Você está na página 1de 126

Acik Lana

Bab 1
Rania tersenyum senang. Dia membalas teguran Zulaikha dengan mengangkat sebelah tangannya. Langkah diteruskan menuju ke meja kerja yang terletak di bilik kecil paling hujung di ruang itu. Dia dapat merasakan yang Zulaikha mengekorinya dari belakang. Jelas di pendengarannya bunyi derap kasut tumit tinggi temannya itu. Setelah meletakkan beg tangan ke dalam laci kabinet, Rania melabuhkan duduk di atas kerusi. Tangan mula sibuk mencuit itu dan ini, membuat persediaan awal sebelum memulakan tugasnya hari ini. Suis lap-top ditekan, kertas-kertas nota yang ditinggalkan di meja dibelek sepintas lalu. Nia, congrats! Nah, Doktor Hamida bagi satu lagi fail untuk kau. Kepalanya didongak, memandang wajah ceria Zulaikha yang berdiri di hadapan mejanya. Pandangan jatuh

OOD morning, Nia!

Akadku Yang Terakhir

pula pada fail kertas berwarna coklat yang dihulurkan oleh temannya itu. Another le? soalnya apabila fail tersebut bertukar tangan. Yes. Another le, another client, balas Zulaikha masih ceria. Nampak tak betapa Doktor Hamida percayakan kau? Banyak client dia hand over pada kau sekarang, itu maknanya prestasi kau memang memuaskan hati dia. Rania sekadar tersenyum dengan pujian itu. Dia tahu yang Doktor Hamida memang menaruh harapan yang tinggi kepadanya. Namun, kepercayaan yang diraih kini bukan datang dengan mudah. Banyak yang telah dia buktikan, tunjukkan dan semua usahanya ternyata tidak siasia. Namanya mula terlakar sebaris dengan pakar-pakar psikoterapi yang sudah sedia ada di hospital swasta ini. Anyway, thank you sebab puji aku. Lunch nanti aku belanja kau, ya? Zulaikha mencebikkan bibir, kemudian tergelak kecil pula. Aku puji ikhlaslah, Nia... bukan ada niat lain. Tapi kalau kau nak belanja jugak, aku boleh cakap alhamdulillah ajelah. Rania ikut sama tergelak. Dia tahu Zulaikha bukannya jenis yang suka bermuka-muka atau sengaja mahu membodek. Persahabatan selama tiga tahun sudah cukup untuk dia mengenali sifat luar dan dalam temannya itu. Okeylah, Nia. Aku tahu kau dah tak sabar-sabar nak belek fail tukan? Kita jumpa lunch nanti. Zulaikha segera berlalu meninggalkannya. Sahabatnya itu bagaikan sudah mengerti perasaan teruja dalam hatinya kini. Dia memang begini. Setiap kali ada fail baru sampai ke tangannya, mulalah perasaan ingin tahu

Acik Lana

meluap-luap dalam dadanya. Dia mahu tahu siapa klien terbarunya nanti, apa masalah dan konik yang dihadapi. Selepas itu, mulalah otaknya tidak mampu duduk diam lagi. Fikiran akan mula ligat menyusun aktiviti-aktiviti yang akan dia lakukan ketika sesi terapi nanti. Seperti kata umi, kerjaya yang dipilih olehnya ini terlalu sukar. Dia seolah-olah sengaja mencampakkan diri ke dalam permasalahan orang lain, itu mencari masalah namanya. Menyesakkan kepala sendiri untuk mencari jawapan pada persoalan yang samar-samar di bayangan. Memang sukar bunyinya. Dia akui yang kadangkala kiran dia ikut sama bercelaru. Lelah memikirkan masalah klien-klien yang saban hari menerobos ke telinganya. Namun, inilah kerjaya yang dia pilih. Kerjaya yang memberi seribu satu kepuasan buat dirinya. Kerana itu juga dia bertekad untuk terus membantu, memberi dorongan dan galakan kepada yang memerlukan. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Doktor Hamida yang cukup dia kagumi selama ini. Sekali lagi pandangan Rania terhala pada fail berwarna coklat di atas meja. Dia perlu mengambil sedikit masa untuk bertenang dan mengosongkan kiran supaya tidak ada masalah-masalah lain bercampur aduk sama. Apabila sudah cukup bersedia, fail tersebut dibuka dengan penuh yakin. Helaian pertama yang tertulis Terapi Kognitif Tingkah Laku dicapai untuk melihat butiran kliennya. Anak mata meniti pada satu per satu huruf yang tertaip di atas kertas di tangannya. Irham Zahri bin Alaudin 30 tahun. Pengurus Pemasaran.

Akadku Yang Terakhir

Sepintas lalu hati menyebut sebaris nama itu. Nampaknya kali ini dia berhadapan dengan klien lelaki sekali lagi. Dia akui antara cabaran yang paling sukar dalam kerjayanya adalah berhadapan dengan klien lelaki. Memang payah untuk dia cuba membina kepercayaan apabila mahu menangani kaum lelaki yang memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Mereka tidak gemar berkongsi cerita atau meluahkan masalah secara terbuka. Dan kerana itu dia perlu bijak mendekati secara halus, memulakan bicara dengan penuh hormat dan menghilangkan apa juga sempadan yang ada antara mereka berdua. Fikiran dia dan klien perlu bersatu. Dan jelas sekali masalah lelaki bernama Irham Zahri ini jauh berbeza daripada konik-konik yang pernah dia selesaikan sebelum ini. Minatnya tiba-tiba saja naik mendadak, bagaikan ada semangat aneh terhembus kuat ke hati tatkala membaca satu per satu butiran itu. Hati pula berbahang panas, ada perasaan marah dan geram bercampur baur tanpa dipinta. Ya Allah... tolonglah, lelaki jenis apa perangai macam ni? Gerutu hatinya beremosi. Nafas terasa kian panas. Ada garis halus yang dalam telah mencalarkan hati tanpa dia sedari. Sekali lagi anak mata meneliti butiran yang sudah dibaca sebentar tadi. Rania merengus geram. Lelaki bernama Irham Zahri ini sudah bernikah sebanyak tiga kali dan tiga kali juga lelaki itu bercerai tanpa sebab! Apa, Si Irham ni kir berkahwin tu macam pilih ikan dekat pasar? Hari ni ambik, esok lusa dah tak nak boleh buang? Bibirnya diketap rapat menahan rasa yang terbuku

Acik Lana

di dada. Bagaimana seorang lelaki waras dan berkerjaya seperti Irham Zahri boleh berkiran cetek begini? Apa yang lelaki itu kirkan ketika memilih seorang isteri? Pentingkan paras rupa semata-mata? Atau tarikan zikal yang hanya sementara? Dengan perasaan yang masih turun naik melawan emosi, Rania menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia gelisah. Ada rasa tidak sabar mahu merungkai rahsia hati seorang lelaki bernama Irham Zahri. Lelaki yang baginya cukup kejam, cukup mementingkan diri sendiri. Kalau lelaki itu seorang lelaki yang budiman, mustahil Irham Zahri tergamak memperjudikan hidup seorang wanita. Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang! Tanpa sedar, tangannya pantas mencapai gagang telefon. Nombor empat angka ke telefon Zulaikha didail dengan perasaan kurang sabar. Zue, kau arrangekan session aku dengan klien ni. ASAP. Errr... klien mana ni, Nia? Kedengaran suara Zulaikha terpinga-pinga di sebelah sana. Klien yang kau baru bagi aku tadi. Encik Irham Zahri? Yes, immediately please... arahnya sedikit tegas. Okey, tapi aku kena check slot kau dulu. Paling cepat lusalah kut, sebab session kau untuk esok semua dah penuh, terang Zulaikha. Hairan juga bila Rania seperti tidak sabar untuk menyelesaikan masalah kliennya yang satu ni. Kenapa, Nia? Kau macam cemas semacam aje, teruk sangat ke penyakit klien kau ni? Rania membisu seketika. Dia tidak mahu terlepas

Akadku Yang Terakhir

cakap kerana rahsia klien adalah rahsianya juga. Mana mungkin dia sanggup mencalarkan sikap profesional dia dengan menjaja keaiban orang lain. Thanks for your help, Zue. Kita jumpa lunch nanti. Talian segera dimatikan. Rania kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Berat, memang berat tugas yang harus dia pikul kali ini. Bukan mudah mahu menyedarkan lelaki seperti Irham Zahri yang hidup tanpa pegangan kuat seperti itu. Walaupun mereka belum bertentang muka, dia tahu lelaki itu mempunyai ego yang tinggi, rasa sabar yang terlalu sedikit dan mungkin sifat baran yang ketara. Paling penting, mampukah dia mengubah Irham Zahri di penghujung sesi terapi kelak? Atau meyakinkan lelaki itu betapa indah ikatan sebuah perkahwinan yang mampu kekal hingga ke syurga? Well, dia boleh cuba!

AYAH cakap apa ni?! Suara garau itu melengking tinggi. Bergema seluruh ruang makan kerana nada yang tiba-tiba saja naik mendadak itu. Tuan Alaudin mengangkat muka. Tajam pandangannya merenung wajah muda yang kini sudah berdiri dengan riak mencuka. Dia sudah menjangkakan begini reaksi anaknya, namun dia sendiri sudah bersiap sedia untuk menghadapi serangan balas. Kali ini, dia tidak mungkin akan mengalah lagi!

Acik Lana

Apa? Apa yang ayah cakap ni tak masuk akal bagi kamu? soal Tuan Alaudin bersahaja. Kopi suam yang masih separuh cawan disisip perlahan tanpa mempedulikan dengusan kasar yang melantun-lantun ke telinga. Yes! True! That is ridiculous ayah! Tuan Alaudin mengorak senyuman kecil, senyuman yang menghantar isyarat menyindir dan mengejek. Mengarut kata kamu? Ham sakit, Ham perlukan pertolongan! Irham Zahri terpempan dengan kata-kata tegas itu. Dia sakit? Bila masanya dia sakit? Ah, ayah memang sengaja mahu memperlekehkan dirinya. Bukan baru sekarang, memang sejak dahulu lagi mulut ayah tidak pernah mahu memuji. Asyik mengeji dua puluh empat jam! Dengan perasaan sebal di dada, Irham Zahri melepaskan keluhan geram. Tangan serba tidak kena mahu melurut rambut dan muka yang berbahang panas. Sangkanya dia boleh menikmati makan malam yang tenang di rumah orang tuanya, namun jelas ayah masih gemar berperang seperti selalu. Pantang bertembung muka, ada saja salah dan silap dia di mata lelaki itu. Rimas! Ham, ikutlah cakap ayah tu sayang. Apa yang ibu dan ayah buat ni untuk kebaikan kamu jugak. Kami nak tengok kamu hidup bahagia macam orang lain. Suara lembut itu mengalihkan perhatian Irham Zahri. Jika tadi anak matanya melilau ke sana sini mencari sedikit ketenangan, kali ini pandangannya terhenti di wajah penuh kasih si ibu yang sedang duduk di sisi ayah sejak tadi. Tapi, Ham memang bahagia, ibu. Ham happy dengan kehidupan Ham sekarang, balasnya dengan nada sedikit lembut. Ham tak faham kenapa ayah suka sangat

Akadku Yang Terakhir

masuk campur urusan hidup Ham, Ham bukannya budakbudak lagi! Memang kamu bukan budak-budak lagi, tapi otak kamu tu dah cukup matang ke? bentak Tuan Alaudin sedikit berang. Kamu sedar tak, kaki kamu tu melangkah lurus ke senget? Kalau betul lurus, takkanlah hidup kamu tungganglanggang macam sekarang ni? Apa yang tunggang-langgangnya ayah? Ham ada karier, Ham ada harta. Apa yang kurangnya lagi? balas Irham Zahri dengan nada serupa. Perangai kamu tu! Ada kamu kir pasal perangai kamu tu? At least Ham tak berzinalah, ayah! Berat keluhan terhela di bibir Tuan Alaudin. Dadanya yang sedikit perit diusap perlahan. Lelah dia mahu menyedarkan Irham Zahri biarpun sudah berkali-kali dia mencuba. Ego anaknya terlalu melangit, hati anaknya itu sudah buta kerana terlalu mengikut rentak dunia dan nafsu sendiri. Ham, tak boleh ke kamu berlembut sikit dengan ayah kamu ni? Kalau ayah bagi nasihat tu, kamu patut dengar dan cuba untuk faham. Bukannya melawan macam ni! ujar Puan Badariah sedikit kesal. Segelas air kosong diunjukkan kepada suaminya. Sungguh hatinya bimbang jika suaminya mendapat serangan jantung kerana masalah mereka anakberanak yang tak pernah habis! Ham, kamu pun tahu kenapa ayah marah sangat, kan? sambung Puan Badariah sedikit lembut. Wajah keruh Irham Zahri masih tidak lepas daripada pandangan matanya. Hmmm... sebab Zalia? teka Irham Zahri bersahaja. Ibu, Ham dah tak ada jodoh dengan dia. Takkanlah itu pun

Acik Lana

ayah nak pertikaikan? Jodoh, ajal dan maut, kan di tangan Tuhan, apa yang boleh Ham buat lagi? Tersirap darah Tuan Alaudin dengan kata-kata Irham Zahri yang bagaikan sengaja mahu menyindirnya. Memang semua itu kerja Allah, aturan Allah, tapi lihatlah pula sikap anaknya yang memalukan itu. Langsung tidak tahu bersyukur! Memang semua itu di tangan Allah, tapi kamu sedar tak apa kamu dah buat?! tengking Tuan Alaudin sedikit kuat. Tak sampai tiga bulan kamu bernikah dengan Zalia, sekarang senang-senang kamu ceraikan dia? Kami dah tak sefahamanlah, takkanlah Ham nak hidup dengan dia lagi? Astaghrullahalazim... ucap Tuan Alaudin dengan penuh rasa kesal. Jiwa merintih hiba mengenangkan keterlanjuran anaknya itu. Kalau diikutkan rasa baran hatinya ini, memang teruk Irham Zahri dia kerjakan. Mana mahu diletakkan maruahnya jika punya anak berperangai begini? Kamu ingat nikah kahwin tu mainan? Kamu kir seorang isteri itu macam baju? Hari ini nak, kamu ambil. Esok lusa tak nak, kamu tukar yang lain? Irham Zahri menjulingkan matanya ke atas. Bosan diasak dengan soalan yang sama berulang kali. Ayah, Zalia pun tak kisah kami bercerai. Yang ayah nak bising-bising kenapa? Bukannya Ham berzina ataupun buntingkan anak dara orang! Tapi, ini dah kali ketiga kamu bercerai! Kamu rasa semua tu okey lagi ke, hah?! tempelak Tuan Alaudin bengis. Mujurlah Puan Badariah sempat memegang erat lengannya,

Akadku Yang Terakhir

jika tidak, memang sudah melayang tapak tangan ini ke muka Irham. Dasar anak tak mengenang budi! Melihat ayahnya bingkas bangun dengan wajah merah padam begitu, Irham Zahri tahu kemarahan ayahnya sudah di tahap maksima. Jika selama ini pergaduhan mereka hanya di bibir, saling bertelingkah dan membantah, namun kali ini ayah sudah berniat mahu memukul dia pula. Ah, memang silap besar dia balik ke sini! Ham, ibu pun pelik dengan perangai kamu ni. Dulu beria-ia kamu suruh ibu pinangkan Si Zalia tu, sekarang kamu kata tak suka pulak? Tak sampai tiga bulan kamu kahwin dengan Zalia, sekarang bercerai lagi. Ibu malu dengan keluarga dia, luah Puan Badariah sedikit sebak. Sebab tu saya kata anak awak ni sakit, otak dia tu dah tak betul! tambah Tuan Alaudin dengan nada serius. Anak awak ni kir dia boleh dapat semua perempuan dalam dunia ni agaknya. Ikutkan sangat hati muda dia tu, inilah padahnya! Yang menanggung malu, tebal muka, kita jugak. Dia tahu apa? Lepas tangan macam tak buat salah! Berdesing telinga Irham Zahri menerima sindiransindiran itu. Nafas dihela kasar. Semakin lama dia berdiri di sini, semakin goyah kesabarannya. Dia tidak mahu meluahkan kata-kata yang lebih teruk lagi kerana dia sayangkan ibu. Kalau pergaduhan ini berpanjangan, silap-silap mungkin dia tidak dibenarkan lagi menjejak kaki ke sini. Ayah tak kira, lusa kamu kena jumpa jugak pakar psikologi tu. Ayah dah aturkan semuanya untuk kamu. Pergi sana dan biar dia tengok wayar apa yang dah terputus dekat otak kamu tu! Ham belum gilalah, ayah! bantah Irham Zahri, lantang. Wajah garang ayahnya ditentang dengan berani.

10

Acik Lana

Sekelumit pun tidak ada rasa gentar. Apa, ayah ingat kalau bercerai aje orang dah boleh jadi gila? Orang lain mungkin tak, tapi kamu tu yang dah tak siuman! What? Tuan Alaudin menganggukkan kepalanya beberapa kali, mengeyakan dengan yakin apa yang dikatanya sebentar tadi. Kalau kamu siuman, kamu takkan buat isteri-isteri kamu macam tu. Bernikah tak sampai setahun, lepas tu bercerai! Tiga kali kamu buat macam tu, apa motif kamu sebenarnya? Apa yang kamu nak buktikan? Irham Zahri melepaskan keluhan bosan. Dia tidak ada hati mahu membalas pertanyaan itu. Pertelingkahan ini takkan berakhir biarpun dia menghimpunkan beribu alasan kepada ayahnya. Takkan ada penamat dan penghujungnya. Malas mahu mengeruhkan keadaan, Irham Zahri mencapai kunci kereta dan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan. Dia mengerling ke wajah keruh si ayah dan kemudian berpindah pula pada wajah sayu ibu yang masih cuba menenangkan keadaan. Ibu, Ham balik dulu. Luahnya seraya menghala langkah ke ruang tamu. Lusa kamu mesti ke hospital tu, Ham. Kalau kamu tak pergi, jangan sesekali kamu jejakkan kaki ke rumah ni! Ayah takkan terima anak yang berperangai buruk macam kamu! Rapat Irham Zahri memejamkan mata tatkala ugutan itu menerpa ke telinga. Dia tahu kali ini ayahnya tidak lagi memberi muka. Penceraian yang masuk kali ketiga

11

Akadku Yang Terakhir

benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada kedua-dua orang tuanya. Tapi, untuk dia menuruti kehendak ayah dan berjumpa dengan pakar psikologi itu memang perbuatan yang tidak masuk akal. Dia belum gila lagi! Oh, atau mungkin sebentar lagi dia akan betulbetul gila kerana memikirkan semua ini!

12

Acik Lana

Bab 2
ELEFON bimbit yang berbunyi beberapa saat tadi dipandang tepat. SMS yang diterima daripada nama yang cukup dia kenali itu membuatkan hati terusik seketika. Diusik dengan perasaan kurang senang. Nafas dihela berat sebelum anak mata meneliti satu per satu perkataan yang tertera jelas di mata. Ill take my stuff tonight. You ada dekat rumah? Sekali lagi bibirnya melepaskan keluhan berat. Kepala yang sedikit pening disandarkan ke kerusi rotan yang diletakkan di tepi dinding di ruang balkoni itu. Tangan kiri yang memegang sepuntung rokok dibawa terus ke bibir. Rasa keras tembakau berjenama itu memberi sedikit kejutan ke kepalanya. Seketika dia menikmati rasa payau dan kelat yang memenuhi ruang di dalam mulutnya. Bosan memandang dada langit yang kelam, jari

13

Akadku Yang Terakhir

kanan mula bergerak. Menaip pesanan balas kepada Zalia di sebelah sana. Sorry, you left nothing here. Tidak sampai lima minit pesanan itu dikirimkan kepada Zalia, telefon bimbitnya berbunyi kuat. Terpandangkan nama gadis itu di dada skrin telefon, jiwanya mula bergolak. Mungkin pesanan terakhir tadi membuahkan rasa geram di hati Zalia. Dengan dengusan kurang senang, panggilan ini terpaksa juga disambut. Untuk melepaskan Zalia pergi selama-lamanya, mereka perlu mengakhiri semua ini secara aman, secara matang dan baik. Dia tidak mahu di masa hadapan Zalia masih berterusan mengganggu dan menghubunginya. Atau juga menyimpan sekelumit dendam dan kebencian. Yes, Lia? sapanya mendatar. Tangan kanan ditongkat ke kepala, jari pula lincah memicit dahi yang sedikit pening. Dia tahu ini bukan kesakitan kerana kisah penceraiannya, atau juga sebab dia kehilangan seorang isteri buat kali ketiga. Tapi, dia sakit kepala memikirkan permintaan gila ayah petang tadi. Pakar psikologi? Huh, memang gila! Sayang, you cakap apa tadi? Suara Zalia seperti biasa begitu lembut dan menggoda di telinga. Masih sama nadanya seperti pertemuan pertama mereka di KLIA empat bulan yang lalu. Hmmm... what do you mean? I cakap apa? Your SMS just now, kenapa you kata barang-

14

Acik Lana

barang I dah tak ada dekat rumah kita? soal Zalia dengan nada lembutnya. Seketika Irham Zahri mengemam bibirnya. Ada sedikit perasaan bersalah, namun realiti tetap realiti. Kali ini, dia mahu Zalia sedar bahawa hubungan mereka sudah putus dan tidak mungkin bersambung lagi. Sebolehnya dia tidak mahu ada sebarang tanda, kaitan, kenangan, mahupun ingatan tentang mereka berdua. Dan lebih elok jika mereka tidak lagi bertembung muka atau mendengar suara sampai bila-bila. I dah hantar ke rumah sewa you. You call la Herina, I dah pass semua barang you pada dia, luahnya tenang. Dan kini telinga jelas menangkap dengusan nafas kasar Zalia di sebelah sana. Ada nada kurang senang mula terbit di hati gadis itu. Dia cukup mengerti. Kenapa you buat macam tu? Kan I dah cakap bila I balik dari y, I sendiri akan ambil barang-barang I. Kenapa you tak bincang dulu dengan I? Suara itu mula berubah rentak. Lebih beremosi dan kedengaran cukup kecewa dengan apa yang disampaikan sebentar tadi. Im sorry, but I have to, balas Irham Zahri masih berlembut. Theres nothing between us anymore, you dah tak boleh suka-suka nak masuk rumah I macam dulu. Kita dah bercerai, remember? Yeah, of course I remember! balas Zalia dengan nada yang kian meninggi. Tapi, you tak boleh buang I macam tu aje. You nak bercerai, ne kita bercerai. Tapi, you tak perlu layan I macam anjing kurap! I am not. In fact, I tolong kemaskan barang you dan hantar semuanya dengan selamat. Tak cukup lagi ke? soal Irham Zahri bersahaja.

15

Akadku Yang Terakhir

Dia bangkit dari duduknya dan menapak ke hujung balkoni. Niat di hati memang tidak mahu memanjangkan pertelingkahan dan perbalahan mereka, namun Zalia seolaholah mencabar pula. Bila dia berlembut, mulalah nak pijak kepala! You tak pernah cintakan I, kan Irham? Soalan itu benar-benar mengejutkan Irham Zahri. Mendadak dan bersahaja. Dia langsung tidak bersedia. Dia terpaku sejenak, kemudian mengeluh perlahan dengan rasa bercampur baur. Cinta? Perkataan itu cuba dicari dan digali di dasar hatinya, namun sepi tidak terasa apa. Tidak pernah terasa perasaan indah di situ, semuanya sekadar luahan palsu di bibir. Sekadar mahu membeli jiwa seorang perempuan, sekadar mahu menjadi yang berhak dan layak. I... Bibirnya diketap rapat. Nafas ditarik panjang. Of course I pernah cintakan you, Lia. It sounds so fake, Irham, bidas Zalia, pedas. You tak pernah cintakan I! You kahwin dengan I semata-mata nak puaskan keinginan you, kan? Sekadar nak halalkan yang haram? Just stop it, Zalia! gerutu Irham Zahri dengan nada tertahan. You pun tahu kenapa punca kita bercerai, kan? Sebab you tak nak lepaskan kerja you! You ingat I suka ke hidup macam ni? Ada isteri macam tak ada, you asyik y sana sini tinggalkan I. I sunyi tahu tak? Tanpa sedar bibirnya mula memuntahkan nadanada kasar. Dan paling memualkan, semua alasan itu sekadar rekaan untuk menutup sebab yang sebenar. Jauh di sudut hati, dia tidak pernah peduli dengan jadual kerja Zalia sebagai seorang pramugari yang sering terbang ke luar negara.

