Você está na página 1de 12

HBLS3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NAME : SYAHARRIDZWAN BIN SHAIFUDDIN NO. MATRIK : 830924145481001

E-MAIL : syah_9449@yahoo.com.my

NO. TEL : 019-5592983

NAMA TUTOR : DR. MOHD HARIS BIN MD KHIR Email : hariskhir@oum.edu.my Other Email : harisk@petronas.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH

TENAGA ELEKTRIK BERASASKAN SOLAR

Apakah yang dimaksudkan tenaga solar? Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternative yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga solar juga dikenali sebagai tenaga suria. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga solar diangap bersih dan tidak akan mencemarkan alam kerana tenaga ini diperolehi secara semulajadi daripada sinaran matahari dan tenaga ini tidak terhad penggunaannya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hamper 99.9% tenaga berpunca daripadanya. Purata tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi sebanyak 1353 kw per meter persegi. Semakin hari teknologi semakin berkembang. Ini sejajar dengan penggunaan tenaga yang semakin banyak dan semakin banyak stesen janakuasa telah diperbesarkan atau dibina. Tenaga bermaksud keupayaan untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Penggunaan tenaga yang semakin meningkat telah membuat peningkatan mendadak terhadap penggunaan sumber tenaga dari hasil perut bumi seperti gas, petrol, arang batu dan sebagainya. Kemajuan dan pembangunan negara memerlukan kepada dokongan bekalan sumber tenaga yang bukan sahaja berkekalan, tetapi juga bersih, selamat dan menjimatkan. Sekurangkurangnya untuk tempoh yang terdekat ini, dunia masih memerlukan sumber bahan api fosil kerana teknologi yang ada kini hampir semua bergantung kepadanya. Bergantung hanya kepada satu sumber tenaga yang pastinya akan pupus ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara.

Malaysia sendiri yang memasuki babak baru dalam pembangunannya yang berteraskan kepada wawasan negara ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya negara mampu membekalkan tenaga secukupnya untuk pembangunannya serta dapat menjamin keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar yang selesa. Dengan sebab itu, kerajaan sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi meningkatkan lagi keupayaan penghasilan tenaga elektrik untuk perkembangan ekonomi dan taraf hidup. Dalam abad ke-21, permintaan tenaga negara dijangka akan

terus meningkat dengan cepat. Bagi memenuhi hasrat pembangunan ini, adalah penting Malaysia mencari satu sumber tenaga yang baru sebagai langkah alternatif dan persediaan masa depan selain daripada hanya bergantung pada bekalan kuasa elektrik konvensional yang ada sekarang.

Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan alternatif yang terbaik kerana ia bebas daripada kesan tersebut. Persoalan yang timbul disini ialah apakah kaitan diantara Teknologi Hijau dan Tenaga. Tenaga meliputi penggunaan sumber tenaga dari bumi dan manakala Teknologi Hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Oleh itu , aplikasi Teknologi Hijau amatlah perlu bagi memelihara sumber alam sekitar dan secara tidak langsung dapat mengawal atau mengurangkan penggunaan sumber tenaga.

Pada masa ini, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui memerlukan masa dan penilaian dari pelbagai aspek pembangunan. Namun demikian, ianya berpotensi dalam mengurangkan kos sumber tenaga. Dengan jangkaan kenaikan harga minyak kelak dan kos pemeliharaan alam sekitar kesan daripada sistem sumber tenaga konvensional pada hari ini, menunjukkan sumber tenaga boleh diperbaharui akan menjadi salah satu penyumbang tenaga yang utama dalam beberapa dekad lagi.

Konsep Teknologi Hijau dapat diterangkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar. Ini adalah penting bagi melindungi khazanah alam supaya ia dapat diwarisi generasi akan datang. Selain itu teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Selain itu, teknologi hijau juga boleh dikatakan sebagai teknologi yang mempergunakan tenaga dari jenis yang sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan

kecekapan guna tenaga. Contohnya seperti tenaga solar, haba, angin, biomass, geothermal dan sebagainya.

