Você está na página 1de 14

MAKSUD PSIKOLOGI Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah

laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran . Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran. Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik. Untuk membentuk teori

pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan .Secara keseluruhannya jenis-jenis penyelidikan boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama a)Penyelidikan Kuantitatif Penggunaan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran.Ia merangkumi kajian

pembolehubah pembolehubah yang dikawal atau tidak dikawal b)Penyelidikan Kualitatif Penggunaan bahasa untuk menjerlaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri khusus yang kompleks.Ia merangkumi teknik mpemerhatian kajian kes dan interview.

Konsep Psikologi Pendidikan Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dngan aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah . Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik

Kepentingan Pendidikan Psikologi Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapat membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki. Kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah:a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan. c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar. e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru

penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara guru dan muridnya. g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

Aktiviti Berkaitan Dengan Psikologi

Aktiviti yang berkaitan dengan psikologi adalah seperti tabiat membaca, tabiat suka mengira, mendengar muzik, minat bersukan , seni dan berkarya.Melalui kebolehan-kebolehan ini, guru mestilah mengenalpasti kebolehan setiap murid-murid adalah berlainan antara satu sama yang lain.Sekaligus guru dapat membantu sahsiah murid serta memperkembangkan potensi murid dalam diri mereka. Sehubungan itu guru juga kan dapat menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan mudah. Aktiviti Berkaitan Dengan Bukan Psikologi Aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi adalah seperti kajian tentang hidupan laut dan marin, kajian tentang alam sekitar, kajian pembangunan dan kajian masyarakat dan sosial, Aktiviti ini bukan Psikologi kerana bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji mengenai tingkahlaku manusia sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah di atas. Ini kerana bidang-bidang tersebut mengkaji kepentingan dan keperluan dalam hidup manusia sejagat. Unsur-unsur seperti

menangani masalah yang berkaitan sehingga lah kepada aspek yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Contohnya manusia membuat pembangunan adalah untuk tujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat.Disamping itu timbul juga masalah daripada pembangunan tersebut seperti masalah setinggan, masalah jenayah dan kemiskinan hidup masyarakat.Tanpa mengira aspek-aspek psikologi masyarakat itu sendiri, misalnya rumah flat yang dibina saiznya amat kecil tidak dapat menampung saiz keluarga yang besar. Secara tidak langsung akan wujudnya masalah seperti kesesakan dalam isirumah , penempatan bilik untuk anak perempuan dan anak lelaki. KAEDAH PENYELIDIKAN DIGUNAKAN OLEH AHLI PSIKOLOGI UNTUK MENILAI TINGKAH LAKU MANUSIA Dalam bidang psikologi, berbagai-bagai kaedah penyelidikan boleh digunakan bagi menyelidik dan memahami jiwa serta tingkah laku manusia. Pada dasarnya, penyelidikan tersebut boleh dijalankan sama ada dalam bentuk kaedah klinikal, pendekatan kuantitatif ataupun pendekatan kualitatif. ( Slavin, R.E. 1997 : m/s 14 ) pendekatan kualitatif boleh dibahagikan kepada kaedah deskriptif, kaedah ethnografi, kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau tinjauan. Sementara pendekatan kuantitatif pula boleh dibahagikan kepada kaedah penilaian, kaedah eksperimen, kaedah ex post facto dan kaedah perangkaan atau korelasi. Di antara kaedah-kaedah penyelidikan psikologi di atas, pendekatan kualitatif dan kaedah klinikal adalah kaedah atau teknik yang lebih ditekankan dalam penyelidikan psikologi dan akan dibincangkan di sini berserta dengan contoh-contoh penyelidikan. PENDEKATAN KUALITATIF Menurut John McLeod ( 1999 : m/s 74 ), penyelidikan kualitatif kerap didefinisikan sebagai kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik. Sebagai contoh, Miles dan Huberman ( 1984 ) menghuraikan data kualitatif sebagai perkataan dan bukannya nombor, manakala Strauss dan Corbin ( 1990 ) memandang pendekatan kualitatif sebagai sebarang penyelidikan yang menghasilkan penemuan yang tidak melalui prosedur statistik atau cara pengkuantitian yang lain. Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ) pula mengatakan penyelidikan kualitatif merujuk kepada suatu pendekatan penyelidikan yang memberi penekanan kepada deskriptif, induktif, grounded theory dan kajian ke atas bagaimana manusia memberi makna

