saudaraku’ jika tidak diketahui
bapa kandungnya yang sebenar.
2. BATAS-BATAS PERGAULAN ANAK ANGKAT

Anak angkat tetap dikira ajnabi( orang asing) walaupun


diperlihara semenjak kecil.
Batas-batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dan
keluarga angkat wajib dijaga dan tertakluk kepada ketentuan
hukum antara bukan mahram.

3. PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga


angkatnya dan begitu juga sebaliknya.
Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta keluarga angkatnya
melalui HIBBAH, HADIAH dan WASIAT (tidak melebihi 1/3
daripada harta keluarga angkat)
HIKMAT LARANGAN MEMBIN &
MEMBINTIKAN KEPADA BAPA ANGKAT

• Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan


mengekalkan kemuliaan pertalian nasab
antara mereka.

• Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi


harta pusaka bapa kandungnya

• Menjaga batas pergaulan supaya aurat


antara anak angkat dan keluarga angkatnya
terpelihara

• Memelihara harta pusaka bapa kandung dan


salasilah keluarga supaya tidak bercampur
dengan anak angkat yang tiada hubungan
nasab dengan mereka

• Memelihara hak wali nikah oleh bapa


kandungnya dan mereka yang berhak
menjadi wali
HIKMAT MENGAMBIL ANAK ANGKAT

• Meringankan beban hidup keluarga yang


miskin

• Mengeratkan silaturrahim keluarga ke dua-


dua belah pihak

• Mendapat pahala dan keredhaan Allah

• Antara jalan penyelesaikan bagi pasangan


yang tidak mempunyai anak

• Membahagiakan rumahtangga bagi


mereka yang tidak dikurniakan anak
PETA MINDA

PENGERTIAN
ANAK ANGKAT:
Anak yang HUKUM
dipelihara oleh MENGAMBIL
bukan ibu bapa ANAK
kandungnya ANGKAT:
Harus dalam
Islam

PERATURAN
MENGAMBIL
ANAK ANAK
ANGKAT ANGKA
T

Mendapat pahala

Meringankan
beban hidup
keluarga miskin.

Menimbulkan rasa
kasih sayang

Mengeratkan
AKTIVITI 1 – TEKA SILANG KATA

1 2 3

4 5

Melintang: Menegak:
Status hubungan antara keluarga 1 Dapat harta melaluinya
4 angkat dan anak Tidak melebihi dari satu
angkat yang dipelihara sejak kecil 2 pertiga
Diperlukan ketika pernikahan
6 seorang anak angkat 3
Pemberian kepada anak
angkat
7 Islam memeliharanya Penghargaan Islam kepada
5 bapa kandung
AKTIVITI 2: MELENGKAPKAN RAJAH

HARAM

DIBIN ATAU

DIBINTIKAN ANAK

ANGKAT KEPADA

BAPA ANGKAT

SEBAB AKIBAT
AKTIVITI 3 : PENYELESAIAN MASALAH

RUMAH SEWA
LADANG
KOLAM IKAN
DUSUN

MERCEDEZ
CAMRY
HONDA JAZZ
SAHAM
HILUX
&
WANG

Encik Mustafa adalah seorang kaya yang mempunyai banyak harta. Dia
mempunyai tiga orang anak dan seorang daripadanya adalah bukan anak
kandungnya tetapi dipelihara sejak kecil lagi seperti anak sendiri. Kasih
sayang terhadap anak-anaknya tidak berbelah bagi.Sifat baik Encik Mustafa
adalah sama adil dan sama rata terhadap anak-anaknya.Beliau terfikir
bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta-harta yang
dimiliki kepada anak-anaknya. Bolehkah anda membantunya
menyelesaikan masalah ini ?
LATIHAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

Bahagian A: Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih
satu jawapan tepat atau terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Hukum mengambil anak angkat ialah…..