Hari ini, kita sekarang sedar akan kesan pemanasan global yang makin meningkat sepanjang hari. Hal ini disebabkan oleh kesan rumah hijau. Diantara kesan akibat dari pemanasan global adalah seperti akan mengakibatkan kenaikan paras air laut, pencairan glasier, banjir kilat dan lain-lain. Oleh itu teknologi hijau amatlah penting untuk diaplikasikan pada kehidupan seharian. Sesuatu produk, peralatan atau sistem teknologi hijau perlu memenuhi beberapa kriteria. Kriteria-kriteria tersebut ialah meminimumkan degrasi kualiti alam sekitar dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau( GHG) yang rendah atau sifar. Kriteria seperti dapat keselamatan penggunaan produk amatlah penting bagi menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Selain itu, ia juga menjimatkan tenaga dan sumber serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Tenaga hijau ataupun tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga angin, geothermal, biomass dan solar perlulah dipertingkatkan kadar penggunaannya. Hal ini kerana tenaga yang digunakan adalah bersih , tidak membebaskan gas-gas merbahaya, dan tiada kesan sampingan. Kelebihan tenaga hijau ini ialah ia boleh diperbaharui yang membawa maksud bekalan yang kekal, manakala seperti petrol dan gas yang terhasil daripada fosil-fosil terdahulu akan habis. Kemudahan teknologi hijau memerlukan kos yang tinggi di peringkat permulaan pembinaannya. Pengetahuan yang baik dan sikap atau keperhatinan yang tinggi terhadap alam sekitar perlu bagi memastikan proses penyelengaraan produk atau kemudahan dapat dilakukan secara teratur atau berterusan. Hal ini juga dapat membawa manfaat ekonomi ke kawasan-kawasan tertentu bahkan meningkatkan sektor pelancongan. Walau bagaimanapun sumber tenaga hijau yang digunakan sebagai sumber tenaga untuk menghasilkan elektrik, tidak dapat dibekalkan secara konsisten. Ini kerana kita tidak mempunyai kawalan cuaca jadi jika suatu wilayah tertentu bergantung pada tenaga matahari dan ada gangguan cuaca, tidak akan dapat menggunakan sinar matahari sebagai tenaga solar.

Radiasi solar yang diterima masuk ke permukaan muka bumi menembusi atmosfera adalah secara langsung atau tidak langsung. Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.

Pecahan Kadar Penembusan radiasi solar ke atas muka bumi

Negara beriklim panas seperti Malaysia sebenarnya sentiasa menerima cahaya matahari sebagai sumber cahaya semulajadi hampir sepanjang tahun. Sumber semulajadi kurniaan Tuhan ini diperolehi tanpa sebarang bayaran sepatutnya dimanfaatkan penggunaannya untuk mencahayai ruang dalaman pada waktu siang. Tetapi anehnya amalan penggunaan cahaya buatan daripada lampu eletrik tetap menjadi pilihan utama bangunan-bangunan moden kita dewasa ini. Pekerja-pekerja pejabat tetap memasang lampu elektrik di siang hari, walaupun sekiranya lampu-lampu elektrik itu ditutup, aras pencahayaan dari tingkap adalah mencukupi. Lebih malang lagi di setengah-setengah pejabat, tingkap-tingkap ditutup sepenuhnya dan lampu elektrik dipasang sepanjang masa.

Penjimatan tenaga adalah perbuatan atau hal menjimatkantenaga. Ia berkaitan dengan perihal berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu .Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. Faedah daripadanya dapat dilihat dari segi wang dan alam sekitar. Kebanyakan kita tidak menghiraukan tentang penjimatan elektrik sehingga apabila menerima bil. Struktur tarif elektrik pada masa ini berdasarkan kepada semakin banyak bekalan elektrik digunakan, maka semakin tinggi tarif bagi setiap kW. Oleh itu, penggunaan tenaga elektrik yang kurang juga dapat menjimatkan wang.

Penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui telah menghasilkan gas rumah hijau. Gas inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia dan menghasilkan sisa buangan yang berbahaya. Justeru, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik akan mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar.Sikap sedemikian ini menyebabkan kos tenaga bangunan meningkat dan sepatutnya peningkatan ini boleh ditampung secara percuma sekiranya cahaya semulajadi digunakan dengan bijaksana.

Photovoltaic Solar Cell

Solar sel atau di kenali juga sebagai Photovoltaic Solar Cell berupaya menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Photovoltaic (PV) adalah dari perkataan Photon dan Voltage dimana Photon adalah cahaya dan Voltage adalah satu daya gerak elektrik. Gabungan dua perkataan tersebut membentuk perkataan Photovoltaic yang menunjukkan proses menukarkan photon dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Proses ini dikenali oleh para saintis sebagai PV Effect. PV Effect ini telah dijumpai sejak tahun 1839 oleh seorang ahli Fizik Perancis yang mendapati adanya cas elektrik pada material yang didedahkan kepada cahaya matahari. Walau bagaimana pun PV sel yang praktikal yang menggunakan silicon dengan kaedah lapisan p-n hanya dapat dihasilkan pada tahun 1954 di Bell Telephone Laboratories, New Jersey USA. Silikon adalah salah satu elemen yang boleh didapati dari pasir yang menduduki elemen yang ketiga terbanyak boleh dijumpai didunia ini selepas air dan tanah.

Selepas penemuan tersebut solar sel atau PV sel telah mula digunakan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik di satelit dan peralatan kecil seperti kalkulator, jam dan sebagainya. Tetapi dunia sekarang telah menggunakan PV sel ini secara meluas dimana beribu rumah, pejabat dan tempat perniagaan telah menggunakan tenaga elektrik dari PV sel ini secara berasingan dari pembekal tenaga elektrik tempatan. Ada juga pembekal tenaga elektrik yang telah menggunakan PV sel menggantikan janakuasa yang sangat tinggi kos operasi dan penyelenggaraannya. Menggunakan PV sel menggantikan janakuasa ini lebih di kenali dengan nama Solar Farm atau Solar Power Plant. PV sel digabungkan didalam satu panel atau modul yang tertutup dengan kaca dan frame yang kemas dimana saiz panel bergantung kepada berapa watt tenaga elektrik yang ingin dihasilkan oleh panel tersebut. Untuk membekal satu rumah biasa memerlukan diantara 10 ke 20 solar panel mengikut saiz keperluan tenaga elektrik di rumah tersebut. Ada tiga jenis solar sel yang biasanya di keluarkan oleh pembuat solar sel iaitu Monocrystalline Silicon, Polycrystalline Silicon dan Amorphous Silicon.

Konsep teknologi hijau dapat diaplikasikan seiring dengan penjimatan tenaga elektrik adalah dengan menggunakan tenaga solar bagi menggantikan tenaga elektrik yang digunakan untuk menghidupkan lampu jalan. Idea ini telah diketengahkan

disebabkan beberapa factor menyokongnya. Salah satu nya adalah keadaan lokasi lampu jalan yang terdedah pada cahaya pada siang hari. Tenaga solar dapat diserap melalui Photovoltaic cell dengan menyerap photon pada radiasi. Seterusnya tenaga solar yang diserap, ditukarkan kepada tenaga elektrik dan disimpan di dalam sel kering untuk digunakan pada malam hari. Selain itu, system lampu tersebut perlulah ditambahbaikan dengan mengunakan Outlet timer. Outlet timer adalah sebenarnya outlet yang dapat disetkan masa operasi on atau off. Dengan menggunakan outlet timer ini, secara automatik lampu luar dapat dinyalakan dan dipadamkan. Mengelakkan pembaziran elektrik. Kebaikan tambahan adalah sekiranya kita balik rumah lewat atau malam, lampu luar telah bernyala. Juga ketika kita balik kampung, rumah yang ditinggalkan juga terang pada malam secara automatik. Seterusnya dengan menambah light sensor seperti outlet timer, sensor ini akan beroperasi menyala atau memadamkan lampu dengan mengesan cahaya diluar rumah. Sekiranya siang, sensor ini akan mengesan cahaya matahari kemudian memadamkan lampu luar rumah. Sekiranya malam, sensor tidak mengesan cahaya matahari lalu menyalakan lampu luar rumah.

Selain itu ia juga boleh diaplikasikan untuk menjana tenaga elektrik daripada matahari telah memungkinkan pemilik rumah menjana elektrik untuk kegunaan sendiri dan menjual kepada grid kebangsaan. Tidakkah hebat jika difikirkan bahawa modal untuk memasang panel Photovoltaic Cell di atas bumbung rumah kita akan memberi tenaga elektrik percuma ditambah pula dengan peluang untuk menjual lebihan kuasa balik kepada grid kebangsaan selama sekurangkurangnya 21 tahun dan sebelum masa itu kita telah pun mendapat pulangan modal dan memperoleh keuntungan yang lumayan. Kos dan persekitaran hanya dua kawasan di mana tenaga solar bersinar, lain ialah pemasangan sebenar peanel solar. Sejak produk tenaga solar tidak perlu dikaitkan dengan grid kuasa utama dan hanya memerlukan peralatan yang betul, kebebasan tenaga solar adalah satu lagi ditambah dalam penjadualan yang pro kontra dan tenaga suria. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana tenaga solar dijana secara besar-besaran.

Contoh tenaga solar dihasilkan secara besar-besaran

Ini adalah salah satu sebab mengapa lampu jalan solar dan menyediakan solar elektrik ke kawasan pedalaman menjadi galakkan di India. Keuntungan daripada menggunakan tenaga solar membolehkan pelanggan untuk memenuhi keperluan kos dan individu. Sistem panel solar juga terdapat dalam pasaran. Penyenggaraan yang rendah dan panel solar yang tahan lama menjadi faktor penyumbang pada inovasi ini. Ini merupkan sumber tenaga alternatif yang boleh kita fikirkan untuk masa hadapan. Akan tetapi, semua sumber itu secara sendirinya tidak berdaya maju dan memerlukan subsidi untuk memastikan daya maju dari segi kewangan.

Sumber alternatif ini mampu mengatasi masalah krisis penjanaan tenaga serta menjaminkestabilan ekonomi negara. Sebagai contoh, penjanaan tenaga solar dapat di jana pada sebelah pagi dan petang dan kemudiannya boleh di simpan untuk digunakan pada waktu malam pula. Ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti menunjukkan penjanaan dan pengunaan tenaga elektrik boleh dijana pada tahap yang kemuncak. Isu yang lebih besar adalah ia menjana cukup tenaga pada harga serendah yang mungkin untuk membangunkan pengeluaran tenaga yang berdaya maju. Terdapat juga beberapa sebab mengapa tenaga alternatif ini adalah sebahagian daripada penyelesaian tenaga kita. Memanfaatkan tenaga alternatif dalam dalam kehidupan seharian menjadikan ia sebagai sumberpenjanaan tenaga elektrik yang terbaik. Lebih menakjubkan, sumber tenaga ini dianggap lebih bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi dan

tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Sekiranya arang gas asli dan arang batu masih lagi digunakan, sudah pasti negara akan mengalami masalah dan kerugian yang besar. Penghasilan tenaga alternatif ini tidak membebaskan sebarang gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak. Tenaga elektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Kesan negatif daripada menggunakan sumber yang boleh diperbaharui ialah seperti kesan alam sekitar yang memberikan impak yang paling besar dalam penggunaan tenaga alternatif. Sebahagiannya memberi kesan negatif kepada populasi burung liar dan juga alamsekitar. Sesetengah orang berpendapat bilah turbin angin dan PV yang

bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan mata. Walau bagaimanapun, sesetangah pendapat menagatakan ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa konvensional.Pembinaan empangan perlu di lakukan untuk menampung kawasan penyimpanan hidro bagipenjanaan tenaga elektrik. Pembinaan empangan ini dilihat akan memberikan kesan buruk kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan, manusia dan ekonomi setempat.

Kesimpulannya, Sumber cahaya matahari atau tenaga suria merupakan tenaga semulajadi yang boleh diperbaharui. Tenaga suria ini tidak akan habis digunakan atau berkurangan selagi matahari masih terus wujud dan bersinar. Tenaga suria ini amat berguna kepada penduduk dan merupakan suatu produk yang bernilai tinggi. Cahaya matahari akan dikumpulkan, diproses dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro kepada stesen-stesen yang terdapat di bumi. Tenaga suria yang diproses ini akan akan disalurkan kepada penduduk dalam bentuk tenaga elektrik. Tenaga suria yang tidak akan habis digunakan dan amat berpotensi serta amat berguna kepada manusia seharusnya digunakan dengan sepenuhnya. Ini terutamanya di Malaysia yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun yang mempunyai berpotensi dalam membangunkan teknologi tersebut. Penjimatan tenaga hendaklah dibudayakan kerana ia adalah menjadi

kepentingan global masa kini. Apa saja sumber tenaga yang diguna untuk menghasilkan tenaga , pada suatu ketika boleh saja ia akan kehabisan dan pupus. Untuk memastikan kesejahteraan generasi akan datang, kita perlu melangkah kearah penjimatan dalam penggunaan tenaga, dengan memulakannya dari rumah. Dalam menjimatkan tenaga walau pun dalam skala yang kecil, sabenarnya ia telah membantu memperlahankan pemanasan global dan tanpa disedari ia telah memperbaiki belanjawan. Justeru itu kita hendaklah sentiasa menghargai sumber tenaga yang diberikan supaya kesannya ke atas bumi ini tidak merosakkan alam sekitar. Oleh itu Selamatkanlah Bumi Hijau Kita Untuk Generasi Akan Datang . (2530 patah perkatan)

Rujukan
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_panel 2. http://ultrasia.blogspot.com/2013/06/pakar-pendawaian-tenaga-solar-solar.html 3. http://psasir.upm.edu.my/18125/1/Tenaga_solar_UPM.pdf 4. Mohd.Martin Abdul Kahar. (2007).Tenaga solar UPM untuk membudaya penggunaan tenaga berhemah. 5. Nurulhuda Binti Ngasiman. (2009) Solar Energy Monitoring System. 6. Rekabentuk Sistem Pemanas Air Suria. (2008). Rekabentuk Sistem Pemanas Air Suria.

Você também pode gostar