Você está na página 1de 15

1.

PENGENALAN Teknologi berasal daripada techne bahasa Yunani, yang bermakna sistematik dan praktikal bagi

kemahiran

menggunakan

pengetahuan

secara

melaksanakan sesuatu tugasan. Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969), teknologi merangkumi suatu proses dan meluahkan idea. Dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula digunakan sebagai penguat dalam mencapai kejayaan. Domain Teknologi Pengajaran (1994) menjelaskan teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan. Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Perkara ini membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi pengajaran berbantu media mengikut teori pembelajaran yang sesuai. Amalan diertikan sebagai penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Ia merujuk kepada tingkah laku atau pengaplikasian pengetahuan yang diperoleh untuk disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada seterusnya dijadikan kebiasaan dalam melaksanakan tugasan. Yusuf Hashim (1997), menyatakan bahawa teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Crowell (1971): Encyclopedia of education, teknologi pendidikan merupakan gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Kesimpulannya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang. Pengaplikasian teknologi

pendidikan yang baik dan padu akan menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran
1

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorang pendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, para pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran. Oleh itu, reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk, membina dan menguruskan pembelajaran. Morrison et.al. (2001) pula berpendapat dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Antara komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Terdapat beberapa contoh model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh guru, contohnya model ADDIE dan model ASSURE. Model ASSURE dan ADDIE ini merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Model ADDIE telah dicetuskan oleh Rossett pada tahun 1987. Mengikut model ini, masalah hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu maka barulah jalan penyelesaian akan diperolehi. Masalah yang timbul boleh diselesaikan melalui kaedah temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Berikut merupakan aliran kerja berasaskan model ADDIE.

Analisa (Analysis)

Pelaksanaan (Implementation)

Reka Bentuk (Design)

Penilaian (Evaluation)

Rajah 1.0 : Aliran Kerja Berasaskan Model ADDIE

Berdasarkan rajah 1.0, penilaian dalam model ADDIE ini merangkumi analisis maklumat, reka bentuk, pembangunan dan perlaksanaan. Kempat-empat asas model ADDIE ini merupakan urutan yang dibuat bagi mengenalpasti masalah yang timbul dalam pemilihan media dan seterusnya menjadikan reka bentuk pengajaran bersistem ini menepati kehendak murid-murid. Model ASSURE mula-mula diilhamkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Jika dilihat, dalam model ADDIE, ia mengetengahkan lima langkah dalam pemilihan media. Manakala, dalam model ASSURE ini Heinich menggariskan sebanyak enam langkah dalam pemilihan media.
Analisis pelajar

Nyatakan objektif

Pilih kaedah, media dan bahan

Gunakan media dan bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Nilai bahan

Rajah 2.0 : Aliran Kerja Berasaskan Model ASSURE Analyse learner atau analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam memilih media pengajaran. Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti siapa kumpulan sasaran, apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai, apakah ciri-ciri murid dan tempoh pelaksanaannya. Langkah kedua ialah state objective (nyatakan objektif), dalam peringkat ini guru seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasaran. Oleh itu, objektif hendaklah dinyatakan dengan jelas agar motif utama pengajaran dicapai kedua-dua pihak.
3

Selanjutnya ialah langkah ketiga iaitu select method, media, and materials (pilih kaedah, media dan bahan). Objektif dan matlamat pembelajaran perlu dicapai denagn memilih kaedah, media dan bahan yang sesuai. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang boleh dipilih contohnya kaedah belajar cara belajar, strategi berpusatkan murid dan sebagainya. Manakala media dan bahan yang dipilih perlulah melihat kepada

kesesuaian kepada subjek pembelajaran dan tahap murid yang diajar. Langkah keempat dalam model ASSURE ialah utilise media and materials (menggunakan media dan bahan). Media merujuk kepada alat atau perkakasan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Penggunaan bahan pula merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk seperti komputer, video, gambar dan lain-lain. Dalam model ASSURE guru akan menentukan arah tuju pembelajaran melalui media dan bahan yang dipilih. Fasa kelima ialah require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar). Penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dan dinamik. Tanpa penglibatan pelajar, pasti pembelajaran yang dilaksanakan tidak mencapai objektifnya. Langkah terakhir yang perlu dilaksana iaitu evaluate and revise (nilai dan semak). Guru boleh menggunakan dua contoh penilaian dalam menilai proses pengajaran yang telah dijalankan seperti penilaian formatif dan sumatif. Melalui penilaian formatif maklum balas akan didapati secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian sumatif pula ialah penilaian pada akhir kursus atau unit pembelajaran. Maklum balas yang diterima digunakan untuk penambahbaikan proses pengajaran. Muhammad Hassan Abdul Rahman (2000) dalam bukunya bertajuk Media Pengajaran, Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan mendefinisikan media sebagai alat bantu dalam proses pengajaran seperti video, televisyen, model, gambar, poster, rajah, komputer, pita kaset dan bahan rujukan. Media-media ini membantu proses pengajaran guru terutamanya untuk berinteraksi dengan murid. Guru umumnya perlulah bijak dalam mengendalikan media untuk dikaitkan dengan pembelajaran.
4

Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.Penggunaan media sebenarnya akan menarik minat murid menghayati proses pembelajaran. Namun begitu, media yang terlalu banyak belum tentu memberi kesan sepenuhnya kepada murid. Oleh hal yang demikian, peranan guru yang kreatif dan inovatif dalam mengolah media untuk dikaitkan dengan pembelajaran amatlah penting.

Murid Media Guru

Sumber : Diubah suai daripada Heinich (1996) Rajah 3.0 : Kaedah Pengajaran Pemilihan media yang dilakukan dengan bijak dan sistematik pastinya membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu, pemilihan media hendaklah bersesuaian dengan objektif dan matlamat pembelajaran. Kognitif murid sememangnya berbeza antara satu sama lain, terdapat golongan yang cerdas, normal atau tidak cerdas. Guru hendaklah menyediakan media yang sesuai mengikut tahap kognitif murid-murid tersebut. Guru perlulah tahu samada hendak meminjam peralatan media, membuat sendiri atau membelinya di pasaran. Perkara utama ialah guru harus tahu memilih dan megaplikasi media. Penggunaan media sememangnya melibatkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan murid. Perancangan dan pendekatan yang sistematik dalam pengolahan media akan menarik minat pelajar. Perkara pokok dalam pemilihan media ialah kesesuaian media, kewibawaan media, aspek teknikal media, perkaitan dangan subjek dan ciri-ciri fizikal media.

2.0

SET MEDIA PENGAJARAN MODEL ASSURE

MENGANALISIS PELAJAR Tiga perkara yang akan dianalisis adalah ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang ada pada murid. Analisis ini dijalankan terhadap kelas tahun 4 Abu Bakar. Jika saya dapati ciri-ciri dan gaya pembelajaran mereka hampir sama, ini akan memudahkan saya untuk membuat bahan bantu mengajar dengan berkesan. Jumlah murid kelas tahun 4 Abu Bakar adalah seramai 30 orang dimana semua murid adalah kaum Melayu dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam ujian serta peperiksaan. Jumlah mengikut jantina bagi kelas tahun 4 Abu Bakar adalah lelaki 11 orang manakala perempuan 19 orang. Kebanyakkan murid kelas tahun 4 Abu Bakar berasal dari kawasan sekitar berdekatan dengan sekolah iaitu perumahan di pinggir bandar. Kebanyakan daripada mereka mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan menjalankan kehidupan seharian dengan baik. Sesi suai kenal dilaksanakan agar dapat mengenali dengan lebih dekat murid di dalam kelas 4 Abu Bakar. Pengalaman sedia ada yang ada pada murid akan memberikan idea untuk membuat bahan serta media yang sesuai berdasarkan tajuk . Hal demikian kerana mereka semua lebih sesuai dengan tajuk tersebut dan berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Selain itu, sesi soal jawab dan ujian untuk menguji pengetahuan pelajar dengan lebih berkesan. Jika gaya pembelajaran lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran secara berkumpulan maka teknik berpusatkan guru akan diaplikasikan kerana mereka lebih faham melalui penerangan guru. Contohnya guru menerangkan sesuatu tajuk pembelajaran dihadapan dan murid bertanya apabila mereka tidak faham dengan sesuatu perkara. Keadaan ini akan memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, jika gaya pembelajaran mereka lebih kearah pembelajaran berbentuk audio dan visual maka ia akan lebih memudahkan saya untuk menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

