Você está na página 1de 27

ASAL USUL BAHASA MELAYU & ASAL USUL BANGSA MELAYU

PENGENALAN
Kata Melayu, pada zaman moden ini, merujuk kepada orang, bangsa, bahasa, negeri, dan budaya seperti orang Melayu, adat Melayu, kesusasteraan Melayu, negeri Melayu, dan bahasa Melayu. Justeru, apabila kata orang Melayu digunakan kita merujuk kepada manusia pribumi yang mendiami Semenanjung Malaysia, bahagian selatan Thailand, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Apabila kata bangsa Melayu digunakan kita merujuk pula kepada manusia pribumi yang tinggal di kawasan yang tersebut. Malahan, ada pengkaji yang merangkumi manusia di Filipina dan Madagascar juga sebagai bangsa Melayu. Bagi negara Malaysia istilah orang Melayu ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, sebagai manusia yang bahasa ibudanya

bahasa Melayu, yang mengamalkan cara hidup orang Melayu, dan yang beragama Islam.

KONSEP MELAYU
Definisi awal istilah Melayu

Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad kedua lagi. Sekitar tahun 100-150 Masihi. M. Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyannya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa Melayu.

Catatan orang China ada menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644 Masihi. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Perkataan itu merupakan nama sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. Justeru, Ismail Hussein menyimpulkan bahawa bahasa Melayu telah wujud lebih awal daripada 644 Masihi sebagai bahasa orang di daerah berkenaan kerana sebuah kerajaan Melayu sudah wujud dan mengadakan perhubungan dengan raja China. Satu lagi catatan orang China dibuat oleh seorang rahib Buddha, bernama I-Tsing. Beliau menggunakan kata mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya, sekitar 675 Masihi. Sebuah kerajaan mo-lo-yu yang dirujuknya itu berpusat di Sungai Batang dan yang sebuah lagi ialah kerajaan Srivijaya di Palembang. Menurut catatan beliau, Bahasa Melayu telah digunakan sebagi bahasa pengantar untuk mengajar bahsa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Bukti ini meneguhkan pendapat Ismail Hussein kerana pada kurun ke-7, bahasa Melayu telah digunakan

untuk bidang yang tinggi, yakni bidang agama dan falsafah. Jika Bahasa Melayu digunakan dalam bidang-bidang ini, tentulah bahasa berkenaan telah bertapak dan berkembang sehingga berupaya menjadi alat penyampaian idea dan maklumat yang khusus dalam bidang berkenaan.

Dalam kesusasteraan China pula, terdapat pernyataan tentang bahasa yang digunakan di Nusantara. Menurut pengembara China yang mengunjungi kota-kota di Nusantara, bahasa yang dituturkan oleh anak negeri ialah bahasa Kwun Lun. Bahasa ini serupa dengan bahasa yang dipelajari oleh I-Tsing ketika menuntut di Perguruan Tinggi Agama Buddha di Srivijaya. Bahasa yang digelar Kwun Lun itu dipercayai Bahasa Melayu Kuno.

Sejarah Melayu menyebut kata Melayu seperti berikut, Kata sahibul hikayat: ada sebuah negeri di tanah Andelas Pelembang namanya, Muara Tatang nama sungainya. Adapun Negeri Pelembang itu, Palembang yang ada sekarang ini. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya, di dalam sungai itu ada sebuah bukit bernama Bukit Si Guntang:

Kata ini dikaitkan dengan sebuah sungai yang seakan-akan sama dengan catatan orang China pada tahun 644 Masihi tentang kerajaan Mo-lo-yu itu.
Bahan bukti di atas merujuk kepada zaman kerajaan Srivijaya

