Você está na página 1de 2

Nama Peserta Tajuk Cerita

: Choo Yi Jie : Angsa Bertelurkan Telur Emas

Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Cerita yang akan saya persembahkan pada pagi ini ialah Angsa Bertelurkan Telur Emas. Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang miskin. Mereka tinggal di sebuah rumah buruk di hujung kampung. Mereka bekerja sebagai petani. Pasangan suami isteri itu ada menternak beberapa ekor angsa. Setiap hari, petani itu akan menjual telur angsa-angsanya. Dengan cara ini, petani mendapat sedikit wang untuk menyara hidup mereka. Pada suatu pagi, petani berasa sangat terkejut. Dia mendapati salah seekor angsanya bertelurkan sebutir telur emas! Mari, lihat ini!teriak petani kepada isterinya. Isteri petani pun berasa terkejut juga melihat kejadian itu. Angsa kita bertelurkan sebutir telur emas! kata isterinya dengan gembira. Kita akan menjadi kaya kalau menjual telur emas ini! Petani pun menjual telur emas itu kepada seorang tukang emas. Dia sangat gembira kerana mendapat banyak wang. Kalaulah angsa itu bertelurkan emas setiap hari, kita akan menjadi kaya-raya! kata petani kepada isterinya. Harapan petani benar-benar terjadi. Pada keesokan hari, petani pergi ke reban angsa. Angsa itu bertelurkan sebutir telur emas lagi. Petani mendapat lebih banyak wang. Angsa itu bertelur setiap hari sehingga petani dan isterinya menjadi kaya-raya. Petani menjadi semakin tamak. Pada suatu hari, petani itu mendapat akal. Dia percaya di dalam perut angsa itu ada banyak lagi telur emas. Jika aku belah perut angsaku, tentu aku mendapat lebih banyak telur emas itu, fikir petani itu. Dia pun pergi ke reban angsanya. Petani pun menyembelih angsa lalu membelah perutnya. Rupa-rupanya tiada sebutir telur emas pun di dalam perut angsa itu. Kini, petani sedar akan perasaan tamaknya. Dia tidak akan mendapat telur emas lagi. Dia berasa insaf akan sikap tamaknya.

Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita ini ialah orang yang tamak selalunya akan rugi. Sekian, terima kasih.

Você também pode gostar