Você está na página 1de 48

TEORI KOGNITIF PIAGET

Jean Piaget ( 1869 1980 ) berpendapat bahawa: Setiap manusia akan mencuba sedayaupayanya untuk mengatur serta memahami rangsangan luar yang memberikan memberikan pengalaman kepadanya dalam bentuk skema

PRENATAL
Pada peringkat janin, otak dan urat saraflah yang mula-mula berkembang Pada mulanya otak janin terdiri daripada tiga bintik kecil yang terletak pada bahagian depan saluran Makin besar tian itu makin kompleks sistem gerak kerja mental seseorang

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Skema pemikiran kanak-kanak terbahagi kepada 2 iaitu: Asimilasi Akomodasi

Asimilasi Satu proses apabila pengetahuan baru yang diserap oleh kanak-kanak dan dimasukkan ke dalam skema yang ada dalam minda kanakkanak
Contoh: Kanak-kanak baru mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung,seperti bersayap dan dapat terbang di udara.maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak.sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri tersebut,maklumat itu akan ditambahkan di dalam skema burung

Proses Akomodasi Proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubahsuaian kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima itu tidak sepadan dengan skema yang sedia ada Contoh: Kanak-kanak yang telah memahami skema burung di atas menjumpai seekor ayam yang bersayap ,jadi termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak dapat terbang. Dengan pengalaman baru ini ,kanak-kanak terpaksa mengakomodasikan maklumat yang adadalam skema burung sebelum ini ,untuk mengambil kira burung yang tidak dapat terbang,iaitu semua burung boleh terbang pada umumnya tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini,kerana ada burung yang tidak boleh terbang

Peringkat Perkembangan Intelektual Kanak-kanak

Peringkat Deria Pergerakan Pergerakan Praoperasi Peringkat Operasi Konkrit Peringkat Operasi Formal

Pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka seperti memerhati menggunakan mata,mendengar dengan telinga,dan menyentuh dengan tangan Aktiviti intelektual bayi juga tertumpu kepada aktiviti2 yang memperkembang kemahiran pergerakan dalam persekitaran seperti berdiri,berjalan,dan memegang ,mengetuk dan merasa.

Menurut Piaget aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi persekitaran ,iaitu mengulang-ulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut. Pada 2 tahun pertama reaksi persekitaran berubah secara berikut: Tertumpu di sekitar bayi sendiri Bergerak ke arah luaran Menjadi lebih bercorak mencuba cuba dan bertujuan untuk menghasilkan kesan baru Menurut Pieget kanak-kanak yang digalakkan meneroka persekitaran mereka akan meningkatkan perkembangan intelektual mereka Pengawasan daripada orang dewasa sambil disertakan penjelasan kepada bayi tersebut juga akan meningkatkan perkembangan intelektual bayi

Peringkat deria pergerakan terbhagi kepada 6 peringkat yang lebih kecil Skema Refleksif (lahir - 1 bulan) Reaksi kitaran primer (1- 4 bulan) Reaksi kitaran sekunder (4 8 bulan) Koordinasi reaksi kitaran sekunder (8 -12 bulan) Reaksi kitaran tertiari (12 18 bulan ) Gambaran mental ( 18 24 bulan )

Skema Refleksi (lahir 1 bulan) Pada peringkat kecil ini bayi akan bayi akan menggenggam apabila sesuatu objek diletakkan pada bahagian tapak tangannya Walaupun genggaman ini berlaku secara pantulan dan bayi belum dapat menggerakkan jari untuk membuka dan menutup tangan dengan sengaja,pengalaman memegang objek akan meningkatkan maklumat bayi tentang objek tersebut Contoh: Melalui pengalaman memegang botol dan jari ibu,bayi dapat mengenal bahawa botol adalah keras dan licin , berbeza daripada jari ibu yang lembut dan bertekstur

Reaksi Kitaran Primer ( 1 4 bulan )

Pada peringkat ini bayi mula suka bermain main dan meniru pergerakan dan mimik muka orang kawalan bayi terhadap tindakan mereka terhad kepada mengulangi tingkah laku yang memberi kepuasan dan membentuk tabiat pergerakan yang mudah seperti buka tutup tangan Contoh seterusnya membuka mulut untuk menghisap susu berbeza dengan membuka mulut untuk minum menggunakan sudu

