Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
/3
Rate
Best
4Share
Sekadar gambar hiasan
Pada tulisan kali ini aku ingin mengetengahkan berkenaan dengan qarin. Barang kali ramai yang tidak mengetahui apakah qarin ini. Atau juga ramai diantara kita yang tidak mengetahui keujudannya. Malah keujudan qarin ini bukanlah diantara kita tetapi didalam diri kita sendiri. Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhlukmakhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolaholah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim. firman Allah: Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis dari Abdullah bin Mas'ud - Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak ada seorangpun di antara kamu semua yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)". Para sahabat bertanya; "Termasukkah engkau wahai Rasulullah ?, "Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku memasuki Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik". Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)
Sedang qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.
dan
minum
bersama
manusia
yang
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum." Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.