Você está na página 1de 14

Amali Sains 1 Semester 2 Eksperimen 1 Tajuk: Penyulingan berperingkat minyak mentah Tujuan: Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum

Teori: Petroleum atau minyak mentah adalah merupakan campuran organik yang kompleks, ianya terbentuk berjuta-juta tahun lampau secara semula jadi dan terperangkap di bawah batuan di perut bumi. Petroleum mengandungi tiga kumpulan utama sebatioan hidrokarbon iaitu Paraffin, Naphthene dan Aromatik. Paraffin terdiri daripada struktur hidrokarbon lurus dan bercabang, molekul yang mempunyai C1-C4 berupa gas pada suhu bilik. Naphthene mengandungi cincin-cincin karbon, kadangkala mempunyai rantai karbon pada sisi, mempunyai sifat sama seperti paraffin. (Contoh: Cyclohexane dan dimethyl cyclopentane). Aromatik adalah sebatian hidrokarbon yang mengandungi satu cincin terdiri daripada enam atom karbon dengan ikatan ganda dua antara C=C berselang seli dengan ikatan tunggal C-C, struktur ini dinamakan cincin benzene. (Contoh: Benzene C6H6, toluene/ dimethyl benzene C7H8, Xylene/ dimethyl benzene C8H10). Bilangan atom karbon dan struktur molekul yang berbeza menyebabkan campuran sebatian hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat didih yang berbeza. Asas ini digunakan untuk mengasingkan campuran petroleum kepada beberapa pecahan pada julat suhu yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza. Alat/ Radas: 1. Kelalang tapak bulat berlengan. 2. Termometer (O-3600C) 3. Kaki retot 4. Tungku kaki tiga 5. Penunu Bunsen

6. Corong turas 7. Rak tabung uji dan 5 tabung uji bertutup 8. Alas asbestos 9. Mangkuk pijar 10. Kasa dawai/ segi tiga poselen 11. Pemetik api. 12. Bikar (150ml) 13. Kapas 14. Kapas kaca 15. Kertas turas 16. Botol air suling Bahan Kimia: 1. Minyak mentah 2. Larutan kalium mangganat (VII) berasid (0.01M) dalam botol penitis.
(Sila rujuk Lampiran 1)

Rajah 1

Rajah 2 Prosedur: 1. Kelalang tapak bulat dipasang pada kaki retot. 2. Kapas kaca dimasukkan ke dalam kelalang tapak bulat dengan menggunakan forcep. 3. Minyak mentah dimasukkan ke dalam kelalang tapak bulat menggunakan corong turas. 4. Kelalang tapak bulat ditutup dengan menggunakan penutup gabus yang dipasang dengan termometer. 5. Alat/ radas dilengkapkan seperti yang tertera pada Rajah 1/Rajah 2. 6. Air dialirkan melalui kondenser liebej. 7. Kelalang tapak bulat yang berisi minyak mentah dipanaskan dengan menggunakan penunu Bunsen pada julat suhu 25 0C hingga 700C, hasil sulingan yang keluar dari kondenser liebej dikumpul ke dalam tabung dan dilabelkan sebagai pecahan I.

8. Prosedur nombor 7 diulang bagi pecahan II, III, IV, V dan VI pada julat-julat suhu yang berbeza seperti jadual berikut dan warna cecair yang terkumpul dicatat:

Keputusan: Pecahan I II III IV V VI


(Sila rujuk Lampiran 2)

Julat suhu didih 250C -850C 860-1000C 1010C-1300C 1310-1700C 1710C-2100C 2110C-3000C

Warna cecair tidak berwarna kuning muda kuning muda kuning kuning tua perang

9. Hasil-hasil pecahan I hingga VI dijalankan beberapa ujian untuk membandingkan sifat-sifat fizik dan kimia pecahan petroleum. a. Kelikatan Pecahan dituangkan sedikit ke dalam mangkuk pijar yang berbeza, pengaliran pecahan cecair-cecair ke dalam mangkuk pijar diperhatikan. Hujung jari digunakan untuk menyentuh setiap cecair dengan cara menggosok.

b. Kebolehbakaran/ keupayaan terbakar (inflammability) dan peratus kandungan karbon. Setiap pecahan dari (a) dalam mangkuk pijar dinyalakan dengan menggunakan pemetik api. Jika pecahan sukar terbakar, kapas digunakan sebagai sumbu. Warna nyalaan dan jelaga yang terbentuk dibandingkan.

c. Keterlarutan dalam air Sedikit air dimasukkan ke dalam tabung uji dan kemudian, hasil pecahan I ditambah. Tutup dan campuran digoncang. Eksperimen ini diulang bagi pecahan II hingga VI.

d. Tindak balas dengan agen pengoksida Sedikit pecahan I dimasukkan ke dalam tabung uji dan beberapa titis larutan kalium mangganat (VII) berasid ditambah. Tabung uji ditutup dan digoncang. Perubahan warna pada larutan kalium mangganat (VII) berasid diperhatikan. Langkah berjaga-jaga: 1. Kapas kaca dimasukkan perlahan-lahan dan memenuhi semua ruang dalam kelalang tapak bulat berlengan. 2. Bebuli termometer hendaklah separas dengan lengan kelalang tapak bulat yang menjadi tempat wap petroleum dialirkan ke kondenser liebej. 3. Air di dalam kondenser liebej dialirkan sepanjang eksperimen dijalankan.

Keputusan:
Pecahan Kelikatan Kebolehbakaran Warna nyalaan
(Rujuk Lampiran 3)

Peratus kuantiti karbon/jelaga

Keterlarutan dalam air


(Rujuk Lampiran 4)

Tindak balas dengan agen pengoksida


(Rujuk Lampiran 5)

cair/mudah mengalir

mudah terbakar Nyalaan berwarna biru

tiada jelaga

tidak larut

Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII) berasid tidak

berwarna II cair/mudah mengalir mudah terbakar Nyalaan berwarna kuning muda tiada jelaga tidak larut Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII) berasid tidak

berwarna III pekat sedikit mudah terbakar Nyalaan berwarna kuning muda sedikit jelaga tidak larut Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII) berasid tidak

berwarna IV agak pekat agak susah terbakar Nyalaan berwarna kuning sedikit jelaga tidak larut Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII) berasid tidak

berwarna V pekat agak susah terbakar Nyalaan berwarna kuning agak banyak jelaga tidak larut Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII)

berasid

tidak

berwarna VI likat amat susah terbakar/ perlukan kapas sebagai sumbu Nyalaan berwarna kuning dan merah amat banyak jelaga tidak larut Agen pengoksida teroksida (warna ungu kalium mangganat (VII) berasid tidak

berwarna

Perbincangan: Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan adalah tidak berwarna seperti Pecahan I (benzene dan toluene) dan sehingga kepada takat didih yang tinggi akan menghasilkan pecahan yang perang dan gelap seperti Pecahan VI. Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah akan menghasilkan struktur yang ringkas dibandingkan dengan molekul yang kompleks yang mana menghasilkan struktur yang juga kompleks. Secara tidak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada pecahan petroleum. Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan mempunyai kelikatan yang rendah ataupun cair. Ini merujuk kepada formula yang rendah akan menghasilkan molekul yang ringkas berbanding formula molekul yang besar dan kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga kompleks. Hal ini menunjukkan pertambahan jisim per isipadu yang memberikan ikatan yang lebih kuat dan kelikatan pecahan petroleum bertambah. Takat didih pecahan yang rendah juga selalunya mempunyai kebolehbakaran yang tinggi jika dibandingkan dengan pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi. Sebagai contoh, pecahan I yang tidak berwarna dan cair begitu mudah terbakar dan tidak berjelaga. Perkara ini melibatkan juga jisim per isipadu pada setiap pecahan petroleum berkenaan. Pecahan I kurang mengandungi hidrokarbon dan ringkas, jadi jisim per isipadu nya turut rendah.

Struktur molekul yang ringkas memudahkannya bertindak balas dengan oksigen dan menghasilkan nyalaan yang lengkap. Pecahan VI yang mempunyai takat didih yang tinggi serta berwarna perang dan gelap pula sangat susah terbakar. Pecahan VI ini memerlukan kapas sebagai sumbu untuk membolehkannya terbakar dan nyalaannya juga banyak jelaga. Hal ini menunjukkan bahawa pecahan VI mempunyai ikatan hidrokarbon yang banyak serta kompleks jisim per isipadunya yang tinggi. Struktur molekul yang kompleks menyukarkannya bertindak balas dengan oksigen dan menghasilkan pembakaran yang tidak lengkap serta berjelaga. Takat didih pecahan yang rendah mempunyai nyalaan yang berwarna biru (terang) berbanding takat didh pecahan yang tinggi yang mana mempunyai nyalaan yang berwarna kuning dan merah. Hal ini kerana takat didih pecahan yang rendah mempunyai struktur molekul yang ringkas dan memudahkannya bertindak balas dengan oksigen ketika proses pembakaran. Pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi pula mempunyai struktur molekul yang kompleks dan banyak serta

melambatkannya bertindak balas dengan oksigen ketika proses pembakaran. Kesemua pecahan petroleum tidak larut di dalam air. Hal ini kerana pecahan petroleum adalah bahan organik yang tidak berkutub yang mana tidak memungkinnya menjadi ion. Bahan organik tidak akan larut dalam air yang mana air mempunyai kutub dan boleh mengion. Kesemua pecahan petroleum dari Pecahan I hingga Pecahan VI bertindak balas terhadap agen pengoksida, larutan kalium mangganat (VII) berasid. Larutan kalium mangganat (VII) berasid, KMnO7 mempunyai nombor pengoksida 7, ia tidak stabil dan mudah teroksida bagi membentuk struktur yang lebih stabil. Oleh kerana pecahan petroleum terdapat struktur ikatan karbon ganda dua, maka dengan mudah kalium mangganat (VII) berasid mengalami penurunan. Hal ini dibuktikan apabila larutan kalium mangganat (VII) berasid mengalami penurunan dengan berubah menjadi tidak berwarna dari warna ungu. Ion mangganat (VII) dalam larutan kalium mangganat (VII) berwarna ungu akan mengalami penurunan menjadi ion mangan(II) yang berwarna. tidak

Ion mangganat (VII), Mn7+ ungu

Ion mangan, Mn2+ tidak berwarna

Hal ini membuktikan bahawa pecahan petroleum mengandungi ikatan karbon ganda dua yang mana ianya mengalami pengoksidaan apabila bertindak balas dengan agen pengoksida, kalium mangganat (VII) berasid.. Oksigen dari agen pengoksida kalium mangganat (VII) berasid akan membentuk ikatan dengan hidrogen pada molekul pecahan petroleum (alkena). Jadi, siri aldehid atau keton akan terbentuk.

CnH2n
(Alkena)

CnH2nO
(Aldehid/Keton)

Soalan: 1) Nyatakan peranan kapas kaca dalam eksperimen ini dan nyatakan bahan lain yang boleh menggantikannya. Kapas kaca digunakan bagi mengalirkan haba secara sekata dan menjadikan gelembung udara yang terhasil kecil. Hal ini akan mengelakkan berlakunya letusan melampau kepada petroleum ketika proses pemanasan dijalankan. Bahan lain ialah serpihan porselin dan serpihan poros.

2) Apakah proses yang berlaku dalam kondenser leibej? Proses kondensasi (penukaran gas/wap kepada cecair). Petroleum akan tersejat menjadi wap air sewaktu pemanasan. Wap tersebut akan dialirkan melalui kondenser liebej yang mana air sejuk sentiasa dialirkan. Keadaan kondenser yang lebih sejuk akan menukarkan wap petroleum menjadi cecair semula.

3) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi perbezaan takat didih molekul-molekul dalam campuran petroleum? Bilangan atom karbon, ikatan molekul dan struktur molekul. Bagi faktor bilangan atom karbon, semakin banyak bilangan atom karbon yang membentuk ikatan hidrokarbon dalam pecahan petroleum, semakin tinggi tenaga yang diperlukan bagi memecahkan atau menguraikan ikatan berkenaan. Jadi, semakin tinggi takat didih pecahan petroleum berkenaan. Begitu juga dengan faktor ikatan molekul, semakin panjang rantai ikatan molekul pecahan petroleum, semakin banyak tenaga yang diperlukan bagi memecahkan ikatan antara atom dalam molekul berkenaan. Jadi, semakin tinggi takat didih pecahan petroleum berkenaan. Bagi faktor struktur molekul pula, terdapat beberapa jenis struktur seperti ikatan rantai, ikatan bercabang dan struktur gelang. Setiap strukur ini memerlukan jumlah tenaga yang berbeza bagi memecahkan ikatan yang terbentuk. Oleh itu, takat didih bagi pecahan petroleum berbeza disebabkan perbezaan struktur.

4) Takat suhu didih pentana (C5H12) adalah 36.10C a. Apakah keadaan fizikal pentana pada suhu dan tekanan bilik. Cecair. Takat didih bagi pentana pula ialah 36.10C yang mana pentana hanya akan berubah menjadi gas (wap) apabila suhu sekitar melebihi suhu berkenaan. Disebabkan suhu bilik adalah sekitar 250C-270C dan belum melebihi takat didih bagi pentana, maka keadaan fizikal pentana pada suhu bilik.adalah cecair

b. Kira peratus kandungan karbon dalam molekul pentana. Jisim karbon/ jumlah jisim molekul pentana x 100 = % karbon dalam pentana

x 100 = 83.3%

Kesimpulan: Daripada hasil eksperimen yang dijalankan telah dapat membuktikan bahawa petroleum boleh diasingkan secara berperingkat dengan pemanasan yang berterusan secara perlaha-lahan.Keputusan menunjukkan bahawa pada peringkat suhu antara 30C dan 85C hasil yang diperolehi menunjukkan cecair yg terkumpul berwarna cerah Setiap pelbagai petroleum mempunyai struktur molekul, yang menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna dan kelikatan. Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan.

Lampiran

Lampiran 1: Bahan Kimia

Lampiran 2: Warna pecahan petroleum I hingga VI

Pecahan I

Pecahan II

Pecahan III

Pecahan IV

Pecahan V

Pecahan VI

Lampiran 3: Kebolehbakaran dan warna nyalaan pecahan-pecahan petroleum

Lampiran 4: Keterlarutan Pecahan I-VI dalam air

Lampiran 5: Tindak balas Pecahan I VI dengan agen pengoksida, larutan Kalium Mangganat (VII) berasid

Rujukan Buku Ooi Yong Siang, (2008). Chemistry Module Form 5, Muar, Johor : SM Sains Muar Tan Yin Toon, Loh Wai Leng dan Tan On Tin, (2010). Success Chemistry SPM, Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tan Yin Toon, (1996). Kimia Organik STPM, Shah Alam, : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd V. Lekshmi Viswanathan, (2006). New Vision Chemistry Form 4, Shah Alam: SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.

Internet Ashraff Syafiq, pengenalan petroleum, dilayari ri URL http://ashraffsyafiq.blogspot.com/2010/08/pegenalan-petroleum-terbentukberjuta.html Onnie Pijey, eksperimen-biologi, dilayari di URL, http://onnie-pijey.blogspot.com/p/eksperimen-biologi.html