16

Acik Lana

Kadangkala dia lebih selesa ditinggalkan sendiri, bebas untuk dia melakukan apa saja yang dia suka. Itu aje alasan you? How pathetic! sindir Zalia tidak mahu mengalah. Kalau betul you nak isteri yang boleh you hadap dua puluh empat jam, kenapa you ceraikan Camelia? Kenapa you ceraikan Tasya? Bukan diorang tu duduk rumah aje menghadap you? I said stop it, Zalia! tengking Irham Zahri kuat. Darah panas mula berdenyut di segenap urat tatkala egonya terguris dengan tuduhan itu. Berani sungguh Zalia menyentuh hal-hal peribadinya. I dah cakap dengan you banyak kali, I dont want to talk about my past relationships! Kenapa you nak ungkit-ungkit pulak hal ni? Suasana sepi seketika. Irham Zahri tidak habishabis mendengus dan Zalia di sebelah sana pula langsung tidak bersuara. Entah kenapa perempuan itu emosi benar malam ini. Padahal ketika bercerai dahulu Zalia kelihatan lebih relaks dan tenang. Malahan, Zalia menerima talaknya tanpa sedikit pun menitiskan air mata. Irham Zahri yakin Zalia juga tidak mahu terikat dengan sebuah perkahwinan yang membebankan ini. Zalia ingin hidup bebas, bergerak tanpa perlu bimbang memegang perkataan patuh dan taat. Tapi, malam ini kenapa berbeza benar sikap gadis itu? Seram dia mahu memikirkannya. Irham, I Please, Zalia, potong Irham Zahri laju. Sometimes you have to accept the fact that, what is done is done. Antara kita dah tak ada jodoh, dan I harap you faham. Sekarang ni you dah bebas. You boleh hidup dengan cara yang you nak. Ini bukan cara yang I nak, tapi ini apa yang you dah tentukan Irham!

17

Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri mendengus keras apabila Zalia semakin lantang menyerangnya. Entah apa yang sudah Zalia jumpa di Paris sampaikan ke tahap ini perempuan itu cuba mencabar kesabarannya. Atau ada hasutan lain yang sudah singgah ke telinga Zalia? Kita dah settlekan semua nikan? Apa lagi yang you nak bising-bising ni? Kita dah bercerai secara baik, now we can move on. You teruskan hidup you, dan I akan teruskan hidup I macam dulu, luah Irham Zahri dengan sedikit tegas. Dia mahu Zalia benar-benar faham. Then... you boleh pilih isteri baru pulak, macam tu? tuduh Zalia dengan nada mengejek. Oh, please... its none of your business. You know what, Irham? Youre such a jerk! Kedengaran nafas Zalia di sebelah sana tersekatsekat. Mungkin bercampur baur dengan perasaan marah dan sedih. Percayalah cakap I, Irham... satu hari nanti you akan rasa apa yang I rasa. Dan time tu I nak tengok sama ada you jatuh terduduk, atau you boleh berdiri tegak lagi dengan ego bodoh you tu! Belum sempat Irham Zahri mahu menjerit dan meluahkan kata-kata yang menaikkan egonya semula, Zalia sudah memutuskan talian. Jiwa meradang tiba-tiba. Menggelegak darah panas yang mengalir di seluruh tubuhnya yang tidak berbaju. Berani sungguh Zalia mengugutnya begitu! Siang tadi ayah mendesak yang bukan-bukan dan sekarang Zalia pula mendoakan kehancuran hidupnya. Apa semua ini? Kenapa semua orang seolah-olah menyalahkan dia? Membenci dirinya?

18

Acik Lana

Rambut dilurut kasar. Kusut dan tertekan. Ah, kalau dia berterusan begini, dia yakin dia akan betul-betul hilang akal nanti! Khairi... nama itu tiba-tiba muncul di benaknya.

LAAA... kenapa tak habis makan ni? Lamunan panjang Rania terhenti apabila sapaan lembut itu singgah ke telinga. Dia mengangkat muka, menentang renungan redup yang masih melekat tepat ke matanya. Bibir segera mengukir senyuman nipis. Sekadar mahu menutup rasa hati yang sejak tadi tidak menentu rentaknya. Nia dah kenyanglah, abang nak? Pinggan berisi mi goreng mamak yang hanya luak separuh itu ditolak sedikit kepada Fazriq. Melihat Fazriq tergelak kecil, dia memuncungkan bibir menunjuk rajuk. Kenapa abang gelak? Nia pelawa ikhlas ni. Ya, abang tahu Nia ikhlas. Tapi, abang pelik sebab selalunya orang tu kuat makan. Sepinggan pun tak cukup, usik Fazriq yang masih sukar membuang senyuman daripada bibirnya. Pinggan berisi mi goreng itu ditolak semula hampir kepada Rania. Makanlah sampai habis, tak elok membazir. Lagipun hari ni umi tak masak lebih, petang tadi abang dah habiskan semua lauk yang umi masak tu. Abang dah habiskan semua? Tak tinggal langsung untuk Nia? soal Rania dengan anak mata yang masih dipusatkan ke wajah ceria lelaki yang duduk di hadapannya itu. Nope, and I am so sorry, luah Fazriq dengan

19

Akadku Yang Terakhir

senyuman kian melebar. Hari ni abang penat sangat main bola, perut jadi lapar semacam. Tiga pinggan abang makan tadi tau. Mendengarkan kata-kata itu, Rania menahan tawa. Dia bukannya kisah sangat tentang lauk-pauk di rumah umi itu. Kadang-kadang dia sendiri tidak sempat mahu menjamah makanan. Sampaikan umi pun selalu naik sentap dengan sikapnya. Bukan dia sengaja, dia balik ke rumah pun sudah jauh malam. Badan yang letih lebih menuntut bantal di bilik tidur berbanding nasi di dapur. Dan selalunya selepas Fazriq menjemput dia di hospital, mereka akan terus ke kedai mamak berdekatan untuk menjamu selera. Walaupun sekadar menikmati mi goreng kegemarannya, rasa kenyang itu memang mampu bertahan sehingga keesokan hari. Mungkin kerana kurang menjaga makan, berat badannya sedikit menurun kebelakangan ini. Nia ni makan macam mana? Tengok tu, habis comot dagu dia. Berderau darah Rania apabila tangan Fazriq menyentuh dagunya itu. Selamba sahaja lelaki itu mengelap kotoran yang terpalit di situ. Jantungnya mula berdegup kencang, terlalu pantas. Tiba-tiba sahaja wajahnya membahang hangat, serba tidak kena dia mahu bernafas. Biarpun hati bergendang hebat, namun anak mata ini masih melekat tepat ke wajah itu. Demi Tuhan, kenapa Fazriq mahu menguji hatinya begini? Errr... tak apalah, Nia boleh bersihkan sendiri, luahnya sedikit gementar. Tisu di tangan Fazriq dirampas tanpa isyarat. Kekok dia mahu memandang wajah lelaki itu. Dia benar-benar malu dan segan.

20

Acik Lana

Okey, ne. Tapi, tak payah nak rampas-rampas tisu tu macam terrorist, boleh? Rania tersenyum kelat dengan gurauan yang singgah ke telinga. Debaran di dada masih terasa sehingga dia tidak mampu mahu menentang pandangan Fazriq. Dia sedar yang beberapa tahun kebelakangan ini jiwanya mula terkesan dengan kehadiran lelaki itu. Sentiasa terkesan dan berbekas. Sejak dia menginjak ke alam remaja dan mula mengenal perasaan cinta, rentak jantungnya tidak lagi berdegup normal setiap kali mereka bersama. Hati perlahanlahan mulai tertawan kepada Fazriq. Sikap lelaki itu yang terlalu melindungi, menyayangi, membuatkan dia hanyut dalam angan-angan sendiri. Apatah lagi Fazriq kian menginjak dewasa dengan wajah yang tampan, tubuh yang segak persis sang atlet, segala-galanya kelihatan begitu sempurna di matanya. Dia memang sudah tertawan, dia memang sudah gagal mengawal rasa di hati. Dan kerana rasa itu, mata mula giat merenung, memerhati, mencuri pandang dan kadangkala dia terleka dalam dunia ciptaannya sendiri. Dunia yang hanya didiami oleh dirinya dan bayangan Fazriq. Dunia yang sangat-sangat indah! Seketika matanya masih merenung wajah Fazriq. Lelaki itu leka menonton siaran berita yang terlayar di skrin besar di hujung restoran. Nafas ditarik dalam-dalam. Masih ada getaran halus di hujung hatinya. Raut ini sudah ditatap oleh matanya selama hampir sepuluh tahun, namun tidak pernah sekali pun dia berasa jemu atau bosan. Malahan dia jadi ralat jika tidak melihat Fazriq dalam sehari. Walaupun yakin dengan perasaan yang berputik di

21

Akadku Yang Terakhir

jiwa, walaupun dia sedar dia sudah jatuh cinta, namun lidahnya masih membeku. Tidak pernah terluah walau sebutir ayat manis daripada lidahnya ini. Dia takut. Dia takut dia mungkin kehilangan lelaki itu buat selama-lamanya. Nia ni banyak menung sekarang, kan? Nia dah ada boyfriend ke? Bagaikan ditampar di muka, Rania tersentak. Sekali lagi pandangan berlaga dengan mata jernih milik Fazriq. Wajah yang kemerahan membuatkan dia mengalih pandang ke sisi. Menggelabah. Ha... muka merah tu, ada boyfriend la ni. Betul tak? Abang jangan nak merepeklah, getus Rania seraya menjeling tajam kepada Fazriq. Boyfriend apanya kalau hidup Rania ni asyik terperuk dekat hospital tu aje. Fazriq tergelak kecil. Wajah Rania yang comel kemerahan itu ditatap tepat. Eh, kenapa pulak? Dekat hospital tukan ramai doktor-doktor muda, takkan tak ada yang mengurat Nia? Punyalah cantik Nia ni, tak ada yang berkenan? Tersipu-sipu Rania dengan pujian itu. Dipuji cantik oleh lelaki yang dipujanya, memang terasa bagaikan dunia ini dia yang punya! Mana adalah. Nia pergi hospital tu untuk kerja, bukan cari calon suami, balasnya bersahaja. Tangan melurut tudung di muka, menutup rasa segan yang berbaki. Eleh, yalah tu. Umur Nia dah dua puluh tujuh tahun tau, dah sesuai sangat cari calon menantu untuk umi. Umi dah banyak kali mengadu dengan abang dia nak cucu. Bila Nia nak bagi?

22

Acik Lana

Rania terpempan. Pantas anak matanya mencari wajah Fazriq. Lelaki itu kelihatan tenang bersahaja, tidak langsung menunjuk riak berlainan. Sepantas itu hatinya walang tiba-tiba. Mungkin selama ini hanya dia berperasaan begini. Mungkin Fazriq tidak pernah punya rasa yang serupa. Atau mungkin lelaki itu sekadar menganggap hubungan mereka ini seperti adik dan abang? Tapi kalau benar semua itu, kenapa sehingga kini Fazriq tidak pernah punya kekasih? Kenapa lelaki itu mementingkan dia berbanding orang lain? Layanan, renungan, tutur kata, semuanya seolah-olah membayangkan dia ini yang paling utama untuk lelaki itu. Kedudukan dia di tempat teratas dalam senarai kepentingan Fazriq. Dia tahu, dia boleh rasakan semua itu. Atau mungkin Fazriq juga menahan perasaan kepadanya kerana abah dan umi? Sama seperti apa yang dia lakukan kini. Ah, dia tidak ada keberanian untuk bertanya, untuk mencari jawapan. Nia, are you okay? Nia marah ke abang tanya macam tu? Eh, taklah. Bibirnya tersenyum kelat. Kalau umi nak cucu, abanglah bagi dulu pada umi. Abang? Fazriq menunjuk dirinya sendiri. Dia tersenyum, kemudian menggelengkan kepala beberapa kali. Belum sampai turn abang lagi, abang kena tunggu sikit masa lagi. Kena tunggu? Kenapa? soal Rania tidak mengerti. Kata-kata itu bagaikan melontar sebuah teka-teki kepadanya. Dia keliru. Banyak sebab, Nia. Dan abang tak nak lukakan hati orang-orang yang abang sayang.

23

Akadku Yang Terakhir

Sekali lagi Rania terpaku. Hatinya mula bergetar. Apa maksud Fazriq? Mungkinkah lelaki itu memang ada perasaan yang sama seperti dia? Demi Tuhan, dia benar-benar berharap begitu! Jom kita balik, Nia. Nanti lambat umi risau pulak. Rania mendongak memandang Fazriq yang sudah bangkit berdiri. Jelas air muka lelaki itu kelihatan sedikit keruh, berbeza dengan apa yang dilihatnya sebelum ini. Apa yang ada di hati itu? Sungguh, dia benar-benar ingin tahu. Masuk saja ke dalam kereta, Rania masih mendiamkan diri. Entah kenapa ruang antara mereka berdua bagaikan janggal sekali. Tidak seperti biasa. Fazriq yang duduk di tempat memandu juga seperti tidak berminat mahu berbual dengannya. Ketika kereta Fazriq mengundur untuk keluar dari kotak parkir, satu dentuman kuat kedengaran di belakang. Serentak itu Rania terasa tubuhnya terhenyak ke depan. Darahnya berderau laju. Cemas dan terkejut dengan apa yang berlaku. Ya Allah Nia okey, ke? Ada terhantuk dekat mana-mana tak? soal Fazriq sedikit resah. Tangannya menyentuh kepala Rania, memeriksa jika ada kecederaan yang tak diduga. Abang mintak maaf, Nia. Abang tak tengok belakang betul-betul tadi. Its okay, its okay. Nia tak injured pun. Balas Rania bersungguh. Tangannya menolak sentuhan Fazriq, tidak mahu lelaki itu terlalu bebas menyentuhnya. Alhamdulillah kalau Nia okey. Nia tunggu sini sekejap, abang nak check kereta belakang. Rania sekadar memandang Fazriq keluar dari kereta. Sempat juga dia mengintai untuk melihat siapa yang

24

Acik Lana

melanggar kereta mereka sebentar tadi. Tidak begitu jelas wajah dua orang lelaki yang sedang bercakap-cakap dengan Fazriq itu. Mujurlah tidak ada sebarang perbalahan berlaku kerana kesilapan Fazriq sebentar tadi. Tahu sajalah zaman sekarang, ramai yang nak berlagak seperti gengster! Perlahan Rania melepaskan keluhan berat. Dia tahu kiran Fazriq terganggu dan bercelaru sehingga lelaki itu bersikap cuai begini. Cuma dia tidak tahu apa puncanya. Namun jauh di sudut hati, dia berharap semuanya kerana dia. Hanya dia.

25

Akadku Yang Terakhir

Bab 3
ANGKAH gagah masih diatur kemas. Biarpun ketika tiba di sini beberapa minit yang lalu tubuhnya seakan-akan mengecil, kini keyakinan bertambah tinggi. Dia tidak mahu kelihatan lemah atau kalah. Apa yang lebih penting, dia perlu menafikan semua tuduhan yang dilemparkan oleh ayahnya. Jika ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini, dia akan pastikan ini juga kali yang terakhir. Selepas ini jangankan muka, menunjuk bayang pun dia tidak sudi. Ketika menyusuri ruang koridor yang agak sibuk itu, matanya mengimbas keadaan sekeliling. Sudah dia jangkakan memang begini keadaan sesebuah hospital, sentiasa sibuk dan cemas. Tidak dinakan yang dia kurang selesa berada di tempat seperti ini. Dia benci melihat wajahwajah tidak bermaya yang menanggung kesakitan. Jiwanya pedih terutama sekali jika melihat anak-anak kecil yang terpaksa melalui semua itu. Mungkin benar dia sering dilabel sebagai lelaki kejam, lelaki yang begitu angkuh mematahkan hati dan

26

Acik Lana

meranapkan hidup seorang perempuan. Namun, dia tetap manusia biasa. Jiwanya masih hidup biarpun tidak setara mana. Enggan memandang keadaan sekeliling yang menyesakkan dada, langkah dihala laju ke kaunter informasi. Sekeping kad nama yang digenggam sejak tadi dipandang sekilas. Selamat pagi, boleh saya bantu encik? Senyuman gadis di kaunter itu dibalas dengan anggukan kepala. Segaris senyuman pun tidak sudi dibalas oleh bibirnya. Buat apa dia nak beramah-tamah, dia bukannya seronok datang ke sini. Benci adalah! Well, I nak jumpa... Mata kembali terhala ke kertas kecil yang sudah agak renyuk di tangannya. Bibir diketap seketika. Ada rasa perit mula mengguris egonya. Hmmm... I nak jumpa Doktor Hamida. Doktor Hamida? Encik ada appointment untuk sesi terapi ke hari ni? tanya gadis kecil molek itu, masih dengan nada mesra dan penuh sopan. Terkedu, Irham Zahri mengalihkan pandangan ke sisi. Dia yakin semua kakitangan di sini mengenali Doktor Hamida, seorang pakar psikologi yang terkenal. Apa lagi tujuan dia bertemu wanita itu jika bukan untuk terapi mental dan jiwa. Ah, rosak reputasinya kalau dipandang sebagai pesakit mental! Kalau bukan kerana ugutan ayah, memang mati hidup balik dia takkan menyerah diri ke sini. Dia tahu kali ini ayah sudah hilang sabar, sudah muak menasihati dirinya. Dan dia yakin, ayah juga menjadi sebab kenapa dia gagal menghubungi ibunya sejak kelmarin. Mengugut! Encik? Encik ada appointment ke? Ulang gadis itu sekali lagi.

27

Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri mengangguk kecil. Rasa rendah diri, malu dan ego yang telah hancur membuatkan nafasnya kian sesak. Hmmm... yes. I ada appointment. Okey, kalau macam tu boleh saya dapatkan nama encik? Irham Zahri. Nama I Irham Zahri. Terasa sedikit getaran dalam nada suaranya. Dia menggelabah? Mungkin. Kepala berat memikirkan anggapan yang bakal terlempar kepadanya. Bagaimana kalau ada orang lain tahu dia ke sini? Dan apa pula kata bekas-bekas isterinya nanti? Irham Zahri sudah gila? Ah, tak mungkin!

NIA, Encik Irham dah standby dekat Room 1. Pesanan daripada Zulaikha membekukan pergerakan Rania yang sedang menaip laporan di komputer. Jantung berdegup kencang. Perasaan teruja yang dipendamnya sejak dua hari yang lalu kembali menerpa. Inilah masa dan detik yang dia nantikan! Tanpa mempedulikan laporan yang separa siap ditaip, tergopoh-gapah dia mencari fail milik Irham Zahri di dalam laci. Dia tidak mahu terlewat, tidak mahu juga lelaki itu memandang serong kepadanya. Lagipun, tanggapan pertama klien amat penting dalam situasi begini. Mak ai... kelam-kabut semacam kau ni. Aku syak penyakit Encik Irham ni kronik sangat ya, Nia? Rania tersenyum kelat dengan usikan Zulaikha. Kronik? Ya, mungkin sangat kronik. Kalau tidak, takkanlah

28

Acik Lana

dia benar-benar teruja begini. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata kerana sibuk memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk mendorong bakal kliennya itu meluahkan emosi. Siapa tahu Irham Zahri itu bagaimana orangnya. Entah-entah jenis lelaki sejuk beku atau juga lelaki berhati batu! Lagipun tugas kali ini terasa sedikit berat terbeban di bahu. Mana tidaknya, petang semalam dia sudah diingatkan berkali-kali oleh Doktor Hamida untuk memberi yang terbaik kepada anak rakan karib wanita itu. Dan menurut Doktor Hamida lagi, ayah Encik Irham Zahri sendiri yang mendaftarkan anaknya di hospital ini. Mungkin sedar konik diri anak lelakinya itu sudah di paras kritikal. Kalau manusia normal, takkanlah tak ada hati dan perasaan! Setelah menitipkan beberapa pesanan kepada Zulaikha, Rania segera bergegas ke bilik terapi. Jaraknya tidaklah terlalu jauh, hanya selang beberapa bilik sahaja. Namun, entah kenapa hari ini kakinya bagaikan bergerak terlalu lambat. Pintu yang dekat pun kelihatan begitu jauh di matanya. Beberapa saat berdiri kaku di hadapan pintu berwarna putih itu, nafasnya ditarik dalam-dalam. Perlahan kelopak matanya dirapatkan seketika. Dia perlu bertenang. Dia perlu melempar sejauh mungkin apa juga persepsi buruk terhadap Irham Zahri. Fikirannya perlu kosong dan bebas. Apa yang perlu dia lakukan kini adalah menyerap sebanyak mana emosi daripada lelaki itu dan kemudian cuba memahaminya satu per satu. Yakin dan tekad, tombol pintu dipulas perlahan dengan lafaz bismillah. Tanpa ragu kaki segera mara ke dalam, melangkah penuh berani dan cukup bersedia. Pandangannya kini melekat ke belakang tubuh seorang lelaki

29

Akadku Yang Terakhir

yang duduk santai sambil bersilang kaki di atas sofa. Jantung mula bergetar lagi, kali ini lebih kencang berbanding tadi. Assalamualaikum, Encik Irham, sapanya lembut. Teguran itu memberi kesan apabila lelaki itu menoleh sedikit ke sisi. Namun dengan bersahaja, lelaki bernama Irham Zahri itu kembali memandang ke hadapan. Sedikit pun tidak mahu menoleh kepadanya di sini. Pandang pun tak mahu, jauh sekali mahu menyambut salam yang diberi. Rapat Rania mengetap bibir menahan rasa. Aksi dingin sebegini memang sudah biasa menjadi makanannya. Sudah terbiasa. Cuma kali ini berbeza kerana Irham Zahri. Kerana lelaki itu yang mencabar nalurinya sebagai seorang perempuan. Walaupun perasaannya berperang kerana emosi dan sekatan sikap profesional sendiri, Rania meyakinkan diri untuk menghampiri lelaki itu. Penuh tertib dia melabuhkan duduk di atas sofa bertentangan dengan Irham Zahri. Walau apa juga penolakan yang mungkin dia terima sebentar lagi, dia tidak akan mengalah begitu sahaja. Dia akan berusaha sehabis baik untuk menyedarkan hati yang telah mati ini. Untuk pertama kali, seraut wajah itu dipandang tepat. Meneliti dan mencari sedikit emosi yang mungkin terbias di wajah yang tiada cacat cela itu. Jelas emosi yang terpapar hanya membiaskan tenaga negatif, sama seperti yang dia jangkakan. Tidak ada hubungan dari mata ke mata, hanya riak masam mencuka yang menggambarkan apa yang ada di hati lelaki itu. Dingin. Dari penilaian luaran, dia boleh mengkategorikan Irham Zahri sebagai lelaki kelompok atasan. Lelaki yang punya rupa, karisma, gaya dan hidup dalam kelas yang

30

Acik Lana

tersendiri. Dengan rupa begini, memang tidak hairan jika ada perempuan di luar sana terpesona dengan mudah, menyerah dengan rela untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki penuh gaya ini. Mungkin mereka terlewat untuk menyedari yang gaya dan rupa tidak menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Jika hati itu kosong dan beku, istana sekukuh mana pun mungkin boleh hancur sekelip mata. Menyedari ruang di bilik sederhana besar ini kian tegang, Rania mengukir senyuman manis. Nafas ditarik dalam. Bersedia mahu memulakan kata. Salam yang dihulur, wajib disambut, ucapnya dengan nada mesra. Namun, balasan yang dia terima hanyalah renungan tajam daripada lelaki itu. You ni, Doktor Hamida? soal Irham Zahri, serius. Matanya mula memeriksa gadis bertudung itu dari atas ke bawah. Ada rasa sangsi mengetuk hatinya. Kenapa kawan ayah ini muda benar? Langsung tak nampak sebaya dengan ayah. Encik Irham kena jawab salam saya dulu. Walaupun gesaan itu kedengaran lembut di telinga, diiringi juga dengan senyuman manis di bibir, namun entah kenapa hati Irham Zahri tertikam pedih. Sakit dan perit! Dia mendengus melepaskan rasa geram. Tapi jika dia enggan menurut kata, dia bimbang pula jika dia benar-benar bersikap seperti lelaki yang punya gangguan emosi dan mental. Hmmm... waalaikumussalam, jawabnya acuh tidak acuh. Anak mata kembali menari-nari di raut berkulit kuning langsat itu. Hatinya masih begitu sangsi. Now answer my question, are you Doktor Hamida?