MENYATAKAN OBJEKTIF Pada peringkat ini, objektif pengajaran perlu diberi keutamaan agar pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan lebih berkesan. Menurut Dr. Ismail Zain (2002), objektif ialah penyataan spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan ditunjukkan oleh murid-murid selepas mengikut pelajaran tersebut. Pada peringkat ini juga, objektif dinyatakan terlebih dahulu mengenai apa yang akan dicapai oleh murid dan adakah ia sesuai dengan kehendak murid. Tajuk pembelajaran yang akan dijalankan adalah Keluarga Bahagia kerana lebih sesuai dengan tahap serta aras pembelajaran tahun 4. Selain itu dengan tajuk ini, murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih baik kerana bahan pembelajaran yang digunakan lebih untuk murid-murid mendengar sesuatu bahan yang disampaikan dan memberi pendapat tentang tajuk yang akan dilaksanakan. Contohnya murid-murid menyampaikan cerita tentang latar belakang keluarga mereka dihadapan kelas dan rakan-rakan yang mendengar teliti apa yang ingin disampaikan oleh murid tersebut.

Tajuk Keluarga Bahagia sangat sesuai dengan murid kelas tahun 4 kerana mereka mempunyai pengetahuan lebih luas dan pengalaman sedia ada. Selain itu, kemahiran menulis akan diterapkan ketika sesi pengajaran berlangsung di mana mereka akan mencatatkan hieraki keluarga mereka sendiri di atas kertas. Manakala kemahiran mendengar dan bertutur diaplikasikan dalam aktiviti berkumpulan dimana mereka perlu membuat perbandingan diantara keluarga dalam kumpulan mereka dan menceritakannya dihadapan kelas. Contohnya kumpulan satu mendengar membuat perbandingan latar keluarga kumpulan dua dan kumpulan empat.

Objektif yang perlu dicapai oleh murid tahun 4 Abu Bakar adalah berbincang dan berkongsi tentang sesuatu perkara serta bertutur dengan intonasi dengan betul. Objektif ini dapat dicapai apabila murid-murid memberi kerjasama yang baik dalam kelas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Kaedah yang akan dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran kelas tahun 4 adalah kaedah pengajaran menggunakan video sebagai alat bantu mengajar untuk tema Keluarga Bahagia. Hal demikian kerana kelas 4 lebih cenderung kearah pembelajaran yang menggunakan visualiti dan audio dan sangat sesuai menggunakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan video. Perkara ini dapat dilihat apabila beberapa video ditayangkan berkaitan dengan pembelajaran, murid-murid kelas 4 Abu Bakar memberi respon dengan baik semasa sesi pengajaran.

Pemilihan bahan yang akan ditunjukkan dalam video berdasarkan keupayaan serta maklum balas yang akan diberi oleh murid. Pemilihan bahan yang telah dibuat merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan yang ada dalam video tersebut adalah gambar-gambar keluarga bahagia serta nyanyian yang bertemakan keluarga bahagia. Dengan adanya video dan audio, murid-murid lebih faham dengan apa yang ingin disampaikan untuk pengajaran yang bertemakan Keluarga Bahagia. Kaedah ini sangat sesuai untuk murid-murid kerana ia boleh ditayangkan berulang kali apabila memerlukan tayangan semula. Contohnya apabila murid-murid tidah faham dengan kandungan video tersebut, guru akan menayangkan semula video tersebut.

MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN

Bagi langkah keempat iaitu iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Sebelum video tersebut digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, kajian tentang bahan yang digunakan perlu dilakukan dengan menyemak dan menonton berulang kali supaya tidak melakukan kesilapan semasa sesi pengajaran. Bahan video ini juga penting untuk set induksi bagi tajuk pembelajaran Keluarga Bahagia.

Selain itu, dengan penggunaan bahan dengan optimum, objektif yang perlu dicapai oleh murid-murid lebih cepat.Guru perlu menyusun bahan dengan lebih terusun. Dengan menyemak semula video yang akan ditayangkan dapat mengesan kesalahan dalam pemilihan bahan yang akan ditunjukkan kepada murid-murid. Contohnya dari segi perkataan, muzik, dan penyusunan bahan mengikut peringkat-peringkat yang dapat diikuti oleh murid bagi memastikan pembelajaran berlangsung dengan lancar.

Kandungan video tersebut juga akan mempunyai beberapa bahagian untuk memudahkan murid memahami apa yang cuba disampaikan. Contohnya bahagian pertama menunjukkan video tentang sebuah Keluarga Bahagia. Video yang akan ditayangkan juga mengambil kira latar belakang keluarga murid yang ada di dalam kelas tersebut bagi mengelakkan sensitiviti murid-murid.

MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR

Penglibatan pelajar secara aktif sangat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan teknik berpusatkan pelajar. Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan supaya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Setelah membentuk kumpulan, guru akan meminta murid-murid melantik wakil atau ketua kumpulan untuk membentangkan di hadapan selepas video tersebut ditayangkan. Setiap kumpulan perlu mengambil perhatian semasa video itu dimainkan kerana tugasan yang akan diberi berkaitan dengan video terseebut. Contohnya, saya akan menyuruh setiap kumpulan menulis sebuah karangan berdasarkan video yang ditayangkan dan ketua atau wakil kumpulan akan membacakannya dihadapan kelas.

Selesai aktiviti tersebut, guru akan mengambil kira

isi yang dibacakan oleh

murid serta pertuturan dengan intonasi yang betul. Penilaian akan dibuat melalui pemarkahan mengikut cara mereka membentangkan dihadapan.

Selain itu, sebelum berakhir sesi pengajaran murid-murid akan bersoal jawab mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam video tersebut supaya mereka faham apa yang akan disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya bertanya tentang apa yang terdapat dalam gambar tersebut serta nilai murni yang ada pelakuan dalam video yang ditayangkan.

PENILAIAN DAN SEMAKAN

Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir, guru akan mengkaji semula adakah objektif yang ingin dicapai tercapai atau tidak. Sebelum sesi pengajaran pembelajaran dimulakan murid-murid hendaklah dipastikan telah bersedia dengan video yang akan ditayangkan supaya mereka fokus dan mempunyai perasaan ingin mengambil tahu tentang isi kandungan video tersebut. Hal demikian memudahkan saya untuk memulakan sesi pengajaran dengan lebih lancar. Semasa sesi pengajaran dijalankan, guru perlu memastikan semua murid dapat mengikuti pengajaran yang dijalankan supaya lebih fokus lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang duduk di bahagian belakang. Dengan itu, murid-murid ini tidak akan tercicir dari mengikuti video yang akan ditayangkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

10

Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan melakukan refleksi bersama muridmurid untuk mengesan adakah objektif pengajaran yang ingin dicapai untuk murid tercapai. Jika murid-murid faham dengan apa yang disampaikan melalui video tersebut semasa pengajaran maka objektif pengajaran tercapai. Contohnya, guru akan menyoal kembali berkaitan dengan tajuk Keluarga Bahagia, jika mereka dapat menjawab dengan lancar dan tepat maka objektif pengajaran tercapai. Jika tidak tercapai, guru perlu mencari punca adakah murid-murid tidak berminat dengan pemilihan bahan dalam video tersebut dan mempertingkatkan lagi teknik pemilihan bahan supaya pembelajaran menjadi lebih kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar. Guru juga akan menilai pencapaian murid-murid berdasarkan penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif, prestasi murid-murid dalam aspek kemahiran serta sikap murid-murid sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

11

3.0

PENGURUSAN MEDIA DALAM P&P

Pengurusan media merupakan salah satu langkah yang amat penting seharusnya dititikberatkan oleh guru. Setelah selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran media yang telah digunakan hendaklah diuruskan dengan baik agar ia dapat digunakan pada masa akan datang dan dijadikan sebagai rujukan. Media yang telah saya pilih iaitu video untuk pengajaran subjek Bahasa Melayu Tahun 4 Abu Bakar bertemakan Keluarga Bahagia.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan bagi memastikan media video tersebut berada dalam kualiti yang baik dan selamat. Kebarangkalian media video ini dijangkiti virus-virus seperti worm, trojan dan sebagainya amatlah tinggi. Oleh yang demikian, saya telah membuat suatu folder yang khas bagi menyimpan video-video berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Bukan itu sahaja, saya turut menyimpan video tersebut di dalam pemacu pena (pen-drive) agar ianya dapat diselamatkan sekiranya apa-apa terjadi pada folder tersebut. Pemacu pena ini juga boleh dibawa ke mana-mana dan sekiranya pengajaran hendak dilakukan ia pastinya akan memudahkan guru. Salinan lembut (soft-copy) yang dilakukan ini hendaklah dalam jagaan yang baik agar ia dapat digunakan pada masa akan datang. Pada masa kini, terdapat pelbagai media penyimpanan fail yang boleh didapati di pasaran selain pemacu pena contohnya seperti cakera keras luaran (external hard-disk) dan sebagainya. Bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana dan harganya tidaklah begitu mahal. Namun begitu, media penyimpanan seperti ini juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk dijangkiti virus-virus komputer. Oleh itu, pengesanan virus (virus scanning) hendaklah dilaksanakan dengan kerap

menggunakan anti-virus seperti Kaspersky, Avira dan sebagainya.

