Você está na página 1de 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / 2013

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

83010201561001 830102-01-5610 012-4456362 sayang_0283@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM ALOR SETAR KEDAH

ISI KANDUNGAN

Tajuk 1.0 Pengenalan 2.0 Kebaikan Pendidikan Jarak Jauh 2.1 Belajar pada tahap kendiri 2.2 Belajar dari lokasi yang bersesuaian. 2.3 Pelajar boleh mempelajari topik yang mungkin tidak terdapat dalam program atau kursus yang ditawarkan dalam bidang mereka. 2.3 Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh university, kolej, perniagaan dan kumpulan lain, yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa perlu berpindah lokasi. 2.5 Pelajar boleh belajar mengikut mod pembelajaran yang diminatinya. 2.6 Melatih pelajar menggunakan pelbagai teknologi 2.7 Mengarah pembelajaran pelajar 3.0 Ciri-ciri pelajar jarak jauh. 3.1 Menguruskan tekanan 3.2 Motivasi Pelajar Pendidikan Jarak Jauh 3.3 Perlu mahir penggunaan Internet 4.0 Ciri Pembelajaran 4.1 Keadaan Pembelajaran (Learning Condition) 4.2 Kecenderungan Mod Belajar (Preferred Mode Of Learning) 4.3 Kandungan Pembelajaran (Learning Content) 4.4 Jangkaan Prestasi (Perfomance Expectation). 5.0 Kemahiran belajar 5.1 Kemahiran membaca 5.2 Kemahiran membuat nota 5.3 Kemahiran mengurus masa 6.0 kesimpulan Rujukan

Muka surat 3 4-5

6-7

8-9

9 - 11

11 12

1.0 Pengenalan Pendidikan jarak jauh telah menjadi satu istilah yang popular bagi menerangkan pembelajaran melalui telekomunikasi. Perkataan tele yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud at a distance atau far off bermaksud satu system untuk berkomunikasi secara jarak jauh (Heinich, et.al., 1999). Rowntree, 1994 mendefinisikan pendidikan jarak jauh sebagai pengasingan guru dengan pelajar dan di antara pelajar sesama pelajar, mereka terpisah dari segi jarak dan masa. Mereka terpisah daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang utama tetapi masih dibimbing oleh guru yang biasanya menggunakan bantuan bahan-bahan rakaman dan pembelajaran berpakej. Walaupun terdapat pemisahan secara fizikal,pertemuan bersemuka perlu diadakan untuk memperkukuhkan motivasi dan membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran tertentu. Pelaksanaan sistem pendidikan jarak jauh menjadi semakin berkesan dan meningkat dengan mendadak setelah timbulnya penambahan bilangan pelajar, kemasukan yang terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar Negara serta kemudahan dan kecanggihan teknologi dan komunikasi Negara masa kini (Zuraini et. Al. 2003). Sistem pendidikan jarak jauh ini menjadi popular kerana ia fleksibel dari segi masa, lokasi dan belajar serta bekerja pada masa yang sama. Pelajar jarak jauh umumnya adalah pelajar dewasa. Pelajar ini telah lama meninggalkan alam persekolahan dan majority daripada mereka telah berkeluarga. Oleh itu, mereka harus bijak dalam membahagikan masa antara pelajaran dan tanggungjawab dalam keluarga sama ada sebagai suami atau isteri, bapa atau ibu, anggota masyarakat, anak kepada ibu bapa yang telah tua dan sebagainya. Justeru itu, pelajar pendidikan jarak jauh juga memerlukan konsep pembelajaran yang boleh diatasi dengan mudah dan pelajar juga harus mempunyai ciri-ciri yang bagus untuk menjadi lebih cemerlang.

2.0 Kebaikan Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan jarak jauh membentuk pembelajaran berterusan dan ia menarik kepada semua orang. Ada beberapa faedah yang boleh diperolehi melalui pendidikan jarak jauh seperti belajar pada tahap kendiri, belajar dari lokasi yang bersesuaian, pelajar boleh mempelajari topik yang mungkin tidak terdapat dalam program atau kursus yang ditawarkan dalam bidang mereka, pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, perniagaan dan kumpulan lain yang menewarkan program berprestij dan berkualiti tanpa perlu berpindah lokasi, pelajar boleh belajar mengikut mod pembelajaran yang diminatinya, melatih pelajar menggunakan pelbagai teknologi, dan mengarah pembelajaran pelajar.