31

Akadku Yang Terakhir

Rania yang sedang membelek fail di tangan mengangkat muka. Pandangannya kini berlaga tepat dengan renungan Irham Zahri yang jelas mempamer rasa tidak yakin. Spontan bibir mengukir senyuman bersahaja. Maaf, Encik Irham. Saya bukan Doktor Hamida, saya Rania Baheera. Rania, what? Irham Zahri mengerutkan keningnya dengan riak kurang senang. Hatinya mula berbahang hangat. Ini entah budak mana datang menghadap, bukan doktor yang dikatakan pakar itu yang datang menemuinya di sini. Ini entah siapa-siapa pula jadi wakil! Rania Baheera. Encik Irham boleh panggil saya Rania, ulang Rania masih tenang. I tak peduli apa pun nama you, semua tu tak penting. Dengusnya sedikit geram. Where is Doktor Hamida? Dia yang sepatutnya jumpa I dekat sini, bukannya you. Kelat senyuman di bibir Rania terukir. Melihat riak kurang senang yang terpampang di wajah Irham Zahri, dia tahu lelaki itu sudah mula naik darah. Doktor Hamida dah serahkan kes Encik Irham pada saya. Jadi saya yang akan bantu Encik Irham sepanjang sesi ni, bukan Doktor Hamida. Kalau Encik Irham jelas tentang itu, boleh kita mulakan sekarang? This is ridiculous, desis Irham Zahri, geram. Dia bangkit berdiri dengan rasa yang kian menekan. Tangannya melurut rambut, kaki mula mundar-mandir di hadapan perempuan bernama Rania itu. Hatinya membungkam geram. Entah apa yang perempuan itu sudah baca di fail peribadinya. Dan sejauh mana kisah rumah tangganya sudah bocor ke pengetahuan orang luar?

32

Acik Lana

Encik Irham, bertenang. Duduklah, pinta Rania yang masih mengekalkan nada tenang dan formal. Tatkala melihat lelaki itu berdiri tegak di hadapannya, suara hati mula memuji-muji. Ketinggian Irham Zahri lebih kurang sama seperti Fazriq. Ketinggiannya cukup sempurna dengan bentuk tubuh yang agak tegap itu. Menyedari kelalaian otaknya yang terlajak jauh, dia kembali memberi tumpuan kepada lelaki di hadapannya itu. Kalau ada apa-apa kemusykilan, atau ada yang Encik Irham rasa kurang selesa, Encik Irham boleh maklumkan kepada saya. Are you married? Terkedu Rania apabila soalan itu tiba-tiba saja melantun jelas ke telinga. Pandangan tajam Irham Zahri kepadanya membuatkan jiwanya yang tenang menjadi sedikit terusik. Dia sudah menjangka yang status dirinya akan menjadi halangan dan isu dalam konik kali ini. Maaf, Encik Irham. Hal peribadi saya tidak boleh disoal dan dibincangkan dalam sesi ini, balasnya dengan senyuman kecil. Boleh Encik Irham duduk dulu? Kita perlu berbicara. Kalau you belum berkahwin, macam mana you nak selesaikan masalah I? Apa kelayakan you untuk bantu I? Sekali lagi Irham Zahri mengabaikan arahan gadis itu dan membalas dengan soalan yang lain. Soalan yang lebih keras. Jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu Encik Irham. Dan saya... So, you belum berkahwin? pintasnya laju. Melihat Rania tertunduk sedikit, nafasnya dihela kasar. Terasa berbahang seluruh wajahnya. Perasaan rendah diri kerana dipandang sebagai manusia yang punya masalah emosi

33

Akadku Yang Terakhir

membuatkan kesabarannya kian tipis. Egonya pula naik tinggi ke langit. Ini hospital apa ni? Kononnya hospital pakar yang terkenal, tapi mana tahap profesionalnya? Budak hingusan macam you ni yang disuruh untuk bantu I? Nonsense! Berdesing telinga Rania mendengar tuduhan itu. Dadanya terasa sempit, begitu membuak-buak dengan rasa marah. Namun, akal pantas membisikkan kata penenang. Dia tidak boleh ikut sama gila seperti Irham Zahri. Dia sudah maklum dengan sikap baran lelaki itu, dan dia patut lebih bersedia. Maaf, Encik Irham. Saya bukan budak hingusan, dan saya ada kelayakan untuk buat kerja saya, ucapnya dengan nada dikawal sebaiknya. Kalau Encik Irham bagi saya peluang, kita boleh sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah ni. Masalah? Masalah apa? I tak ada masalah! Begitu lantang dan ego sekali lelaki itu menakan kenyataan sebenar. Kalau diikutkan rasa geram melihat kaum sejenisnya ditindas, sudah lama dia memekik di tepi telinga Irham Zahri. Biar lelaki itu buka mata luas-luas, biar sedar diri sikit! Dah bercerai tiga kali tanpa sebab pun, tak ada masalah lagi pada dia? Mungkin Encik Irham tak sedar yang diri Encik Irham bermasalah? Kadang-kadang kita tak nampak apa yang kurang sebab kita terlalu ego untuk menunjuk apa yang lebih, ujarnya dengan senyuman terukir di bibir. Hatinya masih panas, namun dia perlu sentiasa kelihatan tenang. Terpempan Irham Zahri apabila bibir mongel itu dengan bersahaja menembaknya. Kata-kata yang begitu tenang, namun pedihnya bagaikan tertusuk ke tulang hitam!

34

Acik Lana

Excuse me? Mungkin you tahu nama I, tapi bukan kisah hidup I yang sebenar. Jadi jangan nak memandaimandai! Melihat jari telunjuk Irham Zahri tepat kepadanya, Rania tersenyum dan menganggukkan Tanpa rasa gentar, dia menyandar ke sofa dengan memeluk tubuh. Pandangan garang lelaki itu bersahaja. terhala kepala. tangan dibalas

Then sit, tell me the whole story, Encik Irham. Dengusan kasar semakin kerap kedengaran di bibir Irham Zahri. Ketenangan yang ditunjukkan oleh gadis bernama Rania itu membuatkan dia tidak senang duduk! Berkali-kali dia memancing kemarahan wanita itu, tetapi berkali-kali itu jugalah Rania menepisnya. Lebih parah, rasa sakit itu berbalik semula ke hatinya! Macam mana dia boleh tewas dengan gadis sementah ini? Okey, kalau tak ada apa-apa Encik Irham nak cakap, boleh saya mulakan? soal Rania seraya membuka fail di tangannya. Dia tahu Irham Zahri masih merenungnya garang, namun dia tetap berlagak seperti biasa. Pertama, biar saya terangkan schedule terapi kita. Untuk sesi pertama, Encik Irham perlu datang ke sini dua kali seminggu. Hari Isnin pukul lima petang dan hari Rabu pukul dua belas tengah hari. Boleh? Of course.... Irham Zahri memanjangkan ayat di hujungnya seraya memandang tepat kepada Rania. No! Not a chance. Okey, then kita tukar hari Isnin, Selasa dan Rabu. Tiga kali seminggu, dua jam setiap sesi. Wh... what? Rahang Irham Zahri bergerak-gerak menahan marah. Jika tidak dikirkan yang dirinya berada di

35

Akadku Yang Terakhir

hospital, sudah lama perempuan itu dijerkahnya. Suka-suka saja mahu mengubah dan menyusun jadual ikut suka hati dia. Memang melampau! Setiap attendance Encik Irham akan direkod dan disahkan oleh saya sendiri. Semua repot-repot tu akan kami hantar ke pejabat Tuan Alaudin untuk rujukan family Encik Irham. Saya rasa Encik Irham pasti tak nak ayah Encik Irham kecewa melihat kedatangan yang teruk tukan? ujar Rania seperti mengugut Irham Zahri. Semakin sakit hati Irham Zahri dengan kata-kata berbaur amaran itu. Bagaimana dia mahu melepaskan diri jika hanya itu pilihan yang ditetapkan oleh ayahnya? Mengelak sesi terapi ini samalah seperti membuang diri daripada keluarga sendiri. Dia terlalu sayangkan ibu, mana mungkin dia tergamak kehilangan semua itu. Terasa beban kian bertambah di bahu, dengan kasar Irham Zahri merebahkan tubuhnya ke sofa. Tangan naik menongkat kepala yang semakin memberat. Sedikit pun dia tidak sudi menjeling wajah Rania yang masih tenang di hadapannya. Encik Irham, kalau... Shut up. Just shut up. Lidah Rania terpasak kelu. Melihat wajah masam mencuka lelaki itu, dia tahu Irham Zahri sedang berperang dengan emosi. Jelas sekali apabila kedudukan keluarga yang menjadi pertaruhan, lelaki itu tiba-tiba saja menjadi lemah. Longlai dan terus mengalah. Jadi lelaki ini masih punya perasaan, masih takut pada sebuah kehilangan? Tapi, kenapa dia begitu mudah melepaskan hati seorang perempuan? Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak di dada Rania. Betapa banyak

36

Acik Lana

misteri, rahsia dan emosi yang begitu menarik perhatiannya. Semua itu perlu dirungkai satu per satu. I tahu semua ni inpatient session, tapi I dah tak nak datang ke sini lagi. I tak suka! Kening Rania bertaut apabila lelaki itu bersuara. Nadanya mendatar, namun kedengaran cukup tegas. Saya faham, ramai klien kita berasa kurang senang setiap kali datang ke sini. Tapi, itu semua normal, lama-lama nanti Encik Irham akan biasa. Lagipun Encik Irham bukan patient di sini, bukan juga pesakit mental. Tapi, terapi ini lebih kepada perkongsian perasaan dan emosi. Encik Irham boleh anggap saya sebagai kawan untuk berkongsi apa saja cerita, pujuknya sedikit lembut. Dalam keadaan kliennya yang tampak sedikit pasif begini, dia perlu bijak membeli jiwa mereka. Kepercayaan Irham Zahri perlu diraih sebaiknya. No, I tak perlukan kawan macam you, sanggah Irham Zahri. I dont mind and I dont even care about this stupid theraphy. I tak gila, I tak sakit mental dan I tak pernah ada masalah emosi. I datang sini sebab I nak puaskan hati father I, itu aje! luah Irham Zahri dengan nada tertahan. Ya, saya faham. Sekilas Irham Zahri mengangkat muka, mencuri pandang ke wajah tenang Rania yang tekun mencatat entah apa. Ya Tuhan, perempuan jenis apa tak ada perasaan macam ni? Orang dah kata terapi dia bodoh pun dia boleh buat tak tahu saja! Berapa gaji you, Rania? Rania yang sedang menulis sedikit tersentak. Tiba-

37

Akadku Yang Terakhir

tiba saja Irham Zahri menyoal tentang gajinya, mahu dia tak terperanjat. Namun, reaksinya masih berjaya dikawal, tenang dan bersahaja. Gaji saya taklah semewah mana, tapi cukuplah untuk belanja bulanan, bayar bil-bil semua. Kenapa Encik Irham tanya? I boleh bayar you lima ribu ringgit. Hmmm? Untuk apa? Riak Irham Zahri mula berubah penuh minat. Tibatiba saja idea itu muncul di kepala, kenapa dia tak terkir dari tadi? Kini dia bagaikan ternampak jalan keluar untuk hukuman ayahnya ini, dia pasti boleh bebas dengan mudah. Kerja senang. Palsukan laporan attendance I, completekan sesi terapi I. Itu saja yang you perlu buat. Nak terima tawaran I tak? Tercengang Rania dengan rancangan yang keluar daripada bibir Irham Zahri. Lelaki itu cuba merasuahnya atau apa? Sesaat kemudian dia tergelak kecil. Terasa lucu benar cadangan yang jelas bagaikan mahu mencari jalan mudah untuk keluar daripada masalah. Kenapa you ketawa? soal Irham Zahri sedikit bengang. Sekali lagi egonya tercalar. Adakah dia kelihatan bodoh lagi kali ini? Maksudnya Encik Irham tak nak datang ke sini lagi? Tak ada, tapi dikatakan ada, macam tu? Yes, absolutely. Maaf, Encik Irham. Saya tak buat kerja-kerja macam tu. Saya cari rezeki yang halal untuk keluarga saya. And... minta maaah sebab saya tak dapat terima tawaran Encik Irham tu, jawab Rania dengan senyuman di bibir.

38

Acik Lana

Sekali lagi Irham Zahri merengus penuh benci. Hatinya sakit, sangat-sangat sakit! Dia tahu Rania hanya berlakon seperti alim-alim kucing. Siapa dalam dunia ni tak mahukan duit? Duit mudah, datang bergolek pulak tu! Walau beribu kali Encik Irham menolak, beribu kali jugalah saya akan mengingatkan. Sesi selama tiga bulan ini perlu tamat pada masa yang sepatutnya. Jadi saya nasihatkan Encik Irham ikut saja schedule yang ditetapkan. Ingat, tak boleh lari, mengelak, mahupun mengelat. Kenapa? Kalau I tak datang, you akan kejar I? Cari I sampai ke lubang cacing? I will if I have to. Rania tersenyum dan menjongketkan kedua-dua belah bahunya. Tapi jangan risau, saya belum gila lagi nak buat semua tu. Kami masih beri Encik Irham kelonggaran memandangkan Encik Irham banyak bertugas ke luar negeri. Perlahan Irham Zahri melepaskan keluhan lega. Jika sebelum ini dia sering mengelak dari ditugaskan ke luar negeri, kali ini dia akan menerimanya dengan hati terbuka. Suruhlah berpuluh-puluh kali sebulan, dia sanggup asalkan dirinya tidak tercampak ke bilik dingin ini. Saya tahu semua ini agak mengejutkan dan kalau Encik Irham belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan saya, kita boleh tangguhkan pada sesi seterusnya, lusa. Do you want me to leave you alone? tanya Rania dengan berhemah. Dia tidak mahu terlalu mendesak kliennya. Dalam keadaan begini, kepercayaan Irham Zahri terhadapnya belum sampai lima peratus. Masih jauh dari tahap yang membenarkan dia menggali isi hati lelaki itu. Dia perlu bersabar walau sebanyak mana perasaan ingin tahu itu wujud di jiwanya.

39

Akadku Yang Terakhir

Melihat Irham Zahri bingkas berdiri, Rania terpinga kehairanan. Encik Irham nak ke mana? Balik. Tak boleh? soal lelaki itu sedikit menyindir. Memang tak boleh. Sesi hari ini masih berbaki tiga puluh minit, Encik Irham tidak dibenarkan keluar dari sini selagi belum tamat masanya. Excuse me? Ini penjara ke hospital gila? Rania tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Mudah benar baran lelaki itu tercuit. Kurangnya rasa sabar dan terlalu mengikut perasaan mungkin menjadi punca kepada kehancuran rumah tangga Irham Zahri. Jika bukan penyumbang mutlak pun, mungkin ia sebahagian daripada sebabnya. Dua-dua pun bukan. Duduk dulu, Encik Irham. Saya akan tinggalkan Encik Irham sendiri dekat sini. Nanti pembantu saya akan panggil Encik Irham bila sesi hari ini tamat. Great! What did I just get myself into? gumam Irham Zahri kepada dirinya sendiri. Menyesal datang ke sini? Ya, dia sangat-sangat menyesal! Sangkanya mudah untuk dia menjadikan semua ini yang pertama dan terakhir, namun keadaan nyata tidak berpihak kepadanya. Jelas dia sudah terjerat dalam perancangan ayahnya yang teliti. Encik Irham nak coffee? Hot choc or tea? Sekilas Irham Zahri menjeling kepada Rania yang sudah berdiri berdekatan pintu. Berapa lama lagi dia perlu menghadap perempuan seorang ini? Untuk tiga bulan lagi? Oh Tuhan, bagaimana dia mahu melalui detik-detik membosankan begini berulang kali?

40

Acik Lana

Encik Irham? Coffee? Get out, just leave me alone. Luah Irham Zahri dengan nada tertahan. Tubuhnya pantas disandarkan ke sofa dengan mata terpejam rapat. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa, tidak juga mahu memandang wajah sesiapa. Hari ini dia berasa resah, jiwanya tidak lagi setenang biasa. Ketika bunyi daun pintu tertutup rapat, matanya terbuka kecil. Tiba-tiba saja seluruh dunianya terasa kosong. Sunyi, sepi, tidak berisi.

41

Akadku Yang Terakhir

Bab 4
SAI menikmati makan malam bersama keluarganya, Rania sibuk membantu membersihkan ruang makan dan mencuci pinggan mangkuk. Hari ini dia pulang lebih awal dari kebiasaannya. Habis saja waktu pejabat, dia segera menelefon Fazriq supaya datang menjemput di hospital. Mujur juga lelaki itu menghadiri mesyuarat di kawasan berdekatan, dapatlah dia sampai ke rumah ketika alam masih cerah lagi. Melihat wajah jernih umi ketika mereka memasak bersama tadi, dia tahu umi rindukan suasana begini. Maklum sajalah, dia sering sibuk di hospital. Siang jadualnya padat dengan sesi terapi, kemudian dia perlu menyiapkan laporan perkembangan kliennya untuk rujukan Doktor Hamida. Kadangkala sampai ke malam dia menghadap komputer untuk membuat kajian dan mencari kaedah-kaedah terbaik demi kliennya. Dia tahu bukan mudah kerjaya yang dipilih, namun inilah cabaran yang paling dia gemari. Mencabar dan menguji kemampuan diri sendiri.

42

Acik Lana

Setakat ini dia belum berjaya mengimbangi kehidupannya dengan baik. Kesibukan tugas di hospital telah memendekkan waktu untuk diluangkan bersama keluarga di rumah. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar bagi mengejar impian dan cita-citanya. Nia, biar umi basuh periuk-periuk tu. Nia pergi tolong kacaukan pengat pisang atas dapur tu. Kalau tak dikacau selalu, nanti hangus pulak. Mendengarkan arahan uminya, segera Rania mengelap tangan yang basah dengan tuala kecil di tepi singki. Dia melangkah pula ke bahagian memasak yang terletak di hujung dapur. Pengat pisang yang sedang menggelegak itu kini selamat dalam jagaannya. Tanpa sedar bibir mengukir senyuman nipis. Betullah kata adiknya Rayyan, malam ini lebih meriah daripada biasa. Siap ada desert segala! Nia, yang kamu tu asyik menyengih aje kenapa? Risau pulak hati umi tengok kamu. Pantas dia berpaling kepada umi yang berdiri di hadapan singki. Bibir semakin lebar dengan senyuman. Dia tahu umi bimbang dia pula yang ada masalah mental dek kerana sibuk memikirkan masalah orang lain. Nia tak boleh senyum ke umi? Nia cuma happy sebab hari ni Nia balik awal, tak macam selalu... balasnya menutup kerisauan di hati tua itu. Hmmm... itulah kamu, kerja tak ingat dunia. Siang malam asyik memerap aje dekat hospital tu. Nasib baik kamu ingat lagi jalan nak balik rumah ni, kalau tidak setahun sekali baru umi dapat jumpa kamu agaknya, sindir Puan Rashida bersahaja. Melihat Rania diam tanpa membalas, dia mengeluh pula. Entah ayat yang mana satu boleh dia gunakan untuk

43

Akadku Yang Terakhir

membuat anak gadisnya itu faham. Dia bimbang akan kesihatan Rania. Anaknya itu jarang berehat. Hujung minggu pun sibuk juga mahu ke hospital. Jadi, bila masanya mahu bersosial? Mahu mencari teman lelaki atau bakal suami? Dia bukannya kemaruk benar mahu bermenantu, dia cuma mahu Rania hidup seimbang. Tahu membahagikan masa dan mencari kegembiraan sendiri. Bukan asyik mendengar masalah orang lain. Orang lain pun kerja jugak, Nia. Tapi, bila habis waktu kerja, semua dah bergegas balik cari keluarga. Yang Nia ni pulak, macam tak suka aje nak balik rumah umi. Hesy... umi ni, ada pulak cakap macam tu. Rania tergelak kecil seraya menggelengkan kepalanya. Kalau tak balik rumah umi ni, Nia nak balik mana lagi? Nia belum cukup duit nak beli rumah banglo tau. Mendengar balasan selamba itu, Puan Rashida mencebikkan bibir. Setiap kali dia mahu berceramah, memang beginilah reaksi Rania. Benda serius pun boleh dibawa bergurau. Hati ibu mana yang tidak resah kalau kehidupan anaknya hanya berpusing di tempat yang sama saja. Sudah tiga tahun Rania bekerja di hospital swasta itu, tapi kehidupan peribadi Rania masih juga di takuk itu. Kalau dulu bujang, sekarang pun masih bujang. Tak pernah walau sekali Rania bercerita tentang lelaki yang disukainya. Orang-orang muda sekarang kalau bercinta, memang melekat dua puluh empat jam dengan telefon. Tengok saja anak bujangnya Si Rayyan itu, memang tak boleh berenggang langsung. Tapi, Rania tidak ada pula begitu, kadang-kadang telefon bimbit pun dicampak entah ke mana! Pelik, takkanlah dekat hospital tu tak ada lelaki

44

Acik Lana

bujang langsung? Nak kata anaknya tidak cantik, dia cukup yakin matanya ini tidak salah memandang anak sendiri. Kecantikan Rania memang terserlah, malahan memang ramai yang memuji-muji wajah manis itu. Atau Rania yang sengaja jual mahal? Umi, umi menung apa ni? Tersentak Puan Rashida apabila bahunya ditepuk lembut. Dia menoleh ke kanan, tersenyum kecil kepada Rania yang berdiri di sisinya. Eh, mana ada umi termenung. Umi, kan tengah basuh pinggan ni. Rania mengerutkan kening. Kemudian pandangan turun pada tangan ibunya di dalam singki. Okey, memang umi basuh pinggan, Nia boleh nampak tu. Tapi, dari tadi umi asyik gosok cawan tu aje. Umi okey ke tak ni? Spontan Puan Rashida memandang ke tangannya yang dilitupi sabun. Sungguh dia tidak sedar yang dari tadi dia asyik menyental cawan yang sama. Sangkanya sudah banyak yang dibasuh, rupa-rupanya baru sebiji! Umi, umi ni kenapa? Umi risau pasal Nia, ya? Pertanyaan lembut itu menyentuh hati Puan Rashida. Dia yakin sebagai seorang pakar psikologi, tidak sukar untuk Rania menilik apa yang ada di hatinya ini. Dia tidak berniat mahu membuat Rania susah hati dengan sikapnya, dia cuma mahu Rania membuka mata luas-luas. Sejujurnya, bukan dia dan suaminya tidak suka dengan pekerjaan yang dipilih oleh anak gadisnya itu. Malahan dia dan Affendi bersependapat yang kerjaya itu amat murni kerana mampu membantu orang lain. Apa yang dia kurang senang, sikap Rania yang terlalu obsess dengan karier. Hal-hal lain bagaikan tidak lagi mendapat perhatian anaknya itu.

