Você está na página 1de 10

Unit 1

Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan


Tajuk 1 Kemahiran : Tempat yang Selamat untuk Berjalan : Fokus Utama : 1.1 Aras 1(i) Fokus Sampingan : 10.3 Aras 3(i) PKJR : 1.6.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 3

Objektif

1) berbual tentang tempat laluan yang selamat dengan bahasa yang sesuai. 2) menulis ringkasan dengan betul tentang penggunaan laluan. 3) menyatakan laluan di jalan raya yang dikhaskan untuk pejalan kaki seperti laluan pejalan kaki, laluan kongsi dan bahu jalan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 18 19 ) : Tatabahasa kata tanya Kosa kata laluan pejalan kaki laluan kongsi bahu jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Kajian Tempatan PKJR Nilai berhati-hati mematuhi peraturan KBT KB : menghubung kait TKP : interpersonal Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 1.1 ( Kad Imbasan Gambar ) : Aktiviti 1 ( Melengkapkan jadual ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

17

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tempat yang Selamat untuk Berjalan 1. Bincang dan terangkan. "Pengguna jalan raya yang berisiko tinggi terdedah kepada bahaya harus dipisahkan supaya lebih selamat". Contoh: Pejalan kaki tidak seharusnya berjalan di jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan. Pejalan kaki harus menggunakan tempat yang telah dikhaskan. 2. Murid mengenal pasti maksud perkataan laluan daripada kamus. Bersoal jawab tentang laluan dalam konteks keselamatan jalan raya dengan menggunakan media 1.1, iaitu bahagian-bahagian jalan raya yang telah dikhaskan untuk pejalan kaki seperti, laluan pejalan kaki, laluan kongsi dan bahu jalan. Laluan pejalan kaki Laluan pejalan kaki ialah tempat untuk pejalan kaki, pengguna kerusi roda dan permainan beroda. Laluan tersebut memisahkan pejalan kaki dengan kenderaan yang bergerak lebih pantas supaya lebih selamat. Laluan kongsi Laluan kongsi ialah laluan yang boleh digunakan oleh beberapa pengguna jalan raya seperti penunggang basikal, dan pejalan kaki. Bahu jalan Bahu jalan ialah bahagian tepi jalan raya yang boleh dikongsi oleh pejalan kaki dan penunggang basikal. 3. Murid berbual tentang perkara yang boleh menyebabkan laluan tersebut selamat atau berbahaya. 4. Murid berbual tentang laluan di kawasan mereka. Murid berfikir dan memberikan respons kepada soalan-soalan berikut berdasarkan media 1.1: Di manakah pejalan kaki boleh berjalan di kawasan ini? Apakah perasaan kamu jika kamu terpaksa berjalan tanpa menggunakan lorong pejalan kaki? Jika tidak terdapat lorong pejalan kaki dan kamu terpaksa berjalan di bahu jalan, apakah langkah-langkah keselamatan yang patut diambil? Mengapakah kita patut berjalan bertentangan dengan aliran trafik dan berjauhan daripada kenderaan? Apakah maksud komunikasi mata ke mata? Mengapakah kita perlu sentiasa berjalan dengan orang dewasa atau saudara yang lebih tua?

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 1.1 Kad Imbasan Gambar

18

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mengapakah kita perlu memakai pakaian yang berwarna cerah? Mengapakah penuntun dewasa seharusnya berjalan di bahagian yang berdekatan dengan kenderaan atau trafik? 5. Lakukan aktiviti berjalan di luar kawasan sekolah dengan kawalan guru dan perhatikan perkara berikut: Di manakah pejalan kaki patut berjalan? Siapakah lagi yang menggunakan laluan yang ada? Bagaimanakah seorang pejalan kaki boleh berkongsi laluan dengan selamat? 6. Murid berbincang dan melengkapkan jadual berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa berjalan di luar kawasan sekolah. Nota guru:Rumuskan pengajaran dengan memberikan penekanan bahawa penggunaan laluan pejalan kaki boleh membantu mereka diasingkan daripada kenderaan yang bergerak laju dan kenderaan yang besar. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan keselamatan diri mereka lagi. 7. Murid menulis ulasan berdasarkan jadual 1(a).

