Você está na página 1de 2

ANAK MURID IDAMAN GURU

1. Aspek MINDA Mindanya positif tidak bercelaru Cerdas otaknya, tidak mudah ditipu Bersinar matanya mendengar kuliah guru Tidak hanyut atau layu Baik dan buruk dia tahu Membaca bahan bernilai ilmu Menuntut ilmu tiada jemu Mempunyai wawasan Memikirkan masa depan Mindanya aktif, luas fikiran

2. Aspek JASMANI

Anak murid idaman cikgu menjaga kesihatan diri ihat jasmaninya, bersarapan pagi Membuat senaman setiap hari Berjalan, berjogging, serta berlari Memilih makanan serta minuman !okok, air bergas dijauhkan Atau apa saja yang menjejaskan kesihatan Asrama dan kelas dijaga kebersihan Tidak membuang sampah merata"rata Menjaga kebersihan alam sekitar kita

3. Aspek ROHANI

#idup bersemangat, percaya, redha pada Allah Berjiwa besar tidak mudah mengaku kalah Bertanggungjawab, kerja sungguh"sungguh egalanya beres tak pernah bertangguh $ujur dan sentiasa benar pada kata"kata entiasa mempamerkan akhlak mulia Tidak haloba, tiada buruk sangka

4. Aspek EMOSI

$iwanya besar, berbudi bahasa Berasa dirinya berharga %ebolehan diri ia percaya &otensi dirinya tidak dipersia 'akin diri, berpaksikan agama Tenang, sabar, tidak putus asa (ia berusaha dan terus mencuba Mematuhi perintah, tabah, berfikiran terbuka Berlapang dada, suka berkerjasama entiasa bera)am memperbaiki diri tabil emosi, unggul peribadi Tidak bersedih dengan kekurangan sendiri

5. Aspek SOSIAL

#ati yang lain tidak disakiti Benar ucapan dan memenuhi janji Bersopan santun, tidak mengutuk, tidak memaki Tidak menghasut, tidak membenci Manis wajahnya riang berseri Tiada hasad tiada dengki Mengasihi dan murkai kerana *lahi *bubapa, guru, dan rakan dihormati dan disayangi Menjaga maruah dan harga diri &emaaf, bertimbang rasa, luhur hati dan budi. Memberi pertolongan dan berbesar hati Tidak membiar rakan hidup susah dan sepi Mendahulukan orang lain daripada kepentingan sendiri Tanpa menjejaskan kesejahteraan diri.

...ITULAH DOAKU BUATMU ANAK-ANAK MURID IDAMANKU.

Você também pode gostar