Você está na página 1de 73

Rangkaian

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaianrangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi.

Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:


1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN) 3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)


LAN menghubungkan sebilangan komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian dan data di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil ,jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada 1 batu jaraknya. Ex- meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)


Dalam konfigurasi umum LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan (file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut. Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Komputer stesen kerja terdiri daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya.

Jenis-jenis LAN
Terdapat 2 jenis LAN utama Pelanggan/Pelayan (Client/Server)
Mempunyai server (pelayan)yang mengawal sistem rangkaian.Komputer lain dikenali sebagai pelanggan (client) Operasi Rangkaian popular; Windows NT, Novell Netware

Peer-to-Peer
Tiada server,semua komputer mempunyai status sama. OS Windows

Pelanggan/Pelayan (Client/Server)

Peer-to-Peer

Ciri-ciri LAN
LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km Menghantar data lebih kurang 10 mbps 100 mbps Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS

RANGAKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)


Rangkaian kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah.

Ciri-ciri MAN
MAN selalunya mempunyai kurang dari 50 km Gabungan LAN Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN Menghubungkan bandar ataupun metropolismetropolis

Rangkaian Kawasan Metropolitan

Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)


Menghubungkan LAN dan rangkaian rangkaian lain bersama. Contoh terbesar Wide Area Network (WAN) Internat

Meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan dunia.
membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat.

Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)

TOPOLOGI
Topologi fizikal rangkaian merupakan kaedah yang digunakan untuk menyambungkan komputer dan peralatan lain (pencetak, server, pengimbas, dan sebagainya) dalam persekitaran rangkaian.

TOPOLOGI
Terdapat tiga topologi yang utama, Topologi Bas (Bus) Topologi Bintang (Star) Topologi Cincin (Ring) Topologi Pokok (Three) Topologi Hybrid Setiap topologi yang dipilih mempunyai peralatan rangkaian yang tersendiri (kabel, hub, kad rangkaian, connectors, dan sebagainya).

Topologi Bas (Bus)


Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Garis jatuh

Garis jatuh

Garis jatuh

Garis jatuh

Kabel mula

Tap

Tap

Tap

Tap

Kabel akhir

Garis jatuh: Sambungan di antara peralatan komputer dan kabel utama. Tap: Penyambungan yang bertindak memecahkan sarung kabel untuk membuat hubungan dengan salutan logam di antara kabel.

Topologi bus

Topologi bus

Topologi bus
Kebaikan Topologi Bus Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kos Murah, Mudah dan senang dikendalikan Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Topologi bus
Kelemahan Topologi Bus
Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan system rangkaian itu gagal berfungsi Titik pemula atau penutup (terminator) diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.

TOPOLOGI BINTANG
Komputer dan Peralatan disambungkan kepada Hub atau Switch.

TOPOLOGI BINTANG

TOPOLOGI BINTANG

TOPOLOGI BINTANG
Kebaikan Topologi Bintang Mudah untuk pasang dan disambungkan. Rangkaian tidak akan terganggu apabila satu daripada sumber dialih Mudah untuk mengesan kesilapan dan kerosakan yang berlaku

TOPOLOGI BINTANG
Kelemahan Topologi Bintang Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel) dari topologi Bus Sekiranya hub rosak seluruh rangkaian tidak dapat beroperasi Kos pemasangan yang lebih tinggi berbanding topologi bus. kena beli hub

TOPOLOGI CINCIN
Menghubungkan semua nod dalam bentuk rantaian membulat seperti Cincin Menggunakan keble Shielded Twisted Pair (STP) Memerlukan alat tambahan- Multi Station Access Unit (MSAU) Setiap data yang melaluai nod akan disemak alamatnya, sekiranya tak sama, data akan diserahkan kepada nod berikutnya, sehingga mendapat alamat penghantaran yang betul

TOPOLOGI CINCIN
Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukkan yang ia telah menerima mesej tersebut.

TOPOLOGI CINCIN

TOPOLOGI CINCIN

TOPOLOGI CINCIN

TOPOLOGI CINCIN
Kebaikan topologi Cincin Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring) Mudah mengesan kecacatan, kesilapan peralatan dan mengasingkan perkakasan berkenaan.

TOPOLOGI CINCIN
. Kekurangan topologi ring Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

Satu rangkaian menggabungkan

beberapa topologi sebagai sub


rangkaian yang disambungkan di dalam satu topologi yang besar

Hub

Bintang

Cincin

Hub
Bas Bintang

Hybrid topologi

Nod pada pokok disambungkan pada pusat hub yang mengawal trafik pada rangkaian. Sesetengah peranti disambungkan pada hub sekunder. Hub pusat: hub aktif yang mengandungi pengulang. Hub sekunder: hub pasif yang sediakan sambungan fizikal yang mudah di antara peralatan yang

disambungkan.

Hub

Kebaikan: 1. Lebih banyak peranti disambungkan pada pusat kawalan utama. 2. Membenarkan rangkaian untuk memberi keutamaan kepada komunikasi daripada komputer yang berbeza.