kepada kehidupan mereka. Oleh itu, di antara beberapa teknik dan kaedah untuk menjalankan pendekatan kualitatif dalam penyelidikan psikologi ialah seperti kaedah deskriptif, kaedah ethnografi, kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau tinjauan. KAEDAH DESKRIPTIF Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), matlamat penyelidikan deskriptif ialah untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Contohnya, faktor-faktor yang menentukan keberkesanan program KPLI. Penyelidik akan menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Oleh kerana faktor-faktor yang mempengaruhikeberkesanan program KPLI belum dikenalpasti, jadi kita cuba menerokai faktor-faktor tersebut dengan menggunakan kajian deskriptif. Tambahan lagi, penyelidik tidak terlebih dahulu menentukan faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa. Oleh itu kaedah ini tidak bermatlamat untuk menguji kebenaran sesuatu hipotesis. Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 14-15 ) seterusnya memberi contoh penyelidikan dalam psikologi pendidikan seperti berikut. Katakan kamu berminat dalam mengkaji sikap pelajar anda terhadap membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada pendatang pendatang baru ataupun sikap guru-guru sekolah anda terhadap pelbagai jenis kecacatan ataupun kaedah pengredan yang digunakan di sekolah anda. Tujuan kajian kamu adalah untuk menerangkan apa yang manusia buat atau bagaimana pelajar-pelajar berfikir mengenai isu-isu tertentu di dalam kelas atau sekolah. Kaedah kajian sebegini dipanggil kaedah kajian deskriptif. Tambahan lagi, pada kebiasaannya, kamu mengukur pembolehubah tertentu ( sikap, kepercayaan, kaedah pengredan ) menerusi cara senarai semak, temuduga, penelitian sistematik ataupun gabungan dari cara-cara tersebut.Daripada keputusan tersebut, kamu boleh memilih untuk mewujudkan hipotesis tertentu mengenai hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang seterusnya boleh diuji dengan alat-alat kajian kuantitatif. KAEDAH ETHNOGRAFI Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), penyelidikan berbentuk kaedah ethnografi dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data termasuk pemerhatianpenyertaan, pengumpulan dokumen, soal selidik, temubual dan teknik lain. Pada asasnya, kajian ethnografi berdasarkan andaian yang manusia membuat inferens melampaui apa yang boleh dilihat secara eksplisit atau pengucapan mereka. Kajian tertumpu kepada apa yang didengar dan

dilihat kepada membuat interpretasi tentang apa sebenarnya dimaksudkan oleh individu atau kumpulan yang dikaji ( Neumen, 1991 ). Menurut Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 15 ) pula, contoh penyelidikan sepanjang tahun yang telah dikendalikan di dalam situasi oleh seorang penyelidik di mana beliau berminat dalam apa yang guru efektif buat untuk memotivasi kelas yang terdiri daripada pelajarpelajar yang berlatarbelakang adat dan budaya yang berlainan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam sekolah ( Dillon, 1989 ). KAEDAH KAJIAN KES Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), kaedah kajian kes merupakan satu pendekatan yang menggunakan pelbagai alat atau teknik untuk mengumpul data seperti temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada mengkaji fenomena semasa dalam konteks kehidupan yang sebenar seperti mana mengikut Denzin ( 1978 ), The case study is a naturalistic type of enquiry . Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 15 ) seterusnya memberi contoh penyelidikan dalam psikologi pendidikan. Contohnya, Tombari, Fitzpatrick, dan Childress ( 1985 ) telah programkan sebuah komputer untuk memberi ganjaran dalam bentuk permainan video dan menggunakannya sebagai sebahagian daripada pencelahan pengurusan kendiri untuk membantu kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam. Kamps et al. ( 1992 ) mengkaji apa yang dilakukan oleh seorang guru untuk mengajar seorang kanak-kanak autistic untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya. Trovato dan Bucher ( 1990 ) telah menerangkan bagaimana seorang rakan sebaya bertindak sebagai seorang guru mengajar kemahiran membaca kepada seorang rakan kelas tahun empat. KAEDAH PEMERHATIAN Menurut Tang Chee Yee ( 1993 ), terdapat dua jenis kaedah pemerhatian dalam penyelidikan psikologi iaitu kaedah pemerhatian naturalistik dan kaedah pemerhatian sistematik. KAEDAH PEMERHATIAN NATURALISTIK Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan ( 1990 : m/s 24 ) mengatakan bahawa dalam kaedah ini, penyelidik hanya memerhati tingkah laku subjek tanpa disedari oleh subjek. Pemerhatian dijalankan semasa subjek berada dalam keadaan semula jadi. Penyelidik tidak akan bergaul dengan subjek, oleh itu sukar untuk subjek menyedari bahawa beliau adalah objek yang dikaji.

