Você está na página 1de 16

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi kata tugas 1.2 Konsep kata tugas 2.

0 Jenis-jenis kata tugas 2.1 Tatabahsa Dewan 2.2 Marsden 2.3 Asmah 2.4 Asraf 3.0 Fungsi KataTugas 3.1 3.2 3.3 3.4 4.0Penutup

MUKA SURAT

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

1.0 Pengenalan Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata ialah bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi bahasa bermakna . Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau terbentuk hasil penggandaan,pengimbuhan atau pemajmukan. Kajian saya pada hari ini berkaitan salah satu bentuk pengolongan kata iaitu kata tugas. Kata tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi yang tersendiri. Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat,klausa, atau frasa dan berperanan sebagai kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa,prafrasa atau kata pascakata.

1.1 Definisi kata tugas Menurut Nik Safiah Karim et.al (2010), kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik:frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif. Manakala Siti Hajar Abdul Aziz (2008), menegaskan kata tugas ialah golongan kata yang berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa.Semua perkataan yang bukan kata kerja,kata adjektif,dan kata nama digolongkan kata tugas.Ia hadir dalam binaan frasa dan klausa mendukung tugas sintaksis. Prof.Abdullah Hassan (2003), pula menyatakan kata nama,kata sifat dan kata kerja mempunyai makna. Tetapi ada perkataan tidak bermakna dan hanya mempunyai tugas.Oleh itu perkataan tersebut disebut kata tugas,walaupun tidak mempunyai makna kata tugas penting kerana tugas yang dimainkan olehnya mustahak. Kata tugas ditakrifkan , oleh Ali Mahmood et.al (2012) sebagai perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai praklausa,prafrasa atau sebagai pascakata. Sependapat dengan tokoh lain Habibah bt Mohd Samin dan Hasnah bt Awang (2010) menegaskan kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung,penerang,

penguat,penentu,pendepan,penafi,embenar, pemeri dan lain-lain.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Oleh itu , dapatlah disimpulkan bahawa kata tugas berbeza daripada kata nama,kata kerja dan kata sifat. Kata tugas bukan unsur inti dalam sesuatu pembinaan frasa , kata tugas juga tidak mempunyai makna tetapi berperanan sebagai penghubung frasa. Jika sesebuah ayat tidak mempunyai kata tugas , ayat tersebut akan menjadi tidak gramatis.

1.2 Konsep kata tugas Kata tugas lazimnya, merujuk perkataan tidak bermakna yang digunakan dalam ayat, klausa, atau frasa berperanan sebagai penghubung ayat.Jika kata tugas tidak digunakan sesebuah ayat tidak lengkap. Kata tugas berperanan menyambung dua ayat atau lebih supaya ayat tersebut menjadi ayat majmuk atau ayat gabungan. Contoh dalam ayat berikut: Ibu menjahit kurung biru. Baju kurung biru Anita. Ibu menjahit baju kurung biru untuk Anita. Penggunaan kata hubung untuk, iaitu salah satu kata tugas telah melengkapkan ayat majmuk tersebut.

2.0 Jenis-jenis kata tugas Terdapat banyak jenis kata tugas , namun demikian untuk memudahkan pemahaman kata tugas dibahagikan kepada 17 jenis dan dikelompokkan kepada empat kumpulan oleh Nik Safiah Karim et.al (2012) dalam Tatabahasa dewan.Walaupun begitu ,tokoh tokoh bahasa yang lain mempunyai pegangan masing-masing. Setiap tokoh memiliki kupasan sendiri mengenai kata tugas. Ada yang bersetuju dengan pendangan ini dan terdapat juga tokoh bahasa yang tidak menerima pandangan ini.Justeru itu , saya akan membincangkan pendapat tokoh-tokoh ini .

