Você está na página 1de 1

Menggalakkan Masyarakat Makan Buah-buahan Tempatan Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat makan buahbuahan tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malayisa boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk menambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk kerperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Kita akui buah-buahn tempatan amat lazat dan berkhasiat, namun tidak semua orang suka memakannya, terutamanya kanak-kanak kerana sudah terbiasa memakan buah-buahn import. Untuk memastikan semua peringkat umur suka memakan buah-buahn tempatan, hidangan buah-buahn tersebut perlu dalam pelbagai bentuk. Sekarang buah-buahan boleh dinikmati dalam bentuk jus dan dalam bentuk kepingan sudah dikeringkan. Jika dalam bentuk jus, pati buah-buahan tertentu boleh dinikmati tanpa mengira waktu. Kerajaan perlu mengadakan kempen secara berterusan. Kempen seumpama ini telah dijalankan sejak 1972 oleh pelbagai agensi termsuklah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menerusi kempen yang dijalankan, masyarkat akan mengetahui kepentingan makan buah-buahn tempatan. Promosi dan kempen yang dijalankan telah membantu para pengusaha memasarkan hasil tanaman mereka. namun, alangkah lebih baik jika kempen ini mendapat kerjasama yang padu dan para guru, kerana kata-kata guru sering menjadi azimat yang mampu mempengaruhi anak didiknya. Masyarakat masih menganggap buah-buahan tempatan memberi impak yang negatif. Sebagai contoh, makan buah rambutan dikatakan boleh menyebabkan batuk. Hal ini berlaku kerana makan dalam jumlah yang banyak. Jika masyarkat didedahkan dengan khasiat makan buah-buahan tempatan, sudah pasti masyarakat tidak ragu-ragu untuk memakannya. Sebagai vontoh buah belimbing dapat merawat penyakit kencing manis kerana buah belimbing yang dimakan dapat menurunkan paras gula. Manakala tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Sebagai kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan. Buah-buahan yang segar boleh diperoleh di kedai ditepi jalan dan juga pasar raya besar. Kini, buah-buahan tempatan dihidangkan di hotel lima bintang. Sesungguhnya kita perlu makan makanan yang baik, seperti dijelaskan oleh Moliere, Aku hidup daripada makanan yang baik, bukan daripada kata-kata yang indah. Jadi, kita perlu makan makanan yang baik, antaranya buahbuahan tempatan. Jika bukan kita yang memakannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan.

Você também pode gostar