Dengan cara ini penyelidik akan mendapat maklumat yang betul dan tepat. Sebagai contoh, pemerhatian penyelidik Jan Goodall yang mengkaji cimpanzi di hutan Afrika ( Goodall, 1971 ). Tambahan lagi, Mohd. Salleh Lebar ( 1994 : m/s 8 ) pula memberi contoh seperti berikut. Dalam konteks psikologi pendidikan bilik darjah, pemerhati boleh menggunakan kaedah ini untuk melihat keberkesanan penggunaan alat pandang dengar dalam pengajaran bahasa Inggeris. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan contoh yang dikemukakan oleh Mohmood Nazar Mohamed ( 1992 : m/s 14 ) seperti berikut: Sebagai contoh, sekumpulan penyelidik yang digelar ethologis sering melakukan kajian yang mendalam tentang tingkah laku haiwan dalam keadaan semula jadinya. Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai risiko yang tinggi kerana akan berlaku penerapan unsur-unsur subjektif penyelidik ke dalam kajian yang dilakukan. Ini seperti teori-teori yang menyendeng terhadap sesuatu kepercayaan dan interpretasi yang dibuatnya tentang apa yang dikaji. Dalam hal ini, penyelidik haruslah memperihalkan pemerhatiannya dalam bentuk objektif dan deskriptif. KAEDAH PEMERHATIAN SISTEMATIK Menurut Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan ( 1990 : m/s 24 ), dalam kaedah ini penyelidik berminat untuk mengkaji masalah-masalah tertentu. Contohnya, masalah yang timbul apabila penyelidik mengkaji pendapat umum dan faktor-faktor yangmempengaruhi pendapat tersebut. Contoh lain ialah, analisis tentang kesan pengiklanan terhadap pembelian para pengguna dan ramalan tentang kejayaan di institusi pengajian tinggi. Sebenarnya kaedah pemerhatian sistematik adalah kombinasi beberapa kaedah atau teknik seperti inventori, rekod, temuduga, soal selidik dan pengujian. Menurut Crow dan Crow ( 1980 : m/s 15 ), ahli psikologi atau guru yang sungguh terlatih dan berpengalaman boleh mendapat banyak maklumat dari pemerhatiannya tentang tingkah laku seorang pelajar. Laporan yang ditulis secara objektif mengenai pemerhatian seperti ini membantu dalam mencari punca kesulitan yang dihadapi oleh pelajar. Selain daripada itu, menurut Mohmood Nazar Mohamed ( 1992 : m/s 14 ), ada kajian penyelidikan yang sukar dilakukan dengan cara eksperimen ataupun pemerhatian. Oleh itu, kaedah tinjauan ( survey ) digunakan oleh para penyelidik bagi mengkaji perkara-perkara seperti pendapat orang ramai tentang masalah dadah di Malaysia, masalah mendapat kepuasan seks pasangan-pasangan yang telah berumahtangga dan lainlain. Lazimnya kaedah tinjauan menggunakan cara temuduga atau soal selidik. Satu contoh penggunaan kaedah ini ialah kajian