Keburukan: 1. Setiap nod perlu disambung kepada hub. Justeru, pendawaian yang banyak diperlukan.

Sistem Pengoperasian Rangkaian


Windows NT Mac OS X

Peralatan Rangkaian
Perkakasan rangkaian terdiri daripada
komputer, kad rangkaian Hub Pengulang Jambatan Router dan lain-lain perkakasan

yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi dan pemprosesan data.

Komputer Server
Fail server dalam sistem rangkaian merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server). Fail server merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs) dipasang pada komputer ini beserta dengan perisian aplikasi dan failfail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja. Komputer Server / Fail Server berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian.

Stesen Kerja
Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Stesen kerja tersebut dilengkapkan dengan Kad Rangkaian, perisian rangkaian, dan kabel yang sesuai.

Kad Rangkaian
Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps). Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk connectors, dan Token Ring Cards.

Hub/Switch
Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

Hub/Switch digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

Cables Tester
Cables Tester: Cable Tester digunakan untuk menguji sambungan kabel sama ada betul atau tidak. Isyarat LED digunakan sebagai penanda.

Crimping Tool
Crimping tool adalah alat yang dibunakan untuk mengepit wayar UTP ke penyambung RJ45

Pengulang / Repeaters
Peranti antara-rangakaian yang digunakan untuk menambah jarak maksimum satu-satu LANs.
Pengulang akan mengambil semua isyarat yang sampai kepadanya, segarkan semula, dan menghantar kesemuanya pada LANs yang seterusnya. Satu contoh terbaik penggunaan pengulang ialah di dalam LANs yang menggunakan topologi bintang dengan kabel UTP Kategori 5 (Unshielded Twisted-Pair Categori V). Jarak maksimum kabel ialah 100 meter sahaja.

Jambatan / Bridges
Jambatan/Bridges digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protokol komunikasi / alamat rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token ring-Token Ring). Kegunaan bridge:
Bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Di samping itu setiap bridge mempunyai keupayaan asas, iaitu learn, filter dan forward. Remote Bridge boleh digunakan untuk menghubungkan dua LANs yang berjauhan. Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi satu rangkaian (mempunyai nombor rangkaian yang sama).

Router
Router juga digunakan untuk menghubungkan antara LAN yang berbeza protokol komunikasi / alamat rangakaian. Ciri-ciri router ;
Router boleh menentukan laluan mana yang terbaik untuk dilalui sekiranya terdapat lebih daripada satu laluan. Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang dilalui sahaja berbeza dengan bridge yang perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian. Pada kebiasaannya router digunakan untuk menyambung LANs yang besar dan juga untuk mengbungkan LAN dengan WAN. Router berkeupayaan membawa maklumat kepada dua protokol yang tidak sama (Ethernet - Token Ring, dan sebagainya). Membawa maklumat melalui kabel fiber optik, kabel sepaksi, dan kabel pasangan terpiuh (twisted pair). Membawa maklumat merentasi topologi bus, star dan "star-wired" ring. Sekiranya sekolah anda mempunya Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan ingin membuat sambungan ke Internet, maka anda perlu membeli router. Dalam keadaan ini, router berfungsi sebagai penterjemah antara maklumat dalam LANs dan Internet.

Gateway
Menghubungkan dua rangkaian yang menggunakan senibina rangkaian dan protokol yang tidak sama.

Cabel
Kabel merupakan medium penghantaraan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis medium penghantaran, seperti:
Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)
Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable Shielded Twisted Pair (STP) Cable

Kabel Sepaksi (Coaxial Cable) Gentian Fiber (Fiber Optik)

WayarTanpa Wayar
Gelombang Mikro (Micro Wave) Satelit Infra Red

Twisted Pair Cable


Terdapat dua variasi "twisted pair", iaitu

Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable Shielded Twisted Pair (STP) Cable
Unshielded Twisted pair adalah kabel yang banyak digunakan dalam rangkaian. Setiap kabel UTP mempunyai empat pasang wayar yang dipintal pada kadar yang tertentu untuk mengelak gangguan wayar bersebelahan atau perlatan elektrik yang lain. Pada masa sekarang kabel yang banyak digunakan ialah UTP Kabel Kategori 5e (enhance) yang berupaya mengahantar data dengan kadar 1000 Mbps (1 Gbps).

Twisted Pair Cable

Twisted Pair Cable


Kabel UTP boleh digunakan dalam topologi bus, star dan cincin. Namun begitu penggunaan kabel hendaklah diserasikan dengan peralatan lain (NIC dan hub).

Masalah utama kabel UTP ialah gangguan yang disebabkan oleh gangguan frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Sekiranya keadaan tempat tersebut banyak gangguan, maka kabel STP sesuai digunakan. Kabel STP kerap digunakan dalam topologi Token Ring

Unshielded Twisted Pair (UTP)

Shielded Twisted Pair (STP)


Keburukan atau kekurangan penggunaan UTP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan elektrikal interference. STP sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk network yang menggunakan Token Ring Topology.