(abad ke-7 hingga abad ke-11). Pada ketika kerajaan Srivijaya berkuasa, pengaruhnya mencakupi kawasan di sekitar Selat Melaka dan Selat Sunda. Dengan itu, tidaklah menghairankan jika Bahasa Melayu digunakan di kawasan-kawasan yang dipengaruhi oleh Srivijaya seperti yang dinyatakan dalam kesusasteraan China bahawa bahasa yang digunakan di Nusantara ialah bahasa Kwun Lun (bahasa Melayu). penemuan batu-batu bersurat yang tertulis dalam Bahasa Melayu yang tersebar ke kawasan-kawasan di luar Palembang dan Jambi. Batu-batu bersurat atau prasasti berkenaan ialah:

Hal tersebarnya penggunaan Bahasa Melayu terbukti dengan

Batu Bersurat Gandasuli, yang dijumpai di Jawa Tengah, bertarikh 832 Masihi. Batu Bersurat Kedu, Jawa Timur. Walaupun tarikhnyatidak diketahui dengan pasti tetapi bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu Kuno. Batu Bersurat Kota Kapur, di Pulau Bangka, bertarikh 686 Masihi. Apabila kerajaan Srivijaya jatuh akibat serangan kerajaan Chola pada 1025 M, kerajaan Jambi menggantikan Srivijaya. Kemudian, tertubuh pula kerajaan Melayu di Pagar Ruyung dengan perpindahan kerajaan Melayu dari Palembang ke Pagar Ruyung setelah abad ke-14. Dengan kejatuhan Srivijaya, kerajaan Melayu menjadi pudar dan sejarah melihat kebangkitan kerajaan Singasari dan Majapahit yang berpusat di Jawa.

Pada kira-kira 1380 M, Parameswara meninggalkan Palembang dan berpindah ke Temasik (Singapura) sebelum membuka Melaka

pada kira-kira 1400 M. denagn tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka, istilah Melayu tidak lagi khusus merujuk kepada daerahatau negeri di Sumatera tetapi merujuk kepada konsep yang lebih umum. Istilah ini merujuk kepada orang, kerajaan, bahasa dan adat istiadat yang digunakan di luar daerah tersebut.

Abdullah Jumain menyimpulkan bahawa istilah Melayu bermula dengan nama sebuah daerah dan kerajaan di Jambi dan di Palembang; kemudian istilah ini merujuk kepada kerajaan, orang, dan bahasa pada zaman kerajaan Srivijaya. Konsep Melayu menjadi lebih luas cakupannya dengan tertubuhnya kerajaan Melaka. Pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka, konsep Melayu mencakupi orang, bahasa, kerajaan, dan budaya serta adat istiadat.

Berasaskan bukti-bukti seperti di atas dan hasil kajian para penyelidik, istilah Melayu bermula (sekitar abad ke-7) dengan merujuk kepada tempat, kerajaan dan orangnya. Pada peringkat awal, istilah ini khusus merujuk kepada daerah atau negeriyang terdapat di sekitar Jambi dan Palembang, Sumatera. Kemudian istilah ini mencakupi maksud yang lebih luas (sekitar abad ke-15) dengan merujuk kepada orang, kerajaan, bahasa, bangsa, dan adat istiadat. Walau bagaimanapun, istilah bangsa Melayu merujuk kepada raja-raja sahaja, yakni raja-raja Melayu dari Sumatera. Kini, istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semananjung Malaysia, Thai Selatan , Indonesia, Filipina, dan Madagascar serta hal-hal yang berkaitan dengan suku bangsa Melayu, iaitu bahasa, kesusasteraan, budaya dan adat istiadat.

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asalusul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-loyeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk

mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai

Melayu.

ASAL USUL BAHASA MELAYU

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang

menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan

SALASILAH BAHASA MELAYU


o

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu, perlulah diketahui asal usul manusia yang memiliki bahasa itu, iaitu bahasa Melayu. Banyak ahli sejarah dan ahli bahasa berpendapat bahawa nenek moyang bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah yang berpindah ke selatan sejak kirakira 2500 S.M. Perpindahan orang ini dipercayai berlaku dalam dua kumpulan. Perpindahan kumpulan pertama berlaku kira-kira 2500 S.M. kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Proto. Mereka dipercayai lebih maju daripada penduduk yang sedia ada di Nusantara, iaitu Negrito yang tinggal di guagua dan hidup dengan cara memburu. Walaupun Melayu Proto hidup berpindah randah, mereka sudah pandai bertani, iaitu cara pertanian pindah, di samping memburu. Kini, keturunan daripaad Melayu Proto ini masih terdapat sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia, orang Dayak di Sarawak, dan Batak di Sumatera.

