Você está na página 1de 12

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 Soalan 1 1.

0 Lukisan Ortografik berdimensi lengkap

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 2.0 Senarai lengkap bahan dan peralatan

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 3.0

BAHAN Papan 20mm X 190mm X 500mm X 4 keping Beroti 25mm X 50mm X 420mm X 4 batang Perekat/glu PVA Syelek Kertas Pasir Skru Dempul (filler)

ALATAN Pita Ukur Apit panjang Berus Ketam pelican Apit F Pemutar Skru Pensel/pisau penanda Tukul Gergaji jig Sesiku L Plat pencontoh

Lakaran langkah kerja bermula dari penyediaan bahan, penyambungan dan kemasan. i. Membuat plat pencontoh: Membuat plat pencontoh kaki meja dengan melukis di atas kertas mengikut ukuran yang tepat. Menyambung papan Sambungkan papan secara melebar untuk menjadikan pelantar meja (table top) dan kaki meja. Sediakan kayu beroti yang sudah diketam dan dibersihkan. Letakkan perekat/glu PVA pada sisi papan yang hendak disambung. Ratakan glu menggunakan berus.

ii.

Rajah 2

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 iii. Mengapit papan Susun papan di atas apitan panjang. Sediakan pelapik pada bahagian sisi papan untuk mengelakkan kerosakkan papan. Ketatkan apit panjang. Bersihkan lelehan glu Apitan pada bahagian tengah papan pugak dengan apitan F Biarkan papan b diapit selama 12 jam

Rajah 3 iv. Membuat dan memasang projek Tandakan bentuk mengikut plat pencontoh Potong papan mengikut tanda mengunakan gergaji jig. Membuat tanggam buntu pada penyambungan kaki meja dan beroti. Sapu glu pada tanggam. Pasang kedua-dua kaki meja dan apit. Tebuk lubang pada beroti untuk dipasang skru kepada pelantar. Lekatkan

Rajah 4 v. Membuat kemasan Bersihkan semua permukaan projek. Tutup tanda kecacatan dengan dempul(filler) Gosok permukaan projek menggunakan kertas pasir Menyapu/semburan syelek sekurang-kurangnya 2 lapisan. Gosok dengan kertas pasir halus

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 SOALAN 2

1.0 PENDAHULUAN

Sistem bekalan air bagi bangunan berbilang tingkat adalah seperti berikut: Jika tekanan dalam paip awam tidak mencukupi untuk sampai ke tangki simpanan ,penggunaan sistem pam diperlukan.Perlu memasang sistem pukal(bulk meter).Jika melebihi 10 tingkat/30 meter tinggi,tangki pecah tekanan atau injap pengurangan tekanan (PRV) diperlukan.Tempoh masa mengepam bangunan pejabat tidak melebihi 8 jam. Manakala tempoh masa mengepam bagi rumah kediaman tidak melebihi 12 jam.Pam tunggu sedia dengan jumlah yang sama( 2 set pam disediakan dengan 1005 dalam keadaan berjaga-jaga (standby).Pam di kawal secara automatik.

2.0 BANGUNAN YANG TIDAK MEMERLUKAN SISTEM PAM

Bagi tekanan boleh mencapai ke aras ketinggian bangunan sistem pam tidak perlu digunakan. Meter indivividu di pasang di luar bangunan. Semua meter individu berada di tingkat bawah bangunan.Semua unit mempunyai unit tangki berasingan.Sesuai untuk sistem graviti sahaja.Sesuai untuk bangunan 4 tingkat dan ke bawah sahaja.Contohnya seperti rajah di sebelah.

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103

(Contoh lukisan sistem perpaipan bagi bangunan 4 tingkat)

2.1 BANGUNAN YANG MEMERLUKAN SISTEM PAM

(Contoh lukisan sistem perpaipan bagi bangunan 10 tingkat)

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 2.2 DUA JENIS SUSUNATUR SISTEM PAM (negative suction head dan positive suction head)

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 SOALAN 3(KABURATOR)

1.0 PENGENALAN Kaburator ialah istilah yang tidak asing dalam sistem enjin terdapat jenis 4 lejang dan 2 lejang. .Kaburator adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti pemotong rumput serta pada motosikal kecil. 1.1 PRINSIP KABURATOR