2.1 Belajar pada tahap kendiri Pelajar boleh mengambil kursus semasa penggal biasa atau dalam satu sesi latihan atau mengambil masa sendiri untuk menghabiskan aktiviti pembelajaran.

2.2 Belajar dari lokasi yang bersesuaian. Bergantung kepada medium atau perantara yang digunakan, pendidikan jarak jauh boleh berlaku di tempat yang sesuai lokasinya. Misalnya, dua lokasi atau lebih dapat dihubungkan melalui telesidang. Rakaman video sidang tersebut boleh ditonton semula di rumah atau di tempat kerja. Pelajar boleh mengakses maklumat yang berasaskan web atau yang menggunakan internet untuk menghantar dan menerima mel-elektronik, yang berurusan dengan senarai mel (mailing lists) dan punggah simpan (download) notis papan buletin. Penyiaran televisyen kabel, sama ada melalui litar tertutup atau siaran luar boleh diterima di rumah, pejabat atau di perpustakaan awam bagi orang awam. Pada peringkat yang lebih mudah, bahan bercetak boleh diposkan. Pendek kata, pelajar-pelajar dapat dihubungkan secara maya dan mereka boleh belajar di mana-mana sahaja.

2.3 Pelajar boleh mempelajari topik yang mungkin tidak terdapat dalam program atau kursus yang ditawarkan dalam bidang mereka. Kebanyakan universiti, kolej, perniagaan dan perundingan bebas mungkin menawarkan program latihan dan pendidikan dalam sesuatu kawasan geografi yang tertentu. Oleh itu pelajar boleh mencari beberapa program khas dalam bidang yang diminati oleh mereka.

2.4 Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh university, kolej, perniagaan dan kumpulan lain, yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa perlu berpindah lokasi. Pelajar yang ingin mendaftarkan diri dalam satu atau dua kursus yang diiktiraf, yang ditawarkan oleh institusi yang berprestij tidak perlu berpindah kepada institusi berkenaan. Misalnya, pelajar yang ingin mendaftar di Harvard University, boleh mendaftar dirinya melalui World Wide Web. Mereka boleh mendapat semua kemudahan dan faedah daripada institusi tersebut tanpa menjejaskan kecemerlangan akademik mereka.

2.5 Pelajar boleh belajar mengikut mod pembelajaran yang diminatinya. Setiap orang mempunyai mod pembelajaran yang tersendiri. Ada orang yang merupakan pelajar aktif, manakala yang lain pula lebih bersikap pasif. Satu faedah pendidikan jarak jauh ialah kepelbagaian yang boleh disediakan untuk memenuhi pilihan pembelajaran seseorang pelajar pada sesuatu ketika yang tertentu.

2.6 Melatih pelajar menggunakan pelbagai teknologi Teknologi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti penyiaran computer, pemain CD, rakaman pita video dan teknologi pendidikan yang lain-lain dalam pelbagai bidang subjek. Ini akan menambahkan kemahiran dan pengetahuan pelajar tentang penggunaan teknologi.

2.7 Mengarah pembelajaran pelajar Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri. Kebanyakan pelajar memerlukan satu panduan, sama ada oleh sesebuah institusi melalui syarat keperluan dan polisi institusi, atau pendidik peribadi yang boleh menyediakan tutor, mentor dan kaunseling sebagai tambahan kepada khidmat seorang guru. Walau bagaimanapun, pelajar sendiri yang akan bertanggungjawab tentang penglibatan dirinya di dalam program pengajiannya, menyelesaikan tugasannya, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.

3.0

Ciri-ciri pelajar jarak jauh.