45

Akadku Yang Terakhir

Memang... memang umi risaukan Nia, luahnya perlahan. Rania tersenyum kecil dengan pengakuan itu. Kasihan umi sungguh, dia cukup mengerti apa yang dibimbangkan oleh umi dan ayahnya. Dia tidak pernah sesekali berniat mahu meletakkan kedua-dua orang tuanya dalam kedudukan begini. Hmmm... umi risau pasal apa ni? Ceritalah dengan Nia. Umi risau sebab Nia jarang berehat, ya? Puan Rashida yang masih mencuci pinggan mengeluh perlahan. Memang itu salah satu kebimbangannya. Tapi itu baru satu hal, ada banyak hal lagi yang mengganggu kepalanya dan Encik Affendi kebelakangan ini. Semakin meningkat usia anak-anaknya, semakin kukuh perhatian mereka berdua. Jiwa muda kadangkala silap menilai dan membuat perhitungan, jadi dia dan suaminya perlu sentiasa menjadi pembimbing dan pendorong untuk anak-anak mereka. Dia tidak mahu ada yang terpesong langkahnya. Nia, kamu pun tahu yang kamu adalah satusatunya anak perempuan umi dekat sini, kan? Kak Zulin tu kita tak payah kiralah, dia memang duduk jauh. Umi dah tentu-tentu risaukan dia. Tapi kamu yang duduk depan mata umi ni pun nak buat umi risau, macam mana tu? Senyuman di bibir Rania kian melebar. Dia bergerak sedikit ke belakang uminya, kemudian tubuh kecil molek itu dipeluk erat. Sudah agak lama dia tidak bermanja begini, mungkin itu juga salah satu punca yang menyebabkan umi menganggap hubungan mereka kian renggang. Okey, okey.... Nia mintak maaf ya, umi? Tapi, umi nak risau apa? Nia, kan baik-baik aje ni. Nia tak sakit apa-apa

46

Acik Lana

pun, Nia sihat walaat tau, balas Rania ceria. Kucupan ringkas dihadiahkan ke pipi wanita kesayangannya itu. Hesy... bukan itu maksud umi. Nia sedar tak umur Nia dah berapa? Hmmm... dua puluh tujuh tahun. Kenapa? Tua ke muda umur macam tu? Muda belia lagi. Kenapa, umi? soal Rania purapura tidak faham. Dia bagaikan sudah mengerti ke mana arah perbualan ini nanti. Perkataan seperti kahwin, calon suami, boyfriend, pasti akan terbit daripada bibir uminya. Percayalah. Budak nikan.... Puan Rashida menolak sedikit tubuh Rania yang masih melekat rapat di belakangnya. Purapura marah. Nia tahu maksud umi, kan? Umur macam Nia ni dah boleh cuba-cuba cari teman hidup tahu tak? Kalau asyik kerja dua puluh empat jam, bila masanya nak jumpa calon suami? Rania sembunyi senyum. Tekaan dia tak pernah silap! Tapi umi ni pun satu, sudah berbuih-buih mulutnya memberi jawapan, tapi tetap juga soalan ini yang ditanya. Hmmm... Nia belum readylah, umi. Nantinantilah. Nanti-nantilah? Eh, bukannya umi suruh kamu terus kahwin. At least cari calon dulu. Lepas tu ambik masa untuk kenal hati budi dia, kenal keluarga dia. Kalau dari sekarang kamu tak mulakan, bila lagi? Tunggu umur empat puluh nanti baru nak cari? bebel Puan Rashida tanpa berselindung. Melihat riak kurang senang di wajah uminya, Rania kian mengeratkan pelukan. Alasan untuk menyelamatkan diri

47

Akadku Yang Terakhir

perlu diberi secepat mungkin. A.S.A.P! Alah umi ni, Nia belum puas duduk dengan umi lagi. Kalau dah jumpa calon suami, lepas tu nanti kena kahwin. Bila dah kahwin, mesti Nia tak boleh duduk sini lagi. Dah, dah, jangan nak bagi alasan basi tu lagi. Sekarang ni pun Nia macam ada tak ada aje, apa bezanya? Alasan itu ditolak mudah oleh Puan Rashida. Eee... sungguhlah umi tak faham dengan korang ni. Susah sangat ke nak cari boyfriend dan girlfriend? Si Fazriq tu pun sama, ada aje alasan dia. Tak bersedialah, apalah, padahal dah ada kerja yang elok. Mampu sangat nak menanggung anak dara orang. Sepantas kilat wajah Rania berubah. Mati terus senyuman di bibirnya. Melayang hilang rasa ceria di dada. Nampaknya, umi pun sudah mula mendesak Fazriq. Alahai hancurlah hatinya kalau Fazriq sudah membuka langkah terlebih dahulu. Putih mata dia nanti! Errr... umi pun suruh abang cari calon isteri ke? Yalah, umi pun teringin nak menimang cucu sementara sihat ni. Nanti dah terbongkok-bongkok, larat lagi ke nak kendong budak tu? Sekali lagi hati Rania tercarik pedih. Liur yang ditelannya terasa begitu kesat. Perit. Kalau umi berterusan mendesak Fazriq, tidak mustahil suatu hari nanti lelaki itu akan menurut. Mana mungkin Fazriq tergamak menghampakan permintaan umi. Dia kenal benar hati lelaki itu. Eh, drama swasta apa ni? Bukan main lagi pelukpeluk depan singki! Terganggu dengan suara garau di muka pintu dapur, pelukan Rania terlepas. Serentak dia dan umi menoleh

48

Acik Lana

ke belakang. Lelaki idamannya yang berdiri tegak di situ kelihatan tampan bila mengenakan baju Melayu berwarna biru yang dipadankan dengan kain pelekat. Menyedari mata redup itu singgah kepadanya, pantas dia menundukkan muka. Tangan pula naik membetulkan kedudukan tudung di kepala yang mungkin sudah tersenget kerana berpelukan tadi. Dah solat maghrib, Fazriq? Baru sudah aje, umi... balas Fazriq seraya melangkah ke ruang dapur itu. Sekilas dia mengerling kepada Rania yang sedang mengeluarkan mangkuk dari kabinet di dinding. Kemudian pandangannya berpindah pula kepada Puan Rashida di hujung sana. Umi, saya nak bawak Rania keluar sekejap boleh? Hampir terlepas mangkuk kaca di tangan Rania apabila mendengar soalan itu. Jantungnya berdegup kencang, nafas tiba-tiba saja tersekat di dada. Dalam kekalutan itu, dia kaku menghadap periuk berisi pengat pisang. Sungguh, dia takut dengan reaksi umi. Tapi, apa maksud Fazriq mahu mengajak dia keluar? Keluar? Kamu nak bawak Nia ke mana malammalam macam ni? Tak ke mana pun, umi. Cuma nak mintak tolong Nia hantarkan saya ke workshop. Kereta yang saya hantar repair hari tu dah siap, terang Fazriq. Dia mencapai sebiji gelas di atas rak berdekatan singki, kemudian menuang air suam dari cerek elektrik yang diletakkan di situ. Oh, kereta kamu yang kena sondol tu dah elok dah? Fazriq menganggukkan kepala tanda mengeyakan. Dah, umi. Pomen baru call suruh datang ambik malam ni,

49

Akadku Yang Terakhir

esok bengkel diorang tutup. Lagipun, seganlah asyik nak pinjam kereta abah aje ulang-alik ke pejabat. Puan Rashida tersenyum mendengar kata-kata Fazriq. Walaupun Fazriq sudah dianggap seperti anaknya sendiri, namun pemuda itu begitu menjaga tertib dan tingkah laku. Tidak pernah sekali pun mengambil kesempatan ke atas keluarganya. Kadangkala dia juga hampir terlupa yang Fazriq bukan zuriat yang dikandung olehnya sendiri. Dia dan suaminya tidak pernah kedekut dengan kasih dan sayang. Layanan yang diberi kepada Fazriq tetap sama seperti mana dia melayan Rayyan dan Rania. Malahan, Fazriq sendiri amat menyayangi adik-adik angkatnya itu. Hubungan mereka semua begitu rapat dan mesra. Cuma sekatan hukum agama menjadi batasan yang tidak boleh diambil mudah. Dan kerana itu jugalah dia sentiasa bertegas dengan Rania supaya memelihara auratnya biarpun di dalam rumah mereka sendiri. Walaupun sejak setahun lalu Fazriq sudah berpindah di kediaman berasingan di belakang rumahnya, namun lelaki itu masih bebas keluar masuk ke sini. Dia dan Encik Affendi tidak pernah menghalang kerana Fazriq sudah dianggap seperti darah daging mereka sendiri. Sikap anak muda itu begitu menyenangkan hati, apatah lagi Fazriq sangat bertanggungjawab terhadap Rania dan Rayyan. Boleh ke umi? Pertanyaan Fazriq itu mengejutkan lamunan Puan Rashida. Dia menganggukkan kepala dengan senyuman meleret di bibir. Pergilah, tapi jangan balik lambat sangat. Esok adik kamu tu kerja. Baik, umi. Umi jangan risau, saya pergi sekejap aje. Suara Fazriq begitu ceria membalas.

50

Acik Lana

Namun di suatu sudut, keceriaan tidak sampai ke sana. Rania masih diam menyepi. Hatinya sedikit tercalar apabila mendengar perbualan yang menerobos ke telinga. Awal tadi dia benar-benar menyangka Fazriq mahu membawanya keluar mengambil angin di luar, namun anganan indah itu musnah kerana perkataan workshop. Dan sekarang umi pula membina tembok pemisah antara mereka dengan perkataan adik kamu yang sudah didengarnya berulang kali selama ini. Pandangan sayu dilemparkan kepada Fazriq yang masih ceria melayan umi berbual-bual. Hatinya ngilu. Ada rasa sayu membelit tangkai hati yang semakin rapuh. Demi Tuhan, benarkah tempatnya di sisi Fazriq hanya sekadar itu? Hanya sebagai seorang adik? Mata dipejam rapat. Dan seperti biasa, dia tidak ada jawapannya. Tidak pernah ada.

OKEY, tuan puteri... kita dah sampai. Pandangan kosong yang sejak tadi dilemparkan ke luar tingkap kini berpindah ke hadapan. Cahaya terang dari lampu di bengkel kereta itu agak menyilaukan matanya. Dia menoleh pula ke kanan. Jantung tiba-tiba saja melantun cemas apabila melihat Fazriq merenungnya tepat. Pantas anak matanya dilarikan ke hadapan, pura-pura meninjau keadaan bengkel yang masih sibuk itu. Nia ni kenapa diam aje dari tadi? Tak ikhlas ya hantarkan abang dekat sini? Suara lunak itu menyapa lembut ke telinga, menggetarkan lagi hati Rania dengan berjuta rasa. Dia

51

Akadku Yang Terakhir

menggeleng perlahan dengan senyuman kelat. Mana ada tak ikhlas, Nia penat sikit. Fazriq tergelak kecil. Kasihan Rania. Kalau dikirakan boleh saja dia meminta Rayyan menghantarnya ke sini. Tapi, tahu sajalah budak mentah seperti Rayyan yang baru mendapat lesen memandu, asyik nak memecut sahaja kerjanya. Bimbang juga jika ada perkara buruk yang berlaku nanti. Kalau ikhlas, muka tu kena manis. Baru dapat pahala sebab tolong abang tau, usik Fazriq mengambil hati. Abang ni hari-hari ambik dan hantar Nia ke hospital, tapi pernah tak nampak muka abang memuncung macam ni? Hmmm.. tak pernah, balas Rania acuh tidak acuh. Tidak mampu mengelak, perasaannya terbelai dengan sikap Fazriq yang penyayang. Hatinya kembang setiap kali menerima pujukan penuh sabar daripada bibir lelaki itu. Betapa sempurna Fazriq di matanya. Sungguh. Ha... tak pernah, kan? Walau penat macam mana sekalipun, abang tahan aje demi Nia. Dalam pada membisu, hati Rania begitu pedih terhiris. Betapa dia mengharap telinga ini tidak lagi mendengar kata-kata sebegitu lembut daripada bibir Fazriq. Dia bimbang perasaannya kian kuat. Dia takut jika anganangan dia terbang terlalu tinggi, dia takut jika cintanya jatuh lagi! Abang nak keluar ni, tak nak senyum untuk abang dulu? Dalam rasa yang memberat di dada, Rania mengukir juga senyuman untuk Fazriq. Dia tidak mahu lelaki itu tahu kekecewaan yang dia rasakan sekarang. Lelaki itu tidak bersalah, lelaki itu tidak pernah tahu apa yang ada di celah

52

Acik Lana

hatinya ini. Jadi, tidak ada sebab untuk dia membebankan Fazriq seperti apa yang dia lakukan kini. Kan cantik senyum macam tu, puji Fazriq ceria dan mesra. Nia tunggu dalam kereta sekejap, ya? Abang masuk dalam tengok kereta abang dulu, lepas tu kita balik konvoi sama-sama. Dengan sekadar anggukan kepala tanda arahan diterima, Rania menghantar tubuh Fazriq dengan pandangan mata. Lelaki itu kemudian mengisyaratkan dia supaya mengunci kereta dari dalam. Pantas dia menurut arahan itu. Bimbang juga dengan kes-kes jenayah yang berleluasa kebelakangan ini. Beberapa minit menunggu di dalam kereta, tibatiba saja matanya melekat ke dompet Fazriq yang diletakkan di ruang compartment berdekatan dengan bahagian gear. Bibir diketap seketika. Dia yakin Fazriq terlupa untuk membawa turun dompetnya sekali. Kerana kasihankan lelaki itu yang mungkin terpaksa berpatah balik ke sini, dia mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Biarlah dia yang masuk ke dalam dan menyerahkan dompet ini kepada Fazriq. Lagipun bukan jauh benar jaraknya, hanya beberapa kaki sahaja. Setelah mematikan enjin kereta, Rania keluar dan mengunci kenderaan itu. Namun ketika dia mahu berpaling, tiba-tiba saja tubuhnya dirempuh kuat. Semuanya berlaku terlalu pantas, sedar-sedar saja punggungnya sudah terhempas kuat di atas simen. Sakit yang teramat! Oh, God... my phone.... Keluhan itu singgah ke telinga. Pantas Rania mengangkat muka tatkala terasa tubuh itu tunduk untuk mengutip telefon bimbit yang telah berkecai di lantai. Bagus

53

Akadku Yang Terakhir

sangat! Ada mata sibuk memandang telefon, mana nak nampak orang depan muka! Baru saja mulutnya mahu memberi ayat pedas sedas dua, tiba-tiba saja lidah kaku mengeras. Jantung yang berdegup laju terasa kian pantas. Dia kalut ketika wajah di hadapan matanya itu dipandang tidak berkelip. Ya Allah, kenapa mesti lelaki ini? Im so sorry, I tak... Lelaki itu kematian kata apabila pandangan mereka bertentang. Dan riak bersalah tadi tiba-tiba saja bertukar menjadi reaksi terkejut. Mata yang dipayungi alis tebal itu mencerlung tajam serta-merta. You? Rania mengalihkan pandangan ke sisi. Menyedari dia masih terduduk di atas simen, pantas dia bangkit berdiri. Tangan pula sibuk menepuk belakang seluarnya yang mungkin terpalit kotoran. What are you doing here? You intip I ke? Sekilas Rania menjeling ke hadapan. Mengintip? Wah, banyak sungguh masa dia nak mengintip orang! Itu memang tak termasuk dalam senarai kerja dia pun. Daripada mengintip kliennya, baik dia tidur dekat rumah! Namun, mengenangkan hubungan mereka akan berlarutan selama tiga bulan, dia perlu bersikap rasional dan matang. Jika dia memberi tanggapan negatif atau menunjukkan sikap yang dingin, bagaimana dia mahu membina hubungan antara mereka kelak? Rasa kurang senang dicampak sejauh mungkin. Dia mendongak, memandang tepat wajah masam mencuka itu. Perlahan bibir mengorak senyuman manis. Oh hai, Encik Irham rupanya, tegurnya ramah. Sorry saya tak perasan encik tadi. Are you okay? Macam mana phone tu? Elok lagi ke?

54

Acik Lana

Irham Zahri mendengus geram. Rimasnya dia mendengar suara ala-ala doktor itu. Menyampah dan sakit telinga! Kalau dia tahu Rania yang dilanggarnya, memang dia rempuh kuat-kuat. Kalau patah kaki terus lagi bagus! You belum jawab soalan I, you stalked I ke, hah? soalnya dengan serius. Maaf, saya tak faham maksud Encik Irham, balas Rania seraya menjongketkan bahu. Tak faham konon! Pelik, sejak bila hospital bagi kebenaran untuk you intip I? Tuduhan yang tidak masuk akal itu membuatkan Rania mengeluh bosan. Memang tidak pernah pihak hospital memberi kuasa sebegitu kepadanya atau kepada mana-mana pakar psikoterapi yang lain. Untuk apa mengintip klien sendiri? Saja nak buang-buang masa? Memang tak ada kerjalah! Kalau betul terbukti you intip I, I akan sue hospital you! Perbuatan ni dah dikira menceroboh privasi orang lain, you faham tak?! jerkah Irham Zahri kurang sabar. Belum sempat Rania membalas, dia nampak Fazriq terkocoh-kocoh menghampiri mereka. Mungkin suara Irham Zahri sudah tembus sampai ke dalam kedai. Memalukan sungguh! Nia, kenapa ni? soal Fazriq sedikit cemas. Darahnya berderau ke seluruh tubuh apabila mendengar suara kasar itu melengking keras. Kasihan Rania, pasti gadis itu ketakutan diherdik sebegitu rupa. Pandangan singgah pula kepada lelaki yang berdiri tegak di situ. Seketika dia tercengang kehairanan. Eh, Irham? Spontan kepala Irham Zahri berpaling ke kanan tatkala namanya disebut-sebut. Melihat seraut wajah itu, dia

55

Akadku Yang Terakhir

mendengus perlahan. Dan sekarang apa pula? Tiba-tiba saja Fazriq muncul di hadapannya pada waktu begini. Dan dia yakin lelaki itu punya hubungan dan kaitan dengan Rania. Hmmm... Fazriq, kau dah sampai? tegurnya mendatar. Apehalnya ni Irham? Kenapa terjerit-jerit macam ni? soal Fazriq sedikit kurang senang. Dia tidak begitu mengenali lelaki kaya ini, tapi sikap yang dilihat olehnya sebentar tadi telah meleburkan seluruh rasa hormat terhadap lelaki itu. Tak ada apa-apalah, abang. Salah faham sikit aje. Nia okey. Sampuk Rania dengan senyuman kecil. Dia tahu baran Fazriq tercuit kerana insiden ini. Silap-silap merasa buku lima di muka Irham Zahri tu! Hmmm... Nia pergi masuk dalam kereta dulu, bagi sini wallet abang. Rania segera menghulurkan dompet kepada Fazriq yang mempamer wajah serius. Mungkin perasaan tidak puas hati masih bersisa terhadap sikap Irham Zahri sebentar tadi. Tapi, macam mana Fazriq boleh kenal dengan kliennya ini? Macam mana kereta aku? Dah siap? Pertanyaan daripada bibir Irham Zahri itu bagai mencantumkan teka-teki di kepala Rania. Betapa takdir itu terlalu mudah menemukan mereka berdua sekali lagi. Maknanya kereta yang dilanggar oleh Fazriq tempoh hari adalah kereta Irham Zahri? Dan kalau dikir-kirkan semula, lelaki itu berada di tempat yang sama dengannya pada malam kejadian. Kebetulan apakah ini? Mata masih melekat di wajah berkulit sawo matang itu. Irham Zahri kelihatan endah tidak endah sahaja biarpun Fazriq sedang bercakap mengenai keadaan keretanya.

56

Acik Lana

Pandangan mereka sesekali berlaga. Tajam sungguh anak mata Irham Zahri menikam matanya. Nia, abang kata masuk dalam kereta! Tersentak dengan suara yang agak keras itu, wajah Fazriq segera dicari. Dia melihat muka yang tegang, riak yang masam mencuka dan pandangan yang seolah-olah berbaur amaran. Sedikit sebanyak perasaannya gementar juga. Jarang dia melihat Fazriq marah-marah begini. Mungkin lelaki itu terlalu geram dengan sikap Irham Zahri yang tidak bertimbang rasa dan berkasar dengannya sebentar tadi. Tanpa membuang masa, Rania kembali menapak ke kereta. Dia tidak mahu terus memandang muka masam mencuka Fazriq, atau juga menatap wajah kelat Irham Zahri. Ketika dia mahu meloloskan tubuh ke dalam kereta, sekali lagi anak matanya berlari kepada lelaki itu. Irham Zahri masih menjeling, tajam dan kejam. Ya, mungkin nasibnya tidak sebaik mana. Wajah penuh egois itu akan dihadapnya berkali-kali lagi selama tiga bulan ini. Keluhan di bibir semakin panjang tatkala teringatkan sesuatu. Oh Tuhan, esok hari Rabu....

57

Akadku Yang Terakhir

Bab 5
ENGUSAN kasar terhela daripada bibir Irham Zahri tatkala duduk dilabuhkan di atas kerusi. Kelesuan di seluruh tubuh kian terasa akibat terlalu lama berada di dalam bilik mesyuarat sebentar tadi. Matanya dirapatkan ketika kepala begitu enak disandar rapat ke belakang. Fikiran pula masih ligat berputar. Berfikir dan menilai sejauh mana idea-idea bernasnya mungkin menarik perhatian ahli lembaga pengarah ketika persidangan tadi berlangsung. Secara rasionalnya, dia tidak mahu tampak lemah. Dia sudah terbiasa dipandang tinggi apabila sudut kariernya yang menjadi penilaian. Dari pagi sehinggalah melewati waktu makan tengah hari, dia sedikit pun tidak berganjak. Segala laporan, pembentangan dan rangkaan strategi disampaikan sepenuh hati kepada ahli-ahli mesyuarat tertinggi yang berada di situ. Selaku Pengurus Pemasaran di syarikat multimedia terkenal ini, tugasnya bukan mudah. Dia perlu sentiasa peka dengan strategi pesaing-pesaing di luar sana. Dalam zaman

58

Acik Lana

yang serba canggih, bukan sedikit syarikat dan agensi multimedia bertapak di kota-kota besar seperti ini. Persaingan memang terlalu sengit. Masing-masing cuba mencari kelainan, menonjolkan nilai komersial dalam setiap persembahan dan produk mereka. Kerana itulah juga dia bekerja sekuat mungkin. Outcome dan produk dari syarikatnya bukan setakat setanding, tapi perlu lebih baik. Hanya dengan cara itu syarikat mereka akan dipandang berbeza dan sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan. Setakat ini dia memang boleh berbangga dengan pencapaiannya. Pengalaman tiga tahun menyandang jawatan sebagai pengurus, dia boleh lihat perubahan yang ketara di dalam kira-kira untung rugi syarikatnya. Malahan tempahan untuk binaan website, iklan komersial, video rakaman, audio dan juga fotogra naik berkali ganda kerana strateginya. Semua kenyataan itu turut diakui oleh banyak pihak dan namanya mula terkenal di bangunan tiga belas tingkat ini. Ramai yang memuji dan memandang tinggi akan keupayaannya. Dia berbangga? Sudah tentu. Di bawah sayapnya sebagai seorang ketua, dia juga memimpin enam belas kakitangan di jabatannya. Mujur juga penolong pemasaran yang dilantiknya baru-baru ini begitu bijak menguruskan perjalanan kerja kakitangan-kakitangan yang lain. Sedikit sebanyak bebannya terasa berkurangan dan dia boleh memberi tumpuan yang maksima pada tugasan yang jauh lebih berat. Namun, kerja dan tanggungjawab yang berat kadangkala meletakkan dia dalam keadaan begini. Keletihan, sakit kepala dan sukar melelapkan mata pada waktu malam. Otaknya sentiasa ligat berkir dan bergerak. Mungkin betul kata Khairi, dia perlu pergi bercuti. Dia perlu mencari sedikit

59

Akadku Yang Terakhir

ketenangan jiwa supaya dia boleh kembali mengatur hidupnya dengan lebih baik. Ketukan yang agak kuat di pintu mengejutkan lamunan panjang Irham Zahri. Mata yang terpejam rapat segera terbuka. Kemudian dia menegakkan tubuhnya menghadap lap-top di atas meja. Rambut yang mungkin berselerak di belakang kepala dilurut sepintas lalu. Bila terasa diri sudah cukup bersedia, bibirnya pantas memberi arahan. Masuk. Seperti yang dijangka, setiausahanya Rozie terjengul di muka pintu. Pandangan nakal Irham Zahri melorot jatuh ke paha gebu gadis genit di hadapannya itu. Sejak dia bergelar duda semula, dia perasan cara pemakaian Rozie agak keterlaluan kebelakangan ini. Semakin hari semakin singkat, semakin pendek dan menjolok mata. Tapi, dia tidak mahu pula menunjuk minat yang keterlaluan. Setakat dijamu-jamu manja begini, dia terima saja dengan mata terbuka. Bos free ke sekarang? Ada orang nak jumpa, ucap Rozie dengan riak kosong. Hairan juga Irham Zahri melihat wajah keruh itu. Kalau sebelum ini Rozie suka benar meliuk lentok seperti sotong tak bertulang, tapi kali ini cukup berbeza. Muka itu tidak lagi mempamer riak manja menggoda, tapi muka cemberut yang dipandangnya. Siapa? I ada appointment ke sekarang? soalnya seraya mengalihkan pandangan ke skrin lap-top. Tak ada appointment pun, dia walk in aje datang sini, balas suara itu acuh tidak acuh. Seketika Irham Zahri berkir. Kepalanya kembali diangkat kepada Rozie. Hatinya pula mula berasa kurang

60

Acik Lana

sabar dengan sikap gadis itu yang seolah-olah sengaja berteka-teki. Siapa? You nak I tanya berapa kali ni? Terkulat-kulat Rozie menerima suara tegas ketuanya itu. Perasaan yang bergetar dengan rasa cemburu membuatkan dia bersikap sebegini tanpa sedar. Maklum sajalah, tetamu yang datang itu begitu cantik dan seksi. Jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang picisan ini. Hmmm... Puan Zalia. Mata Irham Zahri sedikit membulat. Tidak mampu dinakan jantungnya berdegup deras apabila mendengar nama itu yang disebut oleh Rozie. Sungguh, dia tidak menyangka sampai ke sini Zalia akan mencarinya. Mungkin inilah upah yang dia dapat kerana sering mengelak dari menjawab panggilan perempuan itu. Ah, kusut betul! Dia tahu I ada dekat os? soalnya mendatar. Yup, I dah terlepas cakap tadi. I tak tahu pulak yang bos Nevermind, pintas Irham Zahri dengan wajah serius. Suruh dia masuk sekarang. Mendengarkan arahannya yang jelas sedikit tegang, Rozie segera berlalu meninggalkan biliknya. Sekali lagi keluhan kasar terluah tanpa sedar. Sebolehnya dia tidak mahu mengheret hal peribadi ke pejabat. Apa pula kata kakitangannya jika Zalia naik hantu di sini nanti. Jatuh maruahnya, tercalar kredibilitinya. Helo, sayang. Sapaan yang jelas menyindir itu mengalihkan pandangannya ke pintu bilik. Melihat Zalia yang rupawan melangkah masuk penuh gaya, segera anak matanya dilarikan

61

Akadku Yang Terakhir

ke lain. Dia bukan terpesona, dia cuma enggan terus menatap seraut wajah itu. Bentuk tubuh, gaya penampilan, atau juga kepakaran Zalia merias wajahnya tidak lagi menarik perhatiannya. Sudah hilang segala rasa. You macam tak happy aje nampak I, luah Zalia setelah melabuhkan duduk di hadapan Irham Zahri. Wajah bekas suaminya begitu kelat, tidak ada segaris senyuman langsung. Dia memang sudah menjangkakan reaksi begini. Ego Irham Zahri memang sudah cukup dia kenali. What do you want, Zalia? Kenapa you datang sini tak inform I dulu? Main redah ikut suka hati you saja. Sekali lagi Zalia tersenyum. Lelaki itu masih memandang ke skrin lap-top, sedikit pun tidak mahu bertentang mata dengannya. Macam mana I nak inform kalau you tak pernah jawab call I? I call you banyak kali, Irham. Why should I? balas Irham Zahri sedikit serius. Kini bebola matanya tertumpu tepat kepada Zalia. Kita dah tak ada apa-apa hubungan, kenapa you sibuk nak contactcontact I lagi? Wow, you memang betul-betul sombong! perli Zalia dengan senyuman sinis di bibir. Even though kita dah bercerai, tak bermakna I boleh lupakan you macam tu aje. I tahu you senang-senang boleh campak I, tapi I tak macam tu. I still rasa kita ada peluang untuk hidup bersama. Excuse me? Irham Zahri mula naik angin. Pantas dia bingkas berdiri dengan riak kian tegang. Begitu mudah hatinya bergelora dengan kata-kata Zalia yang dirasakan cukup mengarut itu. Kalau you datang ke sini dengan harapan nak kita rujuk semula, you memang silap! I takkan jilat ludah I balik, tutur Irham Zahri dengan tegas.

