Você está na página 1de 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER January/2014

HBML3103SMP

Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu (smp)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

640523135533001
640523135533

0178540389 blackpaperrock@yahoo.com OUM MIRI

1.0 Pengenalan Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan

kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pasca tahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Para pakar bahasa percaya pengajaran KOMSAS ini dapat membantu karya sastera tak hilang dek masa,tak lapuk dek zaman.Pihak yang lain pula menyokong pernyataan ini dengan menyatakan sastera dapat memupuk nilai2 murni dalam diri pelajar.Kenyataan kedua ini mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.

Menghayati nilai2 murni melalui sastera adalah cara lama namun efisien.Masyarakat prakemerdekaan mempelajari nilai2 murni secara tidak formal melalui penceritaan oleh orang dewasa secara turun-menurun.Selain itu,gaya penceritaan yang sampai melaui cerpen,syair,pantun dan sebagainya mudah untuk diterima oleh remaja.Oleh itu,remaja tidak terasa terbeban dengan tekanan subjek ini.Komponen sastera ialah himpunan hasil2 karya sastera.Sesetengah sastera pula berkait dengan

sejarah.Cara pembelajaran ini memudahkan pelajar mempelajari dua perkara dalam satu masa.Perkara ini juga memaksa semangat patriotisme apabila remaja menghargai tanah air melalui sejarah dan bangga dengan Bahasa Melayu melalui keindahan bahasa dalam komponen sastera.

Karya yang dipilih bagi dimuatkan dalam komponen sastera telah dipilih oleh pakar2 bahasa yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Para pakar bahasa ini telah memilih karya sastera yang santai dan tidak terlalu berat untuk para pelajar.Tahap kematangan sesebuah jalan cerita adalah mengikut umur

pelajar.Sehubungan itu,tidak tidak timbul soal pelajar tidk dapat mengikuti subjek Bahasa Melayu.Karya yang senang difahami dan dihayati ini memudahkan lagi penerapan nilai2 murni dalam diri remaja kerana ia sesuai dengan rentak jiwa remaja.

2.0 Konsep dan kepentingan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan muridmurid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar

menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen

kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahanbahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik,perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya(Kerusi, 2002: 22) 2.1 Memupuk nilai-nilai Murni Strategi pengajaran dan pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu dalam KBSM menekankan penggabungjalinan kecekapan bahasa dan penyerapan isi pelajaran yang akhirnya akan bersepadu antara satu sama lain. Dalam pengajaranpembelajaran kecekapan bahasa, isi pelajaran dicadangkan menggunakan ciri-ciri

sosiobudaya untuk menuju dan mencapai matlamat pendidikan Bahasa Melayu KBSM, iaitu penguasaan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakat dalam konteks kemasyarakatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Untuk memenuhi peranan di atas, guru-guru bahasa perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang unsur-unsur sosiobudaya dalam bahasa Melayu. Melalui unsur-unsur sosiobudaya yang diterapkan dalam mata pelajaran bahasa Melayu, guru dapat membantu para pelajar memahami cara hidup masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Langkah ini dapat melahirkan insan yang berakhlak tinggi di samping menyemai perasaan dan sikap menghargai serta membanggakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan alat perpaduan rakyat dalam semangat Rukun Negara Berikutan itu, unsur-unsur budaya yang perlu diterapkan adalah berpusatkan nilai dan kepercayaan yang positif dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apa bentuk pengajaran sekalipun akan melibatkan perubahan atau pembentukan nilai-nilai dan kepercayaan kerana pendidikan itu sendiri bermakna satu proses perubahan tingkah laku (Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali, 1993: 110). Ini bersesuaian dengan objektif KOMSAS dalam Bahasa Melayu yang antara lain menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Unsur-unsur kerohanian yang terdapat dalam Pendidikan Moral telah dipadukan dalam Bahasa Melayu dan ini merupakan satu usaha saling membantu antara mata pelajaran untuk membentuk insan yang harmonis, luhur dan mulia. Justeru itu, pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah bukan sahaja menanam kemahiran berbahasa di peringkat asas, tetapi juga untuk menanam nilai-nilai murni menurut Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2003: 18).