3.1 Menguruskan tekanan Tekanan merupakan satu situasi lumrah atau semula jadi yang wujud dalam setiap perjalanan kehidupan harian kita. Tekanan boleh menjadi positif atau negatif dan organ direka bentuk untuk untuk bertindak balas terhadapnya. Pelajar pendidikan jarak jauh perlulah belajar untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Tekanan positif adalah tekanan yang boleh dikawal dan diatasi jika kita sebagai pelajar boleh menyelesaikan yang boleh memberikan cabaran kepada kita. Manakala tekanan negatif pula akan menyebabkan tubuh badan kita bertindak balas berlebihan dengan peristiwa. Walaubagaimanapun tekanan tidak seharusnya kita abaikan kerana ini adalah salah satu tingkahlaku dalam diri seseorang. Beberapa tanda tekanan ialah kemarahan yang meluap-luap, kekurangan efisiensi dalam pembelajaran, kegelisahan atau keresahan yang mengakibatkan pemencilan diri, penarikan diri daripada rakan-rakan dan situasai sosial, halangan kegembiraan, kebahagiaan atau semangat, leka akan pemikiran tertentu, terutamanya yang negatif, kesukaran menumpukan perhatian atau membuat keputusan yang kecil dan intoleransi dan kerengsaan, terutamanya semasa perbincangan atau perbahasan. Selain dari itu pelajar pendidikan jarak jauh juga perlu mempunyai strategi untuk

menguruskan tekanan yang dihadapi. Antara strategi adalah bertindak mengatur diri sendiri, kawal persekitaran dari aspek apa dan siapa di sekeliling, santaikan diri dan rehat secukupnya.

3.2 Motivasi Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Motivasi intrinsik lebih popular dikalangan pelajar jarak jauh. Antara faktor motivasi intrinsik adalah keinginan pelajar untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman, memenuhi impian, meningkatkan imej dan keyakinan diri dalam mengadaptasi system pendidikan jarak jauh. Manakala faktor-faktor ekstrinsik pula adalah seperti cabaran semasa, menambah pendapatan sebagai idola. Dalam analisis ini, pemberat dikira untuk melihat perbezaan antara faktor-faktor tersebut. Kajian mendapati bahawa faktor menambah pengetahuan adalah faktor paling utama yang memotivasikan mereka, diikuti oleh faktor memenuhi impian serta faktor meningkatkan imej diri dan keluarga. Motivasi intrinsik lebih kukuh dan lebih berkaitan dengan pencapaian pembelajaran yang berkualiti (Kawachi,2002). Bagaimanapun, bagi sesetengah pelajar motivasi seperti ini memerlukan galakan dan pengaruh dari orang lain sebagai inspirasi, bantuan, cabaran,

rangsangan untuk motivasi intrinsik. Motivasi instrinsik ini amat penting kerana ia dapat membina perilaku pelajar dan membantu dalam perbincangan kumpulan atau komunitiuntuk membolehkan pembelajaran yang efektif pada masa depan. Oleh itu, adalah perlu untuk pelajar bersedia dalam memajukan diri mereka seiring dengan teknologi maklumat yang berorentasikan persekitaran pembelajaran. Selain itu, penentu yang lain ialah material pembelajaran, kesediaan dan kemudahan peralatan komunikasi. Sistem perkhidmatan dan galakan yang disediakan amat berguna kepada pelajar untuk merungkaikan segala masalah, memberi maklumbalas, merangsang dan member inspirasi untuk memotivasikan diri sendiri dan berjaya dalam pengajian mereka. Kesemua ini adalah penting kerana cabaran pelajar terutama yang menjadi pelajar jarak jauh, yang majoritinya adalah bekerja dan mempunyai keluarga menjadi semakin mencabar dan memerlukan daya tahan yang kuat dan disiplin demi memajukan diri dalam era globalisasi ini. Jelaslah bahawa motivasi daripada pelajar pendidikan jarak jauh ini juga harus ada untuk meneruskan pengajian untuk mencapai matlamat.

3.3 Perlu mahir penggunaan Internet Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari pelbagai lokasi evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat , malah member peluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat, dalam dua elemen iaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan pengurusan maklumat berasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entity pembelajaran melalui pelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik. Pelajar jarak jauh pada masa kini perlu peka tentang penggunaa internet dan bagaimana untuk mengakses internet. Contohnya seperti penggunaan MyVLE iaitu membenarkan untuk berinteraksi, berkomunikasi dan belajar daripada tutor dan rakan-rakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Selain daripada itu, ini memudahkan pelajar menjalankan pembelajaran kolaboratif. Teknologi internet pada masa kini banyak membantu pelajar pendidikan jarak jauh untuk mencari maklumat serta memudahkan pelajar menghantar tugasan melalui email. Selain daripada itu, pelajar juga perlu menjalankan perbincangan dalam talian untuk berinteraksi dan membincangkan topik tertentu. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dewasa apabila menggunakan internet ini adalah ketidak kecekapan untuk

mencari maklumat yang terdapat dalam internet. Ini kana membuatkan pelajar berkenaan akan merasa putus asa sekaligus akan membuatkan pelajar mudah merasa tekanan.

