Você está na página 1de 7

NAMA : MOHD ZULFADHLI BIN ZAINI OPSYEN : PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 3 TAJUK : REFLEKSI BIG FASA 3

REFLEKSI Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke-Hadrat Ilahi, kerana telah memberikan segala kenikmatan, ruang dan peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Segala kesempatan masa yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, BIG Fasa 3 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya yang bertempat di Rumah Warga Emas Sri Prichard Kinarut Papar. Program Bina Insan Guru (BIG) ini adalah merupakan fasa yang ke-3 untuk dilaksanakan pada PISMP semester 3, dimana tugasan BIG pada semester ini ialah 7 jam amali iaitu khidmat masyarakat. Saya dan rakan sekelas telah membuat perbicangan dan membuat keputusan memilih untuk membuat khidmat masyarakat ini di Rumah Warga Emas Sri Prichard Kinarut. Program BIG ini kami telah jalankan pada tarikh 2 Mac 2014, bersamaan hari Ahad. Keinginan dan kemahuan yang kuat sehingga mendesak kami untuk pergi kerumah warga emas untuk melihat sendiri bagaimana keadaan dan kehidupan mereka di sana. Ini adalah merupakan pengalaman pertama bauat kami, dan ini juga menjadi sebab kenapa kami memilih untukdatang ke tempat ini. Bermacam-macam perspektif yang bermain diminda tentang kehidupan atau cara hidup warga emas. Apa yang kami faham, kebiasaannya mereka yang tinggal di rumah warga emas ini adalah orang-orang yang telah atau ditinggalkan oleh anak-anak mereka. Kemudian anak-anak mereka tidak mahu bertanggungjawab untuk menjaga mereka. Sudah tentu kehidupan mereka sentiasa dimurungi dengan kesedihan kerana tidak mendapat belaian kasih saying daripada anak-anak mereka. Sedangkan mereka telah membesarkan anak-anak mereka dengan penuh keringat dansusah payah. Setelah tiba di rumah warga emas ini, kami disambut dengan baik oleh petugas yang ditanggungjawabkan untuk menguruskan kami. Kemudian kami meneruskan program sepertimana yang telah dirancang setelah berkolaborasi dengan pihak rumah warga emas itu. Setelah selesai minum pagi, maka kami diberi taklimat ringkas oleh petugas disana iaitu Puan Flovia. Melalui penerangan ini, maka semua kemushkilan dan tanda tanya yang bermain diminda terjawab. Puan Flovia memberikan penjelasan dan penerangan tentang sejarah penubuhan rumah warga emas tersebut, kategori

yang terdapat di ruamh tersebut, sebab-sebab kenapa warga-warga emas itu boleh berada di sana, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan bermacam-macam lagi. Kami juga sempat untuk bertanyakan apa-apa sahaja soalan mengenai rumah warga emas tersebut. Melalui respon atau penerangan dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Puan Flovia memberikan kami seribu satu pengetahuan yang amat berguna kepada kami. Segala persepsi kami sebelum ini sememangnya sudah terungkai dengan sejelas-jelasnya. Kami amat beruntung kerana mendapat petugas yang sanggup meluangkan masa bersama kami sebagai wakil daripada pihak rumah warga emas tersebut. Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah di rumah warga emas tersebut mempunyai tiga kategori iaitu kategori A, B dan C. Kategori A ialah warga emas yang sihat, mampu membuat kerja sendiri, dan boleh berdikari. Manakala kategori B pula ialah warga emas yang kurang sihat, tidak mampu buta kerja sendiri dan memerlukan bantuan. Kemudian kategori C pula ialah warga emas yang mempunyai pasangan suami isteri. Setelah mendapat taklimat dari Puan Flovia, saya dan rakan-rakan terus dibawa melawat ke setiap bilik-bilik warga emas ini mengikut kategori. Setelah menjejakkan kaki ke bilik-bilik mereka, melihat dengan pancaindera penglihatan yang diberikan, maka hati saya tersentuh dan sebak apabila melihat keadaan mereka di sana. Saya berasa amat sedih melihat akan nasib-nasib mereka yang terbiar, terpungguk di sana. Dengan keadaan mereka yang sudah tua dan uzur, perasaan yang sentiasa menanti akan kedatangan anak-anak mereka. Saya dan rakan-rakan sempat berbicara bersama warga emas di sana dan ada yang benar-benar menyayat hati. Ini dapat member pengajaran kepada saya untuk tidak melakukan sedemikian dengan menghantar ibu bapa ke tempat seperti ini. Kemudian ada juga anak-anak yang hanya dating menjengguk seminggu sekali, ada sebulan sekali dan ada yang langsung tidak dating menjengguk. Ini yang membuatkan saya berasa kesian melihat nasib yang melanda mereka. Setelah selesai melawat ke bilik-bilik warga emas tersebut, maka kami meneruskan program seperti yang dirancang. Oleh kerana kawasan rumah warga emas tersebut besar, maka saya sebagai ketua rombongan membahagi-bahagikan dalam beberapa kumpulan dan member tempat-tempat yang perlu di bersihkan. Khidmat masyarkat dapat diteruskan dengan lancarnya sehinggala sampai waktu rehat. Ada kumpulan yang membersihkan di halaman-halaman bilik warga emas tersebut, ada yang membersihkan di surau yang terdapat di sana, dan ada yang membersihkan di sekitar taman yang terdapat di sana. Khidmat masyarkat ini dipantau oleh pensyarah pengiri dan merupakan mentor kami iaitu Cik Hjh Zainab Bin Nawab Khan dan dibantu oleh Puan Norhayati.

Panas terik yang melanda kami bukan menjadi penghalang untuk meneruskan kerja-kerja amal di sana. Biar panas yang menyebabkan banyak peluh mengalir, maka itu lagi memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan kerja dan tugas. Apabila selesai membuat kerja amal, maka kami meneruskan dengan menyempurnakan solat zohor secara berjemaah. Alhamdulillah setelah selesai menyempurnakan solat, maka saya dan rakan-rakan meneruskan aktiviti dengan persembahan yang kami sediakan untuk disajikan kepada mereka. Persembahan yang kami buat ini sebenarnya adalah semata-mata untuk menghiburkan mereka. Kami mengetahui bahawasanya hati mereka sedih disebabkan masalah yang melanda mereka. Justeru itu kami membuat persembahan yang boleh dapat mengembirakan hati-hati mereka. Antara persembahan yang kami sediakan ialah tarian sumazau, menyanyi, dikir barat spontan dan bermacam-macam lagi. Kemudian setelah selesai membuat persembahan, maka kami teruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pihak rumah warga emas yang telah sudi menerima kami untuk melakukan khidmat masyarakat di sana. Bukan itu sahaja, malahan kami juga sempat menyediakan sedikit cenderahati untuk warga emas di sana. Selepas itu, kami meneruskan program dengan makan tenga hari Dalam jam tiga petang, kami mula berangkat balik ke IPG Kampus Keningau. Sememangnya banyak pengalaman yang saya perolehi melalui program ini. Saya berasa amat beruntung dapat dating ke tempat ini, bukan sahaja sekadar untuk memenuhkan proforma, tetapi sebagai pengajaran kepada saya untuk bertanggungjawab menjaga dan mengasuh ibu bapa walaupun mereka sudah tua.

Taklimat dari Puan Flovia

Sesi lawatan ke bilik-bilik warga emas

Kerja-kerja amal dijalankan

Persmebahan yang disediakan

Sesi bergambar bersama warga emas Sri Prichard

Você também pode gostar