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

2.1 Tatabahasa Dewan Di dalam Tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim et . al (2010) mengkelaskan kata tugas kepada 17 jenis ianya dapat dilihat melalui rajah di sebelah:

Kata hubung Kata seru Kata perintah Kata bantu Kata penegas Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata adverba Kata tanya Kata pangkal ayat Kata penguat Kata nafi Kata pembenar Kata pembenda Kata bilangan Kata penekan

Kata tugas

Rajah 1 : 17 Jenis kata tugas mengikut Tatabahasa Dewan (2010)

Namun demikian , 17 jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok berdasarkan kedudukan dan fungsi dalam binaan sesebuah ayat ,seperti berikut: i) Kata penyambung ayat terbahagi dua iaitu : 1. Kata Hubung Gabungan

2.Kata hubung pancangan dikelaskan kepada tiga: a. Kata Hubung Pancangan Relatif b. Kata Hubung Pancangan Komplemen c. Kata Hubung Pancangan Keterangan

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

ii). Kata Praklausa yang dikategorikan kepada lima jenis: a. Kata seru b. Kata tanya c. Kata perintah d. Kata pembenar e. Kata pangkal ayat

iii). Kata Prafrasa dan pascafrasa pula terdapat sembilan jenis: a. Kata bantu b. Kata penegas c. Kata penguat d. Kata nafi e. Kata pemberi f. Kata arah g. Kata bilangan h. Kata sendi nama g. Kata adverb

iv). Kata Pascakata hanya terbahagi 2: a. Kata penekan b. Kata pembenda

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

2.2 Abdullah Hussan Prof Abdullah Hassan (2003) membahagikan kata tugas kepada 14 jenis seperti di bawah:
kata sendi kata arah kata bantu kata penegas kata tanya kata pembenar kata seru

kata tugas
kata hubung kata penguat kata pemeri kata nafi kata perintah kata bilangan kata pangkal ayat

Rajah 2: 14 jenis kata tugas menurut Abdullah Hassan (2003) Perbincangan beliau lebih menjurus kata sendi dan kata hubung. Kata sendi hadir di depan perkataan yang diterangkannya oleh itu kata sendi juga dipanggil kata depan.Kata sendi juga diikuti oleh kata nama ,oleh sebab itu ia disebut sendi nama.Contohnya: di dalam taman di depan bangsal Sendi menerangkan tempat, masa,arah,giliran,sebab dan banyak lagi.Sendi nama dalam bahasa Melayu juga boleh jadi dalam bentuk terbitan, atau kata majmuk.Sendi terbitan menerangkan matlamat , pecahan,permulaan,asal-usul,bandingan,fasal,laluan,dan perkara.Sendi nama memghubungkan subjek dengan prediket.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Menurut beliau , kata hubung digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan ,frasa dengan frasa, klausa dengan klausa , ataupun ayat dengan ayat.Kata hubung dalam bahasa Melayu boleh dalam bentuk akar ataupun terbitan. 2.3 Siti Hajar Abdul Aziz Siti Hajar Abdul Aziz (2008) menjelaskan berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat , kata tugas boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama seperti dalam rajah 3 di bawah:

a)Kata penyambung ayat

kata hubung gabungan kata hubung pancangan

i)Kata seru Kata Tugas b)Kata prafrasa ii)Kata tanya

i)kata bantu

ii)Kata penguat

iii) Kata pembenar

iii)kata penegas

iv)Kata perintah

iv)kata nafi

v)Kata pengkal ayat

v)kata pemeri

vi)kata arah c)Kata prafrasa vii)kata bilangan viii)Kata sendi nama

Rajah 3: menunjukkan 3 jenis utama kata tugas menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008)

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

i) Kata penyambung ayat Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih binaan ayat.Kata ini juga dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: a) Kata hubung gabungan Sejumlah perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yabg sama tara seperti lalu,dan,serta,tetapi,atau dan sambil.Contohnya; Saya sedang memilih baju kurung biru muda atau merah jambu. Adik menyanyi sambil bermain buaian.

b) Kata hubung pancangan Sejumlah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama dalam ayat majmuk pancangan. Ia dapat dibahagikan kepada tiga:

i.Kata hubung pancangan relatif terdiri daripada perkataan yangiaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil.Contohnya: Mereka amat mengemari makanan yang dijual di Restoran Zainab. Ibu menghidangkan makanan yang dimasaknya.