A. sunat C. wajib
B. harus D. haram

2. Manakah antara yang berikut merupakan anak angkat Rasulullah S.A.W.?


A. Umar bin Al-Khattab
B. Abu Bakar As-Siddiq
C. Zaid bin Harithah
D. Bilal bin Rabah

3. Apakah hukum membinkan dan membintikan anak angkat?


A. sunat C. haram
B. harus D. Wajib

4. Penyataan yang berikut adalah benar mengenai pemberian harta keluarga


angkat kepada anak angkat, kecuali....
A. anak angkat diharuskan mewarisi keluarga angkat
B. anak angkat diharuskan mendapat hadiah
C. anak angkat diharuskan mendapat hibbah
D. anak angkat diharuskan mendapat harta melalui wasiat

5. Pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai....


A. mahram C. ajnabi
B. senasab D. sebangsa

6. Syarat anak angkat boleh mendapat harta pusaka keluarga melalui wasiat
dan sebagainya ialah......
A. tidak melebihi 2/3 harta
B. melebihi separuh daripada harta
C. tidak melebihi 1/3 harta
D. 2/3 daripada harta

Bahagian B: Soalan Isi Tempat Kosong

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Anak angkat tidak boleh mewarisi ______________keluarga angkatnya


dan begitu juga sebaliknya.

2. Tidak mendapat _____________merupakan faktor pasangan suami isteri


mengambil anak angkat.

3. Larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat


bertujuan memelihara ___________________keluarga daripada
bercampur aduk dan tercemar.

4. Orang yang berhak menjadi wali nikah bagi anak angkat ialah
_______________

Bahagian C : Soalan Struktur


Arahan : Soalan 5-9 berdasarkan carta di bawah.
Anak angkat mendapat harta pusaka keluarga dengan beberapa cara. Nyatakan
cara-cara tersebut.

Cara

5. 6.

7.

Terangkan hikmat larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada


bapa angkat.

Hikmat

8. 9.
Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat
dengan keluarga angkatnya terpelihara

Bahagian D: Soalan Subjektif

Arahan : Jawab semua soalan yang berikut.

1.(a) Allah SWT memerintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada anak
angkat.
i. Jelaskan pengertian anak angkat.

__________________________________________________________

ii. Nyatakan dua sebab pasangan suami isteri mengambil anak angkat.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

iii. Jelaskan dua hikmat mengambil anak angkat.

_____________________________________________________________
_________________________________________________________
_____

(b) Islam melarang membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat.
Terangkan tiga hikmat larangan membin dan membintikan anak angkat.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
_____________________________________________________________
___

(c) Nyatakan dengan ringkas mengenai perkara di bawah ini.

i. Batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat

____________________________________________________________

ii. Pewarisan harta pusaka keluarga angkat oleh anak angkat

____________________________________________________________
JAWAPAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

A. Soalan Objektif
1. B
2. C
3. C
4. A
5. C
6. C

B. Soalan Isi Tempat Kosong


1. harta
2. zuriat
3. keturunan
4. bapa kandung

C. Soalan Struktur
5. hibbah
6. hadiah
7. wasiat
8. mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian
nasab mereka
9. memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif
1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat


membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi


pasangan yang tidak mempunyai anak
dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan
sempurna

(b) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab


antara mereka
memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandungnya
menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara
(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai
ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah
ii.anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak
angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan
wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta
keluarga angkat.

(b) i. kerana ibu merupakan orang yang paling dekat dengan anak
kerana anak tersebut memerlukan penyusuan yang sempurna
daripada ibu
ii. Islam
sempurna akal
dewasa / berusia matang

(c) berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan


cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut murtad

B. Soalan Isi Tempat Kosong


10. harta
11. zuriat
12. keturunan
13. bapa kandung

C. Soalan Struktur
14. hibbah
15. hadiah
16. wasiat
17. mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian
nasab mereka
18. memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif
1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat


membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi


pasangan yang tidak mempunyai anak
dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan
sempurna
(c) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab
antara mereka
memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandungnya
menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara

(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai
ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah
ii. anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak
angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan
wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta
keluarga angkat.

______________________________________________________________

Você também pode gostar