62

Acik Lana

Oh, really? Bagitau I kenapa? tingkah Zalia dengan nada serupa. Sebab you kir you senang-senang boleh dapat pengganti I, kan? Sebab you rasa boleh cari isteri lain macam you petik jari aje? Oh, come on... jangan nak cari salah I pulak! Macamlah I tak kenal you siapa, I tahu sejarah silam you, Zalia. You susah nak lepaskan I sekarang sebab I ni lombong emas you, kan? tuduh Irham Zahri tanpa bertapis. Sungguh, dia sudah jelak dengan lakonan Zalia. Baru sekarang Zalia mahu menunjuk minat pada gelaran seorang isteri? Selama mereka berkahwin, bukan dia tidak tahu perempuan itu ada skandal sana sini! Bukti-bukti di telefon bimbit sudah memadai untuk dia menjatuhkan hukum, membulatkan keputusan. You jangan nak merepek, Irham! You jangan nak pusingkan salah ni pada I, sanggah Zalia, berang. Memang I bukan perempuan yang baik, atau isteri yang sempurna untuk you. Tapi, pernah tak you cermin diri you sendiri? Sempurna sangat ke diri you tu untuk I? Nafas Irham Zahri mula berbahang panas. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang, memandang cermin luas yang dilatari oleh bangunan-bangunan tinggi di luar sana . Then ne! Memang patutlah kita bercerai, kan? Sebab you tak sempurna untuk I dan I tak sempurna untuk you. Adil, kan? Mudah sungguh you bercakap. Kenapa you tak pernah cuba selamatkan perkahwinan kita? Kenapa you tak pernah cuba betulkan jalan I yang silap?! For what, Zalia? Untuk apa perkahwinan ni kita kekalkan?

63

Akadku Yang Terakhir

Terkedu Zalia dengan pertanyaan kasar itu. Darah yang menderu di dalam tubuh mendorongnya untuk bangun menentang Irham Zahri. You boleh tanya I untuk apa? Habis tu, masa you ajak I kahwin dulu apa niat you? Sebab you nak I temankan malam you yang sunyi? Atau sebab you perlukan teman tidur semata-mata? Shut up, Zalia! tingkah Irham Zahri terus memusingkan tubuhnya menghadap Zalia. Nafasnya turun naik menahan marah. Pandangan yang garang kian mencerlung tajam. Betapa bersahaja Zalia menuduhnya begitu. Mungkin hakikat sebenar memang ada dalam ayat-ayat Zalia tadi, tapi kenapa mahu membesarbesarkan hal itu? Setidak-tidaknya dia mahu bertanggungjawab, masih mahu menyentuh sesuatu yang halal untuknya. Bukan dia main redah ikut suka hati! Jadi, betullah sebab tu? You cuma jadikan I alat untuk puaskan diri you! You cuma nak I said shut up! jerkah Irham Zahri kurang sabar. Tangannya hampir melayang ke muka Zalia, mujurlah akalnya sempat menegah. Bibirnya diketap rapat menahan geram. Kalau you datang sini dengan harapan I nak rujuk dengan you semula, you memang silap! I tak pernah berpatah balik dalam setiap keputusan yang I buat dalam hidup I. Zalia kaku membisu. Pandangannya yang berkacakaca dihala ke sisi. Sungguh, kali ini hatinya benar-benar terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan berperasaan begini. Hatinya tanpa sedar mula menyayangi Irham Zahri. Tarikan zikal yang selama ini menjadi sandarannya perlahan-lahan berubah menjadi suatu rasa yang begitu halus. Malang sekali kerana dia menyedari semua itu tatkala gelaran janda telah disandangnya. Dia sudah

64

Acik Lana

kehilangan Irham Zahri. Dia sudah terlewat mahu mengikat hati seorang lelaki bernama suami. Ketukan di pintu memadamkan ketegangan yang wujud di dalam bilik sederhana luas itu. Irham Zahri mendengus dan kembali duduk di tempatnya. Dia tahu siapa di luar sana, hanya Rozie yang boleh berurusan terus kepadanya. Pandangannya singgah sebentar di wajah mendung Zalia. Memualkan. Berlakon memang nombor satu! Masuk, Rozie, arahnya sedikit tegas. Terbawabawa dengan emosi panas yang dihadapinya bersama Zalia sebentar tadi. Sejurus Rozie melangkah masuk ke dalam biliknya, jelas pandangan Zalia berubah ke riak cemburu. Oh, baru sekarang Zalia mahu berasa cemburu? Dia tahu Zalia cuma bersikap begini kerana tertewas. Atau mungkin juga kerana tidak mahu kehilangan lelaki berpoket tebal seperti dirinya. Mungkin benar dia tidaklah sekaya lelaki-lelaki bergelar Datuk atau Tan Sri di luar sana. Namun kedudukannya pada usia muda begini memang di tahap yang cukup menyenangkan. Dia masih gagah, muda, punya rupa dan harta, mustahil Zalia mahu mengalah dengan semua kelebihan ini. Bos, ada urgent call dari You nampak I free ke sekarang? bidasnya pedas. Dalam hati dia hanya menganggap yang Rozie sengaja mahu masuk ke sini untuk mengganggu perbualannya dengan Zalia. Perempuan kalau dah cemburu, sanggup buat saja! Errr.. Im so sorry, boss. Tapi dari tadi dia asyik call. I dah cakap bos sibuk, tapi dia suruh I sambungkan jugak line pada bos. Extremely urgent katanya. Dahi Irham Zahri berkerut-kerut. Siapa pula yang

65

Akadku Yang Terakhir

ada urusan penting dengannya? Malas mahu berteka-teki dan menyakitkan kepala, dia mengarahkan Rozie segera menyambungkan panggilan itu ke biliknya. Yes, Irham speaking. Sapanya apabila panggilan itu disambung. Pandangan melekat sejenak kepada Zalia yang kembali duduk di hadapannya. Wajah itu masih keruh, masih menyakitkan matanya. Entah sampai bila Zalia mahu berlakon begini. Assalamualaikum, Encik Irham. Ini saya, Rania. Irham Zahri terpanar sesaat. Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan menerima panggilan daripada perempuan seorang ini. Serta-merta kejadian malam semalam terbayang di kepalanya. Sakit hati juga kalau dikenangkan nasib telefon bimbit kesayangannya yang sudah berkecai. Hmmm.. sorry, do I know you? Encik Irham tak kenal saya? Sekali lagi Irham Zahri mendengus bosan. Pandangan singgah pada jam di skrin lap-topnya. Sudah pukul satu tengah hari, dia sudah terlewat satu jam untuk sesi terapinya bersama Rania. Namun, hakikat yang sebenar, dia memang tidak pernah teringat tentang jadual di hospital itu. Malahan dia tidak pernah berminat untuk ambil tahu. What do you want? I sibuk, boleh tak call lain kali? Tak boleh, Encik Irham. Encik Irham nak datang pukul berapa ni? Sesi Encik Irham sepatutnya pukul dua belas tadi. Suara itu masih lembut menyapa ke telinganya.

66

Acik Lana

Kalau I tak datang, maknanya apa? Maknanya I tak berminat! tempelak Irham Zahri, berang. Oh, jadi Encik Irham nak skip sesi hari ni? Ya, batalkan semuanya. Baiklah, kalau macam tu saya akan suruh secretary Encik Irham mark dalam kalendar untuk next session. Lebih baik kalau ada orang ingatkan Encik Irham, kan? Saya faham orang yang sibuk kadang-kadang terlupa hal-hal macam ni. Bibir Irham Zahri terkatup rapat. Habislah kalau Rania memberitahu tentang sesi terapinya kepada Rozie. Silap-silap satu pejabat tahu yang dia berjumpa pakar psikologi! Irham Zahri sudah gila kerana asyik menjatuhkan talak? Oh Tuhan.... Saya akan beritahu secretary Encik Irham yang sesi akan datang pada hari Isnin, di Hospital Pakar Permata, bahagian rawatan psikologi, pukul dua belas tengah hari. Okey macam tu, Encik Irham? Wait, wait! tanpa sedar bibirnya menegah. Dia terlalu gerun memikirkan tanggapan kakitangan-kakitangan di sini. Siapa tahu kariernya mungkin musnah gara-gara disangka sakit otak! Yes, Encik Irham? Nada suara itu kedengaran menyindir. Seolah-olah berbangga kerana meletakkan dirinya pada kedudukan begini. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia tidak mahu mengambil risiko kerana perkara kecil dan mudah seperti ini. Im coming. Sorry, Encik Irham... saya tak faham. Tunggu I. I datang sekarang. Balasnya seraya menghempas gagang telefon.

67

Akadku Yang Terakhir

Enggan memandang wajah kehairanan Zalia, dia bingkas mencapai kot yang tersangkut di penjuru bilik. Berkali-kali keluhan geram terhambur daripada bibirnya. Sungguh, hatinya kian parah disakiti. Lihatlah betapa dunianya kini sudah tungganglanggang kerana seorang perempuan!

68

Acik Lana

Bab 6
does.

AVING a whole bunch of women doesnt make you a man, being faithful to one

Mata Irham Zahri terbuka luas tatkala disapa suara merdu itu. Ketenangannya terganggu sepantas kilat. Begitu mendalam tikaman lidah itu menembusi jantungnya. Perit dan menyakitkan. Kini renungan tajamnya tepat mengena ke wajah tenang Rania yang masih duduk di sofa bertentangan. Perlahan Irham Zahri menegakkan tubuhnya dengan riak serius. Rania pula mengangkat muka memandangnya, masih tenang bersahaja. What are you trying to say? Rania mengukir senyuman nipis. Sudah setengah jam dia membiarkan Irham Zahri menenangkan kiran sendiri. Kini sesi terapi perlu dimulakan. Dia tidak mahu terlalu memberi muka kepada lelaki ini. Bimbang nanti jika dia dipandang mudah dan seolah-olah tidak serius mahu membantu.

69

Akadku Yang Terakhir

Saya rasa dah sampai masanya Encik Irham berkongsi cerita dengan saya. Kita boleh bercakap dari hati ke hati dan saya berjanji saya takkan bersikap prejudis terhadap Encik Irham. You can trust me, I really mean it, pujuk Rania lagi. Excuse me? Irham Zahri mengerutkan kening beberapa saat. Kemudian, senyuman mengejek terlakar di bibir. I tak kenal you, Cik Rania. Dan untuk pengetahuan you, I tak ada apa-apa masalah yang nak I ceritakan pada you. You ingat I ni apa? Gila? Ada tekanan perasaan? Dengan tenang Rania membalas senyuman itu. Lelaki ego seperti ini pasti saja tidak akan mengalah dengan mudah. Lagi pula mahu mengaku kiran sendiri bercelaru, emosi terganggu, memang mustahil. Betul Encik Irham rasa Encik Irham tak ada masalah? Yes! Can you please stop judging me? You dont know me at all, rengus Irham Zahri, geram. Demi Tuhan, hatinya terlalu sakit dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh Rania. Anak mata gadis itu bersinar kepadanya. Seolah-olah bersedia mahu menggali dan mengorek apa yang ada dalam hatinya ini. Mungkinkah dia sudah terkena ilmu pukau? Saya tak menilai Encik Irham dan kalau saya nilai pun saya tak nampak apa-apa yang kurang dalam diri encik, luah Rania berlapik, sekadar mahu membeli kepercayaan lelaki itu. Encik Irham nak tahu apa yang saya nampak pada lelaki yang duduk di depan saya sekarang ni? Pertanyaan itu mengusik minat Irham Zahri. Dia mengangkat sebelah kening, masih mahu menunjuk lagak. Namun, hati tertanya-tanya juga apa yang ada di kiran Rania tentang dirinya.

70

Acik Lana

Rania tersenyum lagi. Jelas di matanya Irham Zahri menunjuk minat untuk mendengar apa yang bakal dia katakan. Oleh itu, otaknya pantas membariskan kata-kata pujian demi menyenangkan hati lelaki itu. Secara zahirnya, bagi saya Encik Irham ni seorang lelaki yang agak menarik. Ada rupa, karier, berkarisma, pendek kata serba sempurna di pandangan mata seorang perempuan, luahnya. Dan nyata pujian itu memang ikhlas terlahir dari hati. Tidak ada sebarang cacat cela di bahagian luaran lelaki ini, cuma dalaman terlalu banyak yang pincang. Dia yakin tentang itu. Seketika hati Irham Zahri disapa debar halus. Entah dari mana datangnya rasa segan yang menerpa, dia terpaksa mengalih pandangannya ke hujung kaki sendiri. Belum pernah lagi dia dipuji terang-terangan begini, kekok sungguh perasaannya. Encik Irham ni nampaknya betul-betul sukakan kaum perempuan, ya? Layu rasa kembang di hati Irham Zahri apabila suara Rania bersambung. Dan paling membuatkan dia sakit hati, kata-kata itu bagaikan jelas menyindir. Pandangan segera dihala ke sisi dengan bibir diketap rapat. Geram. Jangan salah sangka, Encik Irham. Apa yang saya cakap tu menjelaskan betapa normalnya Encik Irham sebagai seorang lelaki. Lumrahnya kaum lelaki memang wajib tertarik kepada kaum perempuan, kan? ucap Rania masih dengan nada tenang memujuk. Setelah beberapa kali berhadapan dengan Irham Zahri, kini dia mula mengerti rentak emosi lelaki itu. Ayat apa yang mampu menyentuh kemarahan atau juga perkataan apa yang mampu menundukkan, semua itu mula terlihat di

71

Akadku Yang Terakhir

matanya sedikit demi sedikit. Namun, kesepian dan keengganan lelaki itu membuka cerita membuatkan dia semakin tercabar. Diam, memuncung, merengus, hanya itu yang dihadapnya sepanjang sesi terapi mereka. Encik Irham, mungkin encik masih rasa kekok nak bercerita dengan saya. Saya faham saya bukan sesiapa. Encik Irham tak kenal saya, dan saya pun tak kenal Encik Irham. Tapi, semua jurang tu boleh kita ketepikan kalau kita samasama bukakan hati kita untuk memberi dan menerima. Dalam situasi sekarang, saya benar-benar berharap Encik Irham boleh memberi saya ruang untuk saya membantu Encik Irham. You ingat I sakit ke? Tercengang Rania apabila soalan itu dilontar kepadanya. Tepat dan tajam renungan Irham Zahri kepadanya. Sekali lagi Rania tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Saya tak pernah kir Encik Irham sakit, saya cuma beranggapan yang Encik Irham ada masalah. Sama macam orang lain dalam dunia ni. Masing-masing ada masalah, ada isu, ada konik yang berbeza. Itu sahaja. Irham Zahri mengeluh keras. Tubuh dihenyakkan ke belakang, bersandar rapat ke sofa empuk berwarna hitam itu. Pandangannya masih dipusatkan kepada Rania yang selesa dengan riak bersahaja. You pernah berkahwin? Rania terkedu. Entah kenapa Irham Zahri sibuk benar mahu ambil peduli dengan statusnya. Kalau dia bergelar isteri orang, mungkinkah lelaki itu lebih yakin mahu menerima pendapat dan nasihatnya? Atau sekarang you memang isteri orang? Isteri Fazriq? duga Irham Zahri tanpa berkir panjang. Tidak

72

Acik Lana

mustahil Rania punya hubungan seutuh itu bersama Fazriq, lelaki yang melanggar keretanya tempoh hari. Dia boleh lihat sifat melindungi Fazriq terhadap Rania malam semalam. Rania pula hampir pitam dengan tekaan Irham Zahri. Isteri Fazriq? Memang hatinya mahu, begitu teringin menjadi wanita seistimewa itu di sisi Fazriq. Namun, hakikat dan kenyataan belum berpihak kepadanya setakat ini. Bukan saya yang perlu menjawab soalan, tapi Encik Irham. Lagipun, hal peribadi saya tak ada kenamengena dengan terapi ni, dalihnya seraya berpura-pura membelek nota di tangan. You have not walked in my shoes, then how can I trust you? soal Irham Zahri lagi. Rania mengangkat muka, menatap sepasang mata yang masih tidak berganjak merenungnya. Jadi, hanya dengan status sebagai perempuan yang sudah berkahwin, dia mampu membina kepercayaan lelaki ego ini? Tapi, mustahil dia mahu mengada-adakan sesuatu yang tidak ada! Saya takkan jawab soalan tu, Encik Irham. Saya Youve failed, sampuk Irham Zahri, tegas. You tak layak untuk tugas ni, Rania. So, please stop wasting my time. Melihat Irham Zahri bingkas berdiri, Rania tersentak. Otaknya tiba-tiba saja beku, tidak dapat lagi berkir lurus. Dia cukup bimbang jika dia gagal teruk kali ini. Jika sebelum ini dia begitu inginkan tugas yang mencabar, kenapa kali ini dia mempersia-siakan peluang yang ada? Dia tidak boleh kalah! Encik Irham, please! Suaranya melantun tegas. Lelaki itu berpaling, memandang kepadanya dengan riak angkuh. Dadanya mula bergendang hebat, takut dan

73

Akadku Yang Terakhir

gementar dengan keputusan akal sendiri. Betul atau tidak keputusan ini? What? soal lelaki itu kurang sabar. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia yakin walau apa pun berlaku, semua ini hanya untuk tempoh tiga bulan. Walau sejauh mana kakinya terpesong dari laluan, dia akan kembali ke jalan yang benar selepas tempoh tersebut. Selepas tamat sesi terapi bersama Irham Zahri nanti. Yes, Im married, ucapnya dengan rasa berat hati. Seriously? Dengan Fazriq? Lambat-lambat Rania menganggukkan kepala. Serentak itu juga dia rasa maruahnya jatuh luruh entah ke mana. Dan ketika Irham Zahri kembali mengambil tempat di hadapannya, perasaan di dada terasa kosong. Dia begitu malu dengan dirinya sendiri. Tapi, apa yang dia lakukan hanya atas dasar tanggungjawab dan kerana benar-benar mahu membantu lelaki ini. Dia tidak berniat mahu menipu untuk kepentingan sendiri. Apa yang you nak tahu tentang I? Soalan daripada Irham Zahri bagaikan penawar kepada hatinya yang sedang ralat dan berbelah bahagi. Keyakinan dan kekuatan segera dikumpul menjadi satu. Everything about you, Encik Irham, tutur Rania, lembut. Seketika Irham Zahri mendiamkan diri. Dia bukannya bodoh, dia tidak mungkin terperdaya dengan mudah. Biarpun Rania sudah berumah tangga, itu tidak memberi sebarang jaminan yang gadis itu boleh mengorek rahsia tentang hidupnya. Dia hanya mahu mempergunakan Rania demi kepentingannya sendiri.

74

Acik Lana

Yang paling utama, dia tidak mahu lagi berulangalik ke hospital ini. Tidak mustahil lambat-laun kelibatnya boleh dikesan di sini. Lama-kelamaan pasti akan ada mulutmulut yang menyebar cerita tentang dia cuba mendapatkan rawatan mental! Hmmm... okey. I will tell you everything. Betul ke, Encik Irham? Yup, tapi dengan satu syarat... tambahnya seraya menaikkan jari telunjuk. I tak nak sesi terapi ni dibuat dekat hospital ni, kita buat dekat luar. Buat dekat luar? Apa maksud Encik Irham? Melihat riak kehairanan di wajah Rania, bibirnya mengukir senyuman sinis. I tak nak ada staf I tahu I datang ke sini, so tempat ni tak selamat untuk I. Macam I cakap, I boleh cerita apa saja pada you, tapi bukan dalam bilik ni, jelas Irham Zahri dengan bersahaja. Okey, then kita boleh berbual dekat park depan tu, putus Rania, selamba. Sorry, dalam kawasan pagar hospital pun I tak nak. Deal? Rania mengetap perlahan bibirnya. Jelaslah dia diberi kata dua oleh lelaki itu. Jika dia tidak menurut, dia akan kehilangan kes ini. Untuk apa Irham Zahri ke sini jika sekadar mahu membisu dan menunjuk ego? Dont worry, Rania. I tahu you isteri orang, jadi bilik hotel dah terkeluar dari senarai lokasi kita. I will nd a better place. Berderau darah Rania apabila perkataan bilik hotel disebut-sebut. Dia bukan mahu memandang serong atau

75

Akadku Yang Terakhir

menuduh, namun kirannya tetap juga membayangkan sikap lelaki itu yang bukan-bukan. Seram sungguh! So, how? You setuju? tanya Irham Zahri dengan nada mendatar. Dia dapat melihat riak serba salah di wajah mulus yang sedikit kemerahan itu. I just beri peluang pada you, Rania. Buku dah dibuka luas, you cuma perlu duduk dan baca. Rania mengeluh perlahan. Dia sudah tekad dengan keputusannya, dia tidak akan berundur. Saya boleh cuba, Encik Irham. Good. So next session kita akan jumpa dekat luar, does that sound interesting to you? balas Irham Zahri dengan nada menyindir. Perasaan di hati begitu puas kerana Rania tunduk dengan kemahuannya. Selepas ini dia akan memikirkan cara yang lain pula. Next Monday kita jumpa dekat kondo I saja. Dekat dengan os I dan dekat jugak untuk you, kan? tambahnya lagi. Hampir tersedak Rania dengan cadangan gila itu. Jumpa dekat kondo? Ya Tuhan, Irham Zahri kir dia ini perempuan tak ada adab? Tak ada agama? Nafasnya mula terasa sesak kerana menahan marah dan geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dihempuk kepala itu dengan buku nota tebalnya ini! Encik Irham, saya... Oh, sorry. Dont get me wrong. Pintas Irham Zahri seraya mengangkat tangannya. I belum gila nak ajak isteri orang masuk rumah I. Maksud I, kita jumpa di kafe dekat lobby kondo I nanti. Okey? Seketika Rania merenung Irham Zahri tanpa memberi sebarang jawapan. Sungguh dia gagal menilai dan

76

Acik Lana

membaca apa tujuan lelaki itu mengujinya dengan kata-kata berbaur nakal seperti itu. Mahu menguji harga dirinya? Atau sekadar mahu mengusiknya secara sembunyi? Sekali lagi dia gagal mencari jawapan. Jawapan tentang siapa sebenarnya lelaki bernama Irham Zahri.