yang dilakukan oleh Kinsey ( 1948, 1953 ). Beliau menyelidik tentang tingkah laku seks manusia yang sebelum ini tidak pernah dikaji melalui kaedah yang lain. Melalui data-data hasil daripada kaedah tinjauan, beliau berupaya memahami sifat dan kecenderungan manusia yang bersangkutpaut dengan seks. Contoh penyelidikan yang lain ialah kajian yang dijalankan oleh Choong Lean Keow et al. ( Jurnal, m/s 43 ) tentang persepsi guru pelatih semester empat terhadap faktor-faktor tekanan semasa praktikum III juga menggunakan kaedah tinjauan. KAEDAH KLINIKAL Kaedah klinikal merupakan kaedah atau teknik penyelidikan yang biasanya digunakan untuk mengkaji dan membuat hipotesis. Kajian banyak dilakukan di dalam makmal. Dalam kajian ini, pesakit atau sampel kajian diminta pergi ke bilik khas. Kaedah ini sangat popular di kalangan doktor perubatan, ahli-ahli psikiatris dan ahli-ahli kaunselor. Adakala kajian ini juga melibatkan kaedah eksperimen. Menurut Mohd. Salleh Lebar ( 1994 : m/s 9 ), kaedah klinikal lazimnya digunakan untuk mengkaji dan membuat hipotesis tingkah laku orang yang dikaji. Tingkah laku tersebut akan dikaji pula dengan menggunakan kaedah eksperimen. Tingkah laku yang dimaksudkan ialah seperti pesakit di wad, pelajar yang bermasalah, kanak-kanak hiperaktif dan sebagainya. Dalam kajian ini, subjek akan diminta pergi ke bilik yang dikhaskan untuk dikaji oleh pakar psikiatri atau kaunselor. Dalam pertemuan tersebut, pengkaji akan mengenal pasti masalah dan cuba mengatasinya. Setakat ini, pengetahuan kajian tentang motivasi atau teori-teori yang berkaitan dengan emosi dan personaliti dalam bidang psikologi adalah sumbangan daripada kaedah klinikal. Kelebihan kaedah ini ialah ia dapat mengumpul maklumat lengkap tentang tingkah laku dan boleh memberi idea-idea yang terbaru serta kajian ini juga dijalankan secara intensif. Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan ( 1990 : m/s 25 ) pula mengatakan, kaedah klinikal membolehkan penyelidik mengkaji asal usul pesakit yang biasanya terdiri daripada pesakit otak, penagih dadah, kanak-kanak yang terlalu agresif dan pesakit di wad psikiatri. Pesakit dipisahkan daripada alam sekitar sehariannya yang natural dan dibawa ke suatu keadaan buatan seperti wad khas untuk didiagnos oleh seorang ahlipsikiatri atau kaunselor. Contohnya dalam psikologi kaunseling, perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada mahasiswa yang bermasalah di universiti hingga menyebabkan pelajaran mereka merosot adalah menggunakan kaedah ini. Kaedah ini bertujuan mengenal pasti punca masalah dan memperbaiki prestasi pelajaran mereka. Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana kajian intensif dilakukan

terhadap subjek. Salah seorang ahli psikologi kaunseling yang terkenal di negara kita yang juga telah menghasilkan rencana dan buku dalam aspek ini ialah Profesor Dr. Amir Awang dari Universiti Sains Malaysia. Namun begitu, menurut Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan lagi, kaedah ini mempunyai satu kelemahan kerana subjek di dalam keadaan buatan akan mengurangkan keberkesanan kaedah yang cuba menyesuaikan subjek dalam keadaan yang lazim. Sebagai contoh, seorang bekas penagih yang menjalani pemulihan di pusat pemulihan ( keadaan buatan ) dan akan menghadapi masalah mendampingi dan diterima oleh masyarakat umum ( keadaan lazim ). Tambahan pula, beliau mungkin menjadi sasaran pengedar dadah apabila berada di dalam persekitaran natural. Selain daripada itu, kaedah klinikal banyak diaplikasikan dalam penyelidikan psikologi klinikal. Menurut Mohmood Nazar Mohamed ( 1992 : m/s 12 ) , psikologi klinikal merawat sakit jiwa, kecelaruan mental serta tingkah-tingkah laku bilazim. Oleh itu, pakar-pakar psikologis klinikal lazimnya menjalankan penyelidikan dengan mendiagnosis serta merawat klien-klien mereka dengan menggunakan kaedah klinikal. Selain itu, mereka juga melakukan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Contohnya mereka melakukan penilaian tingkah laku dan personaliti manusia melalui alat-alat penilaian tertentu seperti alat TAT ( Thematic Apperception Test ), Rorschach, Bender Gestalt, CPI dan lain-lain. Murray ialah ahli psikologi yang telahmenyiapkan ujian projektifnya yang terkenal iaitu TAT. Selain daripada itu, Yusof Zaki ( 1986 ) menyatakan ahli psikologi telah menggunakan beberapa istilah untuk menerangkan tingkah laku penghidap bilazim. Antaranya penyakit jiwa ( neurosis ), penyakit akal ( psikosis ) dan penyakit saraf ( nervous diseases ). Di samping itu, ahli psikologi klinikal juga menggunakan berbagai-bagai ujian psikometrik untuk menolongnya memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya. Contoh ujian psikometrik ini ialah ujian kecerdasan, ujian bakat, ujian personaliti, ujian penyesuaian, ujian minat dan sebagainya. Menurut Dr. Hasan Langgulung ( 1986 : m/s 294 ), ujian-ujian tersebut adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh ahliahli psikologi seperti ujian bakat muzik (Seachore, 1919), mekanikal ( Stanquist, 1923 ), jadual perkembangan kanak-kanak (Gessell, 1928), ujian kemampuan-kemampuan dasar ( Thurstone, 1938 ).Ujian-ujian seperti ini bersama dengan maklumat sejarah kes akan menolong ahli psikologi klinikal membuat diagnosis tentang sesuatu masalah. Daripada diagnosis, maka suatu tindakan yang sesuai dapat dicadangkan untuk menghadapi masalah tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1987 : m/s 8-9 ) pula menyatakan bahawa kaedah klinikal yang digunakan oleh ahli psikologi dalam penyelidikan sering digunakan