4.0 Ciri Pembelajaran Model Pembelajaran Canfiield ini memberi empat ciri utama dalam gaya pembelajaran individu iaitu

4.1 Keadaan Pembelajaran (Learning Condition) Menurut Canfield, pelajar yang bersifat berdikari lebih suka menyiapkan tugasan secara bersendirian tetapi masih mengharapakan bantuan rakan sebaya untuk tujuan pandangan kedua atau perbincangan. Mereka yang berdikari biasanya mempunyai materialnya sendiri, bekerja berdasarkan kelajuan mereka, cuba tidak menggangu pelajar lain dan mencari maklumat daripada guru sahaja. Mereka mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai kerana mempunyai minat yang mendalam . Mereka melihat kejayaan mereka adalah bergantung kepada kemampuan mereka tetapi dalam organisasi sendiri. Menjadikan persaingan antara kawan-kawan sebagai positif tetapi memerlukan bantuan guru untuk mlengkapkan tugasan. Mereka juga mengganggap kejayaan dan kegagalan adalah tidak berkait dengan orang lain Model pembelajaran ini juga memberi tanggapan bahawa pelajar mempunyai kemampuan yang lebih untuk mendisiplinkan diri dengan program yang diikuti, berkebolehan untuk melakukan arahan kendiri (Self-directing)

4.2 Kecenderungan Mod Belajar (Preferred Mode Of Learning) Model ini menjelaskan bahawa pelajar yang bersifat kolaboratif seronok untuk berkongsi idea ketika bekerja dalam kumpulan. Beliau percaya bahawa pelajar-pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Pelajar lebih cenderung untuk membaca, mendengar , ikonik dan pengalaman langsung atau hands-on untuk mendapatkan ilmu. Model ini mendapati dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan, semua elemen pembelajaran diterapkan. Hasil daripada peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada pembelajaran. Model ini juga menjelaskan bahawa bekerja dalam kumpulan adalah untuk menyempurnakan sesuatu matlamat bersama. Mereka melihat output sebagai kebaikan untuk semua ahli kumpulan.

4.3 Kandungan Pembelajaran (Learning Content) Model pembelajaran ini lebih menjurus kearah numerasi, kualitatif, inanimat dan kemasyarakatan. Jelas Model ini menjurus kearah pembelajaran untuk orang dewasa di mana konsep pembelajaran agak meluah dan bebas. Tidak terdapat isu pelajar yang bersifat pergantungan akan merasa hampa apabila menghadapi cabaran. Model ini juga menjalaskan corak pembelajaran yang tidak terlalu amat bergantung kepada guru untuk memberi arahan yang jelas untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat memerlukan pensyarah untuk memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari untuk menghadapi peperiksaan.

4.4 Jangkaan Prestasi (Perfomance Expectation). Canfiled berpendapat bahawa pelajar yang bersifat persaingan akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga timbul dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin menunjukkan kehebatan diri sendiri dengan kecenderungan menyiapkan tugasan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap pencapaian ujian atau tugasan pelajar lain.

5.0 Kemahiran belajar Untuk menjadi pelajar yang berjaya 3 jenis kemahiran belajar yang utama ini perlu ada dalam setiap diri pelajar. Kemahiran belajar yang utama itu ialah kemahiran membaca, kemahiran menulis nota dan kemahiran mengurus masa.

5.1 Kemahiran membaca Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan menangkumi buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis dan bahan-bahan rencana yang berkaitan. Saniah Sayuti et.al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara piatas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah seperti teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Untuk bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-Review) dan teknik KWLH. Membaca secara pantas dengan menggunakan kaedah sepintas lalu (scanning) ialah membaca keseluruhan muka surat

dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Membaca secara sekilas (skimming) adalah dengan melompat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Lazimnya cara ini adalah tertumpu kepada menumpu mencari isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan teknik yang dinyatakan ini penting kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan bacaan untuk bersedia untuk peperiksaan.

