Você está na página 1de 6

Amali Sains 1 Semester 2 Eksperimen 3 Tajuk : Menyediakan sampel etil etanoat (ester).

Tujuan: Mengkaji sifat-sifat fizikal etil etanoat. Teori: Etil etanoat adalah kumpulan ester yang merupakan sebatian organik yang terdiri daripada kumpulan karbon, oksigen dan hidrogen. Etil etanoat terbentuk apabila etanol dan asid etanoik ditindak balas dalam proses pengesteran dengan bantuan mangkin asid sulfurik pekat. Ester diguna pakai secara meluas dalam kehidupan seharian seperti pelembut dalam industri plastik, pewangi tiruan, pelarut dalam industri farmasiutikal, pelarut industri penghasilan lemak, selulosa, cat dan varnis serta digunakan sebagai perasa makanan tiruan. Radas dan Bahan: 1. Kelalang penyulingan. 2. Kondenser Liebig. 3. Kaki retord. 4. Silinder penyukat. 5. Corong pengasing. 6. Kasa dawai. 7. Kapas. 8. Penyumbat. 9. Bikar 10. Etanol 11. Asid etanoik 12. Asid sulfurik pekat 13. Serpihan porselin 14. Penunu Bunsen

Prosedur: 1. Dengan menggunakan silinder penyukat, sukat 150 cm3 etanol lalu dituang ke dalam kelalang penyulingan. 2. Kemudian, sukat pula asid etanoik sebanyak 180 cm 3 lalu ditambah ke dalam kelalang penyulingan yang mengandungi etanol tadi. 3. Beberapa sepihan porselin kecil ditambah bagi mengelakkan pemanasan melampau. 4. Sebanyak 25cm3 asid sulfurik pekat ditambah secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke dalam campuran. Campuran digoncang perlahan-lahan.

(Perhatian: Asid sulfurik pekat sangat menghakis) 5. Kondenser Liebig dipasang secara menegak pada kelalang penyulingan. Rujuk rajah dibawah.

6. Campuran dipanaskan secara refluk selama 30 minit.

7. Selepas pemanasan, campuran yang terhasil mengandungi etil etanoat bersama benda asing: etanol, asid etanoik dan asid sulfurik pekat (mangkin). 8. Campuran di dalam kelalang penyulingan dituang ke dalam bikar yang berisi air. Terdapat dua lapisan yang terbentuk, etil etanoat dan lapisan berair. Rujuk rajah di bawah:

9. Lapisan berair (etanol, asid etanoik, asid sulfurik pekat dan air) dikeluarkan dari etil etanoat dengan menggunakan corong pengasingan bagi mendapatkan etil etanoat (ester) yang berada di atas lapisan atas campuran. Rujuk rajah dibawah. Etil etanoat yang terhasil disimpan di dalam satu bekas penyimpanan..

10. Daripada etil etanoat yang terhasil, ujinya dengan ujian berikut: a. Keadaan fizikal, warna dan bau yang terhasil daripada etil etanoat.

Pemerhatian: 1. Pemanasan etanol + asid etanoik + asid sulfurik pekat secara refluks.

Air keluar Kapas

Kondenser Liebig

Air masuk

Penunu Bunsen

Etanol + asid etanoik + asid sulfurik pekat + serpihan porselin

Gambar 1: Proses pemanasan secara refluks

2. Pemerhatian terhadap campuran hasil refluks dimasukkan ke dalam bikar berisi air.

Etil etanoat Lapisan berair (etanol + asid etanoik +asid sulfurik pekat +air)

Gambar 2: Lapisan etil etanoat dan lapisan berair

3. Proses pengasingan etil etanoat dari lapisan berair.

Etil etanoat

Lapisan berair (etanol + asid etanoik +asid sulfurik pekat +air) Gambar 3: Proses pengasingan etil etanoat daripada lapisan berair

4. Etil etanoat disimpan di dalam bekas dan dilabel.

Etil etanoat

Gambar 4: Etil etanoat disimpan di dalam sebuah bekas

Hasil cecair yang diperoleh daripada proses pengasingan (etil etanoat) adalah cecair tidak berwarna dan berbau harum. Berdasarkan Gambar 2, didapati etil etanoat ini cecair yang tidak larut dalam air serta terapung di atas air (kurang tumpat).

Perbincangan: Apabila etanol dan asid etanoik dipanaskan dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai mangkin, etil etanoik akan terhasil. (pengesteran). Serpihan porselin berfungsi untuk menyeratakan haba semasa proses pemanasan bagi mengelakkan pemanasam melampau berlaku. Asid sulfurik pekat, H2SO4 pula berfungsi sebagai pemangkin dalam proses pengesteran ini. Berikut adalah persamaan bagi proses pengesteran:

H2SO4 pekat

CH3COOH(l)

C2H5OH(l)
H

CH3COOC2H5(l) + H2O

Etil etanoat yang terhasil mempunyai ciri fizikal seperti cecair tidak berwarna, berbau harum (manis) dan tidak larut dalam air. Etil etanoat juga kurang tumpat berbanding air (terapung di atas air) dan bersifat neutral serta tidak boleh mengalirkan arus elektrik. Kesimpulan: Ester (etil etanoat) dapat dihasilkan menerusi proses pengesteran antara etanol dan asid etanoik dengan bantuan asid sulfurik pekat sebagai mangkin. Ester merupakan cecair yang berbau harum (manis) dan tidak berwarna. Ester juga sebatian kovalan yang tidak larut dalam air dan selalunya kurang tumpat berbanding air. Ester juga neutral dan tidak boleh mengalirkan elektrik.

Você também pode gostar