2.2 Merangsang Kemahiran Menilai dan Mengkritik Pelbagai Karya Sastera Penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana

fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya

kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan ketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

2.3 Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Komponen sastera dan majalah adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan, signifikan dan efektif dalam pendidikan. Malah, kedua-dua bahan tersebut saling melengkapi dan berfungsi kepada individu, khususnya pelajar untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Bagi merealisasikan keberkesanan pendidikan dalam bidang ini, maka bukubuku teks Komponen Sastera dan majalah yang berwibawa serta bermutu seperti Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan

pembelajaran itu. Komponen Sastera (KOMSAS) wajib dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak Mac 2000 untuk pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat, diuji pelaksanaannya di kalangan pelajar tingkatan lima (SPM) November 2001 dan akan diuji di peringkat tingkatan tiga (PMR) pada 2002. Sementara pelaksanaan ujian sepenuhnya termasuk kertas Bahasa Malaysia Julai hanya bermula pada 2003. DBP menerbitkan satu Siri Penghayatan Sastera Sekolah Menengah (SPSSM). Ini termasuklah Penghayatan Novel Aku Anak Timur oleh Mahaya Mohd. Yassin, Penghayatan Novel Bukit Kepong dan Penghayatan Novel Terminal Tiga ulasan oleh Rozaini Yahya, Penghayatan Novel Meniti Kaca oleh Amin Minhad dan Penghayatan Novel Pasir Salak oleh Napisah Muhammad. SPSSM ini disediakan bagi membantu para pelajar menghayati dan memahami aspek-aspek luaran dan dalaman setiap teks wajib. Di samping itu pada bab pertama setiap buku kajian tersebut diberikan gambaran tentang perkembangan novel tanah air untuk makluman dan pengetahuan para pelajar. Ini diyakini dapat membantu pelajar mengetahui sejarah perkembangan novel remaja dan umum sejak 20-an sehingga akhir dekad 1990-an. Majalah seperti surat khabar juga merupakan produksi media cetak yang dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu secara efektif. Namun, sebagai wahana pengajaran dan pembelajaran ia bergantung kepada kebijaksanaan pendidik memilih muatan isi yang sesuai, kesesuaiannya dengan situasi, lokasi dan variasi di samping pemilihan atau penggunaan kaedah yang tepat. Sesungguhnya majalah berfungsi sebagai alat komunikasi. Ia terlibat dalam proses penyampaian dan penerimaan. Lazimnya, isi muatan majalah mempunyai variasi, pola, klasifikasi atau kategorinya seperti rencana, wawancara, naratif, puisi, syarahan, pendapat, perbahasan, peribahasa, ceramah, laporan, esei, perbincangan, iklan, komik dan berita. Menjadi

tanggungjawab pendidik untuk memilih bahan-bahan yang sesuai. Ini boleh diperoleh dalam majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Pelita Bahasa. Bahan-bahan di dalam majalah tersebut mungkin berupa idea, gagasan, saranan, perutusan atau maklumat. Sementara keberkesanannya bergantung kepada kefahaman pendidikan terhadap sesuatu pola tulisan yang dikaitkan dengan penulisnya. Contohnya, majalah bulanan Pelita Bahasa sejak Julai 2000 telah menyediakan ruangan sastera dalam bahasa Melayu dengan fokus dan rujukan kepada teks Komponen Sastera. Sementara, majalah Dewan Siswa menyediakan ulasan atau kritikan cerpen dan puisi karya pelajar-pelajar oleh para sarjana. Di samping itu majalah Dewan Sastera menyediakan sisipan Mekar dengan memberikan ulasan terhadap teks sastera elektif SPM dan STPM. Transformasi

dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berlangsung dengan amat pesat dan kencang. Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran, termasuk Bahasa Melayu, perlu seiring malah saling melengkapi. Hal ini menjadi penting kerana pendidikan Bahasa Melayu sewajarnya menyeronokkan. Dalam usaha merealisasikan keberkesanannya, guru Bahasa Melayu perlulah sensitif dengan segala transformasi dan perkembangan, bersikap positif, kreatif dan berupaya menyepadukan multiilmu dengan menerapkan multikaedah, strategi, teknik dan aktiviti. Malah, dalam aspek tertentu ia perlu dieksploit agar pelajar sentiasa terdedah, tercabar dan tergugat untuk membaca, menghayat,menafsirkan pelbagai bahan majalah pilihan, disediakan atau disarankan. Antara kaedah, strategi, teknik dan aktiviti yang relevan ialah sumbang saran, interaktif, forum, pantomim, peta cerita, teater cerita, imlak, piramid cerita, kerusi panas,mestamu, tangga berita, main peranan dan kuiz. Ini haruslah dilaksanakan secara bersepadu dengan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Kreatif atau KBKK. Guru Bahasa Melayu harus sentiasa peka, prihatin dan berupaya memanfaat dan mengeksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wahana kontemporari dalam proses membudayakan bahasa Melayu melalui ilmu, penulisan, komunikasi, penyelidikan dan kreativiti dengan menggunakan majalah sebagai bahan pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu banyak bergantung usaha, pengorbanan dan bakti semua pihak serta merentasi pelbagai batasan atau status agar ia menjadi lebih efektif untuk mempertingkat dan mengukuhkan keterampilan berbahasa.