77

Akadku Yang Terakhir

Bab 7
AGI itu seperti biasa Rania turun bersarapan bersama umi dan ayahnya sebelum dia bergerak ke tempat kerja bersama Fazriq. Oleh kerana jarang dapat makan malam bersama, Rania cuba meluangkan sebanyak masa di sebelah pagi. Dia tidak mahu umi atau ayah berkecil hati dengan sikapnya yang mungkin kelihatan seperti terlalu mementingkan kerjaya berbanding keluarga. Suapan nasi goreng ke mulut terhenti apabila telefon bimbit di atas meja berbunyi nyaring. Pantas Rania mencapai dan membelek SMS yang baru diterimanya. Terbacakan sebaris ayat ringkas itu, hatinya bungkam sertamerta. Bergelora rasa marah dan geram. I ada meeting di Sepang until afternoon. Come here if you want to meet me. Bibirnya merengus perlahan. If you want to meet me? Oh, please. Kenapa perasan sangat klien dia yang

78

Acik Lana

seorang ni? Bila masanya dia yang terhegeh-hegeh mahu berjumpa? Dia cuma menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya, namun Irham Zahri tak habis-habis buat perangai! Sudah tiga kali dalam tempoh seminggu dia berkejar ke sana sini gara-gara mahu meneruskan sesi terapi mereka. Dan Irham Zahri pula begitu seronok mengambil kesempatan. Hari pertama disuruhnya dia datang ke Cheras, hari kedua di Putrajaya, kemudian ke Shah Alam pula. Dia bagaikan orang gila terkejarkan lelaki itu. Konon bermesyuarat, entah-entah Irham Zahri sengaja mahu menderanya. Apa yang membuatkan dia bertambah geram, Irham Zahri masih kekal menutup ruang untuk mereka berdua. Walau berkali-kali mereka bertemu, lelaki itu masih enggan membuka cerita. Kalau ada pun, setakat kisah biasa-biasa. Tentang zaman kecilnya, tentang karier atau juga hobi yang pada pengamatannya terlalu umum. Dia masih belum berjaya menghampiri, masih gagal menembusi tembok ego lelaki itu. Memang sukar! Nia, kenapa mengeluh ni? Rania tersentak. Dia menatap wajah lelaki separuh abad yang duduk bertentangan dengannya. Bibir mengukir senyuman nipis, kepala pula digelengkan beberapa kali. Tak ada apalah, ayah, balasnya menutup cerita sebenar. Hmmm... itu mesti dapat SMS dari klien Nia yang kuat meroyan tukan? Dia nak apa pulak hari ni? sapa satu suara. Kepala Rania berpaling pula ke kanan. Terkelipkelip matanya memandang wajah Fazriq yang selamba meneguk kopi. Memang dia ada bercerita tentang masalah

79

Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri kepada Fazriq, itu pun sebab Fazriq asyik bertanya kenapa dia sering pulang sendiri menaiki teksi. Klien meroyan mana pulak ni, Nia? Kamu jangan main-main ya, tak nampak zaman sekarang ni macammacam hal berlaku? sampuk umi yang jelas mempamer riak kurang senang. Sekali lagi jelingan dihantar kepada Fazriq yang terlepas kata sebentar tadi. Namun, lelaki itu buat tidak peduli, masih tenang menikmati makanan di pinggannya. Nia okeylah, umi. Umi janganlah risau. Lagipun klien Nia tu sihat, tak ada sakit mental ke apa. Yalah tu. Awak tengok tu bang, ada saja nak dijawabnya. Kita ni risaukan dia, dia pulak ambik mudah. Buat tak kisah aje, bebel Puan Rashida lagi. Secawan kopi dihulurkan kepada suaminya yang sedang membelek akhbar di meja. Encik Affendi tergelak kecil. Akhbar di tangannya dilipat dan diletakkan di sisi pinggan yang berisi nasi goreng. Seketika dia menatap wajah Rania yang hanya menguis nasi di dalam pinggan. Selera anak gadisnya itu mati serta-merta. Awak ni pun Shida, janganlah risau tak tentu fasal. Dah Nia kata klien dia tu okey, maknanya okeylah tu. Lagipun abang tengok Nia balik cukup aje kaki tangan dia, tak ada pulak terkurang dekat mana-mana. Tak payahlah awak nak risau sangat. Terdengarkan kata-kata berbaur belaan itu, Rania mengangkat muka memandang ayahnya. Bibir mengukir senyuman senang, membalas riak ceria di wajah lelaki kesayangannya ini. Seperti biasa, ayah akan menjadi pelerai ketegangan yang kadangkala tercetus antara mereka sekeluarga.

80

Acik Lana

Abang ni pun sama ajelah, cuba abang nasihatkan Si Nia ni sikit. Saya ni tak senang hati bila dia buat sesi terapi dekat luar hospital. Bukan boleh percaya sangat lelaki tu. Dah katanya tengah dapatkan rawatan, maknanya dia tak sihat. Orang yang ada tekanan perasaan ni bukan boleh dibuat main, nanti entah apa-apa dia buat pada Nia, bantah Puan Rashida lagi. Umi, tak baiklah umi cakap macam tu... sampuk Rania kurang senang. Nia tahu jaga diri Nia, umi janganlah risau. Lagipun kalau sesi terapi dekat luar pun, Nia duduk dekat tempat terbuka. Takkanlah dia nak buat benda tak elok pulak. Jangan risau, jangan risau. Awak tu anak dara Nia, elok ke kalau ke sana sini dengan lelaki tu? soal Puan Rashida dengan jelingan mata. Kalau berterusan macam nilah, Nia berhenti aje kerja. Umi rela Nia lepaskan kerja ni daripada umi menyesal kemudian hari. Mata Rania membulat. Sungguh dia tidak menyangka sampai ke tahap ini kerisauan umi. Setelah apa yang dia lalui, setelah siang dan malam dia berusaha penuh jerih, kini umi meminta dia mengalah? Astaghrullahalazim apa yang awak merepek ni, Shida? tanya Encik Affendi seraya menggeleng perlahan. Awak jangan lupa, dulu kita sendiri yang sokong dia pilih kerjaya ni. Kita tumpang gembira dan berbangga kalau Nia boleh bantu orang lain. Tapi tengok sekarang, entah apa pulak yang awak melalut ni. Saya bukannya melalut, saya cuma risaulah, bang. Kalau ada apa-apa terjadi dekat anak kita, macam mana? Risau tu memanglah risau, tapi kita kena percayakan Nia. Lagipun abang tak rasa pihak hospital akan

81

Akadku Yang Terakhir

lepaskan Nia buat outdoor session kalau tak yakin dengan kewarasan klien dia tu, sambung Encik Affendi masih tenang. Bagi dirinya, tidak mungkin dia sanggup memusnahkan impian, cita-cita dan minat anaknya sendiri. Puan Rashida juga begitu, cuma isterinya mungkin tertekan dan bimbang. Yang sebenarnya, umi kamu tu sunyi dekat rumah ni, Nia. Kamu tu jarang ada. Nak harapkan Rayyan, adik kamu tu memanjang keluar dengan kawan-kawan dia. Langsung tak melekat dekat rumah, sambung Encik Affendi dengan senyuman lebar. Kalau kamu nak suruh umi kamu diam tak berbunyi, kamu hadiahkan aje cucu untuk dia. Senyaplah nanti. Puan Rashida mengerling suaminya. Dia cukup faham Encik Affendi sekadar mereka-reka cerita demi menjernihkan keadaan. Kalau dibiarkan berlarutan, silapsilap Rania merajuk panjang pula. Anak gadisnya yang seorang ini boleh tahan juga degil dan keras kepala. Mana boleh cakapnya disanggah atau dibantah, lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan kerjanya. Hmmm... itulah, bagi umi cucu cepat. Kalau umi sibuk mengelek cucu, umi tak kisah sangat dah kalau kamu sibuk pun, tokok Puan Rashida seakan-akan mengeyakan kata-kata suaminya tadi. Umi ni, asyik cakap pasal cucu aje. Kalau umi nak cucu sangat, umi suruh Kak Zulin kahwin dulu. Diakan yang sulung, mana boleh Nia langkah bendul, balas Rania sedikit memuncung. Ha bercakap pasal kakak kamu, kamu dah tahu ke Kak Zulin nak balik minggu depan? Mata Rania bersinar ke arah ayahnya. Perasaan di

82

Acik Lana

dada serta-merta berubah ceria. Sudah empat tahun kakak sulungnya itu berkhidmat di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman di Sarawak. Pertemuan setiap dua kali setahun ketika sambutan Aidiltri dan cuti penggal tidak pernah cukup untuk mereka sekeluarga melepaskan rasa rindu. Eh, Kak Zulin balik sebab apa, ayah? Sekarang belum cuti sekolah, kan? soalnya kehairanan. Encik Affendi tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. Kakak kamu tu dah berhenti jadi cikgu, dia nak balik buka bisnes dekat sini. Elok jugaklah macam tu, at least umi kamu ada teman nanti. Berhenti kerja? Tapi Kak Zulin, kan suka jadi cikgu? Sungguh Rania begitu terkejut dengan keputusan kakak sulungnya itu. Ketika mereka berbual-bual di Skype beberapa hari yang lalu, tak ada pula Kak Zulin bercerita tentang ini. Malahan jelas di matanya yang selama ini Kak Zulin begitu selesa dengan kerjaya yang dipilih itu. Dihantar ke ceruk kampung sekalipun, tidak pernah Kak Zulin merungut. Dah itu keputusan dia, kita kenalah terima. Jawab Puan Rashida bagi pihak suaminya. Lagipun Kak Zulin, kan pandai buat kek dan pastri, memang elok sangatlah kalau dia buka kedai bakeri tu nanti. Umi pun tak adalah susah hati bila anak-anak umi semua ada depan mata. Alasan dan sebab yang diluahkan oleh umi langsung tidak kedengaran logik di telinga Rania. Dia tahu Kak Zulin suka membuat kek dan pastri, tapi itu hanya hobi di waktu senggang kakaknya. Dia pasti ada sebab lain yang membuatkan kakaknya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya sebagai seorang guru. Tapi kerana apa?

83

Akadku Yang Terakhir

Nia, jom kita gerak. Nanti kalau lambat, jammed pulak jalan tu. Lamunan Rania tersentak apabila Fazriq mencuit lengannya. Menyedari yang mereka sudah terlewat untuk ke tempat kerja, kelam-kabut dia bingkas bangun menyalami tangan umi dan ayah. Namun, sepanjang langkah ke pintu, kepala masih tertanya-tanya dengan beribu persoalan. Apa yang menunggu, atau juga apa yang dikejar oleh Kak Zulin di sini?

BIBIR diketap rapat tatkala rasa lenguh di kaki kian menyengat pedih. Berdenyut-denyut tumitnya yang bersarung kasut setinggi dua inci ini. Pandangan kembali dihala ke pintu utama yang jaraknya hanya beberapa kaki dari tempat dia berdiri. Sudah berpuluh-puluh kali pintu kaca automatik itu terbuka dan tertutup, namun wajah yang dinanti tidak juga menjelma. Nafas yang dihela terasa kian panas. Sekali lagi jam di tangan menjadi mangsa jelingan tajam Rania. Dia benci membuang masa tanpa sebab dan dia paling benci apabila dirinya dipandang mudah dan lemah. Berani sungguh Irham Zahri melayannya begini! Ketika tiba ke lobi hotel mewah ini setengah jam yang lalu, dia sudah mengirimkan SMS kepada Irham Zahri yang kononnya sedang bermesyuarat di tingkat dua. Lelaki itu langsung tidak membalas, jauh sekali mahu turun menjenguknya biarpun sudah hampir sejam waktu sesi terapi mereka berlalu. Dia tahu Irham Zahri mahu mengenakannya. Lelaki itu mahu lihat dia mengalah dan terus pulang begitu sahaja.

84

Acik Lana

Tapi, Irham Zahri kir taktiknya sudah berjaya? Silap besarlah! Kalau begini nada gendang yang dipukul oleh lelaki itu, dia tidak teragak-agak untuk menari mengikut rentaknya. Dia tidak akan mengalah. Sama sekali tidak! Dengan rasa membara di jiwa, jari-jemari ligat menaip di telefon bimbit. Dia mahu Irham Zahri membuka mata dan tidak lagi memandangnya sebagai perempuan yang boleh dibuli sesuka hati. Just in case Encik Irham ter-overlooked my previous SMS, saya ada dekat depan lobby. Sesi hari ini di mana? Beberapa minit dia menanti, namun telefon bimbitnya masih sepi tanpa balasan. Tahap kepanasan di hati kian naik mencanak. Tengoklah, kalau lima minit lagi lelaki itu tidak memberi jawapan, dia tidak teragak-agak untuk menelefon terus. Peduli apa kalau dalam mesyuarat sekalipun! Tidak lama selepas tekad itu dipasang dalam hati, telefon bimbitnya menerima satu SMS daripada lelaki itu. Wah, macam tahu-tahu saja dia dah hilang sabar! Sabar boleh? I still dalam meeting. Sabar? Bibir Rania spontan mencebik tanda meluat. Kalau dah tahu mesyuarat habis lambat, kenapa suruh dia datang ke sini lebih awal? Macamlah dia tak ada kerja lain yang nak dibuat! Dan kerana sikap tidak menepati masa Irham Zahri, sesinya bersama klien lain terpaksa dibatalkan.

85

Akadku Yang Terakhir

Memang tidak mungkin dia sempat balik ke hospital dengan jarak sejauh ini. Malas mahu menyeksa diri sendiri, Rania segera berlalu ke kafe yang terletak di lobi hotel tersebut. Tekaknya sudah haus, kaki ini pula bagaikan mahu tercabut kerana berdiri terlalu lama. Memang dia tidak pernah memanjakan diri untuk minum di tempat mahal begini, tapi kali ini dia terpaksa. Terpaksa menipiskan poket sendiri gara-gara perangai tak semenggah Si Irham Zahri. Geram sungguh! Dan ketika sibuk mengintai-intai meja kosong di ruang kafe itu, pandangan melekat ke sebuah meja yang diduduki oleh sepasang manusia. Pemandangan itu menarik perhatiannya, memutikkan rasa ingin tahu di celah hati. Mata dikecilkan. Sedaya upaya dia cuba mengamati belakang tubuh lelaki yang mengenakan kemeja berwarna biru laut itu. Rambut, sama. Gerak gaya, bahasa tubuh yang tenang dan gelak maco itu bagaikan menghantar satu jawapan yang tepat ke otaknya. Nafas mula kalut untuk disedut dan dihembus. Sungguh, dia benar-benar sakit hati. Memang sah itu Irham Zahri! Berani sungguh lelaki itu membiarkan dia tercongok dan berdiri di luar hampir satu jam. Dia berdiri macam tiang dekat luar, dan Si Irham budiman ini pula bukan main seronok bergelak ketawa di dalam. Meeting dekat tingkat dualah sangat! Gerutu hatinya dengan rasa sebal di dada. Blaus chiffon berwarna kuning cair di tubuhnya dibetulkan, shawl yang melilit kepala pula dirapi semula. Dia sudah bersedia. Kali ini lelaki itu memang betul-betul menempah bala. Nak main kasar sangat, kan? Baik, dia boleh sahut cabaran ini!

86

Acik Lana

Dengan langkah penuh yakin, Rania menghampiri meja yang agak tersorok di hujung ruang kafe tersebut. Dalam dada sedikit bergetar, panas dan membara. Tidak sabar dia mahu mengenakan Irham Zahri pula. Assalamualaikum, Encik Irham. Lelaki itu mendongak dengan riak sedikit terkejut. Pandangan mereka berlaga tepat, beberapa saat tidak berganjak. Rania mula tersenyum manis, mempamer aksi bersahaja dan tenang. Encik Irham dah habis meeting ke? soalnya setelah salam yang dihulur sebentar tadi sepi tidak bersambut. Irham Zahri merengus perlahan. Segera pandangannya dilarikan ke tengah ruang kafe yang agak lengang itu. Sungguh dia tidak menyangka yang Rania akan masuk ke sini mencarinya. Dia kir gadis itu akan terus terdera seperti tiang di luar sana. Pelik, kenapa perempuan seorang ini tidak reti mengalah? Sudah bermacam-macam perangai dia tunjukkan, namun Rania tetap setia menanti. Rimas sungguh! Oh, well... who is she, Irham? Pertanyaan Fasha yang duduk di hadapannya membuatkan hati Irham Zahri tersentak. Dia mengerling sekilas kepada Rania dan gadis itu masih tersenyum mesra. Oh Tuhan, apa yang perlu dia jawab ni? Dia baru saja mahu rapat dan mesra dengan setiausaha Dato Mustapha, namun kehadiran Rania mungkin akan mengubah segalanya. Apa reaksi Fasha jika mendapat tahu yang Rania adalah pakar psikologi yang merawatnya? Dia mungkin dipandang seperti lelaki kurang siuman! Pasti.

87

Akadku Yang Terakhir

Hai, saya Rania. Rania segera menghulur tangannya kepada gadis seksi yang kelihatan terpinga-pinga kehairanan. Memang cantik dan bergaya orangnya, patutlah Si Irham Zahri lupa dunia. Hai, I Fasha. You dengan Irham ni... Gadis itu teragak-agak untuk bertanya. Oh, jangan tersalah sangka Cik Fasha. Kami tak ada apa-apa hubungan istimewa. Rania tergelak kecil. Dia dapat mengagak apa yang ada di hati perempuan bernama Fasha itu. Mungkin Fasha menyangka dia punya hubungan dengan Irham Zahri atau juga menganggap dia ini salah seorang bekas isteri lelaki itu. What are you doing here, Rania? Bebola mata Rania beralih kepada Irham Zahri pula. Wajah lelaki itu mula berubah serius. Dan reaksi seperti itu membuatkan hatinya semakin sakit. Boleh pula Irham Zahri bertanyakan soalan itu, sepatutnya dia yang memekikkan soalan yang serupa. Lelaki itu sedar atau tidak berapa banyak masanya sudah terbuang? Betapa teruk jadualnya sudah tunggang-langgang? Memang melampau! Encik Irham, sesi terapi kita dah terlewat satu jam. Kalau Encik Irham free sekarang, boleh kita mulakan sesi kita? Saya tak boleh lama, saya ada banyak kerja lain nak buat lepas ni, luahnya tanpa berkir panjang. Seperti dijangka, mata Irham Zahri membulat kepadanya. Rapat lelaki itu mengetap bibir seolah-olah menahan kemarahan. Memang dia pernah berjanji dan dia tidak pernah terlupa. Berjanji untuk tidak menyebut atau membuka mulut tentang terapi ini walau di hadapan siapa sekali pun. Tapi lihatlah pula layanan Irham Zahri terhadapnya, memang teruk dan memualkan. Jadi untuk apa

88

Acik Lana

dia memegang janji jika hanya dia yang sentiasa berusaha dan bersusah payah demi membantu lelaki itu? Sesi terapi? What do you mean? tanya Fasha dengan mata bersilih ganti ke wajah Rania dan Irham Zahri. You sakit ke, Irham? Sakit apa? Sekali lagi Irham Zahri mengetap bibirnya. Pandangan dibuang ke sisi dengan perasaan kian meluapluap di dada. Dia tahu Rania sengaja mahu membalas dendam di atas kejadian hari ini. Tapi, takkanlah sampai sanggup menyebut semua itu di hadapan Fasha! Mereka sudah ada perjanjian. Actually, saya dan Encik Irham ada Excuse me. Tiba-tiba saja Irham Zahri bingkas berdiri dengan wajah merah padam. Tanpa sedar tangannya menyambar lengan Rania dan menarik gadis itu menuju ke luar kafe. Jantung berdegup laju, terasa bagaikan mahu melompat keluar dari dada. Dia marah, geram dan sakit hati! Di pihak Rania pula, dia hampir rebah tatkala lelaki itu menyentuhnya tanpa sedikit pun rasa bersalah. Memanglah masih berlapik dengan lengan baju, namun dia tetap berasa tidak selesa. Biarpun dia meronta berkali-kali untuk melepaskan pegangan itu, usahanya tetap gagal. Hanya setelah mereka berdua berdiri di luar kafe, barulah cengkaman kuat itu terlepas. Mujurlah lobby hotel itu agak lengang, kalau tidak entah di mana dia mahu sorokkan mukanya ini. What were you thinking, hah? sembur Irham Zahri mendahului perkataan yang hampir keluar daripada bibir Rania. Mata mencerlung garang ke wajah yang kelihatan sedikit tegang itu. Saya yang patut tanya Encik Irham, bukan Encik

89

Akadku Yang Terakhir

Irham yang tanya saya, balas Rania dengan nada bergetar. Sedaya upaya dia menanam sabar di sebalik kemarahan yang mula bertunas di hati. Encik Irham tahu tak, dekat sejam saya tercongok dekat sini tadi. Encik Irham ingat saya tak ada kerja lain ke nak buat? Irham Zahri yang tidak habis-habis merengus, menaikkan sebelah keningnya. Semakin dipandang, semakin kecil pula tubuh Rania di matanya. Dan kali ini gadis itu sudah berani bersuara dan membentak. Kalau ada kerja lain, kenapa you sibuk-sibuk dekat sini lagi? Pergilah balik! Balik? Habis tu Encik Irham ingat, saya boleh balik macam tu aje? Sesi kita macam mana? Oh, God... macam mana I nak buat you faham, Rania? soal Irham Zahri geram. I rimas dengan semua ni tahu tak? Come on, give me a break! Melihat kemarahan Irham Zahri, Rania cuba menenangkan dirinya sendiri. Api dilawan dengan api pasti tiada kesudahannya. Dia perlu menjadi air yang dingin, dia harus cuba menjadi si waras jika yang di sebelah sana sudah memilih untuk menjadi si kurang siuman. Encik Irham, kita dah buat perjanjian. Encik Irham sendiri dah berjanji untuk ceritakan semua masalah Encik Irham pada saya kalau kita buat sesi terapi di luar. But look now, apa Encik Irham dah buat? Encik Irham tak habishabis nak menguji saya. Kalau berterusan macam ni, kita mungkin terpaksa sambung sesi kita di hospital semula. Excuse me? Wajah Irham Zahri semakin kelat tatkala ugutan itu singgah ke telinga. Jangan bercakap pasal janji Rania, you sendiri tak pegang janji you. Tak nampak apa you buat tadi? Selamba aje you cakap pasal sesi terapi ni depan Fasha, you nak dia tahu yang I ni hilang akal ke apa?

90

Acik Lana

Rania mengangkat muka, menentang berani pandangan yang menyilau tajam itu. Sekilas bibirnya menarik senyuman sinis. Then, buktikan pada saya yang akal Encik Irham masih ada dalam kepala tu. Prove it to me, I dare you. Bibir Irham Zahri bergetar menahan marah. Begitu mudah Rania mematahkan setiap kata-katanya. Lancar dan tajam. Look, I tak perlu buktikan apa-apa pun pada you. Terapi bodoh you ni takkan mengubah siapa diri I. I cant change the way I think and I cant change the way I am. This is me, real me. Faham? Panjang Bukan sekali dua dangkal pada sesi kali itu jugalah bersalah. Rania menarik nafas yang sedikit sesak. Irham Zahri meletakkan label bodoh dan terapinya, sudah berkali-kali. Dan berkalikesabarannya diasak, diuji tanpa rasa

Bukan saya yang merayu Encik Irham untuk terapi ini. And at the beginning, Encik Irham yang datang pada saya, kan? Kita patut tahu dari mana punca semua ini bermula. Semua tu sebab father I! Come on, takkanlah I bodoh sangat nak buang masa untuk benda-benda mengarut macam ni. I am strong and I can stand on my own! sanggah Irham Zahri menegakkan egonya. Butang baju kemeja di lehernya dibuka kasar. Terasa begitu lemas dan rimas berada di situasi yang kian tegang ini. Okey, then saya akan siapkan laporan pasal ni nanti. Saya akan explain semuanya pada Tuan Alaudin, biar dia tahu yang Encik Irham terseksa nak melalui semua sesi terapi ni. Seorang ayah pastinya tak tergamak nak menolak permintaan anak dia, kan? So, kalau Encik Irham nak stop, saya tak ada masalah, putus Rania masih tenang.

91

Akadku Yang Terakhir

Mungkin kata-katanya kelihatan seperti dia sudah mengalah, sudah mengibar bendera putih. Namun, hakikatnya dia sekadar menguji dan bermain dengan psikologi lelaki itu. Jika selama ini dia berusaha keras dan mengejar tanpa jemu, kali ini dia mahu menunjukkan cara berbeza. Wait, wait. You nak mengadu pada father I? soal Irham Zahri kepada Rania. Bukan mengadu, itu namanya laporan perkembangan. Walaupun ya, tak ada apa-apa pun yang berkembang, perli Rania bersahaja. Irham Zahri mendengus keras dan segera memusingkan tubuhnya membelakangkan Rania. Sungguh, dia tidak mampu lagi menatap seraut wajah yang telah merosakkan seluruh harinya. Kalau tidak dikirkan kemarahan ayah yang mungkin meletus, dia tidak teragakagak untuk menghalau gadis itu sejauh mungkin. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu. Saya akan siapkan surat kepada Tuan Alaudin untuk maklumkan yang sesi terapi kita berakhir setakat ini sahaja. Thank you for your cooperation, Encik Irham. Suara itu masih bertutur lembut, namun tetap menyakitkan hati Irham Zahri. Biarpun dia sedaya upaya cuba mengelak dan memberontak, namun dia hanya ada kata dua. Teruskan atau tidak. Jika dia memilih untuk meneruskan sesi ini, dia mungkin akan menderita selama tiga bulan. Tapi jika dia berhenti, dia mungkin kehilangan keluarganya untuk selama-lamanya. Amaran ayahnya memang tidak boleh dipandang ringan, dia tidak berani. Dia cukup kenal dengan sikap ayahnya yang keras hati, sama seperti apa yang dia warisi sekarang. Ah, gila sungguh jalan mana perlu dia pilih?