Karburator berfungsi menggunakan prinsip Bernoulli iaitu bergantung kepada tekanan udara rendah dalam karburator hasil daripada luruan udara kerongga masukan enjin dan menarik bahan api bagi dicampurkan bersama-sama udara. Lebih laju luruan udara masuk lebih rendah tekanan udara di dalam karburator serta lebih banyak bahan api yang dapat ditarik untuk dicampurkan dalam udara,oleh sebab itu kelajuan enjin akan bertambah hasil percampuran udara dan bahan api.Kebanyakan kereta menggunakan satu kaburator , tetapi motosikal dan kereta lumba menggunakan banyak kaburator bergantung kepada bilangan silinder. 1.2 KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA KABURATOR

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 Sebuah karburetor asas terdiri daripada beberapa bahagian berikut:Takungan bahan api- menerima bahan api dari tangki minyak Venturi- bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuanluruan udara bagi menghasilkan tekanan udara paling rendah pada bahagian berkenaan bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz venturi adalah tetap,tetapi kerburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh larasyang mengawal saiz venturi.

Jet utama- laluan keluar utama bahan api ke venturi; alirannya dikawal oleh tekananrendah pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis injapgelungsur pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama. Jet melahu- saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuanmelahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.

Injap pendikit- terletak di bahagian hujung saluran udara karburetor, injap pendikitmengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuranudara-bahan api ke enjin; dengan itu injap pendikit turut mengawal kelajuan enjinsecara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit ataupun genggam pendikit bagi membolehkan pemandukeretaatau penunggangmotosikalmengawal kelajuan enjin. Biasanya injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalamsesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit. Injap pencekik - terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelumventuri, injap pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara- bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada menggunakan tombol pencekik secara manual ataupundengan menggunakan mekanisme automatik. Sesetengah karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk. Pelampung-Mengendaikan arus malar bahan api

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 3.0 BINAAN DAN KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA SUNTIKAN BAHAN API ELEKTRONIK 3.1 PENGENALAN SUNTIKAN BAHAN API ELEKTRONIK Menurut Hj Kandar Selamat(2011)Sistem ini berfungsi dengan memancit bahan api ke dalam panca rongga sedutan yang mengalirkan udara. Sistem ini adalah lebih effisyen berbanding dengan sistem karburator kerana ia dapat menyukat bahan api dengan lebih tepat mengikut keadaan jalan. Sukatan ditentukan oleh unit kawalan elektronik. Yang dibantu oleh penderia. Berdasarkan penderia, unit kawalan elektronik memberi isyarat kepada pemancit atau penyembur bahan api.

3.2 PRINSIP BAHAN API ELEKTRONIK Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan di ruang pembakaran.Kawalannya secara automatik , jumlah bahan api yang disuntik dikawal oleh jangkamasa penyuntik bahan api yang terbuka dan ditentukan sejumlah penderia yang menghantar isyarat elektronik ke unit kawalan transistor.

3.3 BINAAN DAN KOMPENAN-KOMPENAN UTAMA

Rajah keratan rentas sebuah pemancit bahan api. Sumber :http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Injector3.gif

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 a.Pemancit bahan api b.Pam bahan api c.Pengawal tekanan bahan api d.ECU -Unit kawalan enjin;mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran. e.Gumpalan pendawaian f.Pelbagai pengesan (Sebahagiannya disenaraikan di sini.) Kedudukan engkol/sesondol:Penderia kesan Hall Aliran udara:Pengesan MAF Kandungan oksigen di dalam gas ekzos:Pengesan oksigen Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagimelaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk) Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan sekiranya berlaku ketukan pada enjin)

3.4

KELEBIHAN

DAN

KELEMAHAN

SISTEM

SUNTIKAN

BAHAN

API

BERBANDING KABURATOR

Sistem kaburator masih mempunyai peminat kerana sifatnya yang ringkas dan tahan lasak. ni disebabkan sesaran enjin adalah merupakan isu dan pengaruh utama terhadap karakter penggunaan bahan api pada sesebuah kenderaan. Dengan kemajuan yang tercapai itu juga maka pada zaman ini enjin bersesaran 1.5 liter bersama berat keseluruhan kenderaan 1,100kilogram (kg) yang mampu mencatat penjimatan bahan api seperti 180 kilometer/10 liter. Sistem karburator berperanan membekalkan campuran udara dan bahan api untuk kegunaan enjin. Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI) keistimewaan sistem ini sememangnya telah diakui dan ternyata begitu banyak perbezaan yang boleh dihuraikan antara dua kaedah pembekalan dan pengurusan bahan api ini.

