Você está na página 1de 14

AMALKAN GAYAHIDUP SIHAT, ELAK PENYAKIT KRONIK

TEMERLOH 17 Okt. - Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin harian bagi mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis. Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Dr. Roziana Abdullah berkata, pengambilan pemakanan yang betul dan melakukan senaman bukan sahaja menjadikan seseorang itu hidup sihat, tetapi dapat mengurangkan stres sama ada di tempat kerja dan di rumah. Menurutnya, aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. "Setiap orang perlu menjadi ejen perubahan bagi diri sendiri supaya usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat mampu dilaksanakan dengan jayanya. "Sebagai individu kita perlu terlebih dahulu mengambil langkah positif seumpama itu sebelum usaha tersebut dipromosikan kepada orang lain," katanya ketika berucap merasmikan pertandingan boling anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kesihatan Daerah Temerloh di U-Bowl, Starmall Mentakab di sini baru-baru ini. Katanya, cara pemakanan rakyat pada masa ini tidak membantu dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat, malah menjadi penyumbang kepada peningkatan pelbagai penyakit dan obesiti. Tambahnya, gaya pemakanan itu boleh mengundang risiko utama kepada kesihatan termasuk makanan yang mempunyai kandungan garam, lemak dan gula berlebihan, kurang memakan sayur serta buah-buahan. Menurutnya, kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan meningkat daripada 11 peratus pada 2002 kepada 12.8 peratus pada 2008 dan masalah obesiti dalam kalangan mereka menunjukkan peningkatan kepada 13.7 peratus pada 2008 berbanding 9.7 peratus pada 2002. ''Kajian Kesihatan Nasional dan Morbiditi 2011 turut menunjukkan golongan dewasa yang menghidap diabetes meningkat kepada 15.2 peratus pada 2011 berbanding 14.9 peratus tahun sebelumnya dan obesiti daripada 14 peratus kepada 15.1 peratus dalam tempoh sama," katanya.

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT


Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di negara kita terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang kureang peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar. Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan gaya hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup sihat. Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman dalam kehidupan seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya, malah otak kita tidak mampu untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan riadah ketika melakukan kerja-kerja rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak badan. Bagi golonan yang bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi mereka boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti menggunakan tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh itu, riadah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan

sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan yang mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut kadar tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di ambil kira kerana setiap peringkat umur memerlukan kadar makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-anak ynag suka makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya. Makanan segera seperti ini mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang merupakan elemen penting dalam kempen gaya hidup sihat. Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal ini demikian kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jika lihat anak- anak muda kini sering terlibat dengan gejala merokok tanpa mengira usia. Mereka rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok. Tindakan mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan ibu bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan kita lebih mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu menjauhi amalan merokok dan minuman keras. Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen gaya hidup sihat ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan dan fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang membantu kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk mencari rezeki. Amalan merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok

sebenarnya sedang membahayakan nyawa anak-anak dan isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada pengorbanan sepahit hempedu.

GAYA HIDUP SIHAT PERLU KESEIMBANGAN ROHANI DAN JASMANI


Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan. Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan

kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah

dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buahbuahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan

gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah- olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai kepada tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada. Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

SIHAT CERGAS: SENAMAN UBAH GAYA HIDUP


Ia sering dinamakan makanan tidak sihat apabila anda mengambil sesuatu jenis makanan dalam kuantiti terlalu banyak lalu menyebabkan masalah lain seperti kegemukan atau obesiti. Ini bermakna, anda tidak seimbangkan pengambilan setiap jenis makanan yang terkandung di dalam piramid makanan dengan betul, tetapi terus makan mengikut hawa nafsu. Ingin saya ingatkan, untuk memiliki kesihatan berkualiti dalam tempoh berpanjangan tanpa perlu risau masalah penyakit berjangkit dan seumpamanya, kita perlu memilih dan menentukan makanan seimbang dan mengamalkan senaman. Anda perlu mengubah secara perlahan-lahan gaya hidup dengan menjadi lebih aktif dan memasukkan senaman ke dalam aktiviti harian. Faktor penentu adalah diri anda sendiri. Usah lagi memberi alasan tiada masa untuk bersenam kerana semua orang diberi Tuhan masa yang mencukupi iaitu 24 jam sehari. Memang bersenam akan membuatkan kita berasa letih, tetapi jika difikirkan faedah kemudian hari yang akan diperoleh, pasti perasaan itu bertukar menjadi gembira. Sekiranya tidak mampu untuk melakukan senaman dengan kerap atau jenis senaman yang berat, pilih senaman yang ringkas dan memudahkan diri anda sama ada boleh dilakukan di rumah, tempat kerja atau gimnasium. Tidak kira berapa pun berat atau sebesar mana saiz badan kita, senaman yang dilakukan secara teratur memberi banyak manfaat kepada kita. Dalam usaha menjaga kesihatan, tiada istilah terlewat. Contohnya sebagai permulaan, buat aktiviti ringan dengan berjalan pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Berjalan di kawasan perumahan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi sudah memadai dan apabila stamina bertambah, lanjutkan tempoh senaman kepada 20 hingga 30 minit sehari. Namun perlu diingat, buat aktiviti memanaskan badan sebelum bersenam untuk mengelak mendapat kecederaan atau ketegangan otot. Selain itu, dengan mengamalkan pemakanan serta senaman kita boleh

mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa seperti penyakit jantung. Misalnya, senaman kardiovaskular yang kerap dilakukan boleh meningkatkan kesihatan jantung manakala pemilihan makanan yang rendah kandungan garam pula boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Anda juga harus peka terhadap keadaan kesihatan diri sendiri. Jangan amalkan diet mendadak jika anda tahu bagaimana mahu mengira jumlah kalori bagi setiap pengambilan makanan seharian. Jangan juga mengamalkan diet itu sesuka hati kerana ditakuti akan mendatangkan kemudaratan. Lakukan kalori defisit agar dapat mengurangkan berat badan berlebihan. Bagi kebanyakan orang yang dapat menurunkan berat badan atau mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman, rata-rata mereka mengakui ia ternyata dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan. Siapa yang tidak mahu tampil menarik dengan

menggayakan pakaian kegemaran yang cantik-cantik belaka bukan? Tidak kiralah wanita mahupun lelaki, masing-masing tentu saja berperasaan begitu. Hidup yang sihat dan aktif dapat mengurangkan tekanan serta membantu menangani sebarang masalah dengan lebih baik. Tekanan boleh disebabkan oleh banyak faktor antaranya pekerjaan, makanan, keluarga, rakan, masalah kewangan, tidak cukup tidur, anak serta konflik dalam keluarga.

KUNCI KESIHATAN SEPANJANG HAYAT


Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi. Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku. Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian

moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan

kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.

Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.

Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.

Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.

Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.

Udara dan sumber air juga turut tercemar.

FAEDAH-FAEDAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKAN DALAM KALANGAN MURID Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah

memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan? Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat

meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut. Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan

demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran. Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif. Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat. Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah

di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Você também pode gostar