juga untuk membuat hipotesis tentang tingkah laku yang kemudiannya akan dikaji dengan menggunakan kaedah eksperimen. Maka dengan itu, terdapat dua keistimewaan kaedah klinikal iaitu yang pertama ialah kaedah ini dapat mengumpulkan pengetahuan tentang tingkah laku dengan banyak; dan yang kedua ialah kaedah ini dapat memberikan ideaidea baru agar dapat diuji seterusnya dengan kaedah eksperimen yang lebih tepat dan tajam. Sharifah Alwiah Alsagoff seterusnya memberi contoh seperti berikut. Sebagai contoh, banyak daripada pengetahuan kita tentang personaliti, motivasi dan emosi berasal daripada penyelidikan yang menggunakan kaedah klinikal. Daripada pengalamannya merawat pesakit mental, Sigmund Freud ( 1856-1939 ) telah memajukan satu teori personaliti yang panjang lebar dan komprehensif. Teori personalitinya ini, antara lain telah menegaskan betapa pentingnya usia beberapa tahun setelah lahir untuk penyesuaian hidup kemudian serta kepentingan mimpi dan kepentingan konflik taksedar. Tambahan lagi, menurut Freud tahap bayi dan kanak-kanak adalah kritikal dalam pembentukan personaliti kanak-kanak. Setengah-setengah ahli psikologi lain telah menegaskan perkara-perkara yang sama juga; di samping memajukan idea-idea baru tentang perkembangan dan perjalanan personaliti. Manusia dalam Perspektif Psikologi

Dalam literatur psikologi pada umumnya manusia berpendapat bahwa penentu perilaku utama manusia dan corak kepribadian adalah keadaan jasmani, kualitas kejiwaan, dan situasi lingkungan. Determinan tri dimensional ini (organo biologi, psikoedukasi, dan sosiokultural) merupakan determinan yang banyak dianut oleh ahli psikologi dan psikiatri. Dalam hal ini unsur ruhani sama sekali tidak masuk hitungan karena dianggap termasuk penghayatan subjektif semata-mata. Selain itu psikologi apapun alirannya menunjukkan bahwa filsafat yang mendasarinya bercorak antroposentrisme yang menempatkan manusia sebagai pusat segala pengalaman dan relasi-relasinya serta penentu utama segala peristiwa yang menyangkut masalah manusia. Pandangan ini mengangkat derajat manusia teramat tinggi ia seakan-akan memiliki kausa prima yang unik, pemilik akal budi yang sangat hebat, serta memiliki kebebasan penuh untuk berbuat apa yang dianggap baik dan sesuai baginya. Sampai dengan penghujung abad ini terdapat empat aliran besar psikologi, yakni : Psikoanalisis, psikologi Perilaku, Psikologi Humasnistik, Psikologi Transpersonal. Masing-

masing aliran meninjau manusia dari sudut pandang yang berlainan, dan dengan metodologi tertentu berhasil menentukan berbagai dimensi dan asas tentang kehidupan manusia, kemudian membangun teori dan filsafat mengenai manusia.