Reaksi Kitaran Sekunder ( 4 8 bulan ) Pada peringkat kecil ini tumpuan bayi adalah untuk mengekalkan kesan penglihatan yang menarik Koordinasi yang mula wujud antara penglihatan dengan sentuhan membekalkan bayi dengan satu cara untuk mempengaruhi persekitarannya Bayi terdorong untuk mengulangi kesan penglihatan atau bunyi-bunyian yang menarik,yang terhasil daripada tindakannya sendiri Kemahiran bayi untuk duduk dan mencapai, memegang dan memanipulasi objek juga membantunya untuk terus meneroka persekitaran Walau bagaimanapun ,bayi pada peringkat ini masih terikat pada tingkah laku yang diulangi sendiri ,bukan yang baru Mereka suka melihat orang bermain ciku cak tetapi masih belum boleh mengambil bahagian aktif dalam bahagian tersebut

Koordinasi Reaksi Kitaran Sekunder (8 12 bulan )


Pada peringkat kecil ini ,bayi mula menyedari bahawa wujudnya objek lain ,selain dirinya . Dua perubahan intelektual berlaku pada umur ini : 1.Tingkah laku bayi menjadi lebih bersengaja dan bermatlamat 2.kekalan objek,iaitu memahami bahawa objek terus wujud walau tidak kelihatan Pada peringkat ini bayi sudah dapat mengaturkan skema asas seperti skema menggenggam,membuka tangan dan mencapai.bayi juga mula mencantumkan dan menyelaras skema asas untuk menjadi skema baru yang lebih kompleks Contoh: Bayi menyesuaikan cara membuka tangan apabila mencapai objek yang berlainan bentuk Merangkak diatas lantai ke arah seorang ibu yang sedang berjalan berbanding ibu yang sedang duduk Pada masa yang sama,bayi juga akan mengulangi perbuatan sendiri yang menyeronokkan Pada peringkat ini juga bayi sudah dapat mengambil bahagian dalam permainan ciku cak

Reaksi Kitaran Tertiari ( 12 18 bulan ) pada peringkat kecil ini bayi akan mencantumkan pelbagai skema yang ada padanya untuk menyelesaikan masalah masalah yang semakin bertambah kompleks Mereka juga semakin kreatif dan menunjukkan tingkah laku cuba jaya dalam langkah mereka untuk menyelesaikan cabaran yang wujud dalam aktiviti bermain. contoh: Mereka akan membalik-balikkan bekas dan memutar-mutarkan objek sehingga berjaya semasa memadan bentuk objek dengan ruang yang betul Pada preringkat ini bayi dapat mencari objek di beberapa buah tempat yang berlainan tanpa berputus asa apabila tidak menjumpai objek tersebut di tempat asal

Gambaran Mental ( 18 24 bulan ) Pada peringkat terakhir ini bayi dapat mereka cara baru melalui kombinasi mental dan melakukan gambaran mental mengenai realiti seperti membayangkan objek yang tiada di depan mata dan mengingat kembali peristiwa yang telah berlalu Pada peringkat ini bayi mula menguasai bahasa dan pemikiran simbolik. Mereka dapat menyelesaikan masalah yang wujud secara simbolik bukan lagi secara cuba jaya

Kebolehan menggambarkan sesuatu secara simbolik membolehkan bayi berfikir tentang peristiwa2 lepas dan menjangka kesudahan sesuatru tanpa bergantung kepada kejadian sebenar Ini bermaksud bayi dapat menyimpan sesuatu kejadian dalam ingatan dan mengaplikasikannya pada waktu yang dikehendaki. Kebolehan tersebut juga membantu bayi dalam permainan olok-olok,iaitu mereka akan mewujudkan semula aktiviti yang biasa dilihat,seperti membawa kereta

Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun )


Menurut Teori Piaget Kemajuan dalam gambaran mental dan had yang wujud pada pemikiran kanak-kanak pada peringkat praoperasi. Perkembangan intelektual bersifat simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik.