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 1 )

19

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan

Media 1.1 Kad Imbasan Gambar


a) Laluan pejalan kaki

Laluan pejalan kaki di bandar

Laluan pejalan kaki di kawasan kediaman

b) Laluan kongsi

Laluan kongsi di luar bandar

Laluan kongsi di bandar

20

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan

Aktiviti 1
Tempat yang Selamat untuk Berjalan

Aktiviti 1 a) Bincang dan lengkapkan jadual di bawah berdasarkan pemerhatian di luar kelas.
Pemerhatian Di manakah pejalan kaki boleh berjalan dengan selamat? Siapakah pengguna jalan raya lain yang menggunakan laluan pejalan kaki? Bagaimana pejalan kaki boleh berkongsi dengan selamat di laluan pejalan kaki?
1. Di laluan pejalan kaki 2. Di laluan kongsi 3. Di bahu jalan 1. Penunggang basikal 2. Pengguna papan luncur

Ulasan

1. Berjalan berjauhan dari jalan raya. 2. Berjalan bertentangan dengan aliran trafik 3. Berjalan berseorangan atau berpasangan

b) Tulis ulasan tentang penggunaan laluan di kawasan anda berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual.
Sebagai pejalan kaki, kita hendaklah berjalan di laluan pejalan kaki, di laluan kongsi atau di bahu jalan supaya selamat. Sebagai penunggang basikal dan pengguna papan luncur, kita mestilah menggunakan laluan pejalan kaki supaya tidak berlaku nahas. Selain itu, keselamatan dapat dipertingkatkan sekiranya pejalan kaki berjalan berjauhan dari jalan raya, berjalan bertentangan dengan aliran trafik , berjalan berseorangan atau berpasangan supaya sentiasa selamat dan menghindarkan nahas.

21

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan
Tajuk 2 Kemahiran : Berkongsi dan Mengurus : Fokus Utama : 9.2 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1 (ii) PKJR : 1.6.5 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 3

Objektif

1) mengenal pasti maklumat dan mencatat nota peringatan dengan betul. 2) membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul pada kad situasi bergambar. 3) menyatakan cara-cara berkongsi laluan dan mengurus situasi bahaya ketika berjalan di jalan raya. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 23 24 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata parkir lopak rumit

Pengisian Kurikulum : Ilmu Kajian Tempatan Nilai berwaspada KBT KB : menaakul Kontekstual : membina pengetahuan baharu Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 1.2 ( Kad Situasi Bergambar ) : Aktiviti 2 ( Jawab soalan berdasarkan gambar ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

22

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berkongsi dan Mengurus 1. Murid menjalankan aktiviti sumbang saran tentang pengguna jalan raya yang lain yang menggunakan laluan pejalan kaki, selain daripada pejalan kaki. 2. Murid mengenal pasti maklumat tentang berkongsi laluan dengan selamat: Berjalan atau berbasikal di bahagian sebelah kiri laluan. Sentiasa berjalan berdekatan dengan orang dewasa walaupun di laluan pejalan kaki kerana kenderaan mungkin akan membelok atau melalui laluan tersebut tanpa diduga. Berjalan dengan lurus dan mudah dilihat supaya pengguna yang lain dapat mengagak tindakan anda. Sentiasa melihat di sekeliling ketika berjalan. Sentiasa bertimbang rasa dan memberi laluan kepada pengguna jalan raya lain seperti berhati-hati terhadap orang tua, ibu bersama bayi atau anak dan penunggang basikal. Apabila berjalan berkumpulan, pastikan tidak menggunakan ruang yang besar. Jalan seorang demi seorang atau secara berpasangan. 3. Murid membaca bahan Media 1.2 tentang situasi bahaya ketika berjalan di jalan raya. Walaupun laluan pejalan kaki bertindak sebagai pemisah antara pejalan kaki dengan kenderaan, pejalan kaki masih perlu bersikap berhati-hati sepanjang masa. Laluan ini mungkin tidak selamat jika terdapat; kerja-kerja pembinaan batu, pasir dan objek tajam di atas permukaan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang basikal dan motosikal yang berkongsi laluan. 4. Murid menyebut kata nama am yang terdapat pada Media 1.2.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 1.2 Kad Situasi Bergambar