92

Acik Lana

Terdengarkan bunyi ketukan kasut tumit tinggi di lantai, dia tahu Rania sudah berlalu meninggalkannya. Akhirnya perempuan itu mengalah, namun itukah yang hatinya benar-benar mahu? Serta-merta bayangan raut penuh kasih ibu menjelma di mata. Walau beribu-ribu perempuan dilonggokkan di hadapannya, dia tetap memilih hanya satu. Hanya ibu mendapat tempat teratas di hati, yang sentiasa mendahului dari segala segi dan mampukah dia kehilangan semua itu? Nafas semakin sesak di dada tatkala dia berpaling mencari langkah Rania. Jarak mereka hanya beberapa kaki, namun bibirnya masih liat mahu menyeru. Kepala Irham Zahri masih berputar ligat, tercari-cari keputusan yang paling tepat biarpun dia tahu cuma satu jawapan mampu dibuat. Rania. Suara melantun perlahan. Anak mata masih mengekori langkah gadis itu yang jelas tidak terkesan dengan panggilannya. Pekak! Bibir diketap rapat dengan nafas ditarik panjang. Hey, Rania! Hampir saja kaki Rania terpelecok di tangga apabila suara garau itu bukan main kuat melaung. Dia menoleh ke belakang dengan riak terpinga-pinga. Sengaja menunjuk muka begitu biarpun dia sudah menjangkakan semua ini. Penat saja dia berjalan sehabis perlahan sebentar tadi sematamata menanti lelaki itu membuat keputusan. Lama sangat berkir! Hmmm... ada apa, Encik Irham? soalnya ketika Irham Zahri sudah berdiri tegak di hadapan muka. Lelaki itu membuang pandang ke sisi, seolah-olah mengelak dari berlaga pandang dengannya. Seketika Rania mengamati raut tampan yang masih

93

Akadku Yang Terakhir

mempamer riak keras itu. Dia tahu Irham Zahri tersepit, terpaksa akur dengan sesi terapi ini walaupun hati menolak kuat. Tapi, tidakkah lelaki itu terkir yang semua ini untuk kebaikan dirinya juga? Ada apa, Encik Irham? Saya dah lambat ni. Gesanya sekali lagi. Dia berpura-pura pula membelek jam di tangan, menunjuk betapa dia sedang mengejar waktu. Ikut I balik kondo I. Now. Tersentak kuat hati Rania apabila sebaris arahan itu menerjah ke telinga. Matanya membulat atau juga sudah terbuntang terus, dia sendiri tidak pasti. Namun, beberapa saat kemudian, nafas dihela perlahan. Pasti saja lelaki itu memaksudkan kafe di kondonya, bukan memaksudkan kediamannya sendiri. Itu dah hilang akal sangat! Maksud Encik Irham, kafe di kondo Encik Irham, kan? Lelaki itu mengerlingnya tajam. Of course I maksudkan kafe tu, takkanlah rumah I pulak! Rania termalu sendiri. Dia tidak seharusnya mengulang sesuatu yang memang sudah dia fahami. Enggan lelaki itu berkir yang bukan-bukan, dia segera menutup cerita. Maksudnya Encik Irham nak teruskan sesi terapi ni? Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya berlalu meninggalkan dia tanpa sebarang jawapan. Terkenangkan duit yang bakal melayang kerana tambang teksi, Rania segera mengatur langkah mengejar Irham Zahri. Encik Irham, saya nak tumpang. Sekilas lelaki itu menoleh kepadanya, kemudian keluhan kecil pula kedengaran di telinga.

94

Acik Lana

Do what ever you want, Rania. Terpaku Rania apabila suara itu begitu sayu menyentuh hati. Bunyinya kedengaran seperti diluahkan oleh manusia yang sudah putus harapan. Kenapa mahu putus harapan jika semuanya belum betul-betul bermula? Hairan. Tapi, jika sudah diberi lampu hijau, memang tidak mungkin dia akan menolak. Dia akan meningkatkan permainannya, dia akan lakukan apa sahaja demi membuka mulut lelaki itu. Bibir mengukir senyuman secara sembunyi. Lihat dan tunggu saja, Irham Zahri suatu hari nanti hanya bahunya ini yang dicari. Dia yakin dan pasti.

95

Akadku Yang Terakhir

Bab 8
UNYI tepukan gemuruh di sekeliling menyedarkan Irham Zahri yang sejak tadi mengelamun jauh. Pandangannya singgah ke wajah Khairi yang ceria bertepuk tangan di sisi Sandra. Dia ikut sama menepuk tangan dan mempamerkan riak ceria, bimbang jika lamunannya sebentar tadi dapat dikesan oleh sahabatnya itu. Sungguh, dia tidak perasan langsung yang lagu Sweet Child of Mine kegemarannya sudah habis dinyanyikan oleh kumpulan muzik di atas pentas kecil itu. Sebentar tadi hanya bunyi muzik yang sayup-sayup mencecah ke telinganya. Yang selebihnya dia sudah tidak mendengar apa-apa lagi. Dia hanyut dan tenggelam dalam pelbagai rasa yang membelenggu jiwa. Sangkanya malam ini dia mampu berlibur seperti biasa. Mengisi ruang-ruang kosong yang kian terlapang luas di dada. Namun, jelas sekali dia gagal. Walaupun dikelilingi dengan ramai manusia, dia tetap juga rasa terasing dan sepi. Hatinya ini bagaikan serba tidak kena.

96

Acik Lana

Terkenang pula asakan demi asakan daripada Fasha yang mengorek cerita tentang sesi terapinya, dia semakin tertekan. Tidak henti-henti Fasha menelefon dan menghantar SMS demi mendapatkan jawapan daripadanya. Dari menaruh minat, perasaan itu mula bertukar menjadi rasa rimas. Dia tidak lagi kesal jika dia gagal memiliki gadis jelita itu, sedikit pun dia tidak berasa kempunan. Fasha bagaikan bertukar menjadi bayangan Tasya dan Camelia, bayangan wanitawanita yang pernah menjadi suri hidupnya dahulu. Kau ni dah kenapa monyok aje muka? Pertanyaan Khairi kembali memalingkan anak matanya ke seraut wajah yang berjambang halus itu. Senyuman diukir, namun dia yakin senyuman itu kelihatan agak kelat di bibir. Hatinya tidak tenteram, masakan dia mampu tersenyum senang. Macam you tak kenal kawan baik you ni, dia kesunyian. Kan isteri-isteri dia semua dah hilang. Kata-kata Sandra yang mencelah itu bagaikan belati tajam menoreh ke hatinya. Dia membuang pandang ke sisi apabila menyedari Khairi memberi isyarat supaya teman wanitanya itu lebih berhati-hati bila meluahkan kata. Ah, dia tidak pernah peduli apa pandangan daripada seorang perempuan seperti Sandra. Mahu mengata orang sedangkan diri sendiri juga tidak sesempurna mana. Huruhara. Kalau bukan kerana Khairi menariknya dari lubuk jahanam itu, dia yakin sampai sekarang Sandra masih sibuk mencari pelanggan. Hanya kerana telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Zalia, Sandra cenderung ingin menyerangnya dengan kata-kata sindiran. Tapi, adakah semua itu memberi kesan? Dia peduli? Memang tidaklah. Hak membuat keputusan, hala tuju hidup,

97

Akadku Yang Terakhir

atau susur jalan mana yang perlu dia ambil langsung tidak ada kena-mengena dengan sesiapa. Baby, I nak sembang dengan Ham sekejap. Do you mind? tanya Khairi, lembut. Paha kekasihnya yang terdedah di sebalik skirt pendek itu diusap-usap lembut persis memujuk. Walaupun terpaksa dan kurang senang dengan permintaannya itu, wanita itu bangkit juga meninggalkan meja mereka menuju ke ruang tari di tengah premis tersebut. Sorry for that, Ham. Kau tahulah, Sandra tukan rapat dengan Zalia. Aku rasa dia still tak boleh terima lagi yang korang dah bercerai, luah Khairi dengan senyuman kecil. Melihat wajah keruh Irham Zahri, timbul juga rasa resah di hatinya. Dia sendiri kurang senang dengan sikap Sandra yang gemar mencari peluang untuk menyindir teman karibnya ini. Memanglah apa yang dilakukan oleh Irham Zahri boleh dikatakan agak keterlaluan, namun apa hak mereka untuk masuk campur. Serapat mana pun hubungan mereka, dia tidak pernah menyangkal apa juga keputusan Irham Zahri. Baginya masing-masing sudah dewasa, sudah pandai membuat keputusan untuk masa depan sendiri. Jadi, tidak perlulah mereka menyibuk pula. Sebab tu aku cakap jangan bawak dia malam ni. Khairi tersengih kelat mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Irham Zahri. Sorrylah, bro. Masa aku bersiap-siap tadi, Sandra kata dia nak follow. Takkanlah aku nak cakap tak boleh pulak. Kalau dia merajuk nanti, aku jugak yang ternganga. Sekarang malam-malam sejuk, asyik hujan aje! Gurauan nakal Khairi membuahkan cebikan kecil

98

Acik Lana

di bibir Irham Zahri. Dia sudah masak dengan gaya hidup Khairi yang telah bertahun-tahun bersekedudukan dengan kekasihnya itu. Entah apa helah temannya, sehingga sekarang hubungan terlarang mereka itu tidak pernah dikesan oleh pihak berkuasa. Mungkin kerana faktor privasi yang ketat di kondo mewah yang didiami oleh Khairi berjaya menutup bau busuk hubungan itu. Kau ajak aku keluar ni kenapa? Selalunya malam weekdays macam ni, kau jarang nak keluar rumah. Kau nak mengadu nasib pasal Cik Rania kesayangan kau tu, ya? Pertanyaan Khairi yang menyebut nama Rania menyentak hati Irham Zahri. Dia tersenyum sinis, menunjuk reaksi betapa hatinya cukup benci walau dengan hanya mendengar sebaris nama itu. Gelas berisi Coke yang berbaki separuh dicapai dan isinya disedut dalam. Aku nak mintak tolong kau sikit, ucapnya tenang. Hmmm? Aku? Tolong apa? Irham Zahri mengetap bibirnya seketika. Tubuh yang bersarung jaket berwarna hitam disandarkan rapat ke kerusi. Sempat juga dia menyalakan sebatang rokok sebelum kembali memberi perhatian kepada Khairi yang masih menanti. Buat apa yang kau biasa buat, boleh? Woo, wooo.... Khairi mengangkat kedua-dua belah tangannya ke sisi dengan riak tidak percaya. Aku tak faham, bro. Apa maksud kau nak aku buat apa yang aku dah biasa buat? Kau pun tahu aku selalu buat benda-benda tak elok, kan? Takkanlah kau nak aku hesy! Perlahan Irham Zahri menyedut puntung rokok di tangan kanannya. Riaknya berubah tenang, dia mahu Khairi yakin dengan rancangannya yang satu ini. Coke and sleeping pills. Thats all.

99

Akadku Yang Terakhir

Wh what? Mata Khairi membulat tanda tidak percaya. Sungguh, ini kali pertama Irham Zahri mahu terlibat dengan rancangan jahatnya. Selama ini lelaki itu tidak pernah peduli, jauh sekali mahu menjadi mastermindnya! Aku cuma nak perempuan tu serik. Aku bukan nak kau sentuh dia and please dont you ever think about that. Aku just nak kau tolong aku ambil gambar supaya aku boleh ugut dia. Terang Irham Zahri bersungguh. Kita susah payah buat semua ni dan kau nak ambik gambar aje? Boringnya! Pantas Irham Zahri menggelengkan kepala. Dia mahu Khairi tahu niat sebenar dia melakukan semua ini. Belum pernah lagi dia terkir atau memasang niat untuk merosakkan anak dara orang, jauh sekali membuka peluang dan ruang kepada Khairi untuk melakukannya. Dia masih waras, akal dan hatinya tidak sebusuk itu. Kau boleh nampak tak, dengan gambar-gambar tu hidup aku akan senang. Aku tak payah susah-susah nak menghadap muka dia dan aku boleh desak dia supaya keluarkan laporan yang cukup baik untuk ayah aku. Cukup tiga bulan, semua gambar tu aku akan buang dan hapuskan. Thats it. Khairi terdiam sejenak. Dia masih tidak percaya yang Irham Zahri akan bertindak sejauh ini hanya kerana mahu mengelak daripada menghadiri sesi terapi bersama perempuan bernama Rania itu. Tapi, teruk benarkah rawatan yang dilalui sehingga temannya yang sering dilabel gentleman itu gagal mengawal diri? So, how? Kau boleh tolong aku tak? Terpandangkan renungan mengharap Irham Zahri,

100

Acik Lana

dia mula serba salah. Jika selama ini Irham Zahri tidak pernah berkira langsung tentang wang ringgit dengannya, bagaimana dia mahu menolak apabila pertolongannya pula yang diminta? Hmmm bila kau nak buat? Dekat mana? Jernih riak wajah Irham Zahri apabila mendengar kata-kata Khairi yang memberi bayangan untuk bersetuju. Jika semua ini berjalan lancar, dia yakin kepincangan hidup yang dirasakan kebelakangan ini akan berakhir. Dia tidak akan lagi dihantui oleh rasa bimbang dengan mata-mata yang mungkin memerhati. Esok aku ada sesi terapi dengan dia, kalau dekat kondo aku okey tak? Up to you, youre the boss. Lambat-lambat Irham Zahri menganggukkan kepala. Dalam hati dia membulatkan tekad. Biar ada rasa sangsi, biarpun jiwa berbelah bahagi, dia tidak akan meluruskan langkah kakinya kali ini. Tidak kali ini.

101

Akadku Yang Terakhir

Bab 9
ENGAH hari itu perasaan di dada Irham Zahri berlainan sekali. Sejak awal pagi tadi dia memulakan harinya dengan perasaan yang tidak menentu. Berdebar-debar dengan deruan darah yang terasa berdenyut hangat di seluruh tubuhnya. Dia teruja ataupun dia bimbang? Demi Tuhan, dia sendiri tidak pasti. Menunggu Rania di kafe yang terletak di aras bawah kondonya benar-benar mendera perasaannya. Jantung masih berdegup kencang. Anak matanya pula tidak henti-henti menjeling jam di pergelangan tangan. Dia resah dan gelisah menanti dari satu detik beralih ke satu detik yang berikutnya. Sungguh, ini adalah kali pertama dia melakukan kerja gila ini. Pertama kali dia cuba memerangkap seorang perempuan, pertama kali juga dia mahu mengugut dengan cara keji begini. Semuanya dilakukan demi menjaga nama dan egonya yang tidak pernah terusik. Jauh di sudut hati, Irham Zahri tidak melakukan semua ini kerana dendam. Dia tahu Rania tidak melakukan

102

Acik Lana

apa-apa kesalahan kepadanya selain menjadi manusia yang terlalu degil. Kadangkala dia hairan bagaimana Rania memperolehi kesungguhan dan kesabaran untuk melayan kerenahnya yang bukan-bukan. Dan kerana pegangan kuat itulah dia gagal merasuah Rania supaya menuruti setiap arahannya. Dia bukan meminta sesuatu yang susah untuk dilakukan, dia cuma mahu Rania memalsukan laporan yang bakal diserahkan kepada ayahnya. Itu saja! Pandangan yang sejak tadi merenung kosong tibatiba saja beralih ke hadapan apabila menyedari kelibat Rania muncul di ruang kafe tersebut. Jantung kian kencang berpalu. Tepat matanya memandang kepada Rania yang semakin dekat menghampiri. Irham Zahri bergerak sedikit. Membetulkan kedudukannya agar lebih selesa dan bersedia. Dia tidak mahu kelihatan gementar, bimbang Rania mampu menghidu niat jahatnya. Hari ini penampilan gadis itu sekali lagi berjaya mencuri tumpuannya. Blaus longgar dan skirt labuh dipadankan dengan selendang panjang yang dililit entah bagaimana kelihatan begitu rapi dan kemas. Kerap kali juga suara hati memuji betapa anggunnya gaya gadis seorang ini. Gaya yang jelas berbeza jika mahu dibandingkan dengan penampilan bekas-bekas isterinya dahulu. Keanggunan Rania terserlah biarpun tidak menayang dan mempamerkan begitu banyak kulit di tubuhnya. Assalamualaikum, Encik Irham. Sapaan lembut itu membuatkan Irham Zahri mengalih pandang ke sisi. Cawan berisi kopi panas dicapai dan dibawa ke bibirnya. Seperti biasa dia tidak mengendahkan salam Rania, cukup sekadar dia menyahutnya dalam hati.

103

Akadku Yang Terakhir

Youre late, ucapnya apabila mengambil tempat di kerusi bertentangan.

Rania

sudah

Maaf, saya terlambat lima minit, balas Rania dengan nada sedikit menyindir. Takkanlah lewat lima minit dah nak bising? Macamlah dia menepati masa sangat! Rungutnya dalam hati. Wajah Irham Zahri yang kelihatan sedikit gelisah memutikkan rasa aneh pada pandangan Rania. Jarang dia melihat reaksi begini, selalunya cuma wajah bosan dan tertekan yang menjadi habuan matanya. Hmmm boleh kita start sekarang, Encik Irham? soalnya seraya mengeluarkan pen dan buku nota dari beg silang yang diletakkan di sisi. Hari ini dia sudah menyediakan beberapa soalan untuk Irham Zahri. Soalan-soalan yang mungkin boleh membawa mereka ke satu tahap yang berbeza, soalan yang mungkin mampu membuat dia lebih mengenali dan memahami lelaki itu sedalamnya. Would you like something to drink? Pertanyaan itu membuatkan Rania tercengang. Pandangannya dan renungan Irham Zahri bergabung tepat, tidak berkalih. Setelah pertemuan demi pertemuan, inilah kali pertama lelaki itu mempelawanya untuk memesan minuman. Selalunya dia cuma menjalankan sesi selama satu jam tanpa membasahkan tekak dek kerana mengejar masa. Walaupun berasa sangsi dan aneh, kepalanya dianggukkan beberapa kali. Mungkin ini satu petanda yang baik. Coke, okey? soal Irham Zahri lagi. Ya, okey. Mendengar balasan itu, mata Irham Zahri segera

104

Acik Lana

meliar ke hujung restoran. Dia perlu menyampaikan isyarat kepada Khairi yang duduk di sana tanpa dikesan oleh Rania. Melihat gadis itu tunduk mencatit sesuatu pada buku tulis, pantas dia mengangkat tangan seolah-olah sedang berkomunikasi dengan pelayan di kafe. Nama minuman ringan itu disebut sedikit kuat, namun ditujukan kepada Khairi dan bukannya kepada pelayan kafe tersebut. Semua itu sekadar mahu mengaburi pandangan Rania daripada mengesan helahnya. Beberapa minit berlalu, dia memberi isyarat mata kepada Khairi supaya menghantar minuman yang telah dipesan sejak awal tadi. Melihat langkah temannya yang kian hampir, jantungnya ini semakin kencang berlari. Sempat juga dia mendengar Rania mengucapkan terima kasih kepada Khairi yang disangkanya pelayan di kafe itu. Nafas dihela lega sebaik saja Khairi berlalu meninggalkan mereka. Langkah pertama, berjaya! Kalau Encik Irham tak keberatan, boleh saya tahu nama isteri pertama Encik Irham? Hampir tersedak tekaknya dengan soalan maut yang tidak terduga itu. Hatinya diselubungi rasa kurang senang, namun dia tahu dia perlu juga bercerita supaya Rania asyik dan terleka. Melihat gadis itu menyedut air Coke yang terhidang sehingga habis separuh gelas, serta-merta perasaan bertukar dengan rasa lega. Terima kasih pada cuaca panas yang membahang di luar sana! Hmmm... Camelia, balasnya acuh tidak acuh. Rania tersenyum senang. Nampaknya dia sudah berjaya membuat mulut lelaki itu terbuka sedikit. Mungkin Irham Zahri sudah mula belajar menerima proses ini sedikit demi sedikit.

105

Akadku Yang Terakhir

Sedap nama dia, pasti orangnya pun cantik jelita. Pujian ikhlas itu dibalas dengan rengusan Irham Zahri. Boleh Encik Irham kongsikan dengan saya, dekat mana Encik Irham kenal dia? I mean, pertama kali berjumpa dengan Camelia. Does it matter? Itu kisah silam I, apa kenamengena dengan hidup I sekarang? Jelas di pandangan Rania, wajah segak itu berubah keruh dan tegang. Perlahan dia menarik nafasnya sedalam mungkin. Dia tidak mahu rahsia hati Irham Zahri yang baru mula terbuka kembali tertutup rapi. Kadangkala masa silam kita mencorakkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Saya cuma bertanya untuk lebih memahami apa yang Encik Irham rasa dan lalui selama ini. Dan saya perlu tahu apa perasaan yang ada dalam hati Encik Irham terhadap isteri-isteri Encik Irham. Bekas isteri, Rania. Okey, my bad. Maksud saya bekas isteri Encik Irham. Rania mengakui keterlanjuran katanya sebentar tadi. Saya perlu tahu apa perasaan Encik Irham terhadap mereka. Irham Zahri mula tunjuk muka meluat. Berapa lama dia perlu menunggu ubat tidur itu memberi kesan kepada tubuh Rania? Dia lihat elok saja gadis itu bercakap, bukan main cergas dan bersemangat lagi menyoalnya dengan pelbagai soalan. Tiba-tiba saja hatinya berasa ragu dengan keupayaan Khairi memperdayakan perempuan. Encik Irham berkahwin atas sebab apa? Pertanyaan itu begitu tajam menikam hati Irham

106

Acik Lana

Zahri. Kian sesak seluruh rasa di dada kerana menahan marah dan geram. What else, Rania? Of courselah sebab cinta! Cinta? Okey.... Rania pura-pura mencatat sesuatu di bukunya. Dia sekadar mahu mengelak dari bertentang mata dengan lelaki itu. Apa yang boleh saya faham, cinta Encik Irham cuma hmmm, bertahan kurang dari setahun. Ini kategori cinta apa agaknya, ya? Mata Irham Zahri mengecil. Begitu terkesan dengan soalan yang tajam memanah ke hati. Berani sungguh Rania menyoalnya dengan soalan yang bukan-bukan! What are you trying to say? You nak cakap keputusan I bercerai tu silap? Hmmm... mungkin Encik Irham ada alasan Encik Irham sendiri, tapi mungkin juga keputusan itu satu kesilapan. Irham Zahri mengetap bibirnya kejap menahan marah. Kepalanya dipalingkan ke sisi, tidak mahu memberi perhatian kepada Rania lagi. Demi Tuhan, bila ubat itu mahu berkesan? Dia sudah tidak sanggup menghadapi semua ini lagi. Egonya bagaikan dicarik-carik halus! Pernah tak Encik Irham terkir yang... Perkataan yang terlontar oleh Rania terhenti tatkala rasa perit tiba-tiba menyengat ke kepala. Spontan jari-jemarinya naik memicit dahi yang terasa begitu tegang dan berdenyut kuat. Kepalanya diangkat. Jelas pandangannya kian kabur. Wajah Irham Zahri yang tidak sampai sedepa jaraknya semakin samar-samar di mata. Kenapa ni? You okey ke? Sayup-sayup suara itu singgah ke telinganya. Rania menganggukkan kepala, kemudian mengerdipkan pula

107

Akadku Yang Terakhir

matanya beberapa kali. Dia yakin dia seakan-akan mahu pitam begini kerana tidak sempat menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi. Mungkin perutnya masuk angin. You nampak pucat, you sakit? tanya Irham Zahri pura-pura mengambil tahu. Dalam hati dia begitu lega kerana akhirnya ubat itu memberi kesan juga kepada Rania. No, no. Im ne. Pening sikit aje, sorry.... Melihat gadis itu tertunduk-tunduk memegang kepala, bibirnya mengukir senyuman sinis. Rancangannya setakat ini masih di laluan yang betul dan sekarang dia perlu memastikan Rania berjaya dibawa ke kondonya. Khairi sudah menunggu di sana untuk menjalankan misi seterusnya. Dah berpeluh-peluh macam ni, okey lagi kata you? Ikut I naik atas sekejap. Pantas Rania menegakkan tubuhnya. Dada berdegup kencang. Kepala yang semakin berat membuatkan dia hilang kestabilan dan hampir tersembam ke meja. Segera tangannya yang sedikit menggeletar memegang sisi meja. Otaknya masih mengingati sebaris ayat terakhir yang didengarnya sebentar tadi. Apa maksud Irham Zahri mahu mengajaknya naik ke atas? Mahu dia berehat di rumahnya atau apa? Serta-merta perasaannya menjadi kalut dan cemas. Terngiang-ngiang kebimbangan umi di telinganya. Jangan buat muka pelik boleh tak? You ingat I nak ajak you pergi mana? soal Irham Zahri dengan nada mengejek. Dekat tingkat satu ada klinik, kita pergi situ sekejap. I tak nak bertanggungjawab kalau ada anak orang terlentang atas lantai ni nanti. Mendengarkan penjelasan itu, hati Rania lega. Tidak patut dia menuduh atau menyimpan syak yang bukan-bukan

108

Acik Lana

sedangkan lelaki itu seperti ikhlas mahu membantu. Dalam keadaan separuh sedar begini, dia memang perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Tidak pernah dia melalui pengalaman begini. Dia benar-benar bimbang. Setelah Rania memberi persetujuan, Irham Zahri segera menyelesaikan bayaran bil untuk minuman mereka. Dia perlu segera membawa Rania keluar dari kafe ini sebelum Rania benar-benar pengsan. Nanti apa pula anggapan orang sekeliling jika melihat dia memikul Rania ke atas. Sepanjang langkah menuju ke lif, Rania masih mampu berjalan sendiri. Namun apabila mereka memasuki perut lif, gadis itu kelihatan semakin lemah tidak bermaya. Keluh-kesah Rania begitu jelas di telinganya. Elok saja pintu lif tertutup rapat, gadis itu sudah terkulai lesu di tepi dinding, langsung tidak sedarkan diri. Irham Zahri tersenyum puas sebelum menekan angka 13 menuju ke kediamannya. Dia mendongak pula memandang CCTV di atas kepala. Dia yakin wang yang diberikan kepada pengawal keselamatan warga Myanmar itu sudah memadai untuk membantunya hari ini. Jejak jahatnya tidak boleh dikesan! Sekali lagi anak mata melirik kepada Rania yang terduduk dalam keadaan bersandar di dinding. Wajah mulus itu begitu tenang seperti sedang beradu dalam lena yang panjang. Nafasnya dihela perlahan. Cuba membuang segala rasa sangsi, berbelah bahagi dan serba salah yang terkesan di hati. Im sorry, Rania I have to do this. Ucap hatinya berulang kali.