Psikoanalisis Pendiri psikoanalisis adalah Sigmund Freud (1856-1839), seorang neurolog berasal dari Austria, keturunan Yahudi. Teori yang dikembangkan pengalaman menangani pasien, freud menenmukan ragam dimensi dan prinsip-prinsip mengenai manusia yang kemudian menyusun teori psikologi yang sangat mendasar, majemuk, dan luas implikasinya dilingkungan ilmu sosial, humaniora, filsafat, dan agama. Menurut freud kepribadian manusia terdiri dari 3 sistem yaitu id (dorongan biologis), Ego (kesadaran terhadap realitas kehidupan), dan Superego (kesadaran normatif) yang berinteraksi satu sama lain. Id merupakan potensi yang terbawa sejak lahir yang berorientasi pada kenikmatan (pleasure principle), menghindari hal-hal yang tidak menyenangkan, dan menuntut kenikmatan untuk segera dipenuhi. Ego berusaha memenuhi keinginan dari id berdasarkan kenyataan yang ada (Reality principle). Sedangkan superego menuntut adanya kesempurnaan dalam diri dan tuntutan yang bersifat idealitas. Dalam diri manusia ada 3 tingkatan kesadaran yaitu alam sadar, alam tidak sadar, dan alam prasadar. Alam kesadaran manusia digambarkan freud sebagai sebuah gunung es dimana puncaknya yang kecil muncul kepermukaan dianggap sebagai alam sadar manusia sedangkan yang tidak muncul ke permukaan merupakan alam ketidaksadaran yang luas dan sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Dan diantara alam sadar dan alam ketidaksadaran terdapat alam prasadar. Dengan metode asosisi bebas, hipnotis, analisis mimpi, salah ucap, dan tes proyeksi hal-hal yang terdapat dalam alam prasadar dapat muncul ke alam sadar.

Psikologi Perilaku (behavior) Aliran ini berpendapat bahwa perilaku manusia sangat ditentukan oleh kondisi lingkungan luar dan rekayasa atau kondisioning terhadap manusia tersebut. Aliran ini mengangap bahwa manusia adalah netral, baik atau buruk dari perilakunya ditentukan oleh situasi dan perlakuan yang dialami oleh manusia tersebut. Pendapat ini merupakan hasil dari eksperimen yang dilakukan oleh sejumlah penelitian tentang perilaku binatang yang sebelumnya

dikondisikan. Aliran perilaku ini memberikan kontribusi penting dengan ditemukannya asas-asas perubahan perilaku yang banyak digunakan dalam bidang pendidikan, psikoterapi terutama dalam metode modifikasi perilaku. Asas-asas dalam teori perilaku terangkum dalam hukum penguatan atau law of enforcement, yakni :

a. Classical Condtioning Suatu rangsang akan menimbulkan pola reaksi tertentu apabila rangsang tersebut sering diberikan bersamaan dengan rangsang lain yang secara alamiah menimbulkan pola reaksi tersebut. Misalnya bel yang selalu dibunyikan mendahului pemberian makan seekor anjing lama kelamaan akan menimbulkan air liur pada anjing itu sekalipun tidak diberikan makanan. Hal ini terjadi karena adanya asosiasi antara kedua rangsang tersebut. b. Law of Effect Perilaku yang menimulkan akibat-akibat yang memuaskan akan cenderung diulang, sebaliknya bila akibat-akiat yang menyakitkan akan cenderung dihentikan. c. Operant Conditioning Suatu pola perilaku akan menjadi mantap apabila dengan perilaku tersebut berhasil diperoleh hal-hal yang dinginkan oleh pelaku (penguat positif), atau mengakibatkan hilangnya hal-hal yang diinginkan (penguat negatif). Di lain pihak suatu pola perilaku tertentu akan menghilang apabila perilaku tersebut mengakibatkan hal-hal yang tak menyenangkan (hukuman), atau mangakibatkan hilangnya hal-hal yang menyenangkan si pelaku (penghapusan). d. Modelling Munculnya perubahan perilaku terjadi karena proses dan penaladanan terhadap perilaku orang lain yang disenangi (model) Keempat asas perubahan perilaku tersebut berkaitan dengan proses belajar yaitu berubahnya perilaku tertentu menjadi perilaku baru

Psikologi Humanistik Berlainan dengan psikoanalisis yang memandang buruk manusia dan behavior yang memandang manusia netral, psikologi humanistik berasumsi bahwa pada dasarnya manusia

memiliki potensi-potensi yang baik, minimal lebih banyak baiknya dari pada buruknya. Aliran ini memfokuskan telaah kualitas-kualitas insani. Yakni kemampuan khusus manusia yang ada pada manusia, seperti kemampuan abstraksi, aktualisasi diri, makna hidup, pengembangan diri, dan rasa estetika. Kualitas ini khas dan tidak dimiliki oleh makhluk lain. Aliran ini juga memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki otoritas atas kehidupannya sendiri. Asusmsi ini meunjukkan bahwa manusia makhluk yang sadar dan mandiri, pelaku yang aktif yang dapat menentukan hampir segalanya.