Perpindahan kumpulan kedua berlaku kira-kira 1600 S.M. kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro dari daerah Yunan. Peradaban mereka lebih maju berbanding dengan Melayu Proto. Mereka sudah memiliki peralatan logam. Mereka sudah pandai bertani secara tetap disamping memburu. Kedatangan Melayu Deutro mendiami kwasan pantai dan lembah sungai yang subur untuk bertani, memburu, dan berdagang. Orang ini, kumpulan pertama dan kumpulan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab kawasan yang didatangi luas dan terpisah-pisah maka berkembanglah pelbagai bahasa di daerah masing-masing. Sungguhpun bahas-bahasa ini sekarang nyata berbeza tetapi pengkaji masih dapat melihat unsur-unsur persamaan antaranya. Justeru, bahasabahasa yang terdapt di nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia merupakan satu rumpun bahasa dan filum bhs Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China seperti yang digambarkan oleh beliau di bawah ini.

Nik

Safiah

Karim

menerangkan

bahawa

bahasa

Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa

Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).


Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasabahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Bahasa Austris

Austroasia

Tibet-China

Austronesia

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada 4 keluarga bahasa, iaitu keluarga bahasa: - Nusantara( kepulauan Melayu ) - Polinesia (Hawaii, Tonga, Maori ) - Melanesia ( Fiji, Irian, New Caledonia ) - Mikronesia ( Kepulauan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna )

Keluarga bahasa Nusantara mengandungi 200 300 bahasa yang tersebar di Kepulauan Melayu dan boleh dibahagikan kepada 16 subkeluarga bahasa seperti Subkeluarga Filipina, Subkeluarga Sumatera, Subkeluarga Jawa, Subkeluarga Kalimantan, Subkeluarga Bali-Sasak dan lain-lain.

Bhs Melayu termasuk dalam subkeluarga Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan orang laut.

Salasilah Bahasa Melayu


Filum Rumpun Austroasia AUSTRIS Tibet-China Acheh Batak Minangkabau Lampung Nias Melayu Keluarga Subkeluarga Bahasa

Austronesia

Mikronesia Melanesia Polinesia Nusantara

Sumatera

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU


i.

Oleh sebab ketidakpastian tentang asal usul orang Melayu, beberapa teori telah dikemukakan oleh para penyelidik. Kini, terdapat dua teori yang utama. Pertama ialah teori yang berkaitan dengan perpindahan manusia dari Asia Tengah. Teori kedua mengatakan bahawa orang Melayu memang penduduk asal di Nusantara. Teori pertama yang lebih popular, mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari Yunan yang datang ke Nusantara dalam dua kumpulan: kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kumpulan kedua sebagai Melayu Deutro.

ii.

Teori ini disokong oleh ahli sejarah, ahli budaya, dan ahli bahasa. Seorang ahli sejarah, Von Heine Geldern, mendapati beliung batu yang ditemui di hulu Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang serupa dengan beliung batu yang ditemui di Nusantara. Artifak ini menunjukkan pertalian antara penduduk di Nusantara dengan penduduk di tanah besar Asia.
Beberapa orang ahli bahasa seperti Hendrik Casper Kern mendapati beberapa perkataan di Nusantara juga terdapat di Madagascar, Taiwan, dan Filipina. Beliau membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa yang sama asalnya. W. Marsden pula mendapati persamaan antara Bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. John Reinhold Foster membuat kesimpulan yang sama dengan Marsden setelah mengkaji pembentukan kata Bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. Seorang lagi ahli bahasa, A. H. Keane , mendapati struktur Bahasa Melayu serupa dengan struktur bahasa Kampuchea. Keane, seorang ahli antropologi, menyelidik pertalian antara dua bangsa di Indo-China dengan bangsa-bangsa Austronesia dan

mendapati bahawa Bahasa Melayu menggunakan campuran katakata ekasuku dan dwisuku. Beliau menyimpulkan bahawa Bahasa Melayu merangkumi bangsa di daerah bahasa dwisuku di IndoChina.

