Você está na página 1de 3

Nama:Davis Miller Ak Siba Program:Sejarah Soalan 1 Apa itu sains? Sesuatu cara untuk menghasilkan pengetahuan.

ahuan. Perkataan sains berasal daripada Bahasa Latin. Merupakan satu proses pengumpulan maklumat dan penyusunan maklumat. Dalam mencari bahan,maklumat sains bermula dengan pengalaman seterusnya kepada pencetusan fakta dan peraturan. Sains adalah berlandaskan pemikiran yang logik dan pemerhatian yang berterusan. Sains terbahagi kepada; 1. Sains tulen 2. Sains sosial Sains sosial: Mengkaji fenomena sosial dengan mengunakan kajian saintifik dan bersistematik. Fenomena sosial wujud daripada hubungan interaksi sosial manusia yang dilakukan secara komplex. Kajian mengenai fenomena yang bersifat sosial. Kajian juga mengenai kehidupan dan tingkah laku manusia. Fenomena sosial dikaji berdasarkan disiplin sains sosial.Hal ini bermakna sains sosial mengkaji manusia dalam konteks sosial meraka. Maknanya,objek kajian sains sosial adalah manusia. Mengunakan kaedah saintifik untuk mengkaji benda nyata di bumi atau dikenali sebagai alam semula jadi bumi. Antara cabang sains tulen; 1. Fizik 2. Kimia 3. Biologi Objek kajian adalah alam semula jadi. Sains tulen:

Tujuan sains: Mencipta sesuatu atas keperluan manusia dan bidang ilmiah. Menyediakan asas kepada teknlogi moden; 1. Peralatan 2. Bahan Mengetahui hakikat Memahami dan menjelaskan sesuatu kejadian. Mengetahui sebab dan akibat sesuatu kejadian. Menghuraikan sesuatu proses kejadian. Digunakan untuk menyiasat sesuatu fenomena,menceburi ilmu baru dan betul,menyepadukan ilmu terdahulu. Ilmu saintifik; 1. Dikumpul secara sistematik 2. Maklumat telah dikelaskan 3. Saling berhubung kait 4. Maklumat yang telah ditafsir Berasaskan bukti yang emperik,boleh dipercayai,boleh diukur berdasarkan prinsip penaakulan. Data yang dikumpul melalui proses pencerapan dan pengujikajian,penemuan serta pengujian hipotesis. Penyelidik sains mencadangkan hipotesis sebagai penjelasan fenomenon, lalu mereka kajian uji kaji untuk menguji hipotesis itu. Langkah-langkah dalam uji kaji mestilah boleh diulangi supaya dapat mentaksir kebolehpercayaan hasil ujian pada masa depan. Teori yang merangkumi bidang yang lebih luas boleh menggabungkan beberapa hipotesis dalam satu struktur koheren. Ini membantu dalam mengatur hipotesis baru, atau meletakkan hipotesis dalam konteks Kajian saintifik hendaklah dijalankan mengikuti proses. Teori kajian saintifik adalah berlandaskan logik,pengumpulan data melalui pemerhatian,analisa data melalui pemerhatian yang dijalankan dan perbandingan dengan pemikiran logik dengan data yang telah ditafsir.

Kajian saintifik:

Perbezaan kajian saintifik dengan pengetahuan berasaskan kepercayaan: Kajian saintifik; 1. Kajian saintifik hendaklah mengikuti kaedah atau proses. 2. Kajian saintifik hendaklah terdapat matlamat,pemerhatian yang sistematik,eksperimen yang teratur,dan berlandaskan teori. 3. Kajian saintifik tidak akan wujud tanpa mengikuti proses tertentu. Kepercayaan; 1. Lebih kepada nilai etika dan budaya serta nilai kehidupan manusia. 2. Kepercayaan yang diwariskan secara turun-temurun menyebabkan terdapat perbezaan yang amat ketara sekali kerana kajian saintifik tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu pegangan kepercayaan sesebuah kelompok masyarakat itu benar. 3. Nilai etika dan budaya memberi lebih penekanan kepada aspek budaya manusia dan menyatakan nilai keagamaan dan etnik sebagai cara untuk menerokai makna hidup. 4. Pengetahuan berasaskan kepercayaan biasanya bersifat seperti adat atau tatacara sesebuah masyarakat untuk mendisiplinkan masyarakatnya.Kebiasaannya kepercayaan ini digubal oleh mereka yang lebih tua atau berpengaruh dalam sesebuah masyarakat dan bertanggungjawab terhadap puak masyarakatnya. 5. Hal ini bermakna hubung kaitnya dengan sains tidak wujud oleh sebab tiada teori sains mahupun kaedah saintifik untuk mengesahkan kesahihan suatu kepercayaan itu.

Você também pode gostar