ii)Kata hubung pencangan komplemen- terdiri dari[ada perkataan bahawa dan untuk perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa pelengkap kepada klausa utama.Contohnya: Kami yakin bahawa dia adalah pilihan terbaik. Jambangan bunga itu dibeli untuk kekasih hatinya.

iii) dengan

Kata hubung keterangan-Merupakan perkataan yang menghubungkan klausa utama klausa yang menjadi keterangan. Contohnya

semoga,ketika,sekiranya,sungguhpun,agar,kalau,walaupun,meskipun,kerana, dan supaya.Contohnya;

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Saya berharap semoga diberikan kesihatan fizikal dan mental. Adik menangis kerana terjatuh basikal.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008) membahagikan praklausa kepada lima jenis seperti dalam rajah 3 di atas. Namun demikian saya hanya membincangkan kata seru , iaitu perkataaan yang digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan. Perkataan ini mempunyai tanda seruan pada akhir kalimah seruan , contohnya: Wah! Merahnya baju kamu.(penutur mungkin ingin menegur pakaian yang dipakai terlalu merah) Amboi! Cantiknya kamu sekarang.(Ungkapan berupa satu pujian)

Praklausa lain yang diperbincangkannya ialah kata tanya,iaitu perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau seseorang.Kata Tanya terdapat pada pangkal ayat,disertai oleh partikel-kah.Contoh penggunaannya : Dimanakah rumah awak? Berapakah harga rumah itu?

Manakala kata prafrasa ,dibahagikan kepada lapan , namun begitu perbincangan saya hanya berkenaan kata bantu sahaja. Kata prafrasa terletak dibahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata bantu ialah perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja.Terbahagi dua iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek yang memberikan suasana perbezaan masa kini, masa datang atau masa lampau.Seperti dalam ayat berikut: Dia masih bersekolah lagi (masa kini) Amira telah Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan

SPM.(menunjukkan masa lepas) Kata bantu ragam pula menyatakan atau menerangkan perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.Seperti dalam ayat berkut:

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Saya harus cepat pulang , nanti ibu marah.(Ini menunjukkan perasaan takut dimarahi jika lambat pulang) Luqman bercita-cita hendak menjadi doktor.(menyatakan kehendak hati)

2.4 Modul HBLM2103 Dr Ali Mahmood et.al(2012) mengkelompokkan kata tugas kepada 4 bahagian sama seperti dalam Tatabahasa Dewan; i)Kata hubung gabungan-menghubungkan klausa yang taraf sifatnya: Roslan akan membeli baju tshirt atau baju kemeja.(membeli hanya salah satu yang fungsinya sama) ii) Kata hubung Pancangan-menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan. iii) Kata praklausa perkataan yang terletak di hadapan klausa terdiri daripada kata seru, kata tanya , kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.Tugasnya adalah untuk menimbulkan pertanyaan, pengiyaan atau sebagai penerangan pangkal kepada klausa. iv) Kata Prakfrasa- terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama,frasa kerja , atau frasa adjektif.Maksud ayatnya seperti tugas membantu,menguatkan , menegaskan

,menafikan,memerikan,menyendikan,menunjukkan arah dan membilang. 3.0 Fungsi KataTugas Dapatan yang saya perolehi daripada sumber kajian saya, setiap 17 jenis kata tugas itu mempunyai peranan yang tersendiri. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna,jika sesuatu frasa , klausa mahupun ayat tidak mempunyai kata tugas yang sewajarnya sudah pasti ayat gabungan tidak akan terhasil.Untuk menperjelaskan fungsi kata tugas , saya memilih 4 kata tugas untuk dihuraikan iaitu kata sendi nama, kata hubung gabungan ,kata penguat dan kata penegas.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