Bahasa

Kosa Kata
anak alat anak mata mata mata mati patei matai

Van der Tuk mengkaji hukum bunyi dalam mengkaji keserumpunan bahasa Austronesia. Usaha beliau dilanjutkan oleh J. L. Brandes yang mengkaji perbandingan fonetik bahasa-bahasa Austronesia untuk menunjukkan keserumpunannya. Beliau mencatatkan:

Melayu Formosa Tagalog

Bisaya Jawa
Dayak Sunda Bugis

anak anak
anak anak anak

mata mata
mata mata mata

matai mati
mataei paeh mate

Beberapa orang ahli budaya seperti J. R. Logan, R. M. Clark, dan G. K. Nieman mengatakan asal usul orang Melayu ialah dari bahagian tengah Asia setelah mereka mengkaji adat resam orang Melayu dengan adat resam kaum Naga di Burma.
Teori kedua dikemukakan oleh J. Crawford, sarjana Inggeris yang mengkaji bahasa di Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Beliau berpendapat bahawa Bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi bahasa induk yang tersebar di Nusantara. Daripada kebudayaan bangsa Melayu dan bangsa Jawa yang sudah tinggi pada abad ke-19, beliau membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ini sudah berkembang beberapa abad sebelum itu. Antara kebudayaan ini, kebudayaan Melayu tersebar ke kawasan Nusantara dan didapati lebih menonjol daripada kebudayaan lain.

iii.

Pendapat ini disokong oleh Isidore Dyen yang menyimpulkan bahawa nenek moyang orang di Nusantara berasal dari Formosa atau New Guinea. Orang Melayu bukan berasal dari luar tetapi memang wujud di Nusantara. Beliau mendapati bahawa bahasa di kawasan ini mempunyai pertalian dari segi persamaan bentuk kata-kata dan struktur bahasa.
Berdasarkan bukti bahasa ini, Marsden menyimpulkan bahawa Bahasa Melayu sekeluarga dengan bahasa Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia daripada rumpun Austronesia. Kaji purba mungkin menyokong pendapat ini dengan penemuan tengkorak-tengkorak manusia awal di Nusantara yang membuktikan bahawa manusia telah lama tinggal di bahagian dunia ini. Contohnya:

Pithicanthropus Mojokerta yang ditemui di Jawa berusia kira-kira 670,000 tahun. Pithicanthropus Trinil yang juga ditemui di Jawa berusia kira-kira 600,000 tahun. Sinanthropus Pekinensis yang ditemui di China berusia kirakira 550,000 tahun.
Sungguhpun terdapat ketidakpastian tentang asal usul Bahasa Melayu kerana kekurangan bukti yang nyata, yang jelas ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar serta luas sebarannya. Persamaan perkataan, pembentukkan kata, dan struktur sudah cukup membuktikan bahawa Bahasa Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa yang telah dikaji. Dengan latar ini, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah wujud sejak kedatangan kumpulan pertama (Melayu Proto) dan diperteguh oleh kumpulan kedua (Melayu Deutro). Bahasa yang sama asalnya berkembang secara bersendirian

iv.

v.

di daerah masing-masing yang terpisah-pisah.


vi.

Bahasa Melayu dalam Subkeluarga Sumatera merupakan bahasa dalam keluarga Nusantara dalam rumpun bahasa Austronesia. Bahasa Melayu mempunyai pertalian dengan ratusan bahasa lain di Kepulauan Melayu dan tersebar antara Madagascar di barat hingga ke New Guinea di timur, dan antara Formosa di utara hingga ke New Zealand di selatan.

BANGSA MELAYU

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera.

MELAYU

Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal

dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Você também pode gostar