Permainan Olok-olok
Berperanan untuk melatih dan memperkukuhkan skema baru kanakkanak menjadi kompleks dengan peningkatan umur kanak-kanak. Kanak-kanak usia 2 tahun dapat menggunakan objek bukan merupakan objek yang sebenarnya. Contohnya: penggunaan blok bagi melambangkan telefon.

Kanak-kanak usia 3 tahun Bermain olokolok tanpa bantuan objek. Permainan ini dapat memperkembangkan daya ingatan, penyiasatan logikal, bahasa, imaginasi dan daya kreativiti kanak-kanak.

Berfikiran Animisme

Piaget kanak-kanak pada peringkat ini berfikiran animistik dan selalu menganggap benda tidak bernyawa mempunyai kualiti benda hidup dan bernyawa.

Egosentrisme
Kanak-kanak tidak dapat menerima pandangan atau perspektif yang berbeza daripada diri sendiri. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik. Contohnya ketika berjalan , bulan sentiasa mengekori mereka. Mereka lebih suka bercakap sendiri Topik perbualan berkisar pada diri sendiri.

Faktor-faktor kanak-kanak tidak berupaya mengoperasi konsep


Kurang fleksibiliti dan susunan pemikiran Pentaakulan transduktif ( kesimpulan tidak tepat ) Pemusatan menumpu kepada satu aspek pada satu masa. Proses transformasi kanak-kanak hanya menumpu kepada keadaan sebelum dan selepas dan bukan kepada perubahan dinamik.

Kekurangan kebolehan mengklasifikasikan secara hieraki hanya menumpu kepada satu kategori sahaja dan tidak dapat merangkumi kelas yang lebih tinggi pada satu jangka masa.

Pada peringkat ini permikiran kanak-kanak menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Tetapi permikiran mereka masih terhad kepada benda-benda yang maujud. Mereka mula memahami tentang konsep pengekalan objek bilangan, ruang atau isi padu objek tidak walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga dapat menerima bahawa pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka

Ciri-ciri utama pemikiran kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit

Desentrasi keupayaan menumpu perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad kepada maklumat persepsi sahaja.
Kefahaman pembalikan @ reversibiliti keupayaan memahami objek konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isi padu.

Kefahaman klafisikasi hieraki - keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira 12 kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi dengan merangkumi beberapa kelas yang rendah.

Keupayaan mengklasifikasi dan menyusun objek dengan menumpu kepada lebih satu dimensi dari segi saiz, bentuk dan warna.

Kefahaman konsep serasi keupayaan mengatur objek mengikut turutan. Cth: panjang kepada pendek.

Keupayaan beroperasi & memanipulasi secara ruang, kebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. - Ia dapat membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut dan perspektif.

Perkembangan mental kanak-kanak berlaku dekalag horizontal - penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan - kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. - seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan kawasan @ lapang, dan akhirnya diakhiri dengan pengekalan berat.

IMPLIKASI ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN DALAM PROSES PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Guru hendaklah menyampaikan konsepkonsep yang konkrit. Contoh-contoh yang disampaikan hendaklah berhampiran dengan pelajar. Guru hendaklah banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti slaid, model, objek objek maujud dalam pengajaran kerana pelajar-pelajar belum boleh lagi berfikir secara abstrak.

Remaja pada peringkat ini sudah dapat berfikir secara abstrak, saintifik dan logikal. Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan semua masaalah seperti pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep pembalikan. Sifat pemikiran gabungan dan konsep pembalikan. Sifat pemikiran pada operasi formal seperti berikut.

Keupayaan mentaakul secara hipotetikaldeduktif,iaitu berfikir secara hipotetikal ketika menyelesaikan masaalah.

Berkebolehan membayangkan situasi secara mental(pemikiran prepositional) tentang sesuatu perhubungan tanpa cuba-upaya (trial-error) Menguji disamping meramal dan merancang suatu tindakan. Memahami konsep abstrak yang bercorak ilmu sains, matematik sains kemasyarakatan dan keagamaan.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


IBU BAPA MUZIK PERSONALITI

Keibubapaan Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu.

Faktor muzik
Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa. Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut.

Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.

Personaliti kanak-kanak
Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya. Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak.

Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti anak mak cantik dan anak mak sayang boleh digunakan bagi tujuan itu.

Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti cantiknya anak ibu dan wanginya anak ibu. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.

Você também pode gostar