3.1 Kata sendi nama Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.Kata tugas lain tidak dapat membentuk frasa.Kata sendi nama terletak di hadapan frasa nama.Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas serta fungsi yang tersendiri dan mesti digunakan dengan betul. Kata sendi nama dalam bahasa Melayu contohnya, di ,ke, pada, kepada, daripada, dari , untuk , dengan , oleh , tentang , terhadap , demi , sejak ,seperti ,bagai ,umpama , laksana , hingga dan sampai. Walaupun terdapat banyak jenis kata sendi ,saya memilih kata sendi di dan kata sendi pada untuk diperjelaskan dalam tugasan ini. Penggunaan kata sendi disering ditemui dalam penulisan bahasa Melayu , berdasarkan pemerhatian dan pembacaan terhadap penulisan yang menggunakan kata sendi di sering berlaku kesilapan penggunaan kata sendi ini. Masalah itu terjadi kerana tidak memahami fungsi kata sendi di.Kata tugas diseharusnya digunakan bagi menunjukkan tempat. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama ini mestilah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Seperti dalam ayat di bawah: Akmal akan bersarapan di rumah sebelum pergi ke sekolah. Cikgu Rosnani mengajar di SK Seri Yong Peng. Berdasarkan ayat di atas penggunaan kata tugas di menunjukkan tempat , penggunaan ini menepati fungsi kata tugas tersebut. Kata sendi nama ditidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu , masa atau zaman. Kesilapan penggunaan kata sendi nama di yang sering digunakan menggantikan kata sendi nama pada. Oleh itu saya akan membincangkan fungsi kata sendi nama pada . Kata sendi nama pada sepatutnya digunakan bagi menerangkan waktu ,masa atau zaman. Kadang kala penggunaannya digantikan dengan kata sendi di.Contoh penggunaan ayat seharusnya ditulis begini: Pada hari raya , kawan-kawan akan datang ke rumah saya. Dia masih bujang pada ketika itu. Suasana di kampung amat indah pada musim menuai padi.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Berdasarkan ayat di atas , kata sendi nama pada digunakan bagi menerangkan masa atau waktu.

3.2 Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya dengan perkataan frasa ayat .Ayat yang terbentuk menggunakan kata hubung gabungan disebut ayat majmuk gabungan.Antara contoh kata hubung jenis seperti berikut: Dan , atau , tetapi , serta, lalu , malahan , sambil dan kemudian . Untuk perbincangan kali ini saya memilih kata hubung gabungan atau dan kemudian. Kata hubung gabungan atau menyatakan sesuatu itu sama dengan yang lain .Ertinya perlu memilih salah satu sahaja .Tidak perlu kedua-duanya sekali, kerana benda atau perkara yang disebut sama fungsinya. Contoh seperti ayat yang dinyatakan di bawah: Adakah itu binatang atau haiwan? Menyatakan yang mana di antara dua . Kamu hendak mengikut kami atau tinggal di sini? Menyatakan lawan bagi sesuatu perlu membuat pilihan sendiri. Corak yang dihasilkan boleh menggunakan pelepah pisang atau pelepah betik.Menggunakan salah satu bahan yang disebut, tidak perlu menggunakan kedua dua bahan . Diberikan pilihan bahan mengikut kesesuaian. Kata hubung gabungan kemudian digunakan untuk menerangkan dua perkara dilakukan berturutan , perlakuan tidak serentak. Tetapi kedua-duanya dilakukan .Contohnya: Kami pergi ke Johor Bahru, kemudian singgah di Pantai Lido. Ariesya membasuh pakaian kemudian menjemurnya. Ibu mengoreng ikan kemudian memasak sayur. Ketiga-tiga ayat menunjukkan dua perkara yang dilakukan berturutan mengikut urutan masa. 3.3 Kata penguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa adjektif. Terdapat 3 jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan ,kata penguat belakang dan kata penguat bebas. i) Kata penguat hadapan terletak di hadapan frasa atau kata adjektif . Contohnya terlalu , paling ,agak ,cukup ,makin, dan kurang.Penggunaanya seperti ayat di bawah:

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Pakaiannya terlalu seksi.(Menyatakan pakaian yang dipakai tidak sesuai) Suaranya cukup merdu dipendengaran saya.(Menyatakan suara sangat sedap didengar) ii) Kata penguat belakang - Perkataan yang terletak di akhir kata adjektif.Contohnya , sekali ,betul, benar, dan nian. Penggunaannya seperti dalam ayat berikut: Keputusan peperiksaan kali ini bagus betul.( Menyatakan kesungguhan , memang betul-betul cemerlang) Indah nian rupa parasmu ,bagai bidadari dari syurga.(Menyatakan pujian bersunggun-sungguh) iii) Kata Penguat bebas- Kedudukannya bebas , sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.Perkataannya seperti , amat , sangat dan sungguh.Penggunaan dalam ayat seperti berikut: a) Roslan amat kedekut. b) Kedekut amat Roslan. a) Dia terbeli baju yang sangat besar. b) Doa terbeli baju yang besar sangat.