5.2 Kemahiran Menulis Nota Menulis nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di university kerana kuliah yang disampaikan oelh pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar. Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim,). Kemahiran menulis nota yang betul amat diperlukan bagi system pembelajaran di university yang memerlukan daya usaha pelajar sendiri. Pelajar perlu menggunakan kemahiran menulis nota yang betul sambil mendengar penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa Munji (1987) juga mengatakan nota pelajaran di university tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal ataupun rencana suratkhabar. Oleh itu, pelajar perlu mengamalkan cara

penyimpanan nota yang sistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa ulangkaji. Faktor kegagalan pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar tidak mempunyai nota yang tersusun ataupun langsung tidak mempunyai nota. Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu kuliah dapat mengingat 90-100% daripada yang didengar. Sebaliknya untuk pelajar yang tidak mencatat nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu (Pauk,1984). Di samping itu, pelajar juga perlu menghadiri kuliah tepat pada waktunya supaya pelajar tidak ketinggalan dalam mencatatkan nota yang betul dan penting (Wan Izzudin Wan Sulaiman dan Wan Hasni Wan Sulaiman,1991). Selain menghadiri kuliah tepat pada waktunya, pelajar juga perlu memilih tempat duduk atau lokasi yang sesuai iaitu berdekatan dengan pensyarah. Lokasi yang sesuai akan meningkatkan konsentrasi pelajar terhadap kuliah yang disampaikan (Siti Hawa Munji, 1987).

10

5.3 Kemahiran Mengurus Masa Untuk pengurusan masa yang paling berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu persendirian. Segala aktiviti yang akan dijalankan dalam masa 24 jam perlulah dicatatkan dalam jadual waktu. Seseorang yang mengamalkan tabiat ini dapat menggunakan masanya dengan optimum. Seseorang yang pandai menguruskan masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar, beribadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Toh Hon Leong (2000) dalam satu kajiannya mengesahkan bahawa terdapat 6 faktor uatama yang dikenali sebagai faktor kejayaan kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Salah satu factor kejayaan adalah mempunyai pengurusan masa yang berkesan. Biasanya pelajar yang ketinggalan sentiasa menangguhkan kerja dan suka mencari alas an akhirnya mereka tidak dapat menyiapkan kerja dan meniru hasil kerja orang lain. Mereke adalah tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai pengurusan masa yang berkesan. Padilah Ali (1994) menyatakan, perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini pelajar dapat merancang corak pembelajaran dan cara mengulangkaji yang sesuai supaya boleh mencapai keputusan yang cemerlang. Malangnya hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang akan membuat jadual waktu, tetapi mereka tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Oleh itu setiap pelajar haruslah bijak mengurus masa.

6.0 Kesimpulan Secara jelasnya, pembelajaran jarak jauh banyak memberikan kelebihan untuk pelajar mengecapi kejayaan dengan hasil-hasil modul dan juga teknologi yang telah disediakan. Selain daripada itu, kemahiran-kemahiran belajar yang perlu dipraktikan untuk menjadi cemerlang haruslah diamalkan. Pihak kerajaan Malaysia telah banyak memberikan peluang juga untuk memajukan pendidikan di Malaysia. Akhir sekali, setiap pelajar perlu menggunakan peluang belajar melalui pembelajaran yang bijak supaya matlamat untuk meningkatkan prestasi diri, kejayaan dan kualiti hiudp dapat dicapai dengan jayanya. ( 2602 Patah Perkataan )

11

Rujukan Mook Soon Sang (2010), ed-5, Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Rozinah Jamaluddin (2003), ed-1, Teknologi Pengajaran, Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd

Rozinah Jamaluddin (2009), ed-2, Internet Dalam Pendidikan, Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

Zahiah binti Kassim, Abdul razaq bin Ahmad.(2010). E-Pembelajaran:Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia http://www.library.oum.edu.my/oumlib/.../epembelajaran.pdf

Zaleha bt Ismail, Bernadette Doris Anak Ridis Rinyold.(

).Pembangunan Sistem

Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian. Universiti Teknologi Malaysia:Falkuti Pendidikan. http://www,eprints.utm.my/...Bernadette_Anak_Ridis_Riny...

Hee Jee Mei, Siti Liyana Binti Mohamad Yusuff.(

).Hubungan Antara Tahap Motivasi

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidkan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia:Fakulti Pendidikan. http://www.eprints.utm.my/.../Hubungan_antara_Tahap_Motivasi

12

Você também pode gostar