Nota guru:Sentiasa ingatkan murid bahawa laluan pejalan kaki dan lorong laluan boleh menjadi tidak selamat atau mengelirukan. Pejalan kaki perlu bertindak dengan cara lain untuk mengurus situasi tersebut dengan selamat. Murid juga mesti diingatkan bahawa mereka perlu mendapatkan bantuan orang dewasa jika mereka berdepan dengan situasi yang rumit.

23

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 5. Murid melakukan aktiviti main peranan. Aktiviti ini boleh dilakukan di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah. Sekumpulan murid akan memainkan peranan sebagai "permerhati" atau "pejalan kaki" manakala yang lain akan memainkan peranan "pelanggan" yang sedang masuk dan keluar dari pusat beli-belah, menolak kereta sorong bayi atau menunggang basikal dan berdiri di perhentian bas. Gunakan kemudahan yang sedia ada seperti pasu bunga, kerusi/meja untuk dijadikan sebagai pagar, jalan raya, kedai, belukar, perhentian bas dan lain-lain. Arahkan "pemerhati" duduk di sepanjang laluan pejalan kaki untuk mencatat kesalahan yang dilakukan oleh "pejalan" kaki tersebut. "Pemerhati" yang mengenal pasti tindakan yang tidak selamat dalam kalangan "pejalan kaki" akan menyebut 'berhenti' dan menyatakan tindakan tidak selamat yang telah dilakukan oleh "pejalan kaki" tersebut lalu diberi nota kesalahan dan peringatan serta dikeluarkan daripada permainan itu. "Pejalan kaki" terakhir yang masih berada dalam permainan ialah pemenang. 6. Murid melengkapkan Aktiviti 2 dengan menulis nota peringatan kepada pejalan kaki.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 2 )

24

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan

Media 1.2 Kad Situasi Bergambar

Penunggang motosikal menggunakan laluan pejalan kaki

Kereta diparkir di bahu jalan

Laluan pejalan kaki yang berlopak dan dipenuhi air

Kanak-kanak berkasut roda lalu di laluan pejalan kaki

Pejalan kaki berjalan tanpa menggunakan laluan pejalan kaki

25

Unit 1
Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Laluan

Aktiviti 2
Berkongsi dan Mengurus

Aktiviti 2 Adakalanya berjalan adalah sesuatu yang rumit dan tidak selamat. Berdasarkan gambar-gambar di bawah, tulis nota peringatan anda tentang cara-cara pejalan kaki boleh berjalan dengan lebih selamat.
Situasi Apa yang boleh dilakukan oleh pejalan kaki?
Pejalan kaki hendaklah menunggu di bahagian yang selamat, berjauhan dari jalan raya sehingga penunggang-penunggang motosikal berlalu. Penunggang motosikal menggunakan laluan pejalan kaki Pejalan kaki hendaklah memilih laluan selamat yang berjauhan dari jalan raya dengan bantuan orang dewasa. Kereta diparkir di bahu jalan Pejalan kaki hendaklah memilih laluan selamat yang berjauhan dari jalan raya dengan bantuan orang dewasa. Laluan pejalan kaki yang berlopak dan dipenuhi air Pejalan kaki hendaklah menunggu di bahagian yang selamat sehingga kanak-kanak berkasut roda melalui tempat itu. Kanak-kanak berkasut roda lalu di laluan pejalan kaki Pejalan kaki hendaklah berjalan jauh dari jalan raya iaitu di belakang rel adang.

Pejalan kaki berjalan tanpa menggunakan laluan pejalan kaki

26

Você também pode gostar