Connector
Unshielded Twisted Pair Connector
Connector yang digunakan bagi kabel UTP ini ialah RJ-45 connector. RJ adalah ringkasan pada Registered Jack.
Plastik connector ini kelihatan seperti connector telefon yang besar. Slot connector ini hanya membenarkan RJ-45 dimasukkan pada satu arah sahaja.

Coaxial Cable
Coaxial cable mempunyai single copper conductor ditengah-tengahnya. Lapisan plastik menjadi penebat diantara center conductor dengan braided metel shield. ( lihat rajah 3) Metal shield menyekat gangguan luar seperti cahaya fluorescent, motor dan komputer lain.

Coaxial Cable
Antara ciri-ciri lain coaxial. Membawa kapasiti medium Ethernet system (10Mbps) Agak baik berbanding dengan UTP Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated) Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan.

Coaxial Cable Connector


Antara jenis connector yang sering digunakan ialah Bayone-Neill-Concelman atau BNC connector. Terdapat pelbagai jenis adapter yang digunakan bersamasama dengan BNC connector seperti T-Connector, Barrel Connector dan terminator. Penyambung atau connector adalah bahagian yang paling lemah di dalam network, oleh itu penggunaan connector yang menggunakan crimp adalah lebih baik berbanding dengan connector yang menggunakan screw.

Coaxial Cable Connector

Fiber Optic Cable


Kabel gentian fiber diperbuat daripada kaca yang disaluti oleh penebat. Fiber optik menggunakan cahaya untuk menghantar isyarat, berbeza dengan kabel tembaga yang menggunakan isyarat elektronik. Oleh itu ia dapat mengelak gangguan elektromagnet. Kabel fiber optik sesuai digunakan di kawasan yang banyak gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh. Kabel fiber optik berupaya menghantar data pada kadar dan kelajuan yang sangat tinggi berbanding kabel tembaga (UTP dab Coaxial). Keupayan ini dapat meluaskan keupayaan berkomunikasi seperti persidangan video. 10BaseF, 100BaseF, 1000BaseF merujuk kepada spesifikasi fiber optik yang membawa isyarat Ethernet. Angka F merujuk kepada Fiber. Pemasangan dan mengubah suai Fiber optic kabel ini agak sukar dan menelan perbelanjaan yang banyak.

Fiber Optic Cable


Ciri-ciri fiber optic cable: Insulating jacket luarannya diperbuat daripada Teflon atau PVC Kevlar fiber membantu menguatkan lagi kabel dan menghalang daripada kabel pecah. Kabel disalut plastik sebagai cushion untuk tengah fiber.

Fiber Optic Cable


Terdapat 2 jenis fiber optik kabel, ia adalah : Signal Mode Fiber Optic Cabel - membawa single wavelength dari signal cahaya yang selalunya dihasilkan oleh pancaran laser yang digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang jauh untuk high bandwidth. Multimode Fiber Optic Cable membawa multiple wavelength dari signal cahaya yang dihasilkan oleh Light emitting diode (LED) untuk high bandwidth, digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang dekat dan pertengahan.

Fiber Optic Cable

Fiber Optic Cable Connector

Spesifikasi
10BaseT

Jenis Kabel
UTP

Panjang Maksimum
100 meter

10Base2

Thin Coaxial

185 meter

10Base5

Thick Coaxial

500meter

10baseF

Fiber Optik

2000 meter

Ciri-ciri Penghantaran Media dan Topologi untuk LAN


Transmission Medium Unshielded Twisted Pair (UTP) Shielded Twisted Pair (STP) Baseband Coaxial Cable Fiber Optic Cable Wireless 2) Bus / Tree Topologi Data Rate (Mbps) Transmission Medium Unshielded Twisted Pair (UTP) Shielded Twisted Pair (STP) Baseband Coaxial Cable Fiber Optic Cable Wireless 3) Star Topologi Data Rate (Mbps) Transmission Medium Repeater Spacing (km) Number of Stations 1 10; 50 with limitation 50; 20 per channel 45 10 <2 <3 / <1 <30 <150 <1 10s 100s / 10s 100s 1000s 500 10s Range (km) Number of Stations Data Rate (Mbps) 4 16 16 100 100 Repeater Spacing (km) 0.1 0.3 1.0 2.0 0.1 Number of Stations 70 250 250 250 10s

Unshielded Twisted Pair (UTP)


Shielded Twisted Pair (STP) Baseband Coaxial Cable Fiber Optic Cable

10 - 100
10 - 100 16 100 - 1000

0.1
0.3 1.0 1.0

70
250 250 250

Wireless

100

0.1

10s

Transmisi tanpa kabel


Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan transmisi atau penghantaran tanpa kabel. Penghantaran cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja dan fail pelayan yang mempunyai rangkaian tanpa kabel biasanya satu penghantar isyarat atau antenna bagi membolehkan data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal.

Transmisi tanpa kabel


Bagi jarak yang lebih jauh, komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit. Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN.

Rangkaian tanpa kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan. Transmisi tanpa kabel begini ada juga kekuranganya. Kos tinggi, keselamatan tidak begitu meyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.

Você também pode gostar