109

Akadku Yang Terakhir

Bab 10
Tersentak lamunan Irham Zahri apabila suara Khairi mencecah ke telinga. Tekak terasa kelat, liur yang ditelan tidak ubah seperti menelan butiran pasir. Inilah yang dia rasakan sejak tubuh langsing itu terlantar di atas katil besar miliknya. Sekali lagi anak mata melirik ke tubuh Rania yang longlai tidak berkutik. Pandangan beralih pula kepada Khairi yang sedang membelek-belek kamera di tangan. Temannya itu kelihatan tenang, sedikit pun tidak gusar seperti apa yang dia rasakan sekarang. Apa perlu dia hairankan, ini semua kerja mudah bagi Khairi. Cuma dia yang tidak biasa, kekok dan takut. Nafas ditarik panjang. Anak mata berlari pula ke ruang bilik yang dingin. Perasaan resah, gelisah, tidak pasti, semuanya bersilih ganti di hati. Sudah jauh dia mengayuh perahu, mampukah dia berundur pada waktu-waktu begini?

AU menung apa lagi? Cepatlah, aku dah ready ni.

110

Acik Lana

Ham, kau dah kenapa? Cepatlah, nanti minah ni terjaga macam mana? Susah kita nanti. Gesaan Khairi itu sekali lagi meletakkan jiwanya dalam keadaan tertekan. Kakinya mula mundar-mandir di hadapan katil dengan tangan meraup muka. Pandangannya singgah lagi kepada Rania. Dia tahu ini sahaja peluang yang dia ada, cuma ini jalan untuk dia melepaskan diri dari sesi terapi yang merimaskan itu. Aku... aku tak tahu nak buat apa, Khairi. Khairi mengerutkan kening apabila wajah resah Irham Zahri terlayar di ruang mata. Gelak kecil terhambur daripada bibirnya. Lucu. Kau ni slowlah, Ham. Kerja senang macam ni pun tak tahu nak buat? Well, kau serahkan saja pada yang pakar. Melihat temannya melabuhkan duduk di sisi Rania, mata Irham Zahri membulat. Dadanya berdebar kencang tidak keruan. Kau nak buat apa tu, Khairi? Sekilas Khairi berpaling kepada Irham Zahri yang masih tercegat di hadapan katil. Wajah cuak lelaki itu membuatkan dia tergelak kecil. Buat apa lagi, jalankan mission kitalah. Firstly, kau nak aku bukak apa dulu? Sekali lagi Irham Zahri melepaskan keluhan. Dia tidak pasti, dia tidak terkir apa yang perlu dibuka terlebih dahulu. Selendang? Baju? Skirt? Ah, dia tidak pasti! Kau ni lembab betullah. Hmmm... apa kata kita bukak tudung dia yang cantik ni dulu. Melihat tangan Khairi menyentuh selendang di kepala Rania, Irham Zahri berpaling ke belakang. Dia tidak sanggup menjadi penonton. Nafasnya sesak, terasa berpeluhpeluh tapak tangannya biarpun ruang di situ begitu dingin. Fikiran mula berkecamuk. Memang tujuannya mahu

111

Akadku Yang Terakhir

mengugut gadis itu, namun apa hak yang dia ada sehingga dia tergamak memberi kebenaran kepada Khairi untuk menyentuh Rania? Ini urusan mereka berdua, hanya dia dan Rania. Wait, wait! tegahnya. Laju dia melangkah merapati katil. Dia melihat selendang Rania sudah terurai, hanya tudung kecil yang masih menutupi rambut gadis itu. Cepat sungguh tangan Khairi buat kerja! Kenapa? Tak jadi pulak? soal Khairi dengan riak terpinga-pinga. No, Ill do it. Huh? Kau nak buat? Ya, let me do it, putus Irham Zahri bersungguh. Khairi tergelak kecil. Dalam diam-diam, nakal juga temannya ini. Ada hati juga Irham Zahri mahu menyentuh Rania. Maklumlah ikan segar sudah terhidang di depan mata, takkanlah kucing nak buat-buat buta! Kau nak aku ambilkan gambar ke? soal Khairi seraya bangkit berdiri mendapatkan kameranya. Mendengarkan soalan itu, Irham Zahri mengetap bibir seketika. Dia membalas pandangan Khairi yang masih menanti jawapan daripadanya. No need, kau tunggu aje dekat luar. Gelak kecil meletus di bibir Khairi. Tangannya menepuk-nepuk bahu Irham Zahri seolah-olah memberi gambaran dia memahami gelojak jiwa lelaki itu. Wow youve changed, man. Okey, aku tunggu kau dekat luar. Apa-apa panggil aku. Irham Zahri tidak membalas dan sekadar memerhati Khairi meninggalkannya dengan senyuman

112

Acik Lana

penuh makna. Dia faham apa yang bermain-main di kiran temannya itu. Apabila pintu bilik tertutup rapat, keluhan bebas terhela daripada bibir. Perlahan dia merebahkan duduk di atas katil. Tubuh ditundukkan sedikit dengan tangan menopang kepala. Perasaan di dalam sana masih kacau-bilau, masih tidak tentu arah. Setelah beberapa minit melayan kekusutan kiran, dia bertekad. Kata orang alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Lagipun dia sudah separuh jalan. Dengan jari-jemari yang dingin, dia menarik selendang panjang yang telah diuraikan oleh Khairi sebentar tadi. Selendang itu dicampakkan ke hujung katil. Pandangan kembali ke wajah mulus Rania yang cerah kemerahan. Lama dia kaku memerhati susuk gadis itu. Melihat seorang gadis beradu lena di atas katil yang kebelakangan ini begitu dingin, nafas mula berlari kencang. Dia cuba menidakkan keinginan jiwa lelakinya, namun semakin liar pula pandangan mata menjalar ke segenap tubuh itu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Dia perlu berada dalam keadaan sedar. Mana mungkin dia tergamak melanggar prinsip hidupnya yang dipegang selama ini. Ya, dia tidak akan menyentuh sesuatu yang bukan menjadi miliknya, bukan haknya! Dengan keyakinan yang tinggi, dia menanggalkan tudung kecil berwarna hitam yang tersarung kemas di kepala Rania dengan perlahan. Nafas ditahan seketika. Anak mata pula masih kekal mengamati wajah Rania yang kelihatan begitu tenang dan damai. Rambut hitam berkilat yang disanggul itu bagaikan menggamit jari-jemarinya seperti meminta dan merayu

113

Akadku Yang Terakhir

untuk dibebaskan. Tangan hanya menurut perintah, menarik penuh berhati-hati gelung getah yang terikat rapi. Sekali lagi nafasnya bagaikan tersekat di dada. Rambut panjang mengurai itu serta-merta menyerlahkan warna kulit Rania yang cerah. Selama ini dia tidak pernah melihat Rania secantik ini. Manakan tidak, dia jarang memberi perhatian kepada gadis itu. Kalau berbicara sekalipun, dia lebih suka memandang ke tempat lain. Menunjukkan lagak sombong dan angkuh. Menyedari yang jari-jemarinya hampir sahaja menyentuh kulit pipi yang begitu asyik dipandang, Irham Zahri melepaskan keluhan berat. Dia segera memusingkan tubuhnya menghadap ke dinding. Keluhan demi keluhan terhambur di bibirnya. Sesak dadanya, bergetar hati dengan suatu rasa yang cukup dia fahami. Suasana yang nyaman dengan udara yang dingin serta keindahan yang terhampar di hadapan mata, memberi kesan pada setiap naluri yang ada di tubuhnya. Irham Zahri bingkas bangun. Enggan tunduk pada godaan iblis dan syaitan. Wajah resahnya diraup berkali-kali untuk meredakan rasa gelora di jiwa. Dia tidak boleh tertewas, mana mungkin dia sanggup melakukan perbuatan yang jelas bertentangan dengan prinsip hidupnya! Lantaran yakin Rania mampu menjadi ancaman dalam diam, Irham Zahri bertindak menjauhi sekujur tubuh itu. Dia perlu bertenang. Dia perlu berkir dengan waras jika mahu melakukan semua ini. Takkanlah baru buka tudung lututnya sudah menggeletar tidak keruan? Memalukan sungguh! Ketika berdiri di tepi jendela kamarnya, pandangan

114

Acik Lana

Irham Zahri singgah pada barang-barang kepunyaan Rania. Buku nota yang diletakkan di atas meja kopi sebentar tadi bagaikan menggamit hatinya untuk melihat. Sejak dahulu lagi dia tertanya-tanya apa yang dicatatkan oleh Rania sepanjang sesi terapi mereka berlangsung. Mungkinkah sudah ada rahsianya yang tersingkap oleh pandangan mata wanita itu? Kerana menurut perasaan ingin tahu, Irham Zahri mencapai buku itu tanpa ragu. Dia tidak rasa tindakan ini adalah satu kesalahan. Ini bukan diari peribadi Rania, ini cuma buku nota yang mungkin dipenuhi dengan rahsia dirinya. Jadi, boleh dikatakan yang dia juga berhak untuk membelek atau membacanya. Mata mula meniti di setiap bait-bait perkataan yang ditulis oleh Rania. Di helaian pertama tidak ada apa-apa yang menarik perhatiannya. Hanya beberapa catatan tentang pertemuan pertama mereka di hospital beberapa minggu yang lalu. Helaian kedua, ketiga dan keempat juga masih serupa. Membosankan. Dalam hati dia berasa sedikit lega kerana Rania tidak berjaya membuat sebarang penilaian ke atas dirinya. Namun di muka surat terakhir, darah terasa berderau ke kepala. Bibir diketap kejap. Beberapa baris ayat yang dibaca itu benar-benar menyentak seluruh perasaannya. Terasa perit di dada, sakit tidak terhingga. Dia yakin ayat-ayat itu sekadar contengan daripada hati Rania yang mungkin hampir putus asa untuk mengorek ceritanya. Who are you, Irham Zahri? Whats on your mind? Ego yang jelas terpamer di wajah tidak

115

Akadku Yang Terakhir

mampu menutup rasa luka yang terlihat di mata. Tapi kenapa? Apa puncanya? Let me hear your story, allow me to help you. Nafas dihela panjang. Dia menoleh sekilas kepada Rania yang masih terlentang di atas katil. Sebegitu banyakkah keinginan Rania untuk mencungkil rasa di hatinya ini? Jelas gadis itu benar-benar memiliki hati yang suci, begitu ingin membantu dirinya yang dianggap punya masalah tersendiri. Tapi maaf, dia tidak punya apa-apa masalah. Hidupnya serba sempurna. Manusia di sekeliling mungkin boleh berkata apa saja tentang penceraian yang telah berulang kali dia lafazkan, namun itu semua bukan hal yang besar baginya. Dia masih mampu hidup seperti biasa dan dia yakin bekas-bekas isterinya juga mempunyai perasaan yang sama. Buku nota tebal yang dipegang diletakkan kembali di atas meja kopi. Perlahan, tangannya melurut rambut yang tersisir kemas. Dia tahu semua ini sudah terlampau jauh tersasar dari apa yang sepatutnya. Setelah membaca catatan Rania, dia jadi tidak sampai hati pula mahu memperlakukan gadis itu seteruk ini. Berdosakah Rania jika kesalahan yang dilakukan hanya kerana berniat mahu membantunya? Langkah dihala semula ke katil yang terletak di tengah ruang bilik yang luas itu. Wajah Rania diamati beberapa saat. Kemudian dia menundukkan sedikit tubuhnya, selimut tebal ditarik menutupi tubuh gadis itu sehingga ke paras dada. Nafas ditarik dalam. Dia yakin dengan keputusannya

116

Acik Lana

dan dia tahu dia perlu memikirkan cara yang lain untuk melaksanakan hajatnya. Tidak mengapalah, dia masih punya masa untuk berkir. Tidak mahu melengahkan waktu, langkah diatur menuju ke pintu. Dia tahu Khairi pasti terkejut, atau mungkin juga lelaki itu akan mentertawakan dirinya yang tidak ubah bagaikan sang pengecut. Eh? Dah? Bro, lima belas minit pun tak sampai. Biar betul kau ni! Kata-kata yang diiringi gelak kecil itu membuatkan Irham Zahri mengeluh sendiri. Tangan meraba kocek seluar, mencari telefon bimbit yang diletakkan di situ. Kau nak call siapa Ham? Kak Erna. Balasnya sepatah. Langkah segera dibawa ke balkoni biarpun dia tahu Khairi masih terpinga-pinga mahukan jawapan yang lebih terperinci. Dia bukan sengaja mahu mengelak, cuma dia tidak punya jawapan yang pasti untuk diberi.

RASA sejuk di tapak kaki semakin lama semakin terasa. Peritnya menyengat dan menjalar hingga ke betis. Rania mendengus perlahan. Dia semakin tidak selesa, lenanya pula kian terganggu. Baru saja dia mahu menikmati tidur yang sempurna, entah dari mana pula rasa sejuk itu datang mengusik. Rasanya, bilik tidurnya di rumah umi tidaklah sedingin ini. Mungkin hujan lebat di luar. Walaupun masih berat mahu membuka mata, akalnya menggesa tubuh supaya bergerak dan melihat jam

117

Akadku Yang Terakhir

loceng di meja sisi. Dalam hati terdetik juga rasa bimbang. Tidur yang terlalu panjang memungkinkan dia terlajak tidur dan lewat ke tempat kerja. Dengan mata masih terpejam, tangan meraba-raba mencari jam loceng Hello Kitty yang diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Puas diraba, apa yang dicari gagal juga menyentuh tangannya. Rania terpisat-pisat cuba merenggangkan kelopak mata yang sedikit pedih. Kepalanya masih mamai, masih berat mahu menyambung lena yang terganggu. Keningnya berkerut-kerut tatkala melihat pemandangan asing di hadapannya yang semakin jelas kelihatan. Dada mula berdebar kencang. Rasa mengantuk serta-merta hilang melayang entah ke mana. Dia di mana? Sejak bila pula biliknya dipasang dengan wallpaper secantik ini? Terpandangkan gambar pada bingkai kayu yang menghiasi meja kecil itu, mata terbuka luas. Automatik tubuhnya bangkit dan duduk tegak di atas katil kerana terlalu terkejut. Rania mengaduh kesakitan apabila rasa pening menyengat ke kepala. Jari-jemari mula meramas-ramas kepala yang berdenyut kuat. Dan ketika itulah dia menyedari sesuatu. Sesuatu yang amat dahsyat! Ya Allah, mana tudung aku? Soal hatinya cemas. Jiwa semakin kalut, jantung pula berdebar kencang. Terasa mahu pecah dadanya menahan pelbagai perasaan. Satu per satu kerisauan umi terngiang-ngiang di telinga dan dia memang silap besar kerana selalu menolak nasihat umi! Menyedari perkara buruk yang mungkin terjadi, tergopoh-gapah Rania menyelak selimut tebal yang sejak tadi mengulit mimpi indahnya. Tangannya serba tidak kena

118

Acik Lana

menyentuh badan sendiri. Namun, hati sedikit lega apabila melihat baju dan skirt labuh yang dikenakan masih elok tersarung di tubuhnya. Ya Tuhan, apa yang Irham Zahri telah lakukan kepadanya? Sejauh mana lelaki itu sudah melihatnya? Atau atau juga sudah menyentuhnya? Perasaan sebak dan sedih mula menerjah ke hati. Dia terlalu leka. Dia terlalu lalai dan terlalu bodoh kerana mempercayai lelaki seorang itu! Memang dia menyesal, terlalu menyesal dengan kealpaannya. Kalaupun Irham Zahri tidak menyentuh di tempat-tempat terlarang, apa hak lelaki itu mahu membuka auratnya? Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan kasar. Pintu kayu berwarna putih yang tertutup rapat itu membuatkan hatinya sedikit gusar dan resah. Dia berharap benar yang dia tidak dikurung di dalam bilik ini. Siapa tahu Irham Zahri itu benar-benar ada sakit mental! Dengan tubuh yang masih terhuyung-hayang membawa kepala yang pening, Rania bangkit dengan perlahan-lahan. Selendangnya yang tersangkut di tiang katil dicapai dan segera dililitkan ke kepala. Dia sudah tidak peduli bagaimana rupanya tika ini. Dia cuma mahu keluar dari sini sebelum perkara lebih buruk berlaku. Namun, belum sempat kaki mengatur langkah, bunyi sesuatu di pintu membuatkan dia kaku tidak berganjak. Tubuhnya terasa seram sejuk dan dia seakan-akan mahu rebah sekali lagi kerana terlalu takut. Apa perlu dia lakukan jika Irham Zahri berkasar nanti? Dia yakin dia tidak akan mampu melawan kekuatan tubuh gagah itu. Mata dipejam rapat. Terasa air mata mengalir di pipi tanpa henti. Kaki dan tangan pula mula menggigil ketakutan. Demi Tuhan, dia tidak sanggup melalui semua ini!

119

Akadku Yang Terakhir

Eh, cik dah bangun? Alhamdulillah. Suara halus dan lembut yang menyapa itu membuatkan mata Rania terbuka luas. Segera pandangannya yang masih ditakungi air jernih itu dialihkan ke muka pintu bilik. Kening bertaut kehairanan apabila seorang wanita berusia lingkungan 30an melangkah masuk dengan menatang dulang berisi sebiji mangkuk dan segelas susu. Cik udah sihat? Muka cik masih pucat lagi tu, baringlah dulu. Cik? Rania semakin kehairanan. Sekali lagi dia mengamati wanita gempal yang sedang meletakkan dulang di atas meja. Siapa pula perempuan ini? Orang gaji Irham Zahri ke? Kak saya dekat mana ni? Apa saya buat dekat sini? soalnya dengan suara bergetar. Dia masih ketakutan, namun kehadiran wanita itu menerbitkan sedikit rasa lega di hatinya. Itu pun kalau perempuan ini tidak punya pakatan jahat dengan Irham Zahri! Loh, cik enggak ingat langsung? Loghat yang didengar Rania menjelaskan yang wanita itu mungkin berasal dari Indonesia. Dan semua itu menguatkan rasatnya bahawa wanita itu adalah pembantu rumah di kediaman ini. Saya tak ingat apa-apa. Macam mana saya boleh ada dekat sini? Akak, akak kena tolong saya! desaknya seraya memegang kedua-dua belah tangan wanita tersebut. Tolong? Koknya cik mahu Kak Erna nolong apa? soal wanita itu. Saya nak keluar dari sini kak, akak kena tolong saya!

120

Acik Lana

Ngapain? Nanti apa pula kata Tuan Irham. Rania menelan liur. Tanggapan buruk sekali lagi menerjah ke hatinya. Manalah tahu kalau-kalau Irham Zahri sudah memberi amaran kepada Kak Erna supaya mengurungnya di sini! Kenapa cik gelisah sekali? Tuan Irham ada di ruang tamu, dia suruh cik berehat hingga sembuh. Ini Kak Erna ada masakkan bubur, seeloknya cik makan dahulu. Terdengarkan kata-kata itu, Rania melepaskan keluhan berat. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Dia cuba untuk tidak panik. Dia cuba untuk bertenang, namun hati tetap juga menyimpan rasa sangsi. Dia masih was-was dan bimbang dengan apa yang sedang dilaluinya. Dia cuba mengarahkan kirannya untuk mengingat semula memori terakhir yang mampu diingati olehnya. Bibir diketap rapat apabila kejadian tengah hari tadi menjelma di ruang mata. Dia memang berasa tidak sedap badan ketika itu, tapi kenapa pula dia berada di rumah Irham Zahri dan bukan di klinik? Dan paling teruk, dia tertidur selama empat jam di atas katil lelaki itu. Errr... Kak Erna, saya tanya sikit boleh? Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Erna itu menganggukkan kepala dengan senyuman mesra. Ada apa sih? Macam mana saya boleh ada dekat sini? Bukan Encik Irham kata nak bawak saya ke klinik ke? Pertanyaannya itu dibalas dengan gelak kecil daripada Kak Erna. Tuan Irham bawa cik ke sini kerana cik udah pengsan dalam lif sebelum sampai ke klinik. Tapi, enggak

121

Akadku Yang Terakhir

perlu gusar, Tuan Irham sudah memanggil doktor ke sini tadi. Doktor kata cik cuma keletihan. Rania mengemam bibirnya. Hati disapa rasa sayu. Siapa sangka lelaki itu masih sudi membantunya biarpun mereka tidak pernah sebulu. Dia rasa bersalah pula kerana telah melabel Irham Zahri dengan bermacam-macam tuduhan buruk sebentar tadi. Keyakinan ditanam dalam hati, dia yakin Kak Erna yang menanggalkan tudung di kepalanya dan bukannya Irham Zahri. Kak Erna, terima kasih ya, ucap Rania apabila mangkuk berisi bubur ayam dihulurkan kepadanya. Sungguh, perasaannya diselubungi rasa terharu. Dia yakin kebaikan hati Kak Erna terbit kerana sikap prihatin Irham Zahri sendiri. Sudah tentu lelaki itu yang mengarahkan Kak Erna supaya menyediakan bubur ini untuknya. Sama-sama. Cik beruntung sekali. Balas Kak Erna dengan senyuman penuh makna di bibir persis mahu mengusiknya. Beruntung? Kenapa? Yalah, mana pernah Kak Erna lihat Tuan Irham bawa perempuan ke biliknya begini. Kecuali kalau perempuan itu memang isterinya. Terbatuk-batuk Rania apabila gurauan itu menerjah ke telinga. Mujur juga tidak tersembur bubur nasi dalam mulutnya ini. Mata mengerling Kak Erna dengan pipi berbahang hangat. Tahukah wanita itu dia benar-benar berasa rendah diri saat ini? Pertama kali Irham Zahri membawa perempuan bukan isterinya ke bilik tidur, apa maknanya itu? Walaupun mungkin Kak Erna tidak berniat apa-apa, tapi dia yang dihimpit rasa tidak selesa. Laksana dia ini wanita tidak

122

Acik Lana

bermaruah pula kerana berani tidur di bilik lelaki yang bukan muhrim. Kalau umi tahu, memang masaklah dia kena gulai! Perhatian Rania beralih ke muka pintu apabila menyedari ada sesusuk tubuh berdiri tegak di situ. Terpandangkan wajah serius Irham Zahri, tekak bagaikan tersekat dengan ketulan bubur nasi. Terasa begitu payah dan jerih untuk ditelan! Segera anak matanya dilarikan ke hujung kaki sendiri. Apa reaksi yang perlu dia pamerkan sekarang? Dah habis makan nanti I hantar you balik. Lambat-lambat Rania menganggukkan kepala. Hanya sebaris itu pesanan daripada Irham Zahri dan sesaat kemudian lelaki itu sudah lesap ke ruang depan. Dia tidak sempat mengucapkan terima kasih lebih awal, cuma dia berharap lelaki itu mengerti yang dia tidak berniat mahu menyusahkan sesiapa. Seleranya serta-merta terbantut biarpun perut masih berkeroncong kelaparan. Kepalanya ini lebih ligat memikirkan keadaan yang pasti kekok apabila mereka bertembung muka sebentar lagi. Oh, Tuhan... kenapa dia perlu sakit pada waktuwaktu begini?

123

No. ISBN:- 978-967-0448-65-7 Jumlah muka surat:- 968 Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40 Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36 Sinopsis:Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania. Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq. Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa? Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AKADKU YANG TERAKHIR di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337

Você também pode gostar