Salah satu kelompok aliran ini adalah logoterapi yang dikembangkan oleh Viktor Frankl. Logoterapi mengatakan bahwa manusia terdiri dari 2 komponen dasar yaitu dimensi raga (somatis), dan dimensi kejiwaan (psikis) atau dimensi neotic atau sering disebut dengan dimensi keruhanian (spiritual). Menurut Frankl bahwa arti keruhanian ini tidak mengacu pada agama tetapi dimensi ini dianggap inti kemanusiaan dan merupakan sumber dari makna hidup, serta potensi dari berbagai kemampuan dan sifat luhur manusia yang luar biasa yang selama ini terabaikan oleh telaah psikologi sebelumnya. Logoterapi mengajarkan bahwa manusia harus dipandang sebagai satu kesatuan dari raga-jiwa-ruhani.

Manusia memiliki hasrat untuk mencari makna hidup, bila seseorang berhasil menemukan makna hidupnya maka hidupnya akan bahagia demikian sebaliknya bila tidak menemukannya maka hidupnya akan hampa. Dan menurut frankl kehilangan makna hidup ini banyak diaami oleh orang-orang yang hidup dalam dunia modern saat ini.

Psikologi Transpersonal Aliran ini dikembangkan oleh tokoh dari psikologi hmanistik antara lain : Abraham Maslow, Antony Sutich, dan Charles Tart. Sehingga boleh dikatakan bahwa aliran ini merupakan perkembangan dari aliran humanistik. Sebuah definisi yang dikemukakan oleh Shapiro yang merupakan gaubungan dari berbagai pendapat tentang psikologi transpersonal : psikologi transpersonal mengkaji tentang potensi tertinggi yang dimiliki manusia, dan melakukan penggalian, pemahaman, perwujudan dari kesatuan, spiritualitas, serta kesadaran transendensi. Rumusan di atas menunjukkan dua unsur penting yang menjadi telaah psikologi transpersonal yaitu potensi-potensi yang luhur (potensi tertinggi) dan fenomena kesadaran manusia. The altered states of consciousness adalah pengalaman seorang melewati kesadaran biasa misalnya pengalaman memasuki dimensi kebatinan, keatuan mistik, komunikasi batiniah, pengalaman

meditasi. Demikian pula dengan potensi luhur manusia menghasilkan telaah seperti extra sensory perception,transendensi diri, ectasy , dimensi di atas keadaran, pengalalman puncak, daya batin dll. Psikologi transpersonal seperti halnya psikologi humanistik menaruh perhatian pada dimensi spiritual msnusia yang ternyata mengandung potensi dan kemampuan luar biasa yang sejauh ini terabaikan dari telaah psikologi kontemporer. Perbedaannya dengan psikologi humanistik adalah bila psikologi humanistik menggali potensi manusia untuk peningkatan hubungan antar manusia, sedangkan transpersonal lebih tertarik untuk meneliti pengalaman subjektif-ransendental, serta pengalaman luar biasa dari potensi spiritual ini.

Kajian transpersonal ini menunjukkan bahwa aliran ini mencoba mengkaji secara ilmiah terhadap dimensi yang selama ini dianggap sebagai bidang mistis, kebatinan, yang dialami oleh kaum agamawan (kyai, pastur, bikhu) atau orang yang mengolah dunia batinnya. Hasil dari beberapa penelitian tranpersonal menunjukkan bahwa bidang kebatinan bisa menjadi bidang ilmu dan dapat dikaji secara ilmiah sehingga hal tersebut penting untuk di kaji lebih dalam dan tidak dianggap sebagai suatu bidah, khurafat, ataupun syirik yang akhirnya membelenggu ilmuwan psikologi untuk mempelajari potensi yang tertinggi ini.

Você também pode gostar