3.0 Genre genre dalam KOMSAS dan aplikasi dalam Bahasa Melayu. Terdapat perlbagai genre KOMSAS telah diaplikasikan di dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah tatabahasa, ejaan, sebutan, intonasi, kosa kata dan pelbagai lagi. Bagi memberi penjelasan jelas mengenai genre-genre dalam komsas dan aplikasi dalam Bahasa Melayu teks berjudul Harga Remaja telah dipilih. Menurut Olivia Madyusa H. (2012) aplikasi KOMSAS dalam bahan pelajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat dilihat melalui antologi teks pilihan berjudul Harga Remaja. Teks ini mengandungi puisi pilihan, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Komponen dalam teks ini adalah seperti berikut: -

a. Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Budi) Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Syair Definisi Orang Berakal Syair Siti Sianah Gurindam 12 Fasal yang Keenam Seloka Emak Si Randang

b. Sajak

Harga Remaja Di Perpustakaan Mengintai Ruang Insaf Mahsuri Adat Sezaman Tiba Waktunya

c. Prosa Tradisional

Pelayaran yang Penuh Peristiwa Merah Silu HIkayat Indera Nata Hikayat Khoja Maimun

d. Cerpen

Ibu dan Ceper Memori Seorang Tua Israk Pemain Catur

Mellisa Biarkan Samudera

e. Drama

Gelanggang Tuk Wali Forum Remaja 2020 Cempaka Berdarah

Sistem bahasa dan seni bahasa banyak terdapat dalam komponen-komponen genre sastera dalam analogi teks Harga Remaja seperti berikut:

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu aktiviti penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat, jelas, dan mudah difahami. Penguasaan dalam sistem bahasa membolehkan pelajar berbahasa seperti penutur jati bahasa Melayu. Sistem bahasa meliputi aspek yang luas daripada penggunaan tatabahasa sehingga penggunaan gaya bahasa seperti berikut: -

Tatabahasa Tatabahasa ialah bidang ilmu yang membincangkan tentang peraturan dan ketetapan dalam penggunaan sesuatu bahasa meliputi aspek kata dan ayat. Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah suatu peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan meliputi perkara-perkara seperti berikut: -

Jenis-jenis kata

Jenis-jenis kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan akronim.

Salah satu contoh penggunaan jenis kata adalah seperti berikut (Penggunaan kata tunggal): -

Mereka main masak-masak (muka surat 159 Cerpen Mellisa, Antologi teks Harga Remaja

Pembentukan kata

Pembentukan kata melibatkan pemajmukan, gandaan, gabungan. Salah satu contoh penggunaan pembentukan kata adalah seperti berikut (Penggunaan Kata Gandaan): -

Berhenti di tiap-tiap meja (muka surat 153 Cerpen Mellisa, Antologi teks Harga Remaja.

Penggolongan kata

Penggolongan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Salah satu contoh penggunaan penggolongan kata adalah seperti berikut (Kata nama dan Kata Kerja): -

Dia tersenyum (muka surat 162 Cerpen Mellisa, Antologi teks Harga Remaja

Sintaksis

Sintaksis memperincikan ayat dan pembentukkannya meliputi struktur ayat (subjek, predikat, pola ayat dasar, ayat pasif dan ayat aktif), pembentukan ayat (ayat selapis dan ayat majmuk), jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya dan ayat seru), frasa (hukum DM, pembentukan frasa dan konstituen terdekat.

Salah satu contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut (Ayat Majmuk yang terdiri daripada tiga ayat tunggal): -

Dia sukakan Farid yang kurus dan sederhana tinggi dan berkulit cerah ini. (muka surat 156 Cerpen Mellisa, Antologi teks Harga Remaja

Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi dalam bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku 1985. Sebutan baku ditetapkan untuk mematuhi sebutan berasaskan bunyi huruf konvensional, bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong. Termasuklah setiap huruf membawa bunyi yang sama, sama ada berada di awal, tengah atau akhir kata serta sebutan perkataan pinjaman.

Kosa Kata dan Peribahasa Kosa kata dan peribahasa merupakan dua bidang dalam sistem bahasa yang dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Biadang ini adalah pelengkap terhadap kemahiran berbahasa. Dalam ilmu bahasa, penguasaan kosa kata dan peribahasa dikaitkan dengan ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang membincangkan tentang penggunaan bahasa dalam konteks sosial. Peribahasa pula adalah susunan bahasa yang indah, digubah berdasarkan kehidupan seharian. Dalam teks KOMSAS, bahan pengajaran mengandungi unsur nasihat dan pedoman, gambaran kehidupan masyarakat, teguran dan sindiran secara halus (sopan). Peribahasa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, perbilangan, bidalan, lidah pendita, tamsil dan ibarat. Dalam analogi teks Harga Remaja, wujud penggunaan pantun, sajak, syair, gurindam, seloka dan sajak. Contohnya, pantun tidak hanya wujud berasingan dalam kategori puisi tradisional tetapi penggunaan pantun juga wujud dalam prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (muka surat 44) seperti berikut: -

Kuala di dalam lebuh, Air diharung hingga ke pinggang, Mulut luka sungguh sembuh, Parutnya bila akan hilang?"