10

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 EFI atauElectronic Fuel Injection adalah kaedah pembekalan bahan api yang menggunakan teknik menyuntik dan menyembur bahan api yang berkeadaan halus ke dalam ruang pembakaran enjin dan dikawal secara elektronik. Ia dikendalikan oleh modul penting yang dikenali dengan pelbagai nama seperti ECU, ECM, EMC, EMS dan berbagai lagi terma yang lain. Aktiviti pengurusan enjin dikawal oleh sistem elektronik dari pengawalan masa, nisbah bahan api, pemantauan aktiviti enjin hinggalah ke masa nyalaan palam. Sistem pengawalan dan pengurusan elektronik ini bukanlah sesuatu yang baru. Sistem ini mula berubah kaedah operasinya dan mula dipengaruhi oleh faktor rekaan serta jenis kenderaan. Kebanyakan sistem suntikan elektronik pada zaman ini menggunakan kaedah pengawalan dari unit induk iaitu sistem ECU kenderaan.Ia bertindak mengawal kadar suntikan bahan api mengikut data maklum balas yang diterima oleh beberapa unit sensor yang menghantar maklumat tentang kelajuan, beban dan kadar udara yang masuk ke ruang pembakaran enjin. Terdapat dua jenis sistem pancitan bahan api elektronik, iaitu throttle body fuel injection dan port fuel injection . Sistem throttle body fuel injection terdiri dari sama ada satu atau dua penyuntik bahan api yang ditempatkan pada bahagian atas injap pendikit manakala port fuel injection pula adalah sistem yang kebanyakannya digunakan oleh kenderaan moden kini iaitu dengan menempatkan setiap penyuntik bahan api secara berasingan pada liang kebuk masuk berdasarkan jumlah silinder pada enjin. Walaupun begitu, kedua-dua sistem ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dari segi tahap penjimatan dan keberkesanan kuasa bagi pembekalan. Sistem suntikan elektronik mempunyai kelebihan dari segi penjimatan dan keberkesanan kuasa daripada sistem karburator. Ini kerana keluaran kuasa sistem ini lebih besar.Kecakapan bahan apinya lebih tinggi pembakarannya tidak mengeluarkan asap.tidak berlaku pencemaran berbanding sistem kaburator yang banyak mengeluarkan asap. Walaupun begitu, masih ramai berpendapat karburator mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem ini.Sistem suntikan memerlukan banyak penggunaan alat mekanikal dan elektrikal, mempunyai lebih banyak kemungkinan dan bahagian yang perlukan

penyelengaraan serta mudah rosak terutamanya pada bahagian litar elektronik jika tidak dijaga dengan betul. Bagi tujuan pengubahsuaian pula, tidak banyak yang boleh dilaras

11

ROSNANI HASSAN 720424085518001 HBLS 3103 terhadap sistem ini melainkan dengan penukaran komponen secara menyeluruh ataupun dengan penggunaan sistem ECU yangmembolehkan penalaan bebas dilakukan. Namun kelebihan sistem pancitan elektronik ini ternyata telah membuktikan kemampuannya dalam memberikan kuasa terbaik pada kadar penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.Sistem suntikan menjanjikan perjalanan operasi yang cemerlang di samping menjamin tahap penjimatan bahan api dan keberkesanan kuasa pada enjin jika setiap bahagian mekanikal luarannya diselenggara dengan baik. Sistem suntikan bahan api memerlukan modal permulaan dan kepakaran yang tinggi.jika tidak mahir risiko kecederaan semasa penenggaraan kerana bahan api yang bertekanan tinggi amat berbahaya jika terkena anggota badan. Walau apa pun kaedahnya dan perbezaan antara kedua-dua sistem baru dan lama ini, tujuan utamanya adalah masih sama iaitu untuk mencapai satu tahap keberkesanan dan kepuasan dari sumber yang sama. Setiap sitem pasti ada kelebihan dan kekurannya terpulanglah kepada pengguna untuk membuat pilihan.

12

Você também pode gostar