12

Selain daripada itu, media video yang telah digunakan tersebut akan disalin (burn) di dalam CD. Dalam CD tersebut guru akan mempakejkan keseluruhan isi dan bahan-bahan pelajaran Keluarga Bahagia seperti video, audio, gambar dan rancangan pengajaran harian agar ia dapat dijadikan simpanan untuk sesi pengajaran tahun 4 di kelas berlainan atau pada masa akan datang. CD yang telah siap di burn akan dilabel bagi memudahkan penyimpanan.

13

4.0

REFLEKSI

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan kurniaan-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan subjek EDU 3105 (Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran). Segulung penghargaan diucapkan kepada Dr. Ismail Bin Md Zain yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Tidak lupa juga kepada ibu dan adi-adik saya yang menyokong saya walaupun saya jauh di negeri orang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan PISMP Unit J3 yang sudi memberikan idea dan pandangan untuk saya terus gigih melaksanakan tugasan EDU 3105.

Tugasan kali ini mengajak saya untuk berfikir dengan lebih mendalam berkaitan reka bentuk pengajaran. Bukan itu sahaja, melalui tugasan ini, saya dapat memahami pelbagai teori dan konsep teknologi yang dinyatakan oleh beberapa orang tokoh terkemuka. Pendapat yang diberikan oleh tokoh-tokoh ini boleh dikatakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Menyentuh mengenai model reka bentuk pengajaran, terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan guru seperi model ADDIE, model ASSURE dan sebagainya. Dalam kajian atau tugasan kali ini, kami diberi arahan untuk mengaitkan model ASSURE dengan media pengajaran yang telah dipilih. Media pengajaran pula merupakan bahan yang digunakan untuk melaksanakan sesi pembelajaran. Contohnya seperti komputer, video, slide dan sebagainya.

Model ASSURE adalah perkara yang tidak kurang pentingnya bagi seorang guru. Apa yang saya dapat kenal pasti, setiap guru haruslah mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi model ASSURE ini di dalam pengajaran mereka. Pastinya pengajaran itu akan lebih menarik dan objekti pembelajaran dicapai dengan jayanya.

14

Terdapat enam langkah dalam model ASSURE iaitu analisis pelajar, menyatakan objektif, memlilih kaedah/media/bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan

pelajar dalam pembelajaran dan penilaian bahan. Kesemua langkah-langkah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pada pandangan saya, guru yang peka dan kreatif akan menggunakan model ini sebagai suatu langkah dalam perancangan pengajaran mereka.

Selain daripada itu, murid-murid juga akan dapat memahami apakah pengajaran yang disampaikan guru dengan jelas dan mudah melalui pengaplikasian model ASSURE ini. Penilaian terhadap murid juga akan dapat dilaksanakan dengan cekap. Saya selaku bakal guru akan cuba menggunakan pelbagai model reka bentuk pengajaran untuk pengajaran saya termasuk model ASSURE ini untuk melihat keberkesanan model dan penyesuaian media yang digunapakai.

Seterusnya, pengurusan media merupakan proses yang perlu dilaksanakan guru bagi memastikan media yang digunakan dapat direkodkan atau dipelihara untuk digunakan pada masa mendatang. Saya dapat mengenal pasti beberapa cara yang boleh digunakan guru bagi tujuan pengurusan media. Boleh dikatakan setiap media pengajaran yang dipilih mempunyai cara pengurusan yang berbeza. Oleh itu, guru hendaklah peka dan cekap untuk menguruskan media yang telah digunakan.

Akhir kata, tugasan EDU 3105 kali ini sememangnya memberikan impak positif kepada diri saya yang merupakan seorang bakal guru kelak. Pelbagai pengetahuan baru yang diperolehi melalui pelaksanaan tugasan reka bentuk pengajaran dan perkaitannya dengan media pengajaran. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tugasan kali ini. Mudahan tugasan ini menjadikan titik tolak kecemerlangan guru dan murid-murid pada masa hadapan.

15

Você também pode gostar