4.0 Strategi yang berkesan menggunakan genre KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebelum melihat strategi yang berkesan untuk mengunakan genre KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Terlebih dahulu kita melihat apakah pengaruh guru dalam pengajaran KOMSAS. Menurut Roslinah (2008) Guru bahasa perlu bijak dalam

memilih bahan sastera untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang akan diajar. Guru boleh saja

memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha mencari atau memilih dari sumbersumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa. Antaranya,Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa petikan seperti berikut: i. Pandangan guru Bahasa Melayu. Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu? ii. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya. iii. Linguistik dan pedagogi. Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?

Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik, mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa.Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak terbahagi kepada empat

peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap generalisasi (umur 16 tahun). Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akan memudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau tidak berkesan sama sekali.Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting dalam pemilihan bahan iaitu: i. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar. ii. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak. iii. Adanya urutan kronologi. iv. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.

Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkara seperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dan sebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak berkesan.

4.1 Genre KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah. Bagi menerangkan serba sedikit mengenai genre komsas, genre cerpen telah dipilih. Berikut ialah penerangan lebih lanjut mengenai genre ini ;

Contoh : Cerpen Bertajuk Satu Ringgit Sebagai Bahan Pengajaran Imbuhan {meN..} Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajar terutamanya pelajar di sekolah rendah, tentang nilai-nilai murni iaitu seperti, tidak mengerjakan ibadah terutamanya puasa kerana untuk mendapatkan wang.Selain itu, banyak aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang dapat diajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh aspek tatabahasa tersebut ialah seperti, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata nama dan sebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkan seperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca. Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan cerpen Satu Ringgit ini. 4.2 Aspek Tatabahasa Dan Kemahiran Asas Bahasa Melayu Berdasarkan bahan cerpen Satu Ringgit ini, aspek tatabahasa yang difikirkan sesuai ialah, imbuhan me{N}. Pengajaran ini ditujukan untuk murid-murid darjah 6 sekolah rendah. Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklah kemahiran lisan, membaca dan menulis. a. Kemahiran lisan Kemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru membacakan cerpen tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N} yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh murid menyenaraikan kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang telah dinyatakan sebelumnya. b. Kemahiran membaca Murid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya jika penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan tayangan slaid mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan jelas dan guru dapat menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak bahan bercetak.

Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru supaya lebih berkreativiti dan sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan memotivasi murid supaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan.

c. Kemahiran menulis Kemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu berpandukan perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan seperti menuliskan nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut, menuliskan sebuah karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya dan menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut.Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan muridmurid akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.

Rujukan Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6-8 Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2010). Constructivism in the design of online learnings tools. European Journal of Educational Studies, 2: 3-13 Akta Pendidikan (1996). Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 5/1998. Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bashah Abu Bakar. (2003). Asas pengukuran bilik darjah. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books. Fahriye Altinay Aksal, Zehra Altinay Gazi & Aytekin Isman. (2008). A comprehensive look into the learners transferable skills related to constructivist approach. World Applied Sciences Journal, 4 (4): 558-567. Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa. (2001). Masalah penulisan naratif di kalangan murid sekolah menengah. Jurnal Pendidik, 27: 3-26. Halizah Awang & Ishak Ramly. (2008). Creative thinking skill approach through problem-based learning: Pedagogy and practice in the engineering classroom, International Journal of Human and Social Sciences, 3: 1-14 Ibrahim Bilgin, Erdal Senocak & Mustafa Sozbilir. (2009). The effect of problembased learning instruction on university students performance of conceptual and quantitative problems in gas concepts. Euroasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 5 (2): 153-164. Jones, M. G. & Araje, L. B. (2002). The impact of constructivism on education language, discourse, and meaning. American Communication Journal, 5: 14-26 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu edisi penyesuaian. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Peperiksaan SPM Sekolah Keat Hwa (2009). Laporan Peperiksaan tidak diterbitkan. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Marohaini Yusoff & Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di sekolah menengah: Satu penilaian kualitatif. Pertanika Journal Social Science & Humanities, 5 (2): 65-71. Mc Brien, J.L. & Brandt, R.S. (1997). The language of learning: A guide to education terms. Alexandria VA: Association for Supervision And Curriculum Development. Oliviya madyusa H. (2012) http://oliy777.blogspot.com/2012/07/komponen-kesusasteraanmelayu-komsas.html

Você também pode gostar