3.4 Kata bilangan Kata bilangan ialah maksud jamak yang boleh ditandakan pengandaan atau kata angka yang mendahului kata nama.Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.Kata bilangan boleh menunjukkan jumlah tertentu dan jumlah yang tidak tertentu. Dalam menunjukkan bilangan , perubahan bentuk tidak berlaku pada kata nama. Misalnya pokok membawa maksud tunggal ,pokok-pokok menggambarkan banyak pokok , tiga batang pokok menggambarkan bilangan. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada enam jenis: i. Kata bilangan tentu atau kardinal: Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tepat contoh: satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.

ii.

Kata

bilangan

tak

tentu :

Menunjukkan

bilangan

yang

tidak

pasti

Contoh: semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lainlain.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

iii. Kata bilangan pisahan: Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan .Contohnya berdua-dua ,ketiga-tiga , masing-masing dan tiap-tiap. iv. Kata bilangan tingkat atau ordinal : Menunjukkan maksud tempat

Contoh: pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. v. Kata bilangan pecahan : Contoh: suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

Fungsi dan cara penggunaan kata bilangan diterangkan sperti di bawah ini: i. Kata bilangan jamak: Menunjukkan maksud lebih daripada satu Contoh: semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

ii. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu Contoh: satu, se

Cara penggunaan kata bilangan sepatutnya menepati kaedah di bawah ini: Kata bilangan tertentu dan kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan seperti contoh dalam ayat ini : Kedua-dua orang peserta telah terpilih sebagai pemenang. Tiga buah motokar curi itu telah ditemui . Manakala kata bilangan tidak tentu tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali perkataan beberapa contoh seperti ayat di bawah: Semua orang guru hadir ke mesyuarat tersebut.(X) Sepatutnya ditulis ,Semua guru sahaja kerana semua menggambarkan banyak tidak perlu penjodoh bilangan di belakangnya.Kata bilangan semua berfungsi sebagai subjek ayat. Kata bilangan tidak tentu sudah membawa maksud banyak.Oleh itu kata ganda yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Ayat semua buku-buku(X) sepatutnya ditulis semua buku sahaja.Penggunaan yang tepat adalah seperti di bawah. Masukkan semua buku ke dalam bag.

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

Kata bilangan pecahan setengah yang bermaksud separuh berbeza dengan sesetengah yang bermaksud sebilangan daripada sesuatu.Kika digunakan perkataan setengah orang (X) bermaksud separuh orang perkataan yang sesuai ialah sesetengah orang maksudnya sebilangan orang . Contoh seperti di bawah: Sesetengah orang tidak menggemari makanan yang pedas.(Menunjukkan bukan semua orang tidak suka makanan pedas hanya sebilangan sahaja yang tidak menyukainya).

4.0 Penutup

RUJUKAN 1. Abdullah Hassan .(2003).Tatabahasa bahasa Melayu morforlogi dan sintaksis . Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

2. Ali Mahmood , Marshudi Bahari , Seman Salleh , Munsyi Zainal Abidin Kasim.(2012).HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.Selangor:Meteor Doc.Sdn . Bhd

3. Arbak Othman.(1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd

HBML2103

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001

4. Habibah Mohd Samin , Hasnah bt Awang.(2010).Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

5. Nik Safiah Karom, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdullah Hamid Mahmood.(2010),Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

6. Siti Hajar Abdul Aziz .(2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

7. http://nadi.edumall.sg/nadi/slot/u100/arkib/2012/apr/tanya_cikgu_bestari.htm tarikh capaian 10/11/2012 masa 5.00pm 8. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=BM&b=JUL&m=4 &r=m&i=NOTA capaian 10/11/2012 masa 5.30pm

Você também pode gostar