Você está na página 1de 13

STRUKTUR BUMI

STRUKTUR BUMI : FIZIKAL & KIMIA


1. Bumi terdiri daripada beberapa lapisan iaitu: a) Kerak bumi b) Mantel c) Teras bumi

Lapisan-lapisan bumi mempunyai sifat fizikal dan kimia


yang berbeza Sifat fizik dikenal pasti melalui unsur seperti tekanan,suhu,ketumpatan dan halaju gelombang seismik yang melaluinya.

sifat kimia bumi dikenal pasti melalui ciri-ciri komposisi kimia dan mineralogi yang terkandung di dalam setiap lapisan tersebut.

KERAK BUMI
Terletak paling luar dan menyelubungi mantel Lapisan ini terbentuk daripada bahan kurang tumpat dan terpisah dari mantel dan ketakselanjaran mohorivicic Ketebalan kerak bumi berubah-rubah mengikut tempat Kerak bumi lautan adalah lebih nipis dan berusia muda serta lebih tumpat berbanding kerak bumi yang terdapat di daratan atau benua. kerak bumi terdiri daripada 2 lapisan iaitu: Lapisan atas dikenali sebagai SIAL atau kerak benua Lapisan bawah dikenali sebagai SIMA atau kerak lautan Sempadan antara lapisan SIAL dan SIMA dipanggil ketanselajaran conrad

LAPISAN SIAL
1. Lapisan atas iaitu SIAL atau kerak benua terletak di atas. Lapisan ini terdiri daripada sekumpulan batuan yang cerah termasuk granit dan jenis igneus yang lain serta batuan mendak seperti batu pasir dan syal. Dari segi sifat kimia,lapisan ini kaya dengan silika dan aluminium

LAPISAN SIMA
2. Lapisan SIMA atau kerak lautan terletak di bawah SIAL mempunyai ketumpatan antara 2.8 hingga 3.1g/cm komposisi kimia utama terdiri daripada magnesium silikat dan besi.

Jenis batuan utama SIMA adalah basalt


Usia kerak lautan atau SIMA lebih muda berbanding kerak benua,maka ia tidak stabil dan mudah mengalami gempa bumi,gunung berapi dan lain-lain gerakan tektonik dalam bumi.

LAPISAN MANTEL
Lapisan mantel merupakan lapisan kedua dalam struktur bumi. Isipadunya meliputi 82% daripada isipadu bumi Jisim mantel meliputi 68% daripada bumi dan lebih tumpat berbanding kerak bumi. Lapisan ini dipisahkan dari lapisan kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic. Lapisan ini dipisahkan dari lapisan teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Bahagian atas mantel mengandungi lapisan batuan pejal dan kaya dengan basalt olivin,ultramafik dan proksin Ketebalan mantel ialah 2830km Terdapat juga zon astenosfera iaitu lapisan batuan yang separa cair dan likat kerana suhunya tinggi iaitu 1400c

Di zon ini berlakunya arus-arus perolakan yang panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk membolehkan proses-proses tektonik seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku. Antara jenis batuan utama yang dikeluarkan ialah xenolit yang banyak mengandungi mineral seperti olivine,enstatit dan diopsid. Komposisi kimia mantel juga kaya dengan unit yang 100% terdiri daripada mineral olivin. Berasaskan data geofizik dan geokimia yang dikemukan oleh A.E.Ringwod adalah komposisi mantel terdiri daripada 4 jenis batuan ultrabes yang utama: Pirolit plagioklas Pirolit piroksen Pirolit garnet dan juga amfiolit. Jenis batuan ini kaya dengan silika oksida dan magnesium oksida

TERAS
Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali sebagai lapisan barisfera. suhu 6000 C. kaya dengan nikel dan besi tekanan tinggi Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam (pepejal). Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer

Animasi
Struktur bumi 1 Struktur bumi 2 Pembentukan benua

Você também pode gostar