Você está na página 1de 1

ISL MINGGU 1

Huraikan sejauh mana grafik yang mempengaruhi pemikiran pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Grafik amat membantu mempengaruhi pemikiran pelajar yang lemah dalam pelajaran. Dengan grafik yang menarik dan mempunyai pelbagai warna, pelajar lebih berminat untuk mengetahui dan memahami perkara yang akan diajar. Grafik juga dapat merangsang perhatian pelajar. Daripada hanya perkataan yang panjang dan membosankan, pelajar lebih suka melihat kepada grafik. Misalnya grafik yang merangkumi beberapa perkataan. Dengan bantuan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran, ia boleh menambah lagi kefahaman pelajar yang lemah. Ia juga akan meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Misalnya, pelajar akan menanya soalan kerana perasaan ingin tahu. Selain itu, bahan grafik membantu memotivasikan pelajar lemah untuk belajar secara lebih menyeronokkan. Ia memastikan pelajar lemah memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan tahap kebolehan sendiri kerana mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajaran beberapa kali sehingga faham. Secara kesimpulan, pelajar lemah akan belajar dengan lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari. Penggabungjalinan grafik dalam P & P membolehkan mereka mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif.

Você também pode gostar