Você está na página 1de 15

Asal Usul Teori Sosiologi

Terdapat 6 Orang Pengasas Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx

Auguste Comte (1798-1857)


Ahli pemikir sosial berketurunan Perancis Memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology (1838) Sosiologi melihat masyarakat daripada pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah. Banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim

Auguste Comte (1798-1857)


Membahagikan sosiologi kepada 2 iaitu : - Dinamik Sosial - Statik Sosial

Auguste Comte (1798-1857)


Dinamik Sosial - melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial. Statik Sosial - melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.

Harriet Martineau (1802 - 1876)


Menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada Bahasa Inggeris. Banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undangundang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukankaum wanita. Menekankan bahawa kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. How to Observe Manners and Morals (1838)

Harriet Martineau (1802 - 1876)


Memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Mengkaji bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya. Menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka. Sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki

Herbert Spencer (1820 1903)


Ahli sosiologi Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial. Melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Berpendapat bahawa masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi). Ibarat organ kepada badan manusia Memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat.

Herbert Spencer (1820 1903)


Menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. Manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kesimpulan, persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.

Emile Durkheim (1858-1917)


Menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna. Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu. Untuk mengekalkan kesejahteraan hidupnya, seseorang itu perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya. Menyatakan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif.

Emile Durkheim (1858-1917)


Percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu. Menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu.

Emile Durkheim (1858-1917)


Individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini. Menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan pendidikan) dan masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan sebagainya). Aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini.

Max Weber (1864 - 1920)


Ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain Karl Marx. Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama,kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya. Mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspekaspek seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap. Menggunakan pendekatan memahami atau melihat dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya. Sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka.

Max Weber (1864 - 1920)


Berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. Ahli sosiologi perlu mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka. Sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep kesempurnaan (ideal type). - Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi. Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar. Ahli sosiologi yang menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi.

Karl Marx (1818 - 1883)


Merupakan ahli falsafah, sejarah, ekonomi dan politik. Melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana menggunakan sains untuk memahami dan membentuk masyarakat masyarakat. Ingin mengubah struktur institusi kapitalis dengan menubuhkan institusi baru untuk memberi kebaikan masyarakat. Mencari prinsip asas dalam sejarah.

Karl Marx (1818 - 1883)


Menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri). Berpendapat sesebuah masyarakat dibahagikan kepada merekayang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. Percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat. - Misalnya, konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat. Berpandangan dunia ini bukannya